CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Field Hockey -

[Copy link]
Post time 20-5-2008 07:35 AM | Show all posts
Ismail harap kritik bakar semangat
BERITA HARIAN

KELEMAHAN jentera serangan yang melakukan kesilapan berulang dan penyudahan tumpul sehingga mengundang kekalahan teruk dengan menduduki tangga tercorot Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah kelmarin, diterima positif pemain negara sambil menyifatkan kritikan semua pihak itu diharap dapat membantu membaiki kelemahan.

Penyerang muda dari Jengka, Pahang, Ismail Abu, 24, mengakui perkara itu juga kerap dibangkitkan pada post-mortem kekalahan atau sebelum enam perlawanan di Stadium Azlan Shah di Ipoh, bermula.

Malah, dua faktor utama kepincangan dikenal pasti iaitu kurang komunikasi yang mengundang kesilapan percaturan hantaran ketika sikap tidak sabar dan gopoh, selain semangat serta keghairahan membuat jaringan menyebabkan ia gagal menjelmakan jaringan.

“Kami sedar semua pihak meletak harapan tinggi untuk membuat jaringan dan ia sebenarnya perkara biasa. Malah, harapan tinggi bukan tekanan buat kami atau alasan terhadap kegagalan kami.

“Kesilapan yang ada kerap kami bincangkan bukan sekadar di kalangan penyerang tetapi juga dalam pasukan menerusi sesi perbincangan terbuka yang kami lihat secara positif.

“Meskipun pedih menerima kritikan, kami perlu dengar untuk kebaikan pasukan. Andai itu kritikan semua pihak (menyalahkan penyerang) maka, kami terimanya secara positif,” kata pemain yang menampilkan aksi sulung peringkat senior pada Jun 2002 itu.

Kali terakhir Ismail menyumbang jaringan untuk Malaysia adalah pada Kejohanan Trofi Juara-Juara di Kuala Lumpur, Disember tahun lalu sebelum bergelut kemarau gol sepanjang Kejohanan Kelayakan Olimpik di Kakamigahara, Jepun, bulan lalu dan berterusan pada lima perlawanan di Ipoh, kali ini.

Sepanjang 10 hari kejohanan edisi ke-17 yang membabitkan saingan tujuh negara itu, jurulatih Sarjit Singh kerap membayangkan betapa penyudahan tumpul penyerangnya begitu mengecewakan.

Malah, daripada sembilan jaringan Malaysia, hanya dua gol disumbangkan penyerang - Chua Boon Huat dan S Selvaraju ketika dua gol lain daripada pemain tengah - Azlan Misron dan Kelvinder Singh, manakala baki lima gol menerusi sudut penalti pemain pertahanan, Mohd Amin Rahim.

Mengakui tidak berpuas hati terhadap aksi keseluruhan rakan-rakan, Ismail yang kini mengumpul 92 caps menegaskan tiada masalah antara penyerang yang dibarisi Chua, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Selvaraju dan pemain muda, Mohd Amerullah Abdul Aziz ketika Hafifihafiz Hanafi diletakkan sebagai pemain simpanan.

Malah, katanya, perkara yang berulang kali dibincangkan itu turut membangkitkan jalan penyelesaian - tidak membolot jaringan sendirian, peka terhadap pergerakan rakan terlebih dulu sebelum membuat hantaran, selain menghantar bola kepada rakan yang dilihat berpeluang besar membuat jaringan.

“Kadangkala, peluang yang kami peroleh itu sama seperti latihan dan sepatutnya menjelmakan gol, tetapi kami masih gagal.

“Namun, selepas keputusan mengecewakan pada kejohanan ini, kami (penyerang) akui kelemahan itu menebal dalam perlawanan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2008 07:36 AM | Show all posts
Tiada hukuman ke atas Sarjit
BERITA HARIAN

KEGAGALAN kedua pengendali negara, Sarjit Singh mengemudi anak buahnya yang menduduki tangga tercorot edisi ke-17 Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang berakhir kelmarin tersasar jauh daripada sasaran Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) - melayakkan diri ke perlawanan akhir - ternyata dimaafkan mudah persatuan sukan itu.

Tiada hukuman atas kegagalan ketiga pengendali itu di kejohanan antarabangsa selepas tergelincir dari landasan Kelayakan Olimpik di Jepun selain Trofi Juara-Juara, Disember tahun.

Ia sekali gus memadam dua kejayaan awal diraih skuad mudanya tahun lalu iaitu naib juara Piala Sultan Azlan Shah dan ketiga Piala Asia di Chennai.

Malah, PHM menerusi Presidennya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor yang mengupas penuh kekecewaan PHM itu turut bernada yang sama dengan Sarjit - pemain berkelayakan untuk pergi lebih jauh tetapi masih muda dan kurang matang untuk menawan saingan antarabangsa - sesuatu yang diperlukan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun.

“ Pasukan kita sebenarnya tidak lari daripada pemain tahun lalu ketika kita layak ke perlawanan akhir. Mereka punya kebolehan tetapi sasaran kita tidak kesampaian (layak ke perlawanan akhir). Dalam semua perlawanan, kita punya banyak peluang tetapi gagal disempurnakan.

“Kita dibarisi pemain muda yang dikumpulkan dalam tempoh singkat dan kita menjangka mereka matang kira-kira tiga tahun lagi sekiranya terus mendapat pendedahan dengan pasukan handalan. Kita yakin skuad ini punya harapan cerah untuk bangkit,” kata Mohd Anwar.

Kenyataan itu nyata bertentangan dengan pendapat Sarjit sebaik Malaysia memperbaiki kedudukannya di tangga ketiga pada Piala Asia lalu di mana pemain muda menjadi kunci utama kekuatan skuadnya.

Ia juga berlawanan dengan tindakan awal PHM mula memperkenalkan langkah berani menampilkan skuad muda pada edisi ke-16 tahun lalu, ketika Malaysia yang kekal di ranking ke-14 berdepan lawan lebih handal termasuk gergasi hoki seperti Australia (ranking 2), Pakistan (5), Korea Selatan (6) dan Argentina (8).

Sasaran pasukan kebangsaan kini terarah ke Piala Dunia di New Delhi 2010 dan Mohd Anwar menekankan, adalah penting buat anak buah Sarjit menduduki sekurang-kurangnya tempat kedua Piala Asia tahun depan bagi menepati syarat mendapatkan tiket ke kejohanan dunia itu.

Skuad hoki negara dijadualkan berehat sebulan sebelum kembali menjalani latihan sebagai persiapan menyertai Kejohanan Empat Negara di Hamburg, 25 Oktober ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 09:45 PM | Show all posts
PHM sifatkan cetek pengalaman punca tewas
HARIAN METRO

PERSEKUTUAN Hoki Malaysia (PHM) menerima kegagalan skuad negara layak ke final Piala Sultan Azlan Shah 2008 dengan menyifatkan kecetekan pengalaman pemain muda punca utama kekecewaan itu.

Presidennya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berkata kegagalan itu masih positif kerana Malaysia berjaya memberi tentangan sengit terutamanya kepada wakil Asia, India dan Pakistan.

“Malaysia hanya tewas tipis kepada dua lawan ini, tapi kurang memahami corak negara Eropah dan Amerika Latin, sekali gus menjadi punca kekalahan besar. Situasi itu jelas terbukti ketika tewas, 0-5 kepada Argentina.

Nampaknya, pemain gagal memperbaiki kelemahan kempen kelayakan Sukan Olimpik di Jepun. Kecergasan pemain Malaysia setaraf lawan handalan, tapi masih banyak kelemahan perlu diperbaiki andai mahu berada dalam kelompok terbaik,” katanya.

Anwar berkata, PHM turut berpuas hati dengan penjelasan jurulatih negara, Sarjit Singh mengenai punca kegagalan Malaysia layak ke final.

Sarjit memaklumkan pemain negara masih belum matang dan memerlukan setidak-tidaknya 60-80 aksi antarabangsa. Begitupun, PHM tetap akan menjalankan analisis prestasi Malaysia bagi menutup kelemahan sebelum menyertai kejohanan lain selepas ini,” katanya.

---

asyik buat statement je..
cuba la praktikkan apa yg distatekan tu
kalau kurang pengalaman, then start le bagi pendedahan
kalau takde kejohanan antarabangsa sekalipun,
rajin2 buat friendly match dgn negara2 lain
dok perap je tunggu tournament, mmg tempoyak le jawabnya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 09:50 PM | Show all posts
Skuad hoki negara lemah
HARIAN METRO

KEGAGALAN skuad negara merealisasikan misi mara ke final Piala Sultan Azlan Shah 2008, berakhir kelmarin ditetapkan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), mendedahkan kelemahan utama perlu diperbaiki menjelang Piala Asia 2009.

Langkah drastik perlu diambil terutamanya di jentera serangan, yang sekadar menjaringkan dua daripada keseluruhan sembilan gol menerusi enam perlawanan atau Malaysia bakal sekali lagi kecewa di Piala Asia 2009 - kejohanan kelayakan ke Piala Dunia 2010, selepas turut gagal ke Sukan Olimpik Beijing.

Di mata ketua jurulatih Pakistan, Malaysia bakal ditimpa malapetaka besar andai tiada perubahan positif bermula dari bahagian tengah hingga serangan berpunca gerakan buruan gol yang kurang berbahaya.

“ Pemain tengah Malaysia kurang kreatif kerana seolah hilang arah untuk menghantar bola terutamanya ketika serangan balas. Sebagai perancang, posisi ini memerlukan pemain yang berani mengambil risiko melakukan hantaran maut selain agresif mengawal kawasan tengah.

“Kawasan tengah umpama nadi pasukan, andai kukuh, segala serangan berjalan lancar. Saya menafikan pemain tengah Malaysia tidak bagus, tapi mungkin mereka belum cukup pengalaman.

“ Bagi serangan, mereka ternyata masih mentah biarpun saya difahamkan, terdapat seorang dua pemain lebih berpengalaman berbanding rakan sepasukan posisi itu.

“Situasi itu jelas ketika melancarkan serangan kerana mereka seolah tidak tahu membuka ruang kerana kerap melarikan bola di bahagian sayap. Mereka juga tidak bijak membuka ruang ketika serangan balas pantas sekali gus menyukarkan tugas pemain tengah.

“Masalah ini memerlukan tempoh masa panjang untuk diselesaikan kerana pemain perlu memiliki persefahaman tinggi bagi memahami corak permainan masing-masing,” kata bekas penyerang Pakistan era 1960-an itu.

Bagi jurulatih Argentina, Carlos Jose Retegui, corak permainan statik Malaysia memudahkan lawan membaca permainan mereka dan fakta itu terbukti apabila barisannya membelasah tuan rumah, 5-0 pada aksi ketiga Malaysia.

“Malaysia memiliki pemain berpotensi kerana pantas dan muda, tapi corak permainan mereka belum cukup matang. Saya fikir, andai didedahkan dengan pelbagai aspek taktikal, mereka pasti sukar ditewaskan dalam tempoh satu atau dua tahun lagi,” katanya.

---

dah tau apa kelemahan, sekarang ni cuba atasi kekurangan tu
mana2 player yg rasanya takleh nak berfungsi dgn baik dgn pasukan/strategi,
then tukarkan aje player tu dgn yg baru atau yg lebih berhak..
kita perlukan team yg cintakan hoki & cintakan negara!
bukannya nak cari selebriti sukan yg asyik sibuk nak posing dlm majalah mangga! (u know who lah!)
banyakkan latihan & hantar team gi match ngan memana team negara lain
latihan aje takde guna sangat.. kena ada pendedahan perlawanan sebenar gak
gud luck team hoki malaysia~! :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 12:07 PM | Show all posts
Eksport penyerang
HARIAN METRO

PERSEKUTUAN Hoki Malaysia (PHM) dalam usaha menjalin kerjasama dengan tiga kuasa besar sukan itu agar menerima penyerang tempatan menyertai liga domestik mereka berpunca aksi longlai pada Piala Sultan Azlan Shah yang berakhir Ahad lalu.

Presidennya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berkata tiga negara itu ialah Jerman, Australia dan Belanda dengan tiada had kuota bagi penghantaran itu.

“Sebelum ini, PHM membuat permohonan kepada tiga negara terbabit dan kami menerima maklum balas positif. Buat masa ini, tiada tarikh ditetapkan kerana tiga negara terbabit sibuk menjalani persediaan menghadapi Sukan Olimpik Beijing, Ogos ini.

“ Pendekatan seterusnya akan diadakan sebaik berakhirnya temasya di Beijing dan saya yakin perkara ini akan berakhir dengan positif,” katanya.

Pada 2002, lima pemain negara - S Kuhan, Chua Boon Huat, Mohd Amin Rahim, Nor Azlan Bakar dan Rodhanizam Mat Radzi - diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila diterima beraksi dalam liga domestik Jerman, England dan India.

Daripada senarai itu, hanya Chua (penyerang) dan Amin (pertahanan) membarisi skuad negara yang menghuni tangga tercorot kejohanan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-17 yang lalu.

Chua mewakili kelab Jerman, Red and White Nunith manakala Amin menyertai Old Georgian dalam liga hoki Inggeris.

Mengulas belanjawan PHM, yang sebelum ini dibebani hutang RM1.7 juta berpunca penganjuran Trofi Juara-Juara 2007 untuk merealisasikan misi itu, Anwar berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) seberapa segera.

“Sebelum ini, kelab menanggung perbelanjaan pemain (gaji) dengan PHM memberi elaun bulanan. Format itu mungkin dikekalkan, tapi kami perlu berbincang dengan MSN terlebih dulu.

“ Begitupun, program ini hanya membabitkan penyerang berusia 22-23 tahun kerana misi utama selepas ini ialah Piala Asia 2009 yang dikira sebagai kelayakan ke Piala Dunia 2010.

“Malah, PHM mensasarkan mereka yang dijangka boleh berkhidmat untuk tempoh 4-5 tahun berikutnya,” katanya.

Ketika ini, Malaysia dibarisi enam penyerang Chua, Ismail Abu, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, S Selvaraju, Mohd Razie Abd Rahim dan Mohd Amerullah Abd Aziz.

Kecuali Chua, 29, semua penyerang lain masih berusia di bawah 23 tahun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 08:22 PM | Show all posts
Eksport penyerangOleh Bazly Azmi


PERSEKUTUAN Hoki Malaysia (PHM) dalam usaha menjalin kerjasama dengan tiga kuasa besar sukan itu agar menerima penyerang tempatan menyertai liga domestik mereka berpunca aksi longlai pada Piala Sultan Azlan Shah yang berakhir Ahad lalu.

Presidennya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berkata tiga negara itu ialah Jerman, Australia dan Belanda dengan tiada had kuota bagi penghantaran itu.

揝ebelum ini, PHM membuat permohonan kepada tiga negara terbabit dan kami menerima maklum balas positif. Buat masa ini, tiada tarikh ditetapkan kerana tiga negara terbabit sibuk menjalani persediaan menghadapi Sukan Olimpik Beijing, Ogos ini.

揚endekatan seterusnya akan diadakan sebaik berakhirnya temasya di Beijing dan saya yakin perkara ini akan berakhir dengan positif,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2008 07:59 AM | Show all posts
PHM berhajat dapatkan 'mesin pembunuh'
BERITA HARIAN

PERSEKUTUAN Hoki Malaysia (PHM) - dalam sikap ghairah mahu melahirkan rangkaian penyerang berbisa - kini menunggu kelulusan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mendapatkan seorang jurulatih import yang boleh mengubah wajah cabaran skuad negara yang berdepan sindrom 'malu menjaringkan gol.'

Nama yang meniti di bibir pegawai pengurusan pasukan badan berkenaan bagi menguatkan bahagian berkenaan adalah nama Jamie Dwyer dari Australia yang dikenali dengan jolokan 'mesin pembunuh' ketika beraksi selaku penyerang berbisa satu ketika dulu untuk pasukan negara asalnya itu.

Perkembangan itu disahkan ketua jurulatih, Sarjit Singh yang mengakui ada persetujuan lisan dibuat selepas perbincangan di antara kedua-dua pihak sebelum kejohanan kelayakan Olimpik di Jepun, April lalu.

"Kami sentiasa berhubung rapat sebelum ini dan beliau memaklumkan hanya mampu hadir ke Malaysia September selepas tamat Sukan Olimpik di Beijing.

" PHM sudah sedia maklum perkara ini dan kita menunggu kelulusan daripada MSN," katanya sambil mengakui betapa kepincangan utama barisan penyerang perlu diberi perhatian serius.

Anak didik Sarjit hanya mampu menjaringkan 10 gol daripada 12 perlawanan terakhir dan tambah perit penyerang utama, Ismail Abu gagal menyumbang sebarang gol.

Pada mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PHM, awal bulan ini, presidennya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut membangkitkan betapa pincang bahagian penyerang yang tiada ilham jaringan dan mahu mengambil jurulatih bagi memantapkan aspek itu.

Sebelum ini, pengurusan pasukan negara juga mendapatkan khidmat penjaga gol dari Pakistan bagi tujuan pengkhususan latihan.

Terdahulu, penyerang skuad negara pernah dilatih oleh seorang lagi pemain legenda Australia, Stephen Davies pernah berkhidmat dalam jangka masa singkat untuk melatih anak buah Wallace Tan pada 2006.

Dwyer kelahiran Rockhampton pada 13 Mac 1979 dianggap sebagai 'mesin pembunuh' Australia dengan penyudahan tajam di persada antarabangsa sehingga berjaya merakamkan 106 jaringan daripada jumlah 175 caps. Dia turut dianugerah Pemain Terbaik Dunia pada 2004 dan 2007.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 10:18 AM | Show all posts
Langkah PHM tepat
HARIAN METRO

CADANGAN Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) menghantar barisan penyerang berguru ke luar negara, langkah paling tepat menjelang Piala Asia 2009 di India selaku kelayakan Piala Dunia 2010.

Selepas gagal ke Sukan Olimpik Beijing, penyerang, Ismail Abu, 24, menyifatkan langkah itu mampu membentuk kemantapan jentera serangan Malaysia apabila sekadar menjaringkan dua gol ketika menghuni tangga tercorot Piala Sultan Azlan Shah 2008, berakhir Ahad lalu.

“Tiga negara terbabit (Jerman, Australia dan Belanda) antara kuasa besar hoki dunia dan sudah tentu mutu liga domestik mereka lebih tinggi berbanding di Malaysia.

“ Penyerang Malaysia kini bergelut mencapai prestasi terbaik. Saya tidak tahu puncanya kerana situasi itu amat berlainan ketika sesi latihan,” katanya.

Ismail, yang gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang Piala Sultan Azlan Shah 2008 dan kempen kelayakan Olimpik di Kakamigahara, Jepun, berkata, keberkesanan program itu bergantung kepada jumlah penghantaran pemain.

“Dalam skuad semasa, hanya Chua (Boon Huat), Amin (Rahim) dan Hafifi (Hanafi) pernah berlatih di luar negara dengan Chua penyerang.

“Saya fikir, corak permainan penyerang muda seperti Tengku (Ahmad Tajuddin), Selvaraju, Razie (Abd Rahim) dan Amerullah (Abd Aziz) pasti lebih matang kerana semuanya bawah 23 tahun,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2008 01:14 PM | Show all posts
Jurulatih hoki buat laporan polis
Oleh Bazly Azmi

TIGA jurulatih Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), kelmarin membuat laporan polis atas pelbagai tuduhan dilemparkan hingga dikatakan menjadi punca kemerosotan prestasi Malaysia sepanjang tempoh dua tahun.

Jurulatih skuad senior, Sarjit Singh mengetuai senarai yang turut membabitkan pengendali junior, V Muraleedharan dan penolong Sarjit, Gurmit Singh ketika membuat laporan di Balai Polis Pudu.

Sarjit berkata, laporan itu dibuat ke atas empat pihak: akhbar tempatan dan wartawan yang melaporkan tuduhan ke atasnya tanpa bukti kukuh, penulis emel (cintahoki) serta penyebar emel terbabit.

揝aya menyerahkan segala urusan siasatan kepada pihak polis dan sedia bekerjasama jika diminta berbuat demikian. Perkara ini mencemar imej dan kredibiliti sebagai jurulatih Malaysia,
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 11:35 AM | Show all posts
Jurulatih hoki India nafi Malaysia atur perlawanan

NEW DELHI: Jurulatih hoki India, Ajay Bansal menafikan semalam mengenai laporan Malaysia sengaja tumpas pada perlawanan Piala Sultan Azlan Shah Mei lalu, menyatakan pasukannya menang secara adil dan saksama.

Polis Malaysia sedang menyiasat tuduhan betapa kemenangan 2-1 India pada perlawanan di Ipoh itu sudah diatur berikutan pertaruhan secara online oleh beberapa anggota pasukan Malaysia.

Laporan akhbar sebuah akhbar awal minggu ini melaporkan kira-kira enam pemain Malaysia menerima antara RM1,000 dan RM10,000 hasil perlawanan itu.

Bansal, yang mengemudi pasukan mudanya layak beraksi pada final kejohanan itu, berkata beliau terkejut dengan tuduhan itu dan enggan percaya perlawanan hoki boleh diatur keputusannya.

揂pabila kami menentang Malaysia, mereka sudah kalah tiga perlawanan dan memang dijangka kami mampu memenangi perlawanan itu,
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 05:33 PM | Show all posts
14 Julai, 2008

  
Jepun Tumpaskan Malaysia 3-1 Dalam Kejohanan Hoki Remaja Piala Asia


Oleh P. Vijian


HYDERABAD, 14 Julai (Bernama) -- Malaysia gagal melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki Remaja Piala Asia selepas tewas 1-3 kepada Jepun di Stadium Gachibowli di sini hari ini.

Walaupun Malaysia mendahului pada minit ke-19 menerusi ledakan Mohd Marhan Mohd Jalil hasil gol padang, pasukan muda itu gagal menyaingi kepantasan dan kemahiran pemain Jepun.

Jepun yang hanya memerlukan keputusan seri untuk melangkah ke perlawanan separuh akhir, menyamakan kedudukan pada minit ke-28 menerusi gol padang oleh Ken Yoshikawa.

Ryota Kubos menjaringkan gol kedua Jepun pada minit ke-35 menerusi pukulan sudut penalti, dan Yoshikawa sekali lagi bertindak cemerlang untuk menjaringkan gol ketiga Jepun pada minit ke-60.

Dalam perlawanan Kumpulan B hari ini, Pakistan menumpaskan Bangladesh 8-2 untuk mara ke separuh akhir, dan satu lagi pasukan yang akan beraksi di peringkat separuh akhir dalam kumpulan itu ialah Korea Selatan.

Dalam Kumpulan A selain Jepun, tuan rumah yang juga penyandang juara, India, melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu Malaysia sebagai tuan rumah bersama Kejohanan Hoki Remaja Piala Dunia tahun depan, secara automatik layak ke kejohanan itu nanti. Malaysia dan Singapura akan menjadi tuan rumah bersama Kejohanan Hoki Remaja Piala Dunia 2009.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 09:06 AM | Show all posts
  remaja kita takleh kalahkan remaja singapura.. emmm
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 05:48 PM | Show all posts
  dapatlah gak no.5. itupon payah gak nak kalahkan bangladesh. 1-0 jer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 09:12 AM | Show all posts
19 Julai, 2008

  
India Kekalkan Kejuaraan Piala Remaja Asia

Oleh P. Vijian


HYDERABAD, 18 Julai (Bernama) -- India bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum muncul juara kejohanan hoki Piala Remaja Asia kali keenam dengan menundukkan Korea Selatan 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Gachibowli di sini hari ini.

Korea yang bermain secara pantas mengejutkan India pada minit ketujuh menerusi Nam Hyun Woo dan Lim Woo Guen kemudian menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-53 untuk meletakkan pasukan itu pada kedudukan yang agak selesa.

Bagaimanapun, India yang tidak pernah tewas sepanjang kejohanan kali ini merapatkan jurang menerusi S.V. Sunil pada minit ke-59 dan empat minit kemudian Diwakar Ram berjaya menyamakan kedudukan untuk membawa perlawanan ke masa tambahan.

Diwakar, penjaring terbanyak India pada kejohanan kali ini, muncul wira India apabila menyempurnakan jaringan emas pada minit keempat masa tambahan untuk membolehkan tuan rumah muncul juara buat kali kedua berturut-turut dan memusnahkan harapan Korea yang berharap melakukan kejutan.

Sementara itu, Pakistan menundukkan Jepun 7-2 untuk menduduki tempat ketiga pada kejohanan yang disertai lapan negara itu.

--BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 02:15 PM | Show all posts








Kaori Chiba (R) of Japan is challenged by Elizabeth Igasan of New Zealand during the Women's Hockey Pool match between Japan and New Zealand held at the Beijing Olympic Green Hockey Stadium during Day 2 of the Beijing 2008 Olympic Games on August 10, 2008 in Beijing, China.
(Photo by Michael Steele/Getty Images AsiaPac)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 10:03 AM | Show all posts
Australia bangkit hampakan Korea




BEIJING: Bekas juara, Australia bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Korea Selatan, 5-4 pada perlawanan pembukaan hoki wanita Olimpik Beijing, semalam.

Australia yang ketinggalan 1-4 pada babak pertama, meledakkan empat gol pada babak berikutnya bagi memastikan tiga mata penuh dalam saingan Kumpulan A yang berlangsung dalam keadaan hujan lebat di Stadium Hoki Olimpik Green.

Shelly Liddelow mengetuai senarai penjaring pasukannya menerusi satu gol pada setiap babak dan kapten pasukan, Nicole Hudson serta Sarah Young masing-masing menjaringkan satu gol sebelum Casey Eastham menghasilkan gol kemenangan ketika permainan berbaki lima minit.

Ia permulaan baik buat Australia yang mahu bangkit daripada persembahan buruk yang menyaksikan mereka sekadar menduduki tangga kelima di Athens empat tahun lalu selepas muncul juara pada 1996 dan 2000.


“Kemenangan ini membuktikan kami mempunyai semangat melawan yang tinggi,” kata pertahanan Australia, Angela Lambert. “Kami bukan saja bermain baik tetapi kami membawa semangat negara serta bermain sepenuh hati.


“Kami percaya Korea adalah ancaman besar pada pertandingan kali ini dan kejayaan menewaskan mereka membuatkan kami cukup bangga.”

Kekalahan Korea itu menjadikan mereka satu-satunya pasukan Asia yang tewas apabila tuan rumah, China dan Jepun berjaya mengatasi lawan masing-masing.

China yang memenangi emas Sukan Asia di Qatar dua tahun lalu, menewaskan Sepanyol 3-0 dalam saingan Kumpulan A manakala Jepun yang mengungguli perak pada Sukan Asia menundukkan New Zealand 2-1 di dalam Kumpulan B.

Amerika Syarikat pula membuktikan bahawa mereka perlu dihormati apabila mengikat Argentina 2-2 pada satu lagi perlawanan Kumpulan B.

Angela Loy menjaringkan gol penyamaan enam minit sebelum tamat selepas Argentina mendahului 2-1 pada babak pertama.



- AFP / Harian Metro -


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2008 03:34 AM | Show all posts
PHM Pindah Pejabat Dan Latihan Skuad Kebangsaan
BERNAMA - 16 Ogos, 2008 22:54 PM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) akan memindahkan pejabatnya dan pusat latihan skuad kebangsaan dari Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil ke Stadium Tun Razak di Jalan Duta bagi menjimatkan kos operasi.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat majlis PHM hari ini selepas mengambil kira kos menggunakan gelanggang untuk sesi latihan skuad kebangsaan di stadium berkenaan adalah lebih mahal berbanding Stadium Tun Razak.

Naib Presidennya Datuk S.S. Cheema berkata lokasi Stadium Tun Razak juga memberi peluang kepada lebih ramai pemain menggunakan kemudahan gelanggang untuk latihan.

Dalam perkembangan lain, PHM memansuhkan peraturan kuota bagi pasukan Liga Hoki Kebangsaan (MHL) menggunakan khidmat pemain import dan pemain kebangsaan.

Setiap pasukan dalam MHL yang bermula Disember ini bebas menggunakan bilangan pemain import dan pemain kebangsaan tanpa had berbanding dua pemain import dan empat pemain kebangsaan dalam setiap pasukan pada musim lepas.

-----

haiii... berpindah randah lak derang ni...

"yaaaa... kita bina stadium nasional bukit jalil tu bukannya untuk menjadi gajah putih saje... kita bina supaya ianya dapat jadi... apa nama... tapak ekspo jom heboh saje..." - tundet
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 11:32 AM | Show all posts
Kertas kerja pulihkan sukan hoki siap



Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my



KERTAS cadangan daripada 102 orang bekas pemain hoki kebangsaan yang memberi penekanan terhadap dua aspek utama bagi memulihkan maruah sukan hoki negara akan diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob selewat-lewatnya minggu hadapan.

Menurut jurucakap kumpulan bekas pemain terbabit, Mirnawan Nawawi kertas cadangan yang memberi tumpuan kepada aspek pengurusan dan permainan hoki itu sendiri bakal diserahkan kepada Ismail untuk dikaji dan diteliti sebelum mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

"Kertas cadangan itu telah memasuki fasa akhir dan kami yakin ia akan siap dan diserahkan kepada menteri selewat-lewatnya minggu depan," kata Mirnawan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

"Elemen cadangan itu banyak menyentuh kepada keseluruhan sukan hoki termasuk gaya pengurusannya.

"Fokus utama elemen itu pula ialah kepada dua aspek iaitu pengurusan (dalam pasukan kebangsaan dan juga lembaga PHM) dan juga permainan hoki itu sendiri (termasuk jurulatih, pengurus, pegawai dan pemain)," kata bekas kapten skuad hoki kebangsaan itu.

Menurut Mirnawan, kumpulan 102 pemain itu telah pun menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan mengumpul, menganalisis dan memberi cadangan tersebut kepada menteri dan tindakan sewajarnya pula terletak ditangan pihak yang bertanggungjawab terhadap sukan ini.

"Kelompok 102 bekas pemain dan jurulatih kebangsaan ini hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab ini demi maruah sukan hoki di negara ini.

"Dengan usaha yang kami lakukan ini, kami harap pihak yang berperanan menjaga kepentingan sukan ini mampu memperbaiki imej dan masa depan hoki di negara ini. Tindakan selanjutnya adalah terletak di tangan mereka," ujar Mirnawan lagi.

Sementara itu, Ismail ketika dihubungi memberitahu bahawa pertemuan dengan PHM akan diadakan minggu depan sebaik saja dia pulang daripada menghadiri Sukan Paralimpik Beijing.

Menurutnya dia akan meneliti kertas cadangan daripada bekas pemain itu sebelum membuat sebarang ulasan.

"Kertas cadangan itu akan diserahkan kepada saya apabila saya pulang ke Kuala Lumpur esok (hari ini). Jadi saya tidak boleh beritahu lagi bila tarikh yang tepat pertemuan dengan PHM," kata Sabri semalam.

"Tapi apa yang saya boleh katakan ialah perjumpaan itu tetap diadakan dan mungkin dalam minggu depan. Dan selepas itu, barulah saya mengulas hasil perbincangan dengan PHM nanti."


- Kosmo -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 04:50 PM | Show all posts

Kini bergelar usahawan makanan laut

Walaupun isterinya masih memegang status tukang masak 憂ombor satu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 08:26 AM | Show all posts
'Masih belum terlambat pulih imej hoki negara'
Oleh Hasnira Hassan
Malaysia perlu manfaat sepenuhnya jurulatih terbaik yang dimiliki

JURULATIH terbaik dimiliki Malaysia yang menjadi aset hoki negara ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutama di peringkat akar umbi dalam usaha memulihkan kembali kegemilangan sukan itu.

Itu kesimpulan konsultan hoki negara, Paul Lissek ketika berkongsi pendapat mengenai kesuraman prestasi hoki Malaysia yang kerap dibangkitkan.

Namun, bagi bekas jurulatih kebangsaan kelahiran Jerman itu, masih tidak terlambat untuk memulihkan keadaan dengan syarat perancangan pemulihan mendapat penggemblengan tenaga dan kerjasama semua pihak.

"Saya lihat, Malaysia mempunyai ramai jurulatih terbaik. Saya mula datang ke sini pada 1998 dan ketika itu, Malaysia sudah pun mempunyai ramai pemain hebat, begitu juga struktur program pembangunan.

"Malah, saya dengar, ramai bekas pemain kebangsaan juga berminat dalam kejurulatihan. Maka, mengapa tidak menempatkan kumpulan ini di peringkat akar umbi kerana itu tempat seharusnya bagi jurulatih terbaik - melatih kumpulan pemain muda," katanya.

Lissek yang pernah menjadi jurulatih negara berkongsi rahsia kejayaan skuad remaja Jerman yang dikemudi sekitar 1979-1990 - hasil usaha gigih kelab dan negeri, bukan bergantung sepenuhnya terhadap jurulatih.

Beliau berkata, pendapat yang diusulkan dalam cadangan program pembangunan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum ini, turut mencadangkan supaya lebih banyak kejohanan peringkat Bawah 12 Tahun, 14 Tahun dan 16 Tahun diadakan sebagai susulan dalam usaha membentuk pasukan mantap.

"Bukan saya ingin membandingkan, tetapi di Jerman, pemain skuad remaja sudah mempunyai sekurang-kurangnya 100 cap tetapi di Malaysia, pemain remaja kita hanya menyertai 10 perlawanan," katanya sambil mengakui ketiadaan lawan negara jiran yang mempunyai tahap setanding untuk dijadikan rakan `sparring' menyukarkan keadaan.

" Program pembangunan yang ada kini tidak berapa bagus tetapi saya tidak katakan ia kelemahan MSN atau sesiapa. Masih ada masa untuk membaikinya, sekali gus mempertingkatkan prestasi pemain kebangsaan.

"Kenapa tidak menggunakan kumpulan jurulatih terbaik Malaysia untuk melatih bakat muda di setiap negeri atau sekolah sukan seperti di Bandar Penawar?" kata Lissek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.085856 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list