CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: benign

Gangs and Triads

[Copy link]
Post time 20-4-2009 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by revolusi_30 at 11-11-2008 10:34
Khairat kematian pun boleh jadi gengster...btw..Pekida je gengster yg pakai slogan 'Amar Makhruf Nahi Mungkar"..tapi arak teguk gak...


apa-apa benda pun..
kalo elok bawak..elok la jadinya
kalo tak elok bawak..buruk la jadinya

mcm internet la,
kalo elok guna..elok la jadinya
tapi kalo guna internet dok sebar fitnah, mencelakakan bangsa..buruk la jadinya

tak gitu

kalo salah..tolong tnjukkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2009 11:17 PM | Show all posts
siapa yg tau lagi detail pasal geng kg melayu penang.. & paya boy (penduduk muda kg paya - sebahagian kg baru KL)

aku ada dgr kalau dulu kat penang melayu kena kaco... dorg slalu petik geng kg melayu..

kalu paya boy plak.... mmg masa akhir 60an & awal 70an dulu ramai yg tk berani nk bersentuh dgn dorg...

geng kg baru KL pong aku dgr2 cerita kwn2.. blh tahan jgk.............. sapa buat kaco dlm kawasan dorg mmg keluar berdarah laa..

mcm aku dgr kes 2 thn lepas..... ada budak melayu kena pow kat blkg mati chow kit (lrg hj taib)... satu kg baru turun mengamuk cari cina yg pow tu.... separuh mati jgk laa dikerjakan.. aku dgr2 jer.............. kesahihan aku tak pasti
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by cepote at 20-4-2009 23:17
siapa yg tau lagi detail pasal geng kg melayu penang.. & paya boy (penduduk muda kg paya - sebahagian kg baru KL)

aku ada dgr kalau dulu kat penang melayu kena kaco... dorg slalu petik geng kg ...


aku asal dari kg melayu penang
boria anak tanjung... heheheh! (tapi aku tak main boria la...)

[ Last edited by  sintaq at 21-4-2009 09:52 ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 09:52 AM | Show all posts

Balas #62 cepote\ catat

byk cerita yg menarik utk dikongsi tapi..kalo cerita kt sini
satgi ada yg cakap nak tnjuk ek la, apa la...

kalo nak tau lebih..mai la turun penang...kita dok kat astaka kg melayu..bleh sembang2
bleh kenal2 org lama kg..

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 03:19 PM | Show all posts
camne lsk kesahnya ngan kongsi 18 , 24 , 369 dan sewaktu denganya?
xde pe cerita ka ...

alang2 membuka hamparan merah
jangan separuh jalan
alang2 belayar tongkang
biar sampai ke china
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 11:46 AM | Show all posts
kat malaysia neh byk ke kongsi gelap..???

kongsi yg cerah xda kew..???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2009 02:08 PM | Show all posts
geng flat larkin dan kampung melayu majidee tak mau cite...

igt lagi tahun 1998, beratus penduduk kampung melayu belasah puluhan bangla sampai kat sungai... gara-gara seorang awek diusha bangla dan memukul pemandu teksi yg cuba mempertahankan awek tersebut....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 02:18 AM | Show all posts
Aku rasa kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San la yang paling hebat zaman dulu.

Sebabnya diorang semua dapat sokongan dari kalangan elit pemerintah dalam kesultanan Melayu Perak ketika itu...huhuhu.

Kalau fakta aku ni silap,harap la korang betulkan yer.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2009 02:39 AM | Show all posts
topic nihh memang bestt... syabass..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 09:42 AM | Show all posts
Hidup gengster Melayu




Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


Hashim taiko gengster patah gigi buka botol arak.



MULANYA Hashim Atong, 62, enggan ditemu bual kerana kesibukan menguruskan perniagaan kedai makanan yang diusahakan bersama isteri di Lembah Subang, Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor.

Malah pertemuan yang cuba diatur menghampiri solat Jumaat juga menyukarkan keadaan.

Tetapi penulis bernasib baik kerana perkenalan dengannya lebih setahun lalu banyak membantu, menyebabkan Hashim akhirnya tewas dan bersedia untuk ditemui.

Segak berpakaian baju Melayu, kain pelekat, serban dan memakai gelang dan cincin perak, Hashim masih selesa dengan trademark dirinya yang bercelak serta misai tebal yang terjaga rapi. Kacak sikit, ujarnya.

Beliau membuka perbualan dengan kisah kehidupan gelap yang pernah dilalui tidak lama dahulu. Sejarah awal hidupnya diselubungi aktiviti mengedar dadah, gengsterisme dan minuman keras.

Salah saya pernah digelar sebagai bapa gengster. Ia mungkin berpunca daripada persekitaran hidup saya. Saya menetap bersama keluarga di Sungei Way yang majoriti penduduknya kaum Cina. Saya pula bekerja sebagai pemungut tiket di sebuah pawagam lama di sini.

Kawan-kawan banyak jadi gengster. Itu membuatkan kita kadang-kadang pukul orang yang enggan bayar tiket. Disebabkan saya satu-satunya Melayu dalam kumpulan itu, saya digelar taiko gengster Melayu, ujarnya yang boleh bertutur dalam bahasa Cina dan Inggeris dengan baik.


Dua botol sekali gus


Hashim juga mengaku dia dahulu merupakan seorang pemabuk, kaki perempuan dan kaki pukul.

Saya buka botol arak menggunakan gigi sahaja. Malah dua botol besar arak boleh dihabiskan sekali gus. Saya minum pakai straw dan minum bersama 20 biji telur mentah.

Sampaikan orang yang biasa minum arak pun terkejut dan menggelar saya taiko arak. Tabiat itu menyebabkan sebatang gigi sebelah kanan saya patah, katanya sambil menunjukkan gigi palsu yang dipakainya sekarang.

Tambah Hashim, aktiviti sosial di kelab malam sudah menjadi acara wajibnya hampir setiap malam.

Adakalanya saya berjoget sampai ke pagi hingga kepala jadi pening. Perempuan usah cakap.

Duit pula sentiasa ada hasil peras ugut orang dengan minta wang perlindungan. Tapi semua itu tidak kekal sebenarnya. Banyak duit tapi hidup tidak pernah aman dan sentiasa ketakutan, katanya yang tidak habis bersekolah rendah.

Bagaimanapun, kenangan hidup sebagai seorang gengster paling tidak dapat dilupakan Hashim.

Dia mengaku bergaduh dengan hanya menggunakan kekuatan fizikal tanpa senjata walaupun lawannya menggunakan parang, pisau dan senjata tajam lain.

Kawan lima orang sekali gus pun saya tidak takut. Ini kerana saya belajar silat dan mampu mempertahankan diri walaupun susuk badan saya kecil.

Sebenarnya kita perlu gunakan helah dan ketawa semasa berlawan. Pelik bukan? Tapi jika kita emosi, kita banyak tumbuk angin dan tidak fokus untuk menyerang bahagian yang lemah pada tubuh seseorang.

Saya juga pakai helah dengan menyembur serbuk lada atau melempar pasir ke arah mata musuh. Masa dia tak nampak apa-apa, saya pukul cukup-cukup. Tapi kalau dah ramai sangat, lari sajalah. Saya tunggu hari lain untuk balas dendam, katanya.





PEKAN Sungei Way di Petaling Jaya pernah berada di bawah 'taklukan' Hashim suatu waktu dahulu.



Tidak tenteram


Setelah puas bergelumang dengan dunia gelap yang menjadikan hidupnya sempit dan sentiasa tidak tenteram, Hashim berfikir sampai bilakah dia terus begitu.

Ia, sampai bila hidup ini asyik diburu. Tengok orang pun takut. Jalani hidup seharian dengan ketakutan.

Arwah ibu menjadi sebab saya berubah. Doa ibu mustajab walaupun dia telah lama meninggal dunia. Saya tidak dapat melupakan saat mak memandikan saya dan memberi minum air limau nipis bagi membuang dosa minum arak dan dadah, katanya dalam nada sedih.

Saya juga tertangkap dan dihantar ke Pulau Jerejak di Pulau Pinang selama dua tahun pada awal 1970-an kerana kegiatan jenayah yang saya lakukan.

Pengalaman di sana cukup memeritkan. Bayangkan anda bekerja setiap hari tanpa henti. Berada di pulau yang sepi, kita bagai telah mati. Seksanya waktu itu, katanya sambil air mata mengalir membasahi pipinya.

Selepas Pulau Jerejak, Hashim telah dibuang daerah ke Bukit Payung, Kuala Terengganu. Dia membawa bersama isteri dan anak-anaknya.

Saya menangis melihat isteri dan anak-anak. Adakah mereka perlu terus dikeji kerana kesilapan saya. Hidup tidak menentu dan mulai saat itu saya bertekad mengubah diri, katanya.

Kini Hashim bersyukur kerana masyarakat mula menerimanya kembali dan berjaya membuka kedai makan hasil usahanya dengan isteri.

Perit juga, pelbagai ujian datang. Dahulu saya berniaga tepi jalan sahaja sampai berapa kali kena saman pihak berkuasa tempatan.

Modal tidak banyak. Jika peralatan berniaga kena rampas, perit untuk mengumpul modal lagi.

Sekarang saya juga menjadi penasihat kepada bekas penagih dadah yang menubuhkan sebuah syarikat jualan cenderamata di Puchong, Selangor.

Memang sukar untuk masyarakat menerima saya pada mulanya. Tapi jika kita ikhlas lama-kelamaan orang akan sedar. Ibarat kita ketuk pintu rumah seseorang, pada mulanya dia tidak buka tetapi kalau berulang kali akan dibuka, bukan, katanya.

Kini Hashim hidup bahagia di samping 14 orang anak hasil daripada dua perkahwinannya dan 11 cucu yang amat disayanginya.


- Kosmo -


Last edited by HangPC2 on 23-5-2013 10:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2009 02:12 AM | Show all posts
macho lagi uncle nih..

kalau ikut ranking mafia wars dia nih da sampai tahap mana?

Master Associate, Capo?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 11:24 AM | Show all posts
Yakuza group forcing members to take ' gangster exam '


OTSU -- Japan's largest and most notorious organized crime group, the Yamaguchi-gumi, is forcing members to take a "gangster exam" in order to reduce costly damages suits, police have discovered.

An affiliate based in Shiga Prefecture is distributing written tests on the revised Anti-Organized Crime Law, which allows higher-ranking gang members to be sued for the actions of their subordinates, as a preventative measure against future lawsuits. Police believe the test has been introduced by Yamaguchi-gumi groups across the country.

Police first discovered the test during an investigation of a member of the affiliate. A 12-question exam paper, complete with model answers, was among the items confiscated.

Questions included "What kind of activities are banned?" with "dumping industrial waste; bootlegging fuel; theft of construction vehicles and other expensive items; phone fraud scams" etc. listed as the correct answers.

The model answer to the final question, "What are you required to do in all your activities?" was: "report and consul with my bosses."


- (Mainichi Japan) September 5, 2009 -



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 10:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 7-9-2009 11:21

Hidup gengster Melayu




Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


Hashim taiko gengster patah gigi buka botol arak.




http://img443.imageshack.us/i ...
HangPC2 Post at 26-5-2009 09:42




ini baru le ghetto!! heee...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 10:24 AM | Show all posts
tapi klu nk citer pasal kongsi yg best kt dunia ni...aku rasa lagi menarik klu wataknye ramai yg kenal kt bonang neh... aku sker baca pasal tragedi TUPAC vs BIGGIE.
aku ada movie bergenre kn documentary  pasal depa ni...snanye WEST n EAST side tu datangnye dari 1 payung gak..kesian kt tupac n biggie coz diorang di jadikan kambing hitam tanpa di sedari...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 10:27 AM | Show all posts
pasal manusia2 kt dlm pekida plak, heee...hampeh2 belaka snanye...lagi plak sejak 2 menjak neh depa dh jadi komrad2 parti politik...semuanye hanya kepentingan politik belaka...
cuba la contohi kongsi2 gelap cina yg menetap kt USA,UK,JEPUN...depa naik bendera utk bangsa depa...untuk lindung bangsa depa sendiri. tapi kt malaysia ni..hmm..samseng kampung je ramai....kuikuikui...

*aku samseng dlm counter-strike je!! hehehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 11:49 AM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 24-10-2017 09:57 AM

STREET WITH A HISTORY



By ANN TAN






MANY a time we have heard our elders calling Armenian Street in George Town, Penang, by its other names.

However, not many of us are aware of the origin of the street’s various names and the stories behind them.

According to the plaque on the history of the street name that was put up by the Penang Heritage Trust (PHT) recently, the early Armenian merchants were said to have settled there but disappeared when the century-old Armenian church on Church Street was pulled down.

The area was believed to be an important place for its concentration of Chinese and Malay secret societies.

It was also called the Malay Lane due to the Malay kampung settlement there.

The second part between Beach Street and Pitt Street, however, was known as the Pun Thau Kong Hang or in Cantonese Tai Pak Kung Hong.


For the Chinese Hokkien community, Armenian Street was separated into two parts.

The first stretch of the road between Jalan Mesjid Kapitan Keling and Acheen Street was called Pak Thong-ah Kay (Coppersmith’s Street) or Ta Thung Kai in Cantonese.

Khoo Su Nin @ Khoo Salma Nasution, in her book Streets of George Town, Penang, says a mid-19th century braziery, where all sorts of brass and copper wares were sold, that was run by Mohamed Tahir gave Armenian Street the name Pak Thong-ah Kay.

The second part between Beach Street and Jalan Mesjid Kapitan Keling, however, was known as the Pun Thau Kong Hang or in Cantonese Tai Pak Kung Hong.


Plumber Teng Chin Huah, 62, who was born there and grew up in the area, said he could still remember the good old days when he used to see the Indians and Malays selling brass and copper wares.

“I used to cycle along the road and the scene was something like the Little India today,” he said.

Teng said the copper and brass were very cheap in those days.

“The area where they used to gather around has now been turned into a field.

“Slowly, the trade disappeared when it was passed on to the younger generation who developed it into something else.

“If only I knew those were going to be history, I would have kept photos to show to our future generations,” he said.

According to Hock Teck Cheng Sin Temple trustee Tan Joo Chye, Pun Thau Kong Hang was named after the temple that is located along that stretch.

“Pun Thau Kong, which means local deity, was just another name for Tua Pek Kong.

“The temple was also formerly known as Khian Teik Tong, a base for the secret society,” he said.

Tan said when the British outlawed secret societies, Khian Teik Tong was forced to close down.

“Khian Teik Tong’s assets were then transferred to several registered societies, namely the Poh Hock Seah, Hokkien Kongsi, Cheng Hoe Seah, and Teng Kheng Seah, which make up the Hock Teck Cheng Sin Temple today.

“Each society then sent five represen- tatives to become the temple committee members.

“People believe in Pun Thau Kong because legend has it that the white beard of the deity’s statue turned black one day,” he said.


- The Star -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2010 07:02 PM | Show all posts
Sejarah Kongsi Gelap



Kegiatan mereka bukan lagi tertumpu kepada pemerasan, penculikan, ugutan, perniagaan dadah, rompakan, perjudian haram, pelacuran, penjualan cakera padat cetak rompak, pemerasan wang perlindungan terhadap perempuan sundal, penari, rumah urut, peniaga kecil, dan juga kegiatan Ah Long.

Sekarang, kegiatan kongsi gelap secara serius telah mula meresap dan merubah lanskap politik negara. Mereka telah dilihat sebagai pencatur. Mereka telah mula menonjol berikutan keterlibatan golongan usahawan, dan penggiat politik secara lansung atau tidak ke dalam kumpulan mereka.



Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi). Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada penjenayah Cina.






Kapitan Chung Ah Kwee, ketua kumpulan Kongsi Gelap Larut Hai San 1887



Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa-bangsa lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain-lain. Kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.






Khaw Boo Aun (1835 - 1906) Setiausaha Persatuan Ghee Hin Sum Hup, juga Pengurus kewangan Raja Abdullah



Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang dipuja-puja. Malah di dalam sumpah setia meraka, mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli " Tentera Merah ".



Sebab-sebab penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina


1. Kewujudan kongsi-kongsi gelap di China Selatan


Kebanyakan orang Cina yang berhijrah secara ramai-ramai ke Negeri-negeri Selat dalam abad ke-19 merupakan bekas ahli kongsi-kongsi gelap di negara China. Tradisi kongsi-kongsi gelap ini telah diteruskan oleh orang Cina di Negeri-negeri Selat.

2. Keperluan organisasi bagi perlindungan dan bantuan bersama

Orang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di negara China dan terdiri daripada berbagai-bagai suku. Mereka juga mempunyai bahasa pertuturan dan adat yang berlainan. Faktor-faktor ini dan keadaan sekeliling yang baru telah menyebabkan orang Cina memasuki kongsi gelap yang seketurunan bagi tujuan perlindungan diri dan bantuan bersama. Selain daripada menjalankan kegiatan-kegiatan jenayah, kongsi-kongsi gelap ini merupakan persatuan kebajikan dan sosial. Mereka membantu ahli-ahli yang berada dalam kesusahan, menguruskan pengebumian ahli-ahli yang meninggal dunia dan membantu ahli-ahli mencari pekerjaan.

3. Kewujudan peluang-peluang kekayaan dan kuasa


Kongsi-kongsi gelap juga ditubuhkan dengan tujuan menguasai lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran.





Pelombong Ghee Hin



4. Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat


Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat telah menggalakkan penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina. Pegawai-pegawai awam dan pasukan polis tidak mencukupi untuk mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap. Pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan, tiada terdapat seorang pegawai pun sebelum tahun 1867 yang boleh bertutur dalam bahasa Cina atau memahami adat orang Cina. Tiada terdapat jentera kerajaan sebelum tahun 1877 bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan kaum Cina di Negeri-negeri Selat. Malahan tiada terdapat kakitangan kehakiman yang mencukupi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah. Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina.



Langkah-langkah mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap Cina


1. Sebelum tahun 1867


Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap. Pentadbiran Negeri-negeri Selat sehingga tahun tersebut adalah di bawah kawalan Kerajaan India yang telah mengamalkan sikap tidak peduli dalam hal ehwal tempatan. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman.


2. Selepas tahun 1867


a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867
Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan. Melalui akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan. Hukuman dera (Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan.

b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869


Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka.

c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877


Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina.

d. Kelulusan Undang-undang


Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan
e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889
Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain.

Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerjaan Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini.

Jika seseorang terlibat didalam aktiviti kongsi gelap atau jenayah, maka mereka boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

DIBAWAH ORDINAN DARURAT 5/69


Mengikut sek. 3 Ordinan Darurat anda boleh ditangkap dan ditahan selama 60 hari. Berikutnya dibawah sek. 4 (1) pula boleh dihukum oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang selama 2 tahun

Atau

Dibawah sek. 4A (1) Ordinan yang sama boleh diperintahkan kediaman terhad disesebuah tempat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk selama 2 tahun.





Last edited by HangPC2 on 23-5-2013 10:16 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 03:22 PM | Show all posts
kalau dibuat filem mesti gempak giler.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 08:28 PM | Show all posts
dah ada... local made lagi.. tajuk dia KINTA 1887
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 08:49 PM | Show all posts
untuk menambahkan sikit keseronokan dalam thread lama ni, meh aku listkan beberapa gangster movies yang agak influential yang juga menunjukkan sedikit sebanyak tentang kehidupan Gangter ni.

1-GODFATHER. Pasal Mafia Itali kat States.
2-BLOOD IN BLOOD OUT. Pasal Gangster Latino.
3-AMERICAN ME. Pun pasal Gangster Latino.
4-THE WONDERERS. Pasal Geng geng sekolah italian tahun 50an.
5-THE OUTSIDERS. Geng mat salleh zaman zaman Elvis. Tom cruise masa belum femes.
6- DEUCES WILD. Pun sama macam no 5.
7- CITY OF GOD. Brazillian gangster.
8- THE WARRIORS. Gangster cereka tapi best.
9- KINGS OF NEW YORK. Gangster dadah kat NY.
10. YOUNG AND DANGEROUS dan siri siri dia dan offshots dia. Triad Hong Kong.
11. CROWS ZERO 1 & 2. Gangster budak sekolah jepun.

dan banyak lagiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.228362 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list