CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Trend wanita bujang susukan anak angkat membimbangkan?

[Copy link]
Post time 1-1-2007 04:57 PM | Show all posts
membimbangkan kerana lelaki dah x bleh menyusu wanita ituuu hahaha kerana tumpuan sepenuhnya diberi pada baby, hehe just kiding

aku x rasa membimbangkan
ok jer
apa mslhnya kan? adakah lelaki tercabar sbb pompuan dah x harapkan diorg utk dapat anak?
dah lelaki sndiri dok canang pompuan berlambak skrg ni, so bleh kawin 3-4 org
so now pmpuan tnjuk kuasa la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ahmad albab This user has been deleted
Post time 2-1-2007 11:28 AM | Show all posts
Kalau nak kasi kuar susu.. x yah mkn pil pun x pe.. mulai dgn kerap kasi isap kat baby tu. Lama2 air susu akn kuar. Betul ni. Bapak angkat pun leh kasi bantu juga. Ada satu syarikat baru tubuh semalam khusus utk bantu anak dara yg x de air susu. Tapi dia lah pengarah, dia lah juga kuli. Servis tip top, wang dikembalikan jika x puas hati dlm tempoh 1 hari. Eh mana ada bayar wang apa2 la.. silap... free of charge. Kabarnya dah beratur panjang anak2 dara kat luar opis tu ha. Almaklumla. Tgh cari pekerja baru... nak.. apply la. X de temuduga, x perlu pengalaman, on job training di beri. Gaji juga free. Fisabilillah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2007 02:16 PM | Show all posts
Tidak mahu bersuami, tapi hendak anak
Oleh SAPORA SIPON

DILAPORKAN, kecenderungan golongan wanita profesional yang belum berkahwin tetapi lebih suka mengambil anak angkat dan memakan pil penggalak susu badan untuk bayi angkat mereka semakin meningkat.

Isu ini mungkin ada (mungkin tiada) kaitannya dengan persepsi wanita terhadap institusi perkahwinan yang dianggap menyusahkan mereka. Bagaimanapun, setiap mereka yang mengambil anak angkat mempunyai sebab-sebab tersendiri terutama sekali bagi wanita yang belum berkahwin. Apa yang paling penting ialah mereka tidak mensia-siakan tanggungjawab terhadap anak angkat itu.

Banyak sebab mengapa wanita lambat berkahwin. Ada yang mengaitkannya dengan soal jodoh, kerjaya, cita-cita, kewangan, keinginan, cita rasa, konflik kehidupan dan juga sejarah hidup.

Kajian yang dilakukan di sebuah universiti di Britain berkaitan dengan wanita dan perkahwinan wajar direnung oleh kaum lelaki dan perempuan. Kajian tersebut mendapati bahawa wanita yang lebih bijak kurang untuk mendapat jodoh. Kajian itu mendapati semakin tinggi tahap kecerdikan seorang wanita semakin kurang peluangnya untuk mendapat jodoh.

Bagi setiap kenaikan 16 mata tahap kecerdasan, peluang untuk mendapat jodoh akan turun sebanyak 40 peratus.

Keadaannya berbeza dengan lelaki. Setiap 16 mata naik, peluang untuk mendapat jodoh dan berkahwin naik sebanyak 35 peratus.

Andaian yang dibuat oleh kajian tersebut ialah lelaki hanya ingin berkahwin dengan wanita yang tidak sebijak mereka. Semakin bijak seorang wanita, semakin kurang lelaki ingin mendampinginya.

Andaian seterusnya ialah wanita yang bijak berkemungkinan tidak akan kahwin pada usia awal kerana mengejar kerjaya dan cita-cita.

Seterusnya, andaian kajian tersebut ialah wanita cerdik hanya akan memilih lelaki cerdik yang kebiasaannya kurang tampan. Dikaitkan ramai wanita membuat andaian bahawa ramai lelaki adalah kejam dan akan meninggalkan isteri mereka untuk wanita yang lebih muda.

Apa yang ditulis adalah dapatan kajian tersebut. Mungkin kebenarannya jauh dari realiti. Hanya tuan badan sahaja yang mengetahuinya.

Satu artikel yang bertajuk I don? want to get married menjelaskan bahawa ramai wanita yang tidak mahu berkahwin kerana terpengaruh dengan cerita-cerita yang mereka baca daripada novel, menonton drama dan filem yang tentunya banyak menceritakan tentang tragis alam perkahwinan.

Bagaimanapun, artikel tersebut juga menjelaskan bahawa kehidupan adalah lebih baik jika dikongsi. Ini bermakna kehidupan alam perkahwinan dan rumah tangga membawa banyak makna kegembiraan dan juga kepuasan hidup.

Artikel itu berakhir dengan mengajak wanita muda untuk berfikir bahawa ramai lelaki baik menunggu untuk dicintai dan mencintai. Janganlah hidup bersendirian dan menganggap ia satu kejayaan.

Soal kahwin adalah soal jodoh dan ketentuan Allah s.w.t. Tiada siapa yang boleh menolak takdir. Wanita yang tidak berkahwin kerana tidak bertemu jodoh tidak boleh dipandang negatif dan perlu dihormati.

Banyak juga faktor-faktor lain yang menyebabkan wanita tidak berkahwin. Apapun, mereka wajar menikmati sebuah kehidupan yang bahagia.

Jangan hanya kerana mereka tidak berkahwin, masyarakat memandang serong kepada mereka.

Begitu juga mengenai isteri yang ditinggalkan suami, bercerai atau berpisah mati. Status perkahwinan mereka tidak boleh menghalang mereka untuk menikmati sebuah kehidupan yang bahagia. Masyarakat juga tidak wajar mempunyai persepsi negatif terhadap mereka.

Menganggap perkahwinan sesuatu perkara yang menyusahkan perlu direnungkan semula kerana kehidupan dalam apa pun keadaan, berkahwin atau tidak menghadapi cabaran-cabaran tersendiri dan perlu dilalui dengan penuh kesabaran. Pelbagai keadaan yang tidak terduga mungkin berlaku dan mungkin tidak berlaku.

Perkahwinan seperti juga bentuk kehidupan lain. Ada suka dan dukanya.

Institusi perkahwinan yang sah adalah sebagai ikatan kekeluargaan bagi menyambung zuriat dan juga perkembangan umat manusia.

Penyambungan zuriat dan perkembangan umat manusia wajar berlaku bagi melahirkan generasi pelapis yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Ini penting bagi mewujudkan generasi baru yang berilmu dan pencorak kemajuan masa depan.

Semua pihak perlu berganding bahu membangunkan institusi kekeluargaan khususnya di kalangan masyarakat belia supaya mereka menyedari dari awal lagi bahawa ikatan perkahwinan itu adalah sesuatu yang penting.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 02:29 PM | Show all posts
warda tak setuju yang bujang amik anak angkat dan susukan...

lainlah kalo pasangan suami isteri... yamh dah lama nak dapat anak..tapi tak dapat.... dan perlu disusukan utk mengatasi masalah aurat ngan mak pak angkat.. yang ni warda setuju
Reply

Use magic Report

ikankiut This user has been deleted
Post time 2-1-2007 08:46 PM | Show all posts
senangnya si bujang mendapat anak angkat.
tak terfikir masa depan agaknya.
atau ingat anak angkat tu akan bela di zaman tua?
tu pun kalau mereka ingat.
Reply

Use magic Report

johnjenin This user has been deleted
Post time 12-1-2007 10:47 PM | Show all posts
masalahnya budak tu... bila da isap susu... jadi lah dia bayi susuan..
pompuan tu jd la ibu susuan....
satu hari kalau kata pompuan tu ada anak sendiri masalah juga..
anak susuan dia tak bole kawin dengan anak betul dia... betol x?
correct me if i'm wrong... bila budak-budak tu da dewasa...
timbul la masalah... anak betul tu ada rekod surat beranak...
anak susuan xde rekod sape yang susukan dia...
ada kemungkinan bole tereksiden kawen... mcmana tu???:pray:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2007 12:06 AM | Show all posts
ustazah pernah cakap, air susu tu milik suami, sbb dgn sbb suamilah isteri mengandung dan boleh menyusukan anak.. dlm konteks perempuan bujang, haku tak nampak ape2 kebaikannye..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 09:12 AM | Show all posts
kalau memang takder jdoh tak salah aku rasa amik anak angkat dan susukan
daripada anak2 terbiar ni hidup melarat kan
alhamdulillah kalau ader org yg sudi jaga mereka
tapi kalau ader jodoh eloklah kahwin
melahirkan menyusukan  dan membesarkan anak tue kan satu jihad
aku nak gak rasa keperitan seorang ibu mengandung
itukan satu nikmat jugak drpd ILAHI
tapi kalau kahwin dpt suami menyusahkan and tahu buat anak jer
baiklah tak kahwin, amik anak angkat
lagik senang hidup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2007 04:22 PM | Show all posts
Pada saya perkara ni ada pro dan kontra dari sudut yang berbeza. Dari segi institusi keluarga, setuju dengan apa yang Dr ni kata, akan membuatkan lebih ramai wanita yang tidak mahu berkahwin tapi berkeinginan untuk memiliki anak angkat. Tapi bagi saya, perkara ni takle besar sangat. Ada satu lagi sudut yang lebih berat yang perlu kita refer, iaitu dari segi mahram.

Pada saya la, ibu angkat yang berkeinginan menyusukan bayi ni adalah satu niat yang mulia sebab dia pikir lebih jauh untuk masa depan. Masyarakat kita ni, kalau sebut pasal menyusukan bayi, ramai yang anggap ia sebagai satu perkara yang memalukan. Saya pun tak paham kenapa, sedangkan itu adalah semulia-mulia perkara. Bila seorang wanita itu berjaya menjadi ibu susuan kepada seseorang bayi, secara tak langsung dia boleh menentukan mahram dan menjaga batas2 aurat dengan bayi tersebut. Maknanya, aurat dan mahram dah jadik macam anak sendiri (untu ibu susan dan suaminya sekali) dan dia tak boleh berkahwin dengan anak tersebut. Sedangkan, kalau dia tak menjadi ibu susuan, dia dan anak tersebut wajib menjaga aurat sebagai orang asing bila bayi tu dah mumaiz. Begitu jugak kalau dia ada anak2 yang lain. Anak2nya dikira bukan mahram dan boleh berkahwin dengan anak angkat tersebut kalau bayi tersebut tidak disusukan.

Petikan hadis  hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidatuna 慉isyah Radhiallahu 慳nha:

Maksudnya: "Sesungguhnya Aflah saudara Abi Al-Qu慳isy meminta izin kepadaku (untuk masuk) setelah turunnya ayat Hijab, lalu aku berkata: "Demi Allah tidak aku mengizinkannya masuk sehinggalah aku meminta izin kepada Rasulullah Shallallahu 慳laihi wasallam. Kerana saudara Abi Al-Qu慳isy bukanlah orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isteri Abi Al-Qu慳isy."

Kemudian Rasulullah Shallallahu 慳laihi wasallam masuk kepadaku maka aku berkata: "Wahai Rasulullah sesungguhnya lelaki itu bukan orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isterinya (Abi Al-Qu慳isy)."

Rasulullah bersabda: "Izinkanlah dia kerana sesungguhnya dia adalah bapa saudaramu."

慤rwah berkata: "Oleh kerana itu 慉isyah berkata: "Haramkanlah daripada sesusuan apa yang haram kerana nasab keturunan."

(Hadis riwayat Bukhari)


Berikut antara pihak yang secara automatik menjadi mahram (haram berkahwin) kepada anak susuan tersebut:
    i. Perempuan yang menyusukan
    ii. Suami ibu susuan
    iii. Ibu bapa kepada ibu susuan
    iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan
    v. Adik beradik kepada ibu susuan
    vi. Adik beradik kepada bapa susuan
    vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan
    viii. Anak-anak kepada ibu susuan
    ix. Anak-anak kepada bapa susuan

Nak jadikan anak susuan ni pun ada syarat2nya:
1. Bayi berusia kurang dari 2 tahun
2. Menyusu sebanyak 5 kali kenyang

Rujukan:

http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic86_2001.htm
http://www.zaharuddin.net/v1/ind ... d=268&Itemid=86
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 06:10 PM | Show all posts
Syd posted on 28-12-2006 09:54 AM
ada. skrg dah moden.

dia puas ati laa, dpt anak

Saya setuju yang amatttttttt wanita bujang menyusukan anak dan tidak berkahwin....

Sebabnya :
[1] Tidak berserabut kepala fikir masalah suami yang tak habis2, baik layan anak hati dah tenang
[2] Suami berkualiti sekarang dah hampir pupus, banyak yang nak jadi BIAWAK KOMODO di rumah lepas tanggungjawab
[3] Nak elak stress melayan karenah suami yang high demand itu ini serba serbi nak sempurna, tapi nafkah bulan2 kat isteri cuma RM10.00, anak dah mcm gerabak keretapi
[4] At the same time dapat membantu mengurangkan masalah kadar penceraian di seluruh Malaysia
[5] Kurang menyusahkan orang sekeliling terutama ibu bapa, adik beradik contoh apabila suami liat bagi nafkah/malas bekerja, isteri nak cari duit kat mana nak bagi anak-anak makan?
[6] Otak lelaki zaman sekarang walaupun Allah menganugerahkan lelaki 9 akal, hakikatnya macam ada 0.1 akal jek
[7] Wanita walaupun banyak tolak ansur diberikan, lagilah suami tu seronokkkkkkk kononnya "tak menyusahkan aku!"..

Saya bukan menidakkan institusi perkahwinan tetapi kalau dah beginilah perangai kaum lelaki, saya lebih rela hidup bujang..

Last edited by sharifah.izana on 12-10-2013 06:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 09:20 AM | Show all posts
lagi bagus... kahwin dgn lelaki2 Malaysia ni buat perabis borehhh je
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 09:22 AM | Show all posts
sharifah.izana posted on 12-10-2013 06:10 PM
Saya setuju yang amatttttttt wanita bujang menyusukan anak dan tidak berkahwin....

Sebabnya :

terbaekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 02:09 PM | Show all posts
kalau dengan niat nak membantu ape salahnya kot kan.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.076131 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list