CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dutch-Lady

~MERGED~ Champa - kerajaan Melayu Yang Dilupakan

[Copy link]
Post time 23-12-2008 04:17 PM | Show all posts

Balas #54 dCrook\ catat

Most people that are classified as North Malays are actually of Mon-Khmeric origin. These natives are relatives to the other natives of mainland South East AAsia such as Cambodia, Thailand.

So, don't be surprised if our friend from Pattani, Kelantan and Kedah said that they are not Malay .... They are actually of Mon-Khmeric origin, but already absorbed Malay culture and language.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2008 07:46 PM | Show all posts

Reply #56 mamathir's post

mas,if u asked them 1000 years ago, maybe that would be their answer, but today? totally nope, instead they r proud as their states are the cultural bowl of peninsular malay civilization.

btw, it was said that malay people was the dominant population on the main land SE asia until the mon came and pushed them southward..some suggest that the early vietnam kingdom was created by the malay people..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 11:27 PM | Show all posts
Kerajaan melayu champa ujud sejak awal abad ke 2 Masihi lagi. Manuskrip2 Melayu champa ditulis dalam bentuk tulisan melayu klasik termasuk tulisan sanskrit, jawi champa dan tulisan kuno Paradunga. Jabatan Muzium dan Antikuiti  Malaysia ada menyimpan  dan memelihara manuskrip melayu champa. Ini diberitahu oleh Dato' Dr. Adi Taha dalam pelancaran 'Seminar Manuskrip Melayu Champa' sedikit masa dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 11:38 PM | Show all posts
Dalam teks china ...kerajaan champa disebut Lin-Yi. Kerajaan Champa muncul awal abad ke 2 Masihi hingga abad ke 16 Masihi. Kerajaan ini secara perlahan-lahan runtuh bilaman kemunculan dan kemaraan kerajaan vietnam di utara. antara abad ke 2 M hingga tahun 1471 M ia didominasikan oleh pengaruh hindu dan dari tahun 1471 M hingga 1832 di bawah pengaruh Islam. Antara kerajaan yg ujud ialah Indrapura, Amrawati, Vijaya Khautara dan Panduranga. Kejatuhan kerajaan Champa menyaksikan ramai org Cam melarikan diri ke Kemboja bermula pada abad ke 15 dan seterusnya kenegeri-negeri lain  seperti Thailand dan Semenanjung Tanah Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 11:49 PM | Show all posts
perlu diketahui selain orang cham, Champa juga didiami oleh suku Rhade, Jarai, Hoi, Cru dan Raglai yg mendiami kawasan pantai dan berbahasa Melayu Polinesia. Manakala di kawasan pergunungan didiami oleh suku Bahnar, Mnong dan Ma yg berbahasa Austroasiatik serta mengamalkan nisab bapa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:47 AM | Show all posts

Reply #56 mamathir's post

that is why i always suspect u as jf_pratama coz :
1. U never speak malay eventhough in ur previous post u did say u r one.
2. U talk as if u dont know this country when u proclaimed that u r malaysian. "So, don't be surprised if our friend from Pattani, Kelantan and Kedah said that they are not Malay".. what the F.. tak pernah pergi sana ke? U dont know the proudness of kedahan n kelantanese of their malay culture.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2008 12:36 PM | Show all posts

Reply #61 dCrook's post

ntahnya, mula2 aku suspek dia ni cina, tapi tgok post yg mempertikaikan pasal malaysia dan melayu sama je dgn indon, memang konfirm la pratama tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 12:11 AM | Show all posts
Natives in Malayan Peninsular are:

Aslians:

1) Negritos : Kintaq, Kensiu, Mendriq, Jahai, and Lanoh

2) Nomad Mon-Khmeric in Malaysia : Senoi, Temiar, Jah Hut, Semoq-Bei, Mah-Meri, Semai, Jakun and Mah-Meri.

3) Malay influenced Mon-Khmeric of Malayan Peninsular (Malay-Thai border), with established Kingdoms, called as Langkasukans, either Buddhists or Muslims : Kedahan, Kelantanese, Terengganu, Orang Ulu in North Perak and Perlis (Siamese speaking, their language either were absorbed into modern Thai and in dialectical Malay). In Thailand they are South Thais. This Kingdom had been subdued by Sumatrans of Srivijaya Empire. Other union Kingdoms are Phra Nagar Dvaravati in Bangkok, Lopburi, Lavo in North Thai, Nakhon Sri Thammarath or Tambralingga in South Thai. Also those Pan-Pan (Patani), Raktmartika (Tanoh Meroh) in Songkhla, Chaiyyo, Grahi, Yarang (Jerei, Jerang) Yala (Jalo), and Bedelong (Phattalung) in South Thai under Siam Bay. They were all Indian influenced and civilized like their distant relatives in North East who are the Khmers of Cambodia and the Mons in Thailand and Myanmar.

4) Proto-Malay or Pre-Malay, Melayu Tua, they are primarily animists without any particular religion : Temuan, Semelai, Kanaq, Sletar, and Orang Laut in Johor, and Melacca. Orang Laut had been very influential in Malacca Kingdom, some of them had became Ministers in Johor Malay Palace, like Orang kaya Sri Bija Wangsa. Around 700th C, Orang Laut are known as Pirates of the Malacca Straits, they are loyal to Srivijaya Empire.

5) Sumatran ethnics classified as Malay because Malay is Srivijaya for native Malayan Peninsular understanding: Minangkabau, Rawa, Mandahiling, Achehnese of Acheh, Palembang, Batak, Bangka, Riau etc.

6) Javanese who are classified by constitution as Malay after they had accepted Peninsular version of Malay language, they still speak Javanese at home and practicing Javanese culture like Kuda Kepang, Ponorogo, Tumpeng, etc. All of them had been Muslim before entered Malayan Peninsular and they just arrived here recently. They had immigrated from Java Island and from Singapore and also Banjarese from Banjarmasin.

[ Last edited by  mamathir at 28-12-2008 12:15 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2008 12:40 PM | Show all posts

Reply #63 mamathir's post

Mas, please make further reading about this subject. Mon-Khmer is much more related to Malay rather than Siam/Thai. Siam/Thai people is from the Sukothai/Ta'i culture, and they speak in a tonal language while Mon's language is akin to Malay language : non-tonal.

Mas,i've already mentioned in my previous post , if u asked the question 1000 years ago the  kelantanese,kedahans etc may answer that they r not malay, but if u ask them today, they obviously will tell u that they r one!. I know la, i got kedahan blood in my vein. Been living up north for years.

About the orang laut, actually they r malay n muslim, and like all malay around that time, they mixed animism and islam. Go read Hikayat Abdullah Munshi.

[ Last edited by  dCrook at 28-12-2008 12:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 02:39 PM | Show all posts

Persamaan antara Angkor Wat dan Great Pyramid of Cheop.

Apakah persamaan itu? Sistem Hydraulic pump yg begitu mirip antara kedua-duanya.Rujuk buku Peter Tompkins 'The Secret of Great Pyramid.Sistem hydraulic pump digunakan utk mengangkat blok2 batu-batu granite gergasi bagi membina pyramid dan juga sistem yg sama utk membina Angkor Watt.Angkor watt telah wujud lebih 3500s.m lagi.Diwaktu itu Angkor Watt bukan spt yg kita lihat pada hari ini penuh dgn berhala-berhala.Carbon dating mengesahkan usia berhala-berhala jauh lebih muda dari usia kompleks angkor watt itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 02:58 PM | Show all posts

Persamaan Angkor Wat dan Forbidden City,Beijing China

Kedua-duanya mempunyai paten kubik yang sama dan gerbangnya mengufuk ke barat.Inilah satu-satu bukti yg masih survive dari dimamah zaman serta menyimpan rahsia yg besar siapa itu Melayu tetapi sudah tentu pada 'Zaman itu' tidak wujud bangsa bernama Melayu,istilah melayu pada hari ini adalah re-branding utk Syiar Islam di bumi nusantara atau tanah ujong dunia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 07:35 PM | Show all posts
Jangan dilayan Indon Mamathir tu.memang JF Pratama lah tu.Guna 2 nickname.:@
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 10:29 AM | Show all posts
Malam semalam (25/2), aku tengok History Channel ASTRO...kisah tentang EMPAYAR  ANGKOR/KHMER di Kemboja...betapa hebatnya empayar itu terutamanya apabila ianya dilihat melalui satelit...rupanya empayar ini lebih besar dari apa yang disangka selama ini...kesan peninggalannya terutamanya kesan runtuhan kota dan "candi" berterabur dalam radius beratus-ratus kilometer dari ANGKOR WAT. Tapi sayang kehebatan teknologi dan tamadun ANGKOR pada masa itu tidak dapat dipertahankan oleh tamadun kebendaan semata-mata...ianya runtuh dan dilupakan. Apa yang menarik ialah antara punca utama kepada keruntuhan empayar ini ialah akibat dari serangan orang-orang (kerajaan) CHAM (Islam) dari selatan Vietnam pada pertengahan abad ke-15M...perang ini digambarkan dalam bentuk imej 3-D...sungguh hebat perang ini !
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 12:38 AM | Show all posts
The Cham people are descendants of the kingdom of Champa. Their population of approximately 100,000 is centered on the cities of Phan Rang and Phan Thiet in central Vietnam. However, Cham communities are also found in Ho Chi Minh City and An Giang.

Neighbouring Cambodia has the largest concentration of Chams where their numbers range from as low as half a million to perhaps as high as a million. Presently, (as of 2006?) the Cham people form the core of the Muslim communities in both Cambodia and Vietnam. Approximately 4,000 Cham also live in Thailand.

The Chams are considered to be of Malay ethnic stock. Their language is similar to Malay and belongs to the same Austronesian language family.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 12:50 AM | Show all posts
kita ada sumber kita sendiri,jadi tak payahlah nak guna sumber dan pandangan dari mamathir nih...

pada pendapat tok_wann.... sama ada mamathir ni cina dari indonesia tak pun dari singapura ...
dari apa yang tok_wann lihat post-post yang dia hantar tu kebanyakanya tulisan prof-prof sejarah
berbangsa cina dari singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 10:58 PM | Show all posts
Monolog Sudin darihal Kemboja dan Champa




Fahri Abdullah al-Masri


Sat | Dec 06, 08 | 10:04:20 pm MYT

Seksanya menunggu akhirat. Sejak dua tiga hari belakangan ini, dia memang panasaran dan gelabah ketika menantikan masa untuk berkelana ke suatu daerah dan lembah yang dia sendiri tidak ketahui rupa parasnya. Champa dan Kemboja, demikianlah nama tempat itu. Kini, dia diarahkan pergi membuat liputan di negara komunis itu.

"Tanpa bekalan, kamera dan duit yang mencukupi, mampukah aku membuatnya," getus hati Sudin berulangkali. Namun, dia cuma menganggap bahawa ini semua adalah suatu cabaran untuk mematangkan dirinya.

Sudin menyelam ke dalam lautan internet, cuba menelusuri wajah-wajah ngeri di belantara kampung terpencil di Google Map, ternyata sukar dan sulit pula untuk dia mencari apa-apa yang boleh membantunya. Tiba-tiba, dia ternampak suatu paparan teks: Kampong Cham. Dia sedikit gembira, mungkinkan di sini tempat usul-asalnya?

Kemudiannya dia terjumpa lagi beberapa catatan di internet mengenai Champa. Sudin fikir bukanlah disebabkan kurangnya rekod catatan, tapi tulisan mengenai kerajaan Champa ini banyak ditulis dalam tulisan Kawi atau Pali agaknya. Lalu dia berangan-angan mahu menyusun Kamus Pali, Kawi - Melayu untuk memudahkan usaha merekodkan senarai daftar kata bahasa Melayu Cham.

"Ahah! Dah jumpa!" jeritnya dalam hati. Tulisan itu berjudul ' Negara Melayu Champa Kerajaan Melayu Terawal ? ' Bahan itu ditulis oleh Wan Abdul Rahim Kamil. Dia mula meneliti satu persatu catatan tersebut..


Kerajaan Melayu Terawal? (192M - 1832M)

Champa (abad ke-2M hingga ke-19M1) merupakan kerajaan Melayu kuno terawal yang ditubuhkan. Pada abad yang sama kerajaan Hindu Langkasuka (abad ke-2 hingga ke-9) yang keluasannya meliputi kawasan-kawasan dari Segenting Kra (dari selatan Senggora [Songkhla] iaitu keseluruh Patani) hingga ke Kedah Lama dan Kelantan, muncul sebagai kerajaan Melayu kedua dan maju berkembang sebagai pusat pertukangan dan pengeluar barang-barang terutamanya daripada perak dan barang-barang keluaran Langkasuka terkenal hingga ke semenanjung Arab.

Di Sumatera pula pada abad ke-7 terdiri kerajaan Buddha Srivijaya (abad ke-7 hingga ke-12) yang berpusat di Palembang sebagai kuasa Melayu yang agak berbeza daripada Champa dan Langkasuka kerana kekuatannya bukan dari segi peranannya sebagai pusat dagangan, tetapi sebagai kerajaan Melayu pertama yang mementingkan kuasa ketenteraan daripada perdagangan.

Kemudian diikuti oleh Perlak, sebuah pusat dagang penting di Sumatera di kawasan yang kini di dalam Propinsi Aceh, diasaskan dalam tahun 804 (abad ke-9) dan merupakan Kerajaan Melayu-Islam pertama di rantau ini. Dengan munculnya kekuatan Srivijaya timbullah perebutan kawasan dan jajahan dan pada abad ke-9 Langkasuka jatuh ke tangan Srivijaya dan bermulalah pengembangan jajahan Srivijaya ke Tanah Melayu (termasuk juga ke Pahang dan Terengganu).

Kejatuhan Langkasuka diganti dengan terdirinya Patani yang kemudiannya dikenal sebagai Patani Darus Salam. Patani yang tekenal sebagai pusat dakwah Islamiah serta mempunyai ramai ulamak-ulamak yang terkenal di serata dunia Islam, berkembang maju sehingga pertengahan abad ke-19 apabila ianya jatuh ke tangan Siam. Proses perebutan wilayah dan dominasi kuasa ini berterusan apabila kerajaan Hindu Majapahit di Pulau Jawa (abad ke-10 hingga ke-14) muncul sebagai kekuatan yang baru dan akhirnya pada abad ke-12 Srivijaya dijatuhkan oleh Majapahit. Dalam kesebokan Majapahit dengan misi-misi tenteranya, pada 1403 di Tanah Melayu muncul pula Kerajaan Melayu (pada awalnya Hindu dan kemudiannya bertukar kepada Islam) yang baru di Melaka (awal abad ke-15 hingga ke-16).

Sesuai dengan panggilannya oleh pedagang-pedagang Arab dengan nama Mulaqat yang bermakna 'Tempat Berhimpun Pedagang-pedagang', Melaka termasyhur sebagai pusat dagangan terbesar di dunia ketika itu, sehinga pernah dilaporkan sebagai mempunyai simpanan emas terbesar di dunia. Dengan kejayaan yang dicapai oleh Melaka, ia tidak sunyi daripada gangguan Majapahit.

Akan tetapi seperti mana dikisahkan dalam Hikayat Hang Tuah, pahlawan Majapahit yang termasyhur, Adi Taming Sari telah dikalahkan oleh Hang Tuah dalam satu pertarungan sehingga keris keramatnya yang terkenal dengan segala kesaktian telah dapat dirampas oleh Pahlawan Melaka itu. Dengan itu lenyaplah ambisi Majapahit ke atas Melaka. Majapahit jatuh pada 1478 dan terdiri pula kerajaan Islam di Demak. Melaka pula jatuh ke tangan penjajah Portugis, pada 1511.

Ketahanan Champa sebagai sebuah kerajaan melampaui satu ruang masa yang lama meskipun ianya tidak sunyi daripada serangan-serangan dari negara-negara jirannya. Berbeza dengan kerajaan-kerajaan Melayu lain yang terus hancur apabila dikalahkan, Champa terus wujud sebagai kerajaan meskipun keluasan kawasan pemerintahannya semakin mengecut dari masa ke masa.

Champa sering disebutkan dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayu lama, akan tetapi tak banyak diceritakan tentangnya. Dalam sastera-sastera Melayu pula Champa banyak dikaitkan dalam mitos-mitos sehingga gambaran yang diperolehi adalah seolah-olah negeri ini terletak di kayangan atau pun ia hanya negara khayalan sasterawan dahulukala. Sejarah Champa penting dalam kajian tentang ulamak-ulamak Patani serta dalam mengkaji susur galur keturunan Wan, Nik, Long dan Tuan.

Negara Champa
Last edited by HangPC2 on 1-10-2013 02:17 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2009 11:10 PM | Show all posts
Kaum tertua

Meskipun kaum Cham merupakan kaum tertua di Indo-China, terlalu sedikit maklumat yang terdapat tentang kerajaan dan tamadun mereka. Mereka merupakan pewaris tradisi yang merangkumi satu zaman yang melebihi dua ribu tahun terdahulu. Tamadun mereka lebih tua dan awal daripada kerajaan Kemboja (Cambodia) yang bermula hanya sekitar 550M dan juga sebelum kerajaan Vietnam bermula sebagai satu kuasa penjajah ke kawasan-kawasan di selatan Delta Sungai Merah di Tonkin yang hanya bermula pada pertengahan abad ke-10M.

Kaum Cham dihukum Tuhan ?

Pada kemuncak kekuasaan, sekitar 12 abad dulu, kaum Cham menguasai tanah-tanah yang subur bermula di Hue Utara di Annam Tengah sehingga Delta Mekong di Cochin China. Kawasan-kawasan ini kini menjadi sebahagian daripada negara Vietnam yang terdapat bandar-bandar Da Nang dan Nha Trang. Kesan-kesan Cham yang tinggal kini hanyalah rumah-rumah berhala sepi yang penuh misteri yang di kenali sebagai Menara Cham (' Cham Towers ').


Kehilangan negara atau kerajaan Champa dari bumi ini seolah-olah merupakan satu keganjilan kerana yang tinggal hanyalah warisan-warisan sejarah dan keturunan yang berselerak. Apakah agaknya bala yang telah diturunkan ke atas mereka sehingga menjadi seakan-akan negara-negara yang dihancurkan (' Perished Nations ') yang disebut dalam Al-Quran. Ke mana perginya keturunan mereka ?


Siapakah Kaum Cham ?

Mengikut sejarah Cham, kebudayaan Hindu lebih terserlah di kalangan kaum Cham disebabkan mereka merupakan kaum pedagang dan pelaut yang mempunyai sejarah perhubungan yang lama dengan India dan Jawa. Kedua-dua negara tersebut adalah pusat agama Hindu.

Orang-orang Cham berbahasa Malayo-Polynesian (Austronesian) berbeza dengan jiran-jiran mereka (Khmer dan Vietnam) yang berbahasa Mon-Khmer atau Austroasiatic. Dari segi perbandingan bahasa pula bahasa Cham lebih mirip kepada bahasa-bahasa di kepulauan Nusantara dan Pasifik terutamanya bahasa-bahasa yang dipertuturkan di Malaysia, Kalimantan, Sumatera, Java, Bali dan di kepulauan Indonesia lain di Lautan Pasifik.


Bahasa, Perawakan kaum Cham

Bahasa Cham dipertuturkan juga di kawasan pergunungan di Banjaran Annam atau kawasan pergunungan Troung Son. Suku orang-orang bukit seperti Chru, Chru, Ed, Hroy, Jörai, Rhade (Koho), dan Raglai menggunakan bahasa yang banyak persamaan dengan bahasa Cham. Dengan sebab ini mereka juga diiktiraf juga sebagai orang-orang Cham.


Dari segi perawakan pula, kaum Cham lebih mirip kepada keturunan Melayu dan Jawa dan ada teori-teori bahawa asal mereka adalah pendatang dari tanah-tanah tersebut. Malahan terdapat persamaan adat di antara orang Cham dan orang Pagar Ruyung atau Minangkabau, di mana kaum perempuan mempunyai kuasa adat dan perwarisan (matriarchal system), yakni keturunan menurut garis Ibu, sebagai salah satu ciri khas kebudayaan. Sistem materilinial ini telah membawa konsekwensi kepada budaya meneroka atau berkelana yang selalunya diamalkan oleh kaum lelaki.


Maka.. Sudin terdiam sebentar. Dia punya teori tersendiri. Melayu itu mungkin perlu disamakan dengan Arab juga. Kaum Arab bermula daripada Nabi Ismail dan Nabi itu tidak boleh dikatakan Arab. Jalur keturunan zuriat Nabi Ismail turun kepada seorang lelaki bersama Adnan. Maka keturunan Adnan ini digelar Adnaniyyun. Di situlah 'turning point' kepada lahirnya bangsa Arab sehingga ke hari ini.

" Mungkin Melayu ini berasal daripada seorang lelaki yang memiliki sifat terpuji bagaikan nabi dan rasul juga ? " getus hati Sudin lagi, menyusun postulatnya yang tersendiri. " Kemudian, zuriat itu turun kepada ' Adnaniyyun ' Melayu, dan dari situlah mula berkembangnya Melayu di Champa ? "

Nantilah, dia akan menyusun postulat-postulatnya yang tersendiri berhubung silsilah Melayu, Ketuanan Melayu. Sama ada ada orang menolak semua postulatnya kelak, itu hal kedua. Sudin membaca catatan berikutnya secara melompat-lompat..

..Ada pula pendapat bahawa orang-orang Aceh adalah daripada keturunan orang Cham. Dalam perkembangan agama meskipun Hindu Brahmana menjadi agama rasmi kerajaan Champa, terdapat juga perkembangan dan pengaruh agama Buddhisma Mahayana.

Dalam sejarah Champa, perhubungan dan pertalian antara Champa dan kerajaan-kerajaan di Indonesia, seperti Sri Vijaya atau Majapahit adalah berdasarkan kepada agama Hindu yang menjadi kesamaan antara mereka. Dan perhubungan dengan Sailendra (di Jawa Tengah) pula adalah di atas pertalian agama Buddhisma Mahayana yang pada ketika itu berpusat di Borobudur. Kerajaan Baru Champa di Panduranga, adakah ini kerajaan Islam Champa ?


Dengan kejatuhan Vijaya pada 1471 maka ibu negara Champa berpindah untuk kesekian kalinya dan kali ini ke Panduranga. Mengikut sejarah, semenjak perlantikan Po Tri Tri sebagai raja untuk keseluruh Champa dan dengan perpindahan beliau ke Panduranga maka bermulalah perkembangan Islam secara besar-besaran di Champa.

Bahasa Sanskrit yang selama ini menjadi bahasa rasmi Champa juga tidak digunakan lagi. Semenjak era inilah Champa bertukar corak. Tidak pasti sama ada Champa terus menerus diperintah oleh raja Islam sehingga kejatuhannya ke Vietnam, akan tetapi berdasarkan kepada keunikan sistem pentadbiran yang diamalkan di Champa di mana terdapat pelbagai kerajaan dalam satu wilayah pada masa yang sama, maka berkemungkinan bahawa ada raja-raja Islam yang memerintah Champa pada zaman tiga abad selepas kejatuhan Vijaya.

Mengikut rekod sejarah Johor, pada 1594 kerajaan Champa telah menghantar bala tenteranya untuk membantu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II Sultan Johor (memerintah : 1571 - 1597) dalam peperangannya dengan Portugis. Daripada rekod-rekod Belanda pula terdapat catatan bahawa perhubungan baik antara Kerajaan Melayu Johor dan Champa wujud pada 1607, iaitu sewaktu Champa di bawah pemerintahan Po Nit dan Johor pula di bawah Sultan Alauddin Riayat Shah II (memerintah: 1597 - 1614).Ini tak mungkin berlaku sekiranya tidak ada persamaan atau ikatan yang kuat antara kedua negara tersebut. Apakah asas setiakawan antara mereka? Adakah kerana mereka menganuti agama yang sama atau disebabkan oleh persamaan rumpun bangsa ?


Daripada rekod-rekod yang terdapat di Belanda pula, terdapat maklumat yang meperkukuhkan pendapat bahawa pada tiga abad tersebut, Raja Champa adalah terdiri daripada raja yang beragama Islam dan Bahasa Melayu pula digunakan dengan meluas di Champa. Terdapat sepucuk surat yang dikirimkan oleh Raja Champa pada 1680 kepada Penguasa Syarikat Dutch East Indies ( ' VOC ' ) di Betawi, dalam bahasa Melayu.

Raja Champa sewaktu itu, Po Saut, di dalam surat tersebut telah menggelarkan dirinya sebagai 'Paduka Seri Sultan'. Dengan gelaran ini sebagaimana yang diterangkan, besar kemungkinan bahawa kedudukannya adalah sebagai 'Raja kepada Raja-raja di Champa'! Pada zaman itu, pengaruh Bahasa Melayu di negara-negara pesisiran pantai di Asia Tenggara sungguh meluas sehinggakan Raja Kemboja juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa diplomatik dalam perhubungan surat menyuratnya dengan pihak-pihak Portugis dan Belanda.


Last edited by HangPC2 on 1-10-2013 02:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 11:19 PM | Show all posts

Kelantan ada kaitan Champa ?


Ini satu kemungkinan sekiranya berdasarkan kepada kewujudan pertalian antara Kelantan dan Champa semenjak dahulu kala. Di Kelantan terdapat nama-nama yang ada kaitan dengan Champa seperti Pengkalan Chepa, Kampung Chepa dan Gong Chepa; dan nama-nama pakaian dan perhiasan seperti tanjak Cepa, kain tenun Cepa, sutera Cepa, sanggul Cepa dan keris Cepa. Masjid Kampung Laut, yang merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia juga dipercayai dibina oleh orang-orang Champa yang singgah di Kampung Laut dalam perjalanan ke Demak di pulau Jawa pada awal abad ke-16.

Malahan ada sebuah hikayat Cham yang bertajuk Nai Mai Mang Makah (Puteri dari [Serambi] Mekah) yang meriwayatkan tentang seorang puteri diraja Kelantan (Serambi Mekah) yang datang ke Champa untuk mengajak seorang Raja Champa kepada Islam.


Garisan Zaman (' Timeline ') Champa


Abad ke-2M = Lin Yi wujud sebagai Negara Kaum Cham di bawah pemerintahan Sri Mara.

Abad ke-3M = Kerajaan Lin Yi (Lm-) dicatat dalam Sejarah China. Lin Yi menyerang Viet Nam and China Selatan pada tahun 248.

Abad ke-5M = Penyatuan lima wilayah Cham iaitu Indrapura (Lin Yi), Amravati (Quang Nam), Vijaya (Binh Dinh), Kauthara (Nha Trang) dan Panduranga (Phan Rang) sebagai Negara Champa di bawah pemerintahan Raja Bhadravarman I.

543 = Champa menyerang Viet Nam tetapi telah dikalahkan oleh Pham Tu, Panglima kepada Raja Ly Bon.

982 = Tentera Dai Viet di bawah Ly Thuong Kiet menyerang dan mengundurkan sempadan Champa sehingga ke selatan Hoanh Son (Thanh Hoa)

1069 Raja Ly Thanh Tong mengepalai serangan Dai Viet ke atas Champa; menjarah Vijaya dan menahan Raja Rudravarman III (Che Cu) sebagai tebusan untuk penukaran tiga wilayah iaitu Dia Ly, Ma Linh dan Bo Chanh (kini dikenali sebagai Quang Binh dan Quang Tri)

1307 = Puteri Vietnam Huyen Tran berkahwin dengan Raja Jaya Sinhavarman III (Che Min), dan sebagai 'dowry' telah diserahkan dua wilayah iaitu O dan Ly.

1370 = Raja Che Bong Ng berkali-kali menyerang dan menjarah Thang Long (Ha Noi). Che Bong Ng mati dibunuh dalam peperangan yang lain pada 1382.

1402 = Dai Viet menyerang Champa. Ho Quy Ly memaksa Raja Campadhiraya untuk menyerahkan Indrapura (Quang Nam) dan wilayah Amaravati (Champa Utara) kepada Dai Viet.

1471 = Tentera Dai Viet dibawah pimpinan Raja Le Thanh Tong menawan dan menghancurkan Vijaya. Dai Viet menduduki kawasan yang baru dirampas ini dan menjadikan kawasannya jajahan baru sebagai wilayah Thang Hoa, Tu Nghia dan Hoai Nhon.

1578 = Panglima Nguyen Hoang merampas kawasan Champa di Phu Yen.

1611 = Champa menyerang Dai Viet dalam usahanya untuk merebut kembali Binh-Dinh, tetapi gagal.

1653 = Champa melancarkan serangan ke atas Dai Viet sekali lagi dan gagal. Batasan sempadan selatan Dai Viet meluas sehingga ke Cam-Ranh.

1653 = Panglima Nguyen Phuc Tan menawan wilayah Kauthara dan membesarkan sempadan Dai Viet ke selatan sehingga ke Cam Ranh.

1692 = Panglima Nguyen Phuc Chu merampas wilayah saki baki Champa yang lain dan menjadikan mereka sebagai wilayah jajahan dalam Tran Thuan Thanh.

1832 = Raja Dai Viet, Minh-Menh menjatuhkan Raja Champa yang dilantik oleh Dai Viet dan ini menandakan pengakhiran kepada Champa sebagai satu wilayah khusus untuk orang Cham.

1833 - 1834 = Pemberontakan Katip (Khatib) Sumat (seorang Muslim) untuk merampas kembali wilayah Champa dari Dai Viet tetapi gagal.

1834 - 1835 = Pemberontakan Khatib Ja Thak Va (juga seorang Muslim tetapi bermazhab Syi'ah) untuk menyambung perjuangan Katip Sumat menentang Dai Viet. Juga gagal.

Setelah membaca laporan ini, sedikit sebanyak Sudin tahulah juga hubungan dan kaitan batu bersurat di Pengkalan Kempas Negeri Sembilan itu. Ada tertera padanya kalimat bismillah ir rahman ir rahim dalam tulisan Jawi, juga ada tulisan Pali atau Kawi, seiras dengan tulisan-tulisan di surat-surat raja-raja Champa.

Setelah membaca dan menulis laporan ini, Sudin rasa sedikit tenang hatinya. Maklumlah dia terpaksa bertolak seorang diri dan dia tidak pernah tahu apa rancangan Tuhan terhadapnya di sana dan seterusnya.

Kalaulah dengan tiada bekalan yang cukup di dunia yang baru baginya, sudah terasa debaran memuncak di dada. Kalau bekalan di akhirat, adakah Sudin rasa sudah mencukupi. Mengenangkan hal ini, dia selalu rasa risau dan gundah gulana.

10.00 p.m, 6 Disember
Sekolah Pemikiran Kg Baru _


- Harakah -


Last edited by HangPC2 on 1-10-2013 02:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 11:26 PM | Show all posts
Peta negara Champa dalam simpanan Perancis



Ali Bukhari Amir


Fri | Dec 12, 08 | 1:30:15 am MYT


PHNOM PENH, 12 (Hrkh) - Kedudukan Champa sebagai sebuah negara berdaulat yang telah hilang daripada peta dunia boleh disahkan oleh negara Perancis.


"Perancis antara pihak yang menyimpan peta Negara Champa. Saya pernah dengar hal ini dalam sebuah persidangan di Kuala Lumpur tidak lama dahulu," kata seorang pengkaji tempatan kepada Harakah Daily di sini hari ini.

Mokhtar Abdul Majid, 33, berkata penurunan Melayu Cham ke Tanah Melayu itu boleh dikesan melalui Kedah, Johor (Ulu Tiram), Pahang (Pekan) dan beberapa tempat lain lagi.

"Perahu mereka banyak berlabuh di Pengkalan Chepa (Champa). Di tempat saya sudah ada sekitar 200 buah keluarga, itulah hasil bancian kami bersama Perkim," kata Mokhtar.

Sementara itu, seorang pengkaji Melayu Champa veteran yang lain, Haji Ismail Muhammad, 67, berkata pihaknya kini sedang cuba mengumpulkan semula data-data berhubung carta aliran penghijrahan Melayu Champa secara besar-besaran ke Tanah Melayu.

"Bangsa Melayu Cham terawal bermula daripada Vietnam dan kemudian turun ke Kemboja. Di sana ada sebuah tempat lagi yang boleh dilihat kawasan perkampungan mereka itu.

"Walaupun kini saya sudah menjadi rakyat Amerika, tapi kecintaan saya terhadap bangsa dan agama masih lagi tebal," kata Haji Ismail yang mula berhijrah ke Los Angeles ketika perang Vietnam dan Amerika memuncak sekitar 1970-an.

Dalam perkembangan lain, wakil an-Nahar Management Ustaz Azhar telah menyampaikan sumbangan korban sembelihan tiga ekor lembu di Kg. Cheroi Mettrai tengahari tadi. _


- Harakah -


Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 12:04 PM | Show all posts
Po Nagar Towers


Located outside of Nha Trang, the Po Nagar (the Lady of the City) towers were built between the 7th and 12th centuries on a site used for Hindu worship as early as the 2nd century AD. There were once seven or eight towers at Po Nagar, four of which remain. At the site there is a mandapa (meditation hall) where worshipers must pray before proceeding to the kalan (sanctuary). The 23-meter high North tower, with its terraced pyramidal roof, vaulted interior masonry and vestibule, is a superb example of Cham architecture. It was built in 817 by King Harivarman I , 43 years after the original temples were sacked and burned by Indonesian corsairs.









Po Klong Garai Towers


Located in Phan Rang province, the Po Klong Garai site consists of four brick towers constructed at the end of 13th century during the reign of King Jaya Simhavarman III.











Po Ro Me Towers


Also located in Phan Rang is the Po Ro Me, one of the newest Cham tower. The tower is named after the last ruler of the independent Champa, King Po Ro Me (ruled 1629-1651) who died a prisoner of the Vietnamese.
















http://www.youtube.com/watch?v=9HzQc6-Vu8k




http://www.youtube.com/watch?v=hAzUqIL_Qi8


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.274313 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list