CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Field Hockey -

[Copy link]
Post time 15-5-2008 11:40 AM | Show all posts

HOCKEY PIALA SULTAN AZLAN SHAH

Hoki: Malaysia sekadar seri dengan Kanada

"KITA tidak sepatutnya berkongsi mata dengan Kanada pada perlawanan malam ini."

Demikian keluhan jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh selepas Malaysia mencatat keputusan seri 2-2 dengan Kanada pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam semalam.

"Malaysia mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol namun dipersia-siakan oleh barisan serangan," jelas Sarjit.

Gandingan S. Selvaraju, Boon Huat dan Mohd. Amerullah Abd Aziz nampak tidak menjadi kerana banyak terlepas peluang keemasan.

Skuad negara mula bersemangat setelah memperoleh gol pertama melalui jaringan pemain berpengalaman, Chua Boon Huat pada minit ke-20.

Namun begitu, Kanada bertindak pantas menyamakan kedudukan melalui Sukhwinder Singh pada minit ke-24.

Pukulan kencang oleh Mohd. Amin Rahim ketika menyempurnakan pukulan sudut pendek pada minit ke-28 menceriakan semula skuad negara.

Penjaga gol negara, S. Kumar perlu diberi pujian apabila bertindak cemerlang beberapa kali menepiskan cubaan berbahaya Kanada.

Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa mereka berkongsi mata dengan Kanada apabila pukulan sudut pendek oleh Scott Tupper menerjah jaring negara pada minit ke-62.

Sarjit mengakui kedudukan Malaysia untuk menjadi empat pasukan terbaik pada kejohanan ini semakin sukar andai gagal mengutip mata penuh dalam pertemuan dengan Belgium malam ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2008 11:43 AM | Show all posts

LALUAN SUKAR BUAT MALAYSIA

Anak buah Sarjit berdepan laluan getir


SKUAD hoki negara berdepan laluan getir untuk mengintai peluang memburu kedudukan tempat ketiga di Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah ke-17 selepas sekadar mampu seri 2-2 ketika menentang Kanada, malam tadi pada hari yang menyaksikan Belgium membuat kejutan selepas menumbangkan pasukan pilihan, Pakistan 5-3.

Dalam perlawanan lain di Stadium Azlan Shah, Ipoh, Argentina terus garang tunjuk belang selepas layak ke perlawanan akhir edisi kali ini dengan menewaskan wakil Oceania, New Zealand 2-1.

Memulakan saingan dengan sokongan kira-kira 3,000 penyokong setia yang hadir sebagai penawar bagi kesan luka yang masih berparah, Chua Boon Huat yang memperoleh sentuhannya membangkitkan gemuruh sorakan apabila meledakkan gol sulung negara dengan rembatan kencang hasil umpanan Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor pada minit ke-20.



Namun, kebangkitan anak buah Sarjit Singh pantas dipatahkan lawan menerusi gol penyamaan Sukhwinder Singh yang merobek gawang kosong ditinggalkan penjaga gol, S Kumar untuk menolak bola pada minit ke-24, sebelum Amerullah Abd Aziz menyudahkan kemas set piece pukulan sudut penalti kedua Malaysia, empat minit selepas itu bagi menjadikan kedudukan 2-1 memihak tuan rumah.

Ketika jerit pekik penyokong fanatik penuh emosional berterusan bagi mengesahkan kemenangan Malaysia, Scott Tuper menyudahkan sudut penalti kelima daripada jumlah enam diperoleh Kanada untuk menumpaskan Kumar minit ke-61 bagi kedudukan 2-2 - sekali gus memusnahkan harapan Malaysia untuk meraih tiga mata penuh sekali lagi.

揝aya kecewa kerana kita sepatutnya menang perlawanan ini. Kita punya banyak peluang tetapi digagalkan dengan kesilapan hantaran. Dua peluang jaringan akhir gagal disudahkan selepas komunikasi lemah Jiwa Mohan dan Kumar selain kesilapan Kelvinder Singh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 08:37 PM | Show all posts

HARI KELAPAN (15 MEI, KHAMIS) - 6pm

NEW ZEALAND VS KANADA
牋牋3
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 10:21 PM | Show all posts

HARI KELAPAN (15 MEI, KHAMIS) - 8pm

BELGIUM VS MALAYSIA
4牋牋牋牋牋牋牋牋
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 11:39 PM | Show all posts
Malaysia Tercorot Selepas Tewas Kepada Belgium
BERNAMA - 15 Mei, 2008 23:35 PM

IPOH, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia bakal menamatkan kempen Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-17 secara memilukan apabila mencatatkan kekalahan ketiga selepas tewas 2-4 kepada Belgium di Stadium Azlan Shah di sini Khamis.

Malaysia kini menduduki kedudukan tercorot dengan empat mata selepas lima perlawanan dan bakal melengkapkan jadual pertandingan dengan menentang India Sabtu ini.

Persembahan Malaysia kali ini dianggap paling buruk dalam sejarah kejohanan tersebut selepas menjadi naib juara kepada Australia tahun lepas.

Setakat ini, Malaysia hanya menewaskan New Zealand 2-0 dan seri 2-2 dengan Kanada manakala tewas 2-3 kepada Pakistan dan 0-5 di tangan Argentina.

Belgium, yang layak ke Sukan Olimpik Bejing Ogos ini, memulakan perlawanan dengan menyumbat gol pendahulu menerusi Charles Vandeweghe pada minit ke-20 sebelum Mohd Amin Rahim menyamakan kedudukan dengan menyempurnakan pukul sudut penalti pada minit ke-31.

Vandeweghe sekali lagi meletakkan Belgium di hadapan pada minit ke-43 dan tiga minit kemudian Mohd Amin sekali lagi menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, Belgium kemudian meledakkan dua gol menerusi Jerome Dekerser (minit ke-52) dan Jerome Truyens menutup tirai jaringan pada minit ke-68 untuk membolehkan pasukan itu menduduki tangga keempat dengan enam mata dalam saingan tujuh pasukan.

Dalam perlawanan lain, India mengejutkan Pakistan 2-1.

India mendahului perlawanan dengan dua gol, sumbangan Sandeep Singh seawal minit keenam dan Diwakar Ram pada minit ke-20 manakala Pakistan membalas gol tunggal hasil pemain tengah Muhammad Saqlain pada minit ke-59.

Bagaimanapun, keputusan tanpa diduga itu tidak mengugat kedudukan Pakistan di tangga kedua dengan 10 mata, di belakang pendahulu Argentina yang mencipta rekod tanpa kalah setakat ini dengan 13 mata.

Dalam perlawanan lain, New Zealand menampilkan persembahan terbaik mereka sebelum mengatasi Kanada 3-0.

Dua pasukan teratas akan bertemu pada perlawanan akhir Ahad ini.

Esok merupakan hari rehat sebelum jadual perlawanan berakhir Sabtu ini dengan Argentina menentang Kanada pada pukul 4 petang, India bertemu Malaysia (6 petang) dan New Zealand menentang Belgium, pukul 8 malam.

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 09:31 PM | Show all posts

HARI KE-10 (17 MEI, SABTU) - 6pm

MALAYSIA VS INDIA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2008 10:07 PM | Show all posts
rajinnyer bro Jiman posting....huuuhhu, reading this dont make me feel any better after the Thomas Cup frustration..  :kant: :kant: :kant:

bila yer zaman kegemilangan hoki kita akan muncul semula?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 10:33 PM | Show all posts

Reply #267 mayonese's post

rajin sbb memang support je semua team malaysia
lepas team hoki kalah & xdapat enter olimpik hari tu,
KONON2 derang semangat la leh menang piala sultan azlan shah ni
so kite pun bersemangat la jugak support & post updates..
sekali!!!!!! nan adoooo!!!!!!! adesssss!!!!!!!!

:kant: :kant: :kant:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2008 10:46 PM | Show all posts

Reply #268 Jiman's post

yerla kan, apa ajer sukan kat mesia nih yg kita as peminat boleh support sungguh sungguh selain badminton, hoki, bowling, squash..

football??? :kant: :kant: :kant: (sorry to peminat football team Malaysia..)
aku dulu support derang nih, tp pas kes diorg kalah 4-1 masa tiger cup kat bukit jalil, aku dah maleh nk root our football team...penat jer dtg stadium....main tak sungguh2....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 11:08 PM | Show all posts

Reply #269 mayonese's post

bola? sebenarnya tak larat dah.. tapi still sokong jugak kan..
nak buat camana.. team negara kita jugak kan..
walaupun.. nan adooo!!!

tapi yg aku bebetul dah malas nak sokong : sepaktakraw..
sejak malaysia ajar thailand sepaktakraw, pastu derang balas balik dgn
'kenakan' kita ngan servis kuda tu : aku dah malas dah.. serius!!!

team bowling & squash malaysia still okay bagi aku, esp squash..
tapi kena cari pelapis ASAP, sbb takkan nak harap pada nicol aje kan?

badminton : aku tetap setia walaupun banyak terluka (ayat tak menahan)
yelah, nak buat camana kan? buruk & teruk camana pun, team negara sendiri gak..

maybe pasni pasni malaysia kena start bagi tumpuan kat pembangunan sukan lain lak
takde la sampai abaikan bola sepak & hoki.. tapi.. bangun & majukan sukan2 lain,
bagi sokongan & dana utk sukan2 lain pulak.. ni asek perabis utk bola & hoki,
pencapaiannya gitu gak la.. tak capai papepun sebenarnya! adehhhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 11:58 PM | Show all posts
India Tumpaskan Malaysia Tempah Tempat Ke Perlawanan Akhir
BERNAMA - 18 Mei, 2008 00:02 AM

IPOH, 17 Mei (Bernama) -- India menundukkan Malaysia 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk menempah tempat ke perlawanan akhir kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah kali ke-17 di Stadium Azlan Shah di sini, Sabtu.

India, pasukan ranking kesembilan dunia, akan bertemu Argentina pada perlawanan akhir Ahad.

Pada perlawanan ini, barisan muda India yang dilatih A.K. Bansal menjaringkan gol menerusi Shivendra Singh pada minit ke-12 dan Sandeep Singh (minit ke-15) manakala gol Malaysia dijaringkan Mohd Amin Rahim pada minit ke-70 hasil pukulan sudut penalti.

Dengan kemenangan keempat ini, India mengumpul 12 mata untuk memintas Pakistan, yang tidak beraksi hari ini dan hanya memungut 10 mata, bagi menduduki tangga kedua, untuk layak ke perlawanan akhir buat kali keempat sejak kejohanan ini mula diadakan pada 1983.

Sementara itu, Malaysia, pasukan ranking ke-14, di tempat terakhir dengan empat mata hasil kemenangan 2-0 ke atas New Zealand, seri 2-2 dengan Kanada dan empat kali tewas iaitu kepada Pakistan (0-2), Argentina (0-5), Belgium (2-4) dan kekalahan kepada India.

Jurulatih Malaysia, Sarjit Singh berkata walaupun menduduki tempat terakhir, pasukannya dibarisi pemain muda dan kurang pengalaman sebagai sebahagian persediaan untuk menghadapi Piala Dunia Hoki 2010 di New Delhi, India dan Sukan Olimpik London 2012.

"Mereka telah menunjukkan peningkatan dalam permainan mereka tetapi nasib tidak berpihak kepada mereka sepanjang kejohanan ini. Lagipun, pemain-pemain saya tidak mendapat rehat yang cukup selepas kempen Kelayakan Olimpik bulan lepas di Kakamigara, Jepun," katanya.

Dalam dua lagi perlawanan, Argentina mengukuhkan kedudukan di tangga teratas pada kejohanan tujuh negara ini selepas memperoleh satu mata setelah seri 2-2 dengan Kanada manakala New Zealand menundukkan Belgium 3-1.

Argentina, pasukan ketujuh dunia, memungut 14 mata hasil empat kemenangan dan dua seri.

Argentina dan India akan menentukan juara Piala Sultan Azlan Shah pada pukul 8 malam Ahad. Sebelum itu, Pakistan akan menentang New Zealand bagi penentuan tempat ketiga dan keempat manakala Belgium dan Kanada bertemu bagi tempat kelima dan keenam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 06:20 AM | Show all posts
Anak buah Sarjit kekal di tangga tercorot
BERITA HARIAN

JARINGAN Mohd Amin Rahim pada minit terakhir perlawanan gagal mengelakkan Malaysia tersingkir daripada perlawanan play-off kelima dan keenam apabila India menebus kekalahan, tahun lalu dengan kemenangan 2-1 untuk menolak pasukan tuan rumah ke tangga tercorot pada edisi Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah.

Kemenangan itu sekali gus memberi tiket kepada bekas juara dunia itu layak ke final menentang Argentina, di Stadium Azlan Shah, Ipoh, petang ini.

Bagi Malaysia kegagalan ini menceritakan impian mempertahankan gelaran naib juara yang dikecapi tahun lalu sekadar satu janji palsu sahaja manakala India mengulangi rekod kejohanan pada 2001 ketika India menamatkan penantian 13 tahun dengan mengutip 13 mata.

Pasukan berkenaan menafikan tiket Pakistan ke perlawanan akhir buat musuh tradisi mereka itu bertemu New Zealand membuat perhitungan untuk memenangi pingat gangsa. Kanada pula akan bertemu Belgium untuk perebutan tempat kelima.

Namun, pujian wajar diberi kepada skuad negara yang berjuang bermati-matian meskipun dibelenggu kecederaan termasuk tonggak pertahanan utama yang juga ketua pasukan Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor yang pada awalnya disahkan jurulatih, Sarjit Singh tidak beraksi kerana cedera buku lali.

“Keseluruhan saya puji aksi pemain berjuang sehingga akhir dan kekalahan adalah perkara biasa dalam hoki, Kadangkala anda beraksi hebat tetapi gagal meraih gol, tetapi ketika aksi anda tidak menarik, gol hadir,” kata Sarjit. “Banyak yang kita pelajari daripada kejohanan ini dan sebenarnya skuad ini dibarisi pemain muda yang meletak kita di landasan sebenar terhadap sasaran ke Piala Dunia 2010.”

Di hadapan kira-kira 1,500 penyokong termasuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, India mendahului minit ke-12 hasil ledakan Sandeep Singh dan pemain sama menyudahkan pukulan sudut penalti selang tiga minit kemudian sebelum Mohd Amin memberi gol sagu hati untuk skuad negara minit ke-70.

Pada perlawanan berasingan, Argentina terikat 2-2 dengan Kanada menerusi jaringan Facundo Callioni (m28) dan Ezequiel Martin Sosa (m59) manakala gol Kanada dijaringkan Sukhwinder Singh (m61) dan Ravi Kahlon (m69).

---

alasan standard bila kalah : pemain tonggak cedera.. :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 02:32 PM | Show all posts

Reply #272 Jiman's post

tercorot lagi?

Quoted : Namun, pujian wajar diberi kepada skuad negara yang berjuang bermati-matian meskipun dibelenggu kecederaan termasuk tonggak pertahanan utama yang juga ketua pasukan Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor yang pada awalnya disahkan jurulatih, Sarjit Singh tidak beraksi kerana cedera buku lali.

jadi, kalo mereka dah bermati-matian berlawan tp still dpt tempat tercorot, apa masalah sebnarnya? skill tak mantap? tidak bijak mencari peluang? kurang stamina?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 10:07 PM | Show all posts

Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah ke-17 : tempat ke-3 & ke-4..

NEW ZEALAND VS PAKISTAN
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 10:35 PM | Show all posts

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-17 : FINAL~!

ARGENTINA VS INDIA
牋牋2
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 11:38 PM | Show all posts
Argentina Catat Kejuaraan Pertama Piala Sultan Azlan Shah
BERNAMA - 18 Mei, 2008 23:18 PM

IPOH, 18 Mei (Bernama) -- Argentina muncul juara edisi ke-17 kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah setelah menundukkan India 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Azlan Shah di sini hari Ahad.

Argentina dan India mengamalkan corak permainan agresif dan India terlebih dahulu menjaringkan gol apabila pakar pukulan sudut penalti Sandeep Singh menyempurnakan pukulan sudut penalti yang menewaskan penjaga gol Argentina Juan Manuel Vivaldi pada minit ke-11.

Argentina menyamakan kedudukan lima minit kemudia menerusi penyerang Mario Nicolas Almada.

Setelah terikat 1-1 pada separuh masa pertama, India dilihat lebih menguasai permainan separuh masa kedua tetapi serangan yang dilancarkan tidak cukup berbahaya untuk menghasilkan gol dengan kedua-dua pasukan terikat dalam tempoh permainan biasa.

Pada perlawanan masa tambahan, Argentina berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi Mario Nicolas Almada pada ke-73.

Sebelum itu, New Zealand menundukkan Pakistan 2-1 untuk menduduki tempat ketiga dengan gol-gol New Zealand dijaringkan Simon Child pada minit ke-20 dan Gareth Brooks (minit ke-50) manakala gol Pakistan dijaringkan Rehan Butt pada minit ke-17.

Bagi perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam, Kanada menundukkan Belgium 4-3 menerusi jaringan kemenangan pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 setelah tamat tempoh masa biasa.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang merupakan Presiden Persekutuan Hoki Asia dan Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa menyampaikan trofi kepada para pemenang.

Sementara itu, pemain Argentina Lucas Argento Innocentre dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir manakala penjaring terbanyak dimenangi Sandeep Singht dari India, penjaga gol terbaik oleh Juan Manuel Vivaldi (Argentina) dan anugerah Fairplay dimenangi Malaysia.



Sultan Perak Sultan Azlan Shah berkenan menyampaikan Piala Sultan Azlan Shah
kepada Kapten pasukan Argentina, Juan Manuel Vivaldi






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2008 12:12 PM | Show all posts
Skrip lama, lakonan lapuk
BERITA HARIAN

SKRIP lakaran skuad hoki negara bukan sesuatu yang baru dan ‘lakonan’ terkini disajikan dalam kempen Piala Sultan Azlan Shah yang berakhir di Ipoh, semalam lebih menjurus kepada hakikat belum ada satu pelan kukuh sudah dilakar pengurusan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

Berpandu kepada kedudukan tangga tercorot pada edisi kali ini apa yang jelas pegawai pasukan lebih mengutarakan persembahan sepasukan yang dinilai satu pencapaian tetapi bukan kepada keputusan serta kedudukan.

Memang sejak awal lagi sudah jelas betapa sukar bagi Malaysia mempertahankan gelaran naib juara yang dimenangi tahun lalu, apatah lagi mahu layak ke final sekali lagi ketika empat pasukan ke Olimpik menjadikannya pertandingan ini sebagai medan pemanas badan sebelum melangkah ke Beijing, Ogos ini.

Tidak dinafikan andai peminat tidak menyaksikan perlawanan secara langsung mungkin mudah melemparkan kritikan tetapi pujian harus diberi kepada semangat kental berjuang habis-habisan dan kecergasan tinggi pemain yang menjadikan Malaysia dihormati lawan.

Namun, aksi sama pemain Malaysia memang mengecewakan - menguasai perlawanan awal tetapi menunjukkan tanda kurang cergas pada 10 minit terakhir permainan. Begitu juga mampu membuat jaringan awal tetapi berkesudahan seri atau kalah. Ringkasnya, corak permainan skuad negara mudah dibaca pihak lawan untuk menghukum dengan kesilapan yang berulang serta acap kali bersikap gopoh.

Daripada sembilan gol dimiliki Malaysia berbanding 16 gol dibolosi dalam enam perlawanan, hanya dua gol dijaringkan penyerang - Chua Boon Huat dan S Selvaraju, ketika dua gol disumbangkan pemain tengah - Azlan Misron dan Kelvinder Singh manakala lima gol lain daripada sudut penalti oleh Mohd Amin Rahim yang muncul sebagai penyelamat negara.

Masalah utama di barisan penyerang yang nyata gagal ditangani ketua jurulatih, Sarjit Singh perlu dipandang serius dan latihan pengkhususan amat diperlukan ketika nama penyerang berbisa Australia, Jamie Dywer dibangkitkan bagi membantu menangani masalah itu.

Pada masa yang sama, kematangan dan pengalaman membantu aksi cemerlang pemain senior - Mohd Amin, 28; Jiwa Mohan, 28; dan Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor, 29 di benteng pertahanan. Namun, perancangan tambahan perlu dirangka Sarjit bagi menyediakan pertahanan pelapis sekukuh mereka dengan mempercayai kemampuan pemain muda - Baljit Singh Sarjab, 21; Baljit Singh Charun, 22 ketika Megat Azrafiq Megat Termizi, 24, perlu menangani sendiri sikap emosional dan panas baran di padang.

Kepercayaan terhadap bakat mereka harus diberi dan tindakan Sarjit menjadikan kejohanan ini sebagai medan eksperimen kemampuan anak buahnya terutama pemain muda pada akhir perlawanan dipuji sekalipun tindakan berisiko itu mampu mengundang padah ketika Malaysia terdesak meraih mata penuh.

Namun, ketika kelemahan pemain diteliti, pengendali itu sendiri perlu mencongak formula baru buat menampilkan pembaharuan dalam permainan yang boleh membantu menuai hasil, lebih ringkas mendapatkan keputusan baik dan bukan semata-mata pujian serta penilaian terhadap persembahan sepasukan dalam kejohanan. Elemen ini tidak akan memberi mata.

Dengan kepincangan ramuan strategi ini, kekalahan berterusan anak buah Sarjit dalam tiga kejohanan antarabangsa - Piala Azlan Shah 2008, Trofi Juara-Juara 2007 dan kelayakan Olimpik di Jepun menafikan dua rekod kejayaan awal tugasan tahun lalu yang dibanggakan - naib juara Piala Sultan Azlan Shah 2007 dan tempat ketiga Piala Asia di Chennai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 06:16 PM | Show all posts
Monday May 19, 2008
A bunch of losers
By AFTAR SINGH

IPOH: Malaysia were a big flop in the Sultan Azlan Shah hockey tournament, which ended yesterday.

The Malaysian Hockey Federation (MHF) set the team the target to qualify for the final. But they finished last in the seven-nation tournament with just four points from one win, a draw and four defeats.

And the blunt forward-line stood out like a sore thumb. Of the nine goals scored in six matches, the forwards contributed only two of them

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 02:23 AM | Show all posts
PHM atur strategi baru
UTUSAN MALAYSIA

IPOH – Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) akan melaksanakan dua strategi penting dalam usaha mengembalikan prestasi skuad hoki negara pada masa akan datang, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.

Presiden PHM, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor menyatakan bahawa salah satu strategi yang sedang diatur dengan menghantar beberapa pemain muda ke luar negara.

Katanya, pemain-pemain itu akan diletakkan berlatih dan bermain dengan beberapa buah kelab di Australia, Belanda dan Jerman.

‘‘ Oleh itu, mereka akan menimba banyak pengalaman dan seterusnya menguasai sedikit corak permainan pantas ala Eropah,” jelas Mohd Anwar kepada pemberita di Ipoh semalam.

PHM terpaksa melaksanakan strategi tersebut apabila skuad negara terhumban ke tangga tercorot Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-17 yang berakhir di Ipoh kelmarin.

Malaysia hanya mampu mencatat satu kemenangan mengalahkan New Zealand 2-0 dan seri 2-2 dengan Kanada.

Sebaliknya, skuad negara tersungkur dalam pertemuan dengan Argentina (0-5), Belgium (2-4), India (1-2) dan Pakistan (2-3).

Tujuh buah negara telah mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang mana empat buah negara itu akan beraksi dalam Sukan Olimpik di Beijing kelak.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia di Doha, Pakistan bersama-sama New Zealand, Belgium dan Kanada merupakan negara yang layak ke Beijing.

Selain Malaysia, Argentina dan India turut menyertai kejohanan yang berprestij itu.

Argentina telah muncul juara setelah mengalahkan India 2-1 dalam perlawanan akhir semalam.

‘‘ PHM terpaksa mengambil tindakan segera melaksanakan strategi itu apabila para pemain negara gagal menyaingi kepantasan permainan pasukan yang beraksi ala Eropah dalam kejohanan ini,” jelas Mohd. Anwar.

Katanya, para pemain negara tidak menghadapi masalah apabila menentang pasukan dari Asia seperti India dan Pakistan tetapi akan mudah tersungkur apabila menentang pasukan dari Eropah.

Apa pun, beliau menjelaskan, PHM kini masih mengenalpasti kelab dan pemain yang akan terlibat dalam strategi berkenaan.

Selain itu, Mohd. Anwar memberitahu bahawa PHM akan mengambil dua jurulatih terkenal dari luar negara bagi membantu skuad negara.

‘‘ Pengambilan kedua-dua jurulatih berkenaan merupakan strategi kedua bagi memajukan lagi permainan skuad negara,” tambahnya.

Katanya, PHM bercadang mengambil seorang jurulatih bagi benteng pertahanan dan seorang lagi bagi mempertajamkan barisan serangan.

Beliau menjelaskan, penghantaran pemain muda keluar negara dan pengambilan jurulatih asing akan dibincangkan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum dilaksanakan.

‘‘Kedua-dua strategi berkenaan akan dilaksanakan selepas Sukan Olimpik Beijing dalam usaha memantapkan skuad negara bagi menghadapi Kejohanan Piala Asia tahun depan,” jelasnya.

Mohd. Anwar berkata, PHM berpuas hati dengan perjalanan kejohanan bagi edisi ke-17 itu yang masih bertaraf dunia walaupun ketiadaan beberapa pasukan terkenal.

‘‘Ketiadaan Australia, Jerman, Korea Selatan dan China tidak menjejaskan kemeriahan kejohanan berkenaan,” katanya.

---

kalau ada australia, jerman, korea ngan china; rasanya lagi teruk malaysia kena belasah
tak sanggup aku!!! huhuhu.. yg ada join ni pun.. adehhh!! kalah ngan belgium??!! adehhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 03:53 AM | Show all posts
Hoki: PHM sasar naib juara
KOSMO

"MALAYSIA meletakkan sasaran untuk muncul sekurang-kurangnya naib juara pada Kejohanan Hoki Piala Asia tahun depan."

Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor menyatakan sasaran tersebut amat penting kepada Malaysia.

"Malaysia perlu mencapai sasaran itu bagi membolehkannya layak ke saingan Piala Dunia pada tahun 2010 tanpa melalui pusingan kelayakan," jelas Mohd. Anwar semalam.

Namun, Malaysia perlu bekerja keras untuk mengatasi tiga gergasi Asia seperti India, Korea Selatan dan Pakistan bagi mencapai sasaran itu.

Oleh itu, PHM akan menghantar beberapa pemain muda berlatih di luar negara dan mengambil jurulatih asing dalam usaha meningkatkan persembahan skuad negara.

Mohd. Anwar berkata, pemain muda akan dihantar menjalani latihan dengan kelab di Jerman, Belanda dan Australia.

" PHM berharap langkah tersebut akan membolehkan mereka menimba banyak pengalaman dan seterusnya menguasai serba sedikit corak permainan ala Eropah," jelasnya.

Dia mengakui kegagalan skuad negara menandingi corak permainan ala Eropah merupakan punca utama Malaysia menduduki tangga tercorot pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah berakhir di Ipoh kelmarin.

Pemain negara yang dilatih oleh Sarjit Singh hanya mampu mencatat satu kemenangan selepas mengalahkan New Zealand 2-0 dan seri 2-2 dengan Kanada.

Namun begitu, Malaysia tersungkur dalam perlawanan menentang Argentina (0-5), Belgium (2-4), India (1-2) dan Pakistan (2-3).

Tujuh negara termasuk Malaysia telah menyertai kejohanan itu yang turut membabitkan empat negara yang layak ke Sukan Olimpik beijing, Ogos depan.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia di Doha, Pakistan bersama-sama New Zealand, Belgium dan Kanada merupakan negara yang sudah layak ke Beijing.

Argentina dan India turut menyertai kejohanan kali ini.

Argentina yang pertama kali menyertai kejohanan tersebut pada tahun 2006 lalu telah muncul juara selepas menewaskan India 2-1 pada perlawanan akhir.

Selain itu, PHM juga bercadang mengambil dua jurulatih dari luar negara untuk membantu memantapkan lagi gaya persembahan skuad negara.

"Jurulatih dari Australia dan Jerman menjadi pilihan PHM kerana mereka mampu menerapkan corak permainan ala Eropah," tambah Mohd. Anwar.

Katanya, penghantaran pemain keluar negara dan pengambilan jurulatih asing akan dibincangkan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum keputusan muktamad dibuat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.078020 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list