CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amir1976

Asal Usul Keturunan Korang

  [Copy link]
Post time 3-3-2011 02:44 PM | Show all posts
saya keturunan portugis tp malay la.. nenek sy punya nenek / moyang ada darah portugis dan smpi ke kitorg mmix plak dgn famili ayah sy yg berketurunan jawa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2011 08:40 PM | Show all posts
Sejarah berulang setiap 60 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 12:08 PM | Show all posts

"

Aku tengok ucapan penggulungan Tan Sri Muhyiddin Yassin masa Perhimpunan Agung UMNO dalam youtube.Dia kata :

"Allahyarham ayah saya adalah seorang Bugis dan Allahyarhamah ibu saya adalah seorang Jawa.

Jadi makna Jawa campur Bugis jawapnya Melayu."
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 04:49 PM | Show all posts
ak lak belah mak pernah dengar cerita keturunan acheh........
yang belah ayah ak lak dulu nenek moyang ak keturunan kala......
maksud keturunan kala nie yang main muzik kat istana.......
main muzik kat istana hanya pewaris saja dan turun temurun.......
tak sure ak sebenarnya keturunan dari mana
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 10:26 PM | Show all posts
belah ayah pure jawa, sbb ayah kepada datuk datang dari pulau jawa sebelum migrate ke johor. dari johor, datuk pindah klang, selangor

belah mak tak pasti pulak, asal mmg pure terengganu tapi tak pasti keturunan asal dari mana.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2011 03:59 AM | Show all posts
i pulak ..bapak turunan klantan(selatan thai) sebelah mak pattani +arab..org indon x boleh claim DARAH i tau!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2011 12:33 AM | Show all posts
ak lak belah mak pernah dengar cerita keturunan acheh........
yang belah ayah ak lak dulu nenek moy ...
eldacute Post at 10-3-2011 16:49



   

main muzik kat istana? istana mana tue? kalo main muzik kat istana biasanya nobat lah, mmg pemain nobat nie asal keturunan orang2 kalur dan batala..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 09:45 AM | Show all posts
Reply 447# aiskrimvanilla


orang kalur dan batala nie apa.......
ala kan kt istana ada main kan macam gong...... nafiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2011 11:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by aiskrimvanilla at 14-3-2011 11:33
Reply  aiskrimvanilla


orang kalur dan batala nie apa.......
ala kan kt istana ada main kan ma ...
eldacute Post at 14-3-2011 09:45



   
lahhh.. tak tau ke? orang kalur nie sejenis orang istana, keturunan diorang nie keje istana.. asal palembang sono.. nak tau, pamili elda orang negeri mana?

ok nak share satu kesah asal usul orang kalur..

[size=100%]Orang kalur atau kalo[size=100%]1[size=100%] adalah nama yang diberikan kepada keturunan pemain-pemain alat muzik nobat Diraja Perak[size=100%]2[size=100%] Menurut adat kesultanan Perak, hanya mereka yang berketurunan orang kalur sahaja yang dibenarkan bermain dan memegang alat-alat muzik tersebut. Kecelakaan akan menimpa mereka yang bukan daripada keturunan tersebut jikalau memainkan atau memegang alat-alat nobat. Selain daripada pemain nobat, Tok Seri Nara Diraja[size=100%]3[size=100%] juga berketurunan orang kalur, malah dikatakan orang kalur yang ‘terulung’ sekali. Menurut Raja Kobat[size=100%]4[size=100%], Seri Nara Diraja Perak tiada kaitan dengan Seri Nara Diraja Melaka tetapi berketurunan Seri Bija Diraja. Dikenali juga sebagai ‘orang muntah lembu,’ orang kalur telah melalui pelbagai proses transformasi yang melihatkan perubahan fungsi dan status mereka di dalam sejarah institusi kesultanan Melayu.

[size=100%]Terdapat pelbagai andaian tentang maksud perkataan ‘kalur’ serta asal-usul keturunan mereka. Linehan[size=100%]5[size=100%] berpendapat ‘kalur’ mungkin berasal daripada perkataan ‘susur galur’ yang bermaksud ‘kembali kepada asal’ atau perkataan Cham[size=100%]6[size=100%] ‘kalau’ yang bermaksud ‘pulau.’ Berdasarkan tanggapan ini, ‘orang kalur’ bermaksud ‘orang pulau.’ Allahyarham Tok Seri Nara Diraja Nong Bin Chik melalui temubual bersama Raja Kobat menyatakan orang kalur berketurunan Sang Kala, abang kepada Sang Sapurba. Raja Kobat berpendapat bahawa perkataan ‘kala’ ini kemudiannya bertukar menjadi ‘kalo’ disebabkan sebutan atau loghat orang-orang Minangkabau yang menetap di Perak.[size=100%]7

[size=100%]Satu perkara yang menarik di sini perkataan Sanskrit ‘kala’ juga bermaksud bentuk-bentuk kesenian, kemahiran, sifat atau kemuliaan. Di dalam tradisi agama Hindu terdapat senarai kala-kala atau kemahiran khusus yang tertentu termasuk bermain muzik, ilmu sihir, membuat pedang dan ukiran.[size=100%]8[size=100%] Menurut mitos yang diceritakan di dalam Sejarah Melayu, orang kalur berasal dari keturunan seorang lelaki yang bernama Bat atau Batala. Bat dikatakan telah muncul daripada buih muntahan seekor lembu putih tunggangan Nila Pahlawan, Kerisyna Pendita dan Nila Utama, putera-putera Raja Suran yang muncul di Bukit Siguntang, Palembang.

[size=100%]“Maka dengan takdir Allah taala lembu kenaikan baginda itupun muntahkan buih, maka keluarlah daripada buih itu seorang manusia laki-laki dinamai Bat dan destarnya terlalu besar”[size=100%]9[size=100%]

[size=100%]Walaupun jelas penulis Sejarah Melayu beragama Islam dan ditulis di zaman pemerintahan kesultanan Melayu Islam, namun masih terdapat pengaruh kepercayaan serta mitos Hindu yang telah dicampuradukkan di dalam karya tersebut. Lembu adalah binatang yang dianggap suci oleh orang India yang beragama Hindu, lebih-lebih lagi jika lembu tersebut berwarna putih. Menurut kepercayaan Hindu, lembu putih tersebut dikenali sebagai Nandi, tunggangan dan pengikut setia Dewa Siva. Lembu jantan putih ini melambangkan kekuatan kelelakian serta simbol kebenaran dan keadilan yang dikaitkan dengan Dewa Siva. Lembu juga berperanan di dalam kelahiran manusia pertama dan segala hasil yang diperolehi daripada lembu dianggap suci, termasuk susu serta najisnya.[size=100%]10[size=100%]


[size=100%]Apabila Sejarah Melayu menceritakan kelahiran Bat yang muncul daripada muntah lembu, ini adalah satu perlambangan bahawa Bat adalah seorang yang suci dan sangat penting peranannya. Beliau merupakan orang yang pertama membaca ‘ciri’[size=100%]11[size=100%] dan mempunyai kuasa menggelarkan Sang Sapurba sebagai Taramberi Teribuana serta berfungsi sebagai juru nikah..

[size=100%]“Syahdan, maka raja itupun digelar oleh Bat itu Sang Sapurba Taramberi Teribuana. Adapun Bat itulah daripadanya anak cucunya asal orang yang membaca ciri dahulukala. Maka Nila Pahlawan dan Kerisyna Pandita pun dikahwinkan Bat dengan Wan Empuk dan Wan Malini;[size=100%]12[size=100%]

[size=100%]Pada hakikatnya Bat atau Batala merupakan golongan Brahmin yang menjadi sami-sami pentadbir kuil-kuil Hindu di zaman pemerintahan Srivijaya dan kerajaan Hindu yang lain di kepulauan Melayu. Peranan golongan Brahmin amat penting di dalam pemeliharaan martabat dan ‘kesaktian’ raja. Mereka juga berfungsi sebagai penasihat raja, hakim, penjaga adat-istiadat dan pujangga (pembaca ciri).[size=100%]13[size=100%] Apabila tertubuhnya sesebuah kerajaan baru, seseorang raja tidak akan sah pemerintahannya sehingga ditabalkan oleh seorang pujangga atau pembaca ciri.[size=100%]14[size=100%] Di dalam upacara pertabalan raja di zaman pemerintahan Hindu Srivijaya, ketua sami Brahmin ditugaskan sebagai ‘juru bisik rahsia pemerintah’ dan adat ini dikekalkan sehingga kini di istana Perak. Orang yang berhak membaca ciri dan membisikkan ‘rahsia pemerintah’[size=100%]15[size=100%] ke telinga Sultan Perak ketika istiadat pertabalan ialah Tok Seri Nara Diraja. Di kalangan Brahmin ini juga terdapat segelintir yang bertugas sebagai pemuzik di kuil-kuil dan istana raja..

[size=100%]

[size=100%]bersambung....

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 11:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by aiskrimvanilla at 14-3-2011 11:36

sambungan...

Apabila kerajaan Srivijaya di Palembang semakin lemah dan hilang kedaulatannya akibat tekanan daripada kerajaan Majapahit yang berpusat di Jawa, seorang putera raja bernama Parameswara telah berpindah ke Singapura. Setelah memerintah Singapura selama lima tahun, Parameswara sekali lagi berpindah, kali ini ke Melaka, di mana beliau menubuhkan sebuah kerajaan baru. Sebagai seorang putera raja, beliau diiringi oleh pembesar-pembesar, hulubalang serta mereka yang bertanggung-jawab di dalam memelihara adat-istiadat diraja. Pendekata, sistem politik, pentadbiran dan adat-istiadat telah siap terbentuk apabila beliau membuka Melaka.16 Ini diterangkan di dalam Sejarah Melayu walaupun tidak disebut tentang fungsi ‘orang muntah lembu’ dan kaitannya dengan hal-hal adat istiadat diraja. Satu pertalian yang boleh dibuat ialah dengan mengaitkan jawatan Tok Seri Nara Diraja Perak dengan Penghulu Bendahari Temasek yang juga dikenali sebagai Seri Nara Diraja di Melaka, jawatan yang rendah sedikit daripada Bendahara. Namun peranan Seri Nara Diraja Melaka, selain daripada pembesar negeri, masih tidak jelas. Adakah fungsi juru tabal dan pembaca ciri yang dilakukan oleh Batala di Palembang dan Tok Seri Nara Diraja di Perak disempurnakan juga oleh Seri Nara Diraja Melaka? Keturunan pemuzik nobat di Melaka juga tidak disebut walaupun jelas diperkatakan di dalam Sejarah Melayu tentang alat-alat muzik dan adat istiadat yang melibatkan nobat.17

Di zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1414-1444), Sultan Melaka ketiga, satu jawatan baru telah diwujudkan yang melibatkan orang kalur. Menurut Sejarah Melayu:

“Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; dipanggil orang Datuk Bungkuk.”18


Seri Bija Diraja merupakan pembesar negeri yang keempat terpenting selepas Bendahara, Penghulu Bendahari (Seri Nara Diraja) dan Temenggung, sebelum wujudnya jawatan Laksamana.19 Sama seperti Seri Nara Diraja, Seri Bija Diraja juga tidak diketahui tahap penglibatannya di dalam upacara pertabalan raja-raja Melaka, sebagai kesinambungan kepada peranan yang dimainkan oleh Batala di Palembang. Namun, perlantikan Tun Hamzah sebagai pembesar Melaka telah meletakkan status orang kalur di tahap yang tinggi. Sehingga jatuhnya kerajaan negeri Melaka pada tahun 1511, jawatan Seri Bija Diraja ini telah diisi oleh sekurang-kurangnya tiga orang dari sebuah keluarga, iaitu Tun Hamzah, anakandanya Tun Kerutup dan cucundanya Sang Setia Tetayan.20

Setelah Melaka ditawan Portugis, Sultan Mahmud Shah berpindah ke Kampar, Sumatera dan mangkat di sana pada tahun 1528. Dua orang anakandanya telah kembali ke Semenanjung Tanah Melayu dan menubuhkan kerajaan Johor-Riau dan Perak. Sultan Perak yang pertama, Sultan Muzaffar Shah telah ditabalkan di Tanah Abang dan meneruskan tradisi kesultanan Melaka di sana. Sebagai anakanda sulong kepada Sultan terakhir empayar Melayu tersohor, Sultan Muzaffar sudah tentunya tidak bertakhta di Perak tanpa pengikut-pengikutnya serta tradisi yang diwarisinya dari Melaka. Ini termasuklah para pembesar negeri dan alat-alat kebesaran Diraja seperti pedang kerajaan, cap mohor dan nobat serta pemain-pemainnya.

Kini, Seri Nara Diraja merupakan salah satu jawatan yang dikekalkan dari kesultanan Melaka walaupun fungsinya agak berbeza. Walaupun tiada jawatan Seri Bija Diraja di Perak tetapi keturunannya kekal melalui Seri Nara Diraja. Pemain-pemain nobat pula kekal diperturunkan daripada kesultanan Melaka sehinggalah ke Perak walaupun tidak diketahui nasib alat-alat muzik nobat setelah Melaka ditawan Portugis.






Nota


1 Sebutan loghat Perak.

2 Pemain nobat Di Raja Kedah juga dipanggil orang kalur tetapi tidak diketahui pertaliannya dengan orang kalur di Perak. Di Selangor pula, memang digunakan khidmat orang kalur Perak semenjak pertabalan sultan Selangor yang pertama.

3 Pembaca ciri, juru tabal, pembisik rahsia pemerintah semasa pertabalan Sultan Perak dan penjaga hal-ehwal adat istiadat istana.

4 Raja Kobat Salehuddin, seorang penyelidik sejarah adat-istiadat Perak yang juga cucunda kepada Almarhum Sultan Abdul Aziz, Sultan Perak ke-31.

5 Lihat Linehan, W. (1951) The Nobat and the Orang Kalau of Perak. JMBRAS, 24, 3 (1951), ms. 60-68.

6 Masyarakat di Vietnam dan Kemboja.

7 Menurut Raja Kobat, orang-orang Minangkabau ini dibawa ke Perak oleh Megat Terawis.

8 Lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Kalae.

9 W.G. Shellabear (1977). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, ms. 18.

10 M. Rajantheran (1999). Sejarah Melayu, Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, ms. 103-105.

11 Bermaksud puji-pujian.

12 W.G. Shellabear (1977). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, ms. 18-19.

13 Mohd Taib Osman (1989). Malay Folk Beliefs, An Integration of Disparate Elements. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, ms. 29.

14 Ibid., ms. 29.

15 Menurut R.O. Winstead, di dalam JMBRAS., XX. Pt. I, 1947, ms. 129 & 135, nama rahsia tersebut ialah Bichitram atau Vicitram.

16 Lihat Muhammad Yusoff Hashim (1992). The Malay Sultanate of Malacca. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, ms. 105-150.

17 W.G. Shellabear (1977). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, ms. 57, 58, 59 & 60.

18 Ibid., ms. 71.

19 Setelah jawatan Laksamana diperkenalkan di zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, Seri Bija Diraja sama atau berkemungkinan rendah sedikit darjatnya berbanding Laksamana.

20 Anakanda saudara kepada Tun Kerutup dan anakanda Tun Bija Diraja. Lihat Muhammad Yusoff Hashim (1992). The Malay Sultanate of Malacca. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, ms. 102-103



***terima kasih kepada blog raja iskandar......
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 11:34 AM | Show all posts
Reply 449# aiskrimvanilla


batala lak......
ak nak korek citer pun takut ayah ak tak tau sangat.......
ayah ak cuma cakap sampai nenek ak je betul-betul orang kala.......
tak kan ak asal indon kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 11:37 AM | Show all posts
Reply 449# aiskrimvanilla


family i orang perak
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 11:40 AM | Show all posts
Reply  aiskrimvanilla


batala lak......
ak nak korek citer pun takut ayah ak tak tau sangat... ...
eldacute Post at 14-3-2011 11:34



   

bukan asal indon la, dulu mana ada negara indon melesia segala... kira ko nie asal palembang, sumatera lah........
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 11:42 AM | Show all posts
Reply  aiskrimvanilla


family i orang perak
eldacute Post at 14-3-2011 11:37



   
kira betul la nie, orang kalur perak.. aku dah pastekan cerita pasal keturunan orang kalur kat page sebelah.. ..

musti keluarga ko banyak kat kuale kangsor kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 11:49 AM | Show all posts
Reply 454# aiskrimvanilla


x tau la tapi nenek ak asal kampar.....
ak blur lagi pasal orang kala......
anyway thanx for the info
jap orang palembang nie bukan group macam jawa..... banjar..... bugis ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 12:02 PM | Show all posts
Reply  aiskrimvanilla


x tau la tapi nenek ak asal kampar.....
ak blur lagi pasal orang kala.. ...
eldacute Post at 14-3-2011 11:49



   

jawa, bugis, batak ,minang tue semua kategori SUKU...senang cerita tak yah pening2 kepala anggap je ko orang palembang..

actually palembang tue nama tempat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2011 12:04 PM | Show all posts
Reply 456# aiskrimvanilla


   
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 04:18 PM | Show all posts
Sayer ni mix
Ibu saya Singh convert to Islam...
Bapa saya keturunan melayu dari belah Brunei....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 05:19 PM | Show all posts
hurmm..menarik..

aku belah ayah -->> atok:pattani kedah nenek: tah ada darah2 curly kot tp org kelantan, katanya keturunan tok kenali, mamak ke tu??
tapi muka adik beradik ayah aku ada style siam ada style mamakkkkk (ayah aku la tu). tapi sedara2 belah mak dia xder plak muka curly, muka kelantan ada la..sedara belah atok, x cam sgt sebab x rapat

belah mak-->> atok: melayu siam, nenek: cina dianak angkat oleh keluarga melayu sejak baby
hahaha adik beradik mak aku semua putih2 mata repet tinggi sedang2, hidung x mancung mana

aku + adik beradik: hasilnya, aku x nampak sangat malay, 1 malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 01:07 AM | Show all posts
Up,
+ 1 Credit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.098728 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list