CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: arnabkiut

knights templer

[Copy link]
Post time 19-2-2007 01:34 PM | Show all posts

Reply #5 rurouni_khairul's post

aku ingatkan Knight Templer nih org baik2.... ish ish ish raser bodoh la plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2007 06:30 PM | Show all posts
Cite Kingdom of Heaven memang best... aku tengok lebih 5 kali cite tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 08:29 PM | Show all posts

Reply #22 LanoG's post

Ye lah..dalam citer tuh die tunjukkan sebenarnya kaum kristian sendiri yang menumpahkan darah di Jerusalem (Baitulmaqdis) sedangkan umat Islam dah lama memerintah secara adil dan saksama...semuanya aman damai sebelum kemunculan mereka nie..harkh..ptuih!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 09:52 PM | Show all posts
join discuss
dalam buku Harun Yahya (HY) berkenaan Knight Templer ceritanya lebih mengujakan
dalam buku HY, telah dikaji, jaringan Knight Templer telah dicari asal usulnya ke tradisi Kabbalah di zaman Firaun, sezaman dengan Nabi Musa
Yang melopori adalah ahli2 sihir zaman Firaun yg mempengaruhi Firaun, kerana itu dilihat doktrin zaman itu adalah untuk menghalang manusia daripada menyembah Tuhan Yang Esa
mereka lebih kepada konsep manusiawi, iaitu seluruh kehidupan ini berpaksi kepada manusia, dan manusia tidak lebih dari materi yang tidak akan dihisab di akhir zaman kelak (ataupun lebih dikenali pada zaman moden ini sebagai faham humanisme.

Jika kita teliti, ada Firaun yang menyembah Tuhan yang Esa, tapi tidak disokong oleh pembesar istana Firaun zaman itu. Hanya segelintir sahaja yang ingin mengikuti Firaun yang mengakui ajaran tauhid ini (saya tak ingat siapa, mungkin Akhnatun), tetapi beliau terpaksa survive sendiri dan kemudian dibunuh oleh pembesar2 yang telah lama berada dalam keadaan kesesatan.

Yang mendokong faham humanisme zaman Mesir purba adalah2 ahli2 sihir yang dipercayai telah membukukan ajaran ini dan disimpan dalam puing2 Piramid. Dipercayai Knight Templer telah sampai ke Mesir, dan mereka telah menjumpai tinggalan ahli sihir Mesir purba, dan kemudian mengamalkan secara senyap kerana takut dikatakan menyimpang dari agama Kristian sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 10:02 PM | Show all posts
Disebalik topeng Knight Templer mereka telah kembali mengikuti ajaran jahiliyyah. Tidak mahu mengakui KeEsaan Tuhan (padahal umum tahu segala ajaran Reveal Knowledge, Agama Wahyu, baik Yahudi dan Nasrani, asalnya menyembah Allah yang Esa, seperti yang ditulis dalam Old Testament). Tetapi aliran sesat ini dapat dikesan dan dihukum, tapi masih ada sahaja yang melindungi Knight Templer tapi dengan nama lain sebagai Freemason.

Dan dari Freemason ini berkembang biak faham dan ideologi ciptaan manusia secara terang-terangan yang tidak pernah langsung terfikir oleh manusia pada zaman itu. Bila disiasat, faham humanisme tidaklah autentik dari Frued dan yg sezaman dengannya, ia masih lagi doktrin yg didapati dari faham Kabbalah Mesir purba. Dan umum tahu bahawa jaringan Freemason ini bukanlah satu gerakan yang terpinggir, malah terorganisasi dengan sangat mekanis dan mempunyai linkungai pengaruh yang sangat dahsyat. Seperti salah seorang forumner katakan, kebanyakkan Presiden Amerika adalah dari golongan Freemason.

Berbalik kepada golongan ini, dalam sejarah, manusia telah ditipu dengan terang2an dan mempercayai pula sejak zaman berzaman, Teori Darwin. Bila diteliti, sewaktu Darwin mengumumkan teori ini dalam bukunya, dia telah disambut secara luar biasa oleh media. Yang mana media2 ini juga adalah dalam pakatan yang sama. Secara logik akal, Teori Darwin sangatlah tertolak, menyimpang dari keluhuran penciptaan manusia itu sendiri, disangkal oleh golongan agamawan, namun, sangat menakjubkan, sehingga kini masih lagi Saintis Barat menyokongnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 10:09 PM | Show all posts
Dan Darwin sebenarnya disokong oleh golongan materialis.

Akhirnya kita sendiri dapat faham, bahawa golongan materialis sekarang berusaha sedaya mungkin mencipta peralatan berteknologi tinggi, dengan tujuan untuk melalaikan manusia. Supaya manusia tidak menyembah yang Esa, lebih2 lagi di era teknologi maklumat. Kerana dihujung jari sahaja, jika mahu, manusia bisa menjumpai jalan kebenaran. Juga dihujung jari sahaja, manusia boleh sahaja sesat sehingga tidak ketemu jalan pulang. (Nauzubillah min zalik)

Kesimpulan

Kabbalah-Kinght Templer-Freemason-segala faham isme (termasuk Marxisme, humanisme, materialisme, dsb) adalah jaringan yang sama

dan jika jaringan ini berlandaskan kesesatan, untuk menyimpangkan manusia dari menyembah Allah Yang Esa, kita patut tahu, siapa sebenarnya yang mencucuk jarum kejahilan ini

(ringkasan dari bacaan saya dari buku Harun Yahya, knight templer, mungkin ada kekurangan dan kesilapan, mohon maaf)
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.056094 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list