CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Field Hockey -

[Copy link]
 Author| Post time 25-10-2008 12:14 PM | Show all posts
Isu peneraju PHM dekati noktah


Kedudukan Anwar, Tunku Majid jadi tumpuan

APAKAH persefahaman bersama dua peneraju Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) sebelum ini - untuk tidak mencabar satu sama lain - akan diteruskan selepas kehadiran orang ketiga, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjelang Mesyuarat Agung Dwi Tahunan (BGM), bulan depan?

Presiden, Tan Sri Mohamed Anwar Mohamed Nor dan timbalannya, Tengku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Idris Sultan Iskandar sebelum ini senada untuk tidak mencabar satu sama lain dan menyerahkan keputusan kepada ahli gabungan bagi memilih individu yang sesuai menerajui jawatan nombor satu PHM.

Namun, keadaan itu kini jelas berubah dengan kemasukan 'muka baru' dunia hoki Malaysia apabila nama Tengku Abdullah yang juga Tengku Mahkota Pahang dibangkitkan pada saat akhir.

Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu dilihat sebagai calon pilihan apa lagi, selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang juga bekas presiden PHM (1981-2004) sendiri, menghubunginya untuk mencadangkan beliau menerajui badan induk hoki itu.

Malah, perkiraan awal menyaksikan Tengku Abdullah menjadi pilihan utama empat persatuan hoki negeri yang inginkan angin perubahan termasuk Polis selain Pulau Pinang, Melaka dan Pahang sendiri.

Maka, apa yang menjadi persoalan kini, apakah persefahaman Mohamed Anwar dan Tunku Abdul Majid akan tetap diteruskan kini?

Atau, apakah mereka mengambil tindakan sebaliknya? - Mengundur diri sebagai menepati spekulasi bahawa Tunku Abdul Majid tidak akan mencabar abang iparnya dan tindakannya pula akan disusuli Mohamed Anwar.

Namun, semua persoalan itu hanya akan terjawab sebaik senarai pencalonan penuh daripada 16 badan gabungan PHM diumumkan Setiausaha Kehormat PHM, Hashim Mohamed Yusoff.


Pengumuman di pejabat PHM di Bukit Jalil, pada jam 1 tengah hari itu juga akan membabitkan jawatan timbalan, empat tempat naib presiden, setiausaha kehormat dan bendahari.

Individu yang dicalonkan hanya diberi tempoh empat hari sehingga Rabu depan, untuk menarik diri sebelum pemilihan pada BGM PHM, 1 November ini.

****************************************************************************

few years ago memang saya sokmo ikuti hal hockey kat malaysia
sebab memang minat hockey ni... dulu masa kejohanan hockey dunia
kat vancouver pun ada pergi  - jumpa pemain2 pakistan yang memang la
smart semua -

tapi  - bila macam2 perbalahan dan persengketaan dalam PHM ni...
deter fan hockey dibuatnya... until depa smart up and instead of
quarrelling meaningless stuff - baiklah... improvekan lagi taraf
permainan hockey tu... jangan sampai  south korea ambil alih lagi -





[ Last edited by  dexa at 19-11-2008 06:07 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2008 09:36 PM | Show all posts
16 November, 2008           

Walaupun Kecewa, Sarjit Akur Keputusan Mengejut PHM

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Walaupun kecewa, jurulatih hoki Malaysia Sarjit Singh menerima dengan hati terbuka keputusan mengejut Majlis Persekutuaan Hoki Malaysia (PHM) semalam yang memutuskan untuk tidak menyambung kontrak beliau, yang akan berakhir hujung bulan depan.


Katanya PHM mempunyai alasan tersendiri untuk membuat keputusan demikian dan sebagai jurulatih profesional beliau akur dengan keputusaan itu.

"Mungkin itu yang terbaik untuk skuad kebangsaan. Saya cuma cari makan, Kalau PHM tak mahu saya lagi saya terima dan cari makan tempat lain," katanya.

Sarjit berkata keputusan PHM hanya diketahuinya melalui surat khabar dan wartawan yang menghubunginya dan mengakui beliau terkilan dengan keputusan itu memandangkan telah membuat pelan perancangan untuk tahun 2010 dan 2012.

"Saya telah melakukan yang terbaik sepanjang 22 bulan menjadi jurulatih kebangsaan, ranking Malaysia telah naik satu tangga (ke tangga ke-15) dan kita dapat tempat ketiga pada Piala Hoki Asia di India tahun lepas," katanya ketika ditemui di perlawanan akhir trofi kejuaraan Kelab Asia di Stadium Hoki Jalan Pantai di sini hari Ahad.

Bercakap tentang kegagalan skuad hoki negara untuk layak ke sukan Olimpik tahun ini, beliau berkata pertemuan dengan pasukan Jerman dan Jepun di pusingan kelayakan telah menyukarkan misi skuad hoki negara untuk layak ke temasya Sukan Olimpik di Beijing.

"Untuk tumpaskan lawan seperti pasukan Jerman bukan mudah, akhirnya kita sendiri tahu mereka menang pingat emas dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 Ogos lepas," katanya.

Pada peringkat akhir kelayakan itu, Malaysia mendapat tempat ketiga di belakang Jerman dan Jepun, dengan hanya memintas Itali dan Switzerland.

Sarjit berkata semasa beliau mula-mula mengambil alih jawatan ketua jurulatih kebangsaan pada Januari 2007, sasaran beliau adalah untuk menyediakan skuad yang mantap menjelang 2010 dan seterusnya untuk Olimpik London 2012.

"Bakat-bakat yang saya kenali untuk mewakili skuad negara rata-rata berumur 23 hingga 24 tahun, jadi kita perlu asah bakat mereka untuk sampai ke tahap yang lebih baik dan saya tahu ini akan mengambil masa," katanya.

-- BERNAMA

***********************************************************************

macam kecewa sungguh sarjit - tapi... dia boleh coach junior mungkin -
dan cari pelapis -  rasanya contract tak renew sebab teruk sangat performance
squad hockey --  olympic pun tak layak masuk -

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 06:06 AM | Show all posts
Misi Tengku Abdullah kembalikan imej sukan hoki negara

PRESIDEN baru Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ada misi tersendiri untuk dilaksanakan.


Pertamanya, baginda mahu melihat sukan hoki setanding populariti bola sepak mahu pun badminton.

"PHM akan berusaha keras bagi mencapai matlamat tersebut," kata- nya.

Menurutnya, populariti yang ingin dicapai itu juga dapat membantu serta menggalakkan peningkatan sukan tersebut khususnya pemain itu sendiri.

"Kita akan melatih bakat-bakat baru di peringkat akar umbi dalam usaha mencapai sasaran untuk memantapkan kualiti permainan pasukan kebangsaan," katanya ketika ditemui pemberita di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuantan semalam.


Katanya lagi, pasukan hoki kebangsaan juga kini memberi tumpuan untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 di London nanti.

Ketika ditanya mengenai peruntukan tambahan RM5 juta yang diperlukan PHM, Tengku Abdullah berkata:

"Ia akan dibincangkan bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam tempoh terdekat ini.

"Peruntukan ini adalah untuk tujuan menjayakan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja di Johor tahun depan.

"Saya tidak boleh lakukan sendiri. Sokongan kerajaan juga diperlukan dalam merealisasikan matlamat PHM dan komitmen pemain juga sangat diharapkan dalam meningkatkan kualiti permainan," katanya.


****************************************************************************************

entah bila la malaysia dapat balik jadi at least #4 dalam dunia
macam zaman tok kadok 1975 in world cup dulu --
ada pemain macam foo kok keong lagi - kan best -

one of these days.......... perhaps - tu pun kalau dapat pelapis2
yang bagus -
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 01:35 AM | Show all posts

Reply #303 dexa's post

hohhh! kerabat 'yang tu' jugek .. harap2 tak jadik cam FAM aa ..

ada yek pemain hoki nama foo kok keong?
ingatkan pemain badminton tadik .. bwahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 01:41 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 19-11-2008 06:06 AM

one of these days.......... perhaps - tu pun kalau dapat pelapis2
yang bagus -


dalam 90's dulu dikirakan masih oke lagik aa skuad hoki malaysia ..

tapi sejak ada sorang dua yg 'perasan', tambah plak ngan wujudnya majalah mangga;
bukan je pemain hoki .. tapi banyak lagi atlit dari sukan lain yg turut jadik 'perasan' ..
ye aaaa! perasan macam selebriti .. tiap2 bulan posing untuk majalah mangga tuh
last2 sukan ntah ke mana, prestasi ntah ke mana .. poyo jek

agaknya pelapis yg bagus pun makin susah nak carik
semua kejar glemer jek lebih .. masuk majalah mangga, ngorat artis (konon) cantik,
publisiti jek lebih baguih dok ado!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2008 07:44 AM | Show all posts
Iran pasukan pilihan pada Kejohanan Tertutup Asia

"IRAN merupakan pasukan yang paling kuat berbanding empat pasukan lain."


Demikian ulasan Setiausaha Persatuan Hoki Perak (PHP), Sallehuddin Mokhtar menjelang Kejohanan Hoki Tertutup Asia di Stadium Indera Mulia, Ipoh bermula 10 Disember ini.

Sallehuddin beranggapan Iran sebagai pasukan pilihan kerana negara itu merupakan juara bertahan pada kejohanan yang sama di Macau tahun lalu.

"Empat buah negara lain yang akan mengambil bahagian ialah Malaysia, Uzbekistan, Singapura dan Thailand," jelas Sallehuddin semalam.

Namun, katanya keempat-empat negara itu juga mampu memberi kejutan kepada Iran kelak.

Menurutnya, Malaysia akan menghantar dua pasukan ke kejohanan enam sepasukan ini.

Difahamkan Malaysia akan menu- runkan kelab Sapura yang beraksi dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) bagi mewakili negara.

Sallehuddin berkata, pasukan Uzbekistan sudah berada di negara ini sejak 1 Disember lalu.

Sebelum ini, pasukan tersebut telah menyertai Pesta Hoki USM-Penang International 2008 bulan lalu.

Kejohanan Tertutup Asia ini merupakan kejohanan terbesar dianjurkan oleh PHP selepas Piala Sultan Azlan Shah yang disertai oleh pasukan bertaraf dunia pada setiap tahun.


********************************************************************************************

dari dulu masa zaman sekolah rendah  - sampai sekarang
memang pakistan juga yang jadi pilihan saya untuk world champion
although - india  holland  germany pun memang terrer2 team depa

teringat tengok world cup dulu - jumpa pakistan player
- handsome la sangat - siap ambil autograph lagi sebab
memula tu jumpa kat malaysia - pastu bila depa main kat oversea  -
saya pun pergi juga -  sebab nak tengok pemain2 pakistan
yang memang handsome dan skillful tu punya pasal -

tak sangka iran pun kuat juga...  kalau bola, iran memang terror juga
tapi .. tak tahu pula hockey pun sama -
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-12-2008 07:52 AM | Show all posts
Tiada yang mustahil - Yahaya


SKUAD negara gigih menjalani latihan menjelang
Kejohanan Piala Asia Wanita Remaja di Seremban minggu depan.



SELEPAS melakar sejarah membimbing skuad hoki wanita negara beraksi pada kempen kelayakan Sukan Olimpik 2008, jurulatih, Yahaya Atan memasang satu lagi impian besar.

Kali ini, bekas pemain kebangsaan itu mahu membuktikan kemampuannya untuk membawa skuad remaja melayakkan diri ke Kejohanan Hoki Piala Dunia Wanita Remaja 2009 di Boston, Amerika Syarikat.


Meskipun ada pihak yang menganggap ia sebagai satu misi yang mustahil, Yahaya tetap yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya untuk merealisasikan impian itu.

Bagi mencapai hasrat itu, skuad negara perlu beraksi cemerlang pada Kejohanan Piala Asia Wanita Remaja V pada 13 hingga 21 Disember ini di Seremban, Negeri Sembilan.

Jika mahu menjejak kaki ke Boston, mereka mesti melayakkan diri ke separuh akhir dan menamatkan saingan dalam kelompok tiga pasukan terbaik.

Diundi dalam satu kumpulan bersama dua pasukan gergasi Asia, China dan Jepun selain Pakistan dan Thailand dalam Kumpulan A, peluang skuad negara tetap cerah.



LATIHAN kecergasan adalah suatu kemestian bagi
semua pemain bagi meningkatkan tahap keyakinan mereka.



Manakala Kumpulan B menampilkan Korea Selatan, India, Singapura dan Taiwan.

Berdasarkan ranking terbaru, skuad negara menduduki tempat kelima di Asia di belakang Korea Selatan, China, Jepun dan India dan berada di tempat ke-25 dalam ranking dunia.

Mengulas persediaan skuad negara untuk menghadapi aksi Piala Asia 2008 pada 13 hingga 21 Disember ini, wartawan sukan Kosmo!, MN NORZASRUDIN sempat menemu bual Yahaya untuk mengupas persediaan mereka setakat ini.

BAGAIMANA dengan persiapan skuad negara untuk menghadapi kempen Piala Asia 2008 bulan depan?


PADA dasarnya, kami sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kejohanan itu.

Ketika ini, 30 pemain yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur (Program Elit) telah berlatih bersama sejak Mac tahun lalu. Daripada jumlah ini, 22 pemain masih lagi berusia bawah 21 tahun dan mereka layak untuk beraksi pada kejohanan ini.

Lebih membanggakan, lapan daripada pemain ini juga pernah disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad negara pada kempen kelayakan Sukan Olimpik 2008 di Victoria, Kanada pada 26 April hingga 5 Mei lalu.

Selain itu, saya juga telah menyerapkan lima pemain remaja (Program Pelapis) yang dicungkil bakatnya pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 di Terengganu baru-baru ini untuk menguatkan lagi skuad ini.

Dari semasa ke semasa, ada peningkatan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain ini dan ini adalah skuad terbaik yang saya miliki. Saya cukup yakin bahawa kami mampu melakar satu lagi sejarah dalam sukan hoki wanita negara.

ADAKAH mereka sudah mendapat pendedahan yang secukupnya?

SEJAK tahun lalu, kami telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di dalam dan luar negara termasuk di Korea Selatan pada Julai 2007 dan September 2008 serta Azerbaijan (April 2008).

Selain itu, kami juga turut menimba pengalaman yang berguna pada kempen kelayakan Sukan Olimpik 2008.

Oleh sebab itu, saya cukup yakin skuad yang ada kali ini mampu menggalas cabaran itu meskipun mereka bakal berdepan empat pasukan terbaik Asia.

Saya memilih Korea Selatan sebagai lokasi latihan persahabatan kerana mereka pernah menjadi juara Piala Dunia Wanita Remaja sebanyak dua kali pada tahun 2001 dan 2005.

Korea Selatan turut menjadi juara Asia sebanyak tiga kali manakala China sekali.

BAGAIMANA dengan ranking skuad negara di Asia dan dunia?

JIKA ranking dijadikan ukuran, memang sukar untuk kita melangkah lebih jauh pada kejohanan ini.

Tetapi tidak mustahil untuk kita melayakkan diri ke Piala Dunia 2009 kerana prestasi pasukan yang menduduki ranking kelima Asia iaitu Jepun tidak jauh bezanya dengan skuad negara. Jika kita berjaya menewaskan Jepun, kita mungkin mendapat suntikan semangat untuk menumpaskan pula Pakistan dan Thailand dalam saingan Kumpulan A. Dengan kemenangan ini, kita akan mengekori China yang menduduki ranking kedua Asia ke peringkat separuh akhir.

Korea Selatan dan India akan melengkapkan kuota ke separuh akhir turut menampilkan Singapura dan Taiwan dalam Kumpulan B.

Satu-satunya peluang kita untuk menempah tiket ke Piala Dunia 2009 adalah dengan menewaskan India kerana berdasarkan rekod, mereka pernah gagal melayakkan diri.

Jadi, peluang masih terbuka dan apa yang perlu kami lakukan adalah beraksi dengan baik di Seremban, Negeri Sembilan bulan depan.

MUNGKIN ada kelemahan yang perlu diperbaiki dengan kadar segera menjelang kejohanan ini?


KELEMAHAN besar yang saya nampak setakat ini adalah di bahagian pertahanan. Pemain-pemain negara gagal mengekang serangan balas yang pantas daripada pemain lawan. Selain itu, barisan penyerang juga kadangkala gagal melakukan penyudah dengan baik.

Tetapi saya tidak bimbang kerana pemain-pemain saya mempunyai pengalaman yang cukup luas untuk menghadapi situasi itu.

Lapan pemain yang beraksi pada kempen kelayakan Sukan Olimpik 2008 menjadi sandaran utama skuad ini.

Oleh sebab itu saya tidak bimbang dengan tekanan yang bakal dihadapi sepanjang kejohanan ini.

Begitupun, kekerapan pemain melakukan kesilapan yang sama dan mudah hilang tumpuan ketika beraksi masih lagi di tahap yang membimbangkan dan ia perlu diatasi dengan segera.


SELAIN latihan pemain turut didedahkan
dalam perlawanan persahabatan



BAGAIMANA dengan lokasi perlawanan di Seremban, Negeri Sembilan. Adakah bermain di tempat sendiri memberi sedikit tekanan kepada skuad negara?


SAYA tidak rasa skuad negara akan berasa tertekan apabila bermain di tempat sendiri. Sudah banyak kali kita mengadakan perlawanan persahabatan bersama skuad lelaki Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBJ). Ketika ini, keyakinan pemain berada pada tahap yang tinggi.

Bagaimanapun saya mendapati permukaan padang di Seremban ada sedikit masalah terutamanya di lokasi pukulan sudut pendek. Permukaan padang yang tidak begitu rata ini mungkin menyukarkan pemain untuk melakukan pukulan dengan baik.

Namun kita ada masa beberapa minggu untuk menguji dan menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Minggu depan (Isnin ini), kami akan menjalani latihan pada setiap petang (selama seminggu) di lokasi ini. Selepas cuti Hari Raya Aidiladha, pemain akan 'berkampung' di Seremban sehingga kejohanan bermula.

APAKAH cabaran yang bakal dihadapi skuad negara sekiranya layak ke Piala Dunia tahun depan?

CABARAN paling besar yang akan saya hadapi adalah kehilangan lapan pemain utama kerana melepasi umur 21 tahun bagi membolehkan mereka beraksi pada kejohanan ini. Meskipun saya telah membuat perancangan awal dengan menyerapkan lima pemain pelapis dalam skuad ini, mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, sekali gus beraksi pada kejohanan besar di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara ini kerana tumpuan saya ketika ini adalah melayakkan diri ke kejohanan besar itu.

Apabila sudah layak, baru saya mengatur strategi yang bersesuaian untuk menghadapi keadaan itu.

TAHUN 2009 merupakan tahun penting bagi skuad hoki wanita negara. Mengapa?


TAHUN depan, skuad elit negara akan menghadapi dua kejohanan besar iaitu Kejohanan Piala Asia dan Piala Juara-Juara II.

Kejohanan Piala Asia ini dianggap penting kerana ia sebagai tiket untuk skuad negara melayakkan diri ke Kejohanan Hoki Piala Dunia Wanita 2009.

Malah jika skuad remaja turut melayakkan diri ke Kejohanan Hoki Piala Dunia Wanita Remaja 2009, kita akan menghadapi tahun yang mencabar dalam sejarah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 08:43 AM | Show all posts

Reply #304 naen's post

mungkin yang dimaksudkan ialah foo keat seong dan bukan foo kok keong  ?

foo keat song pernah wakili malaysia termasuk ke olympic 1984 di LA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2008 07:48 AM | Show all posts

Reply #308 stormyrain's post

oopps maksud saya foo keat seong -
saya sebelum tu masuk thread badminton
silap tulis, maaf  -

thanks stormy - yup -- foo keat seong -
(sezaman dengan brian sta maria dulu tu --)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2008 08:00 AM | Show all posts
Malaysia belasah Thailand 7-1
Oleh KAMARUDDIN ISMAIL


Pemain Malaysia A, P. Prabahkaran (tengah) diasak oleh tiga pemain
Thailand pada Kejohanan Hoki 6 Sebelah di Stadium Indera Mulia dekat
Ipoh, semalam. Skuad negara menang besar 7-1.



IPOH - Juara bertahan, Iran dan Malaysia A bermula dengan garang apabila membelasah lawan masing- masing dalam dua perlawanan awal Kejohanan Hoki Tertutup 6 Sebelah Asia dekat Stadium Indera Mulia, semalam.

Malaysia A bertindak garang membelasah Thailand 7-1 dalam perlawanan kedua yang mana pasukan itu turut membenamkan rakan sepasukan, Malaysia B 6-2 pada sebelah pagi.

Iran pula membelasah Uzbekistan 11-1 dalam perlawanan keduanya dan pada sebelah pagi, juara bertahan itu menumpaskan Thailand 8-1.

Dalam pertemuan antara Malaysia A dengan Thailand, S. Kuhan mempamerkan keunggulannya dengan menjaringkan lima gol pada minit-minit ke-7, 11, 13, 16 dan 23.

Jiwa Mohan pula menyumbangkan dua gol pada minit ke-20 dan 34.

Gol tunggal pula Thailand dijaringkan oleh Jutipond Indee melalui pukulan penalti pada minit ke-39.

Pada sebelah pagi, Malaysia A berjaya mendahului Malaysia B 2-1 pada separuh masa pertama hasil jaringan Jivan Mohan (m-13) dan Redzuan Ponirin (m-14).

Namun, Malaysia B berjaya merapatkan jurang jaringan gol melalui Muhammad Fikri Bassar pada minit ke-18.

Walau bagaimanapun pada separuh masa kedua, Malaysia A menambah empat gol lagi melalui Mohd. Rodhanizam Mat Radzi (m-21), S. Kuhan (m-24), S. Shanker (m-37) dan Mohd. Redza Maadun (m-39).

Malaysia B turut memperolehi gol kedua hasil pukulan sudut pendek yang dilakukan oleh Muhd. Hafiz Zakaria (m-40).

Jurulatih Malaysia A, Stephen Van Huizen gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh para pemainnya dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

''Malaysia A akan berdepan dengan ujian yang paling getir apabila menentang Iran dan Uzbekistan esok (hari ini).

''Harapan Malaysia A ke perlawanan akhir cerah jika mampu mengatasi salah satu pasukan tersebut," jelas Stephen di sini, semalam.

Sementara itu, Iran selaku juara bertahan tanpa belas kasihan membelasah Uzbekistan 11-1 pada perlawanan keduanya.

Penyerang lincah, Reza Norouzzadeh telah menjaringkan lima gol dalam perlawanan itu pada minit- minit ke-3, 23, 24, 26 dan 39.

Gol-gol lain Iran disumbatkan oleh Mohammad Mehdi Malek Ahmadi (m-2), Masoud Bohlauli (m-28), Behdad Beiranvand (m-29), Rouhollah Roufi (m-35) dan Reza Abbas (m-39).

Uzbekistan mendapat gol sagu hati melalui pukulan sudut pendek yang dilakukan oleh Nariman Nasurlaer pada minit ke-25.

Sebelum itu, Iran telah membelasah Thailand 8-1 dalam perlawanan pertamanya pada pagi.

Iran telah mendahului lawannya itu dengan 7-0 pada separuh masa pertama melalui jaringan Reza Norouzzadeh (m-4, 6, 14), Masoud Bohlouli (m-10, 12) dan Bendad Beiranvand (m-13, 17).

Pada separuh masa kedua, Mohamad Karimi menambah gol kelapan Iran pada minit ke-36.

Gol tunggal Thailand dijaringkan oleh Seksit Samoechai pada minit ke-29 melalui pukulan sudut pendek.


********************************************************************************

wtg malaysia -
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 09:16 AM | Show all posts
masa foo keat seong ni waili perak dan malaysia dulu ada seorang lagi back yg kental namanya rahim haji ahmad. ramai tak tahu rahim ni ada dua lagi adik main hoki juga untuk high level. seorang nama yazid (main malaysia juga rasanya dan wakili selangor) dan seorang lagi amir fuad (wakili malaysia junior dan selangor.)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2008 10:01 AM | Show all posts

Reply #311 stormyrain's post

pernah dengar yazid - tak tahu dia adik beradik pemain hockey -

saya suka pemain2 hockey dulu.. brian sta maria, stephen van huizen, mirnawan nawawi.. etc.. ahh poon fook lok pun okay juga... ah lagi sorang tu.. kevin nunis...  saya memang suka tengok depa main... best  very skillful -
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 04:38 PM | Show all posts
pemain2 hoki terdahulu mmg skilfull sebab masa tu mereka berkiblatkan india dan pakistan yg mana skilfull belaka pemain mereka. sebab mrk main begitu (lebihkan skill) adalah kerana gaya permainan begitulah yang sesuai di atas rumput. masa tu main atas rumput je ...

apabila padang turf atau rumput tiruan diperkenalkan, gaya skilful tidak lagi berkesan sebab bola bergerak laju atas padang rumput tiruan tu. maka gaya permianan pun bertukar kerana lebih berkesan main quick short passes atau long passes ke tempat kosong dan player akan lari laju untuk sambar bola.  gaya baru ni sebenarnya memberikan kelebihan kpd pemain eropah yg besor dan tangkas berlari. sebab itulah sekarang eropah yg kuasai hoki dunia dan bukan lagi negara spt india dan pakistan.

dulu-dulu orang main hoki bola mcm melekat pada stick kan ? tapi sekrg ni kajian menunjukkan pemain lebih banyak bermain dan berlari tanpa bola ... mrk terjah dan redah je tunggu org pass

[ Last edited by  stormyrain at 12-12-2008 04:41 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2008 11:02 AM | Show all posts
Malaysia hampiri babak akhir

IPOH - Malaysia A semakin hampir ke perlawanan akhir apabila mencatat kemenangan besar ke atas Uzbekistan 10-3 dalam Kejohanan Hoki Tertutup 6 Sebelah Asia di Stadium Indera Mulia, Ipoh, semalam, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.


Harapan Malaysia A ke perlawanan akhir tidak terjejas walaupun tumpas 0-7 kepada juara bertahan, Iran pada sebelah petang.

Namun begitu, Malaysia perlu mengutip sekurang-kurang satu mata dalam perlawanan terakhirnya menentang Singapura hari ini.

Malaysia telah mempamerkan persembahan bertenaga pada sebelah pagi apabila menyumbatkan sepuluh gol semasa mengalahkan Uzbekistan.

Penyerang Malaysia A, Mohd. Rodhanizam Mat Radzi mempamerkan kelincahannya dengan menyumbangkan enam gol pada minit ke-4, 5, 16, 21, 22 dan 24.

Selain itu, Redzuan Ponirin (m-8), Jiwa Mohan (m-19, 39) dan S. Kuhan (m-22) turut menjaringkan gol.

Uzbekistan memperolehi tiga gol hasil jaringan Enver Ismailov (m-14), Roman Sibaer (m-15) dan Arsen Padolyakin (m-28).

Namun begitu, kelincahan semasa menumpaskan Uzbekistan gagal digunakan dalam perlawanan dengan juara bertahan pada sebelah petang.

Sebaliknya, Iran pula menggunakan pengalamannya dalam permainan hoki di dalam dewan untuk menjinakkan Malaysia 7-0.

Jurulatih Malaysia A, Stephen Van Huizen mengakui para pemain negara masih terikut-ikut dengan corak permainan hoki terbuka sehingga mereka melakukan banyak kesalahan.

''Para pemain Iran telah menggunakan segala pengalaman dalam permainan hoki dalam dewan untuk mengelirukan pemain-pemain kebangsaan. Pemain Iran memang berpengalaman dan layak menjadi pasukan pilihan kejohanan," tambahnya.

Jurulatih itu tetap gembira dengan persembahan anak buahnya yang memberi tentangan sengit kepada juara bertahan itu.


*******************************************************************

kalah 0-7 dengan iran??  cheh - kuat betul iran tu.. tapi takkan satu gol pun tak dapat
at least  masa short corner ke... ishhh -
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 03:13 AM | Show all posts
dulu masa sekolah karam jadi penyerang taw
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 14-12-2008 03:13 AM
dulu masa sekolah karam jadi penyerang taw



noooooooooooooo really??
kira karam macam terror la juga main hockey ye -

dulu saya jadi goalie...
alah.. setakat karam yang nak serang.. saya pejam mata aje -
mesti bola tersasar 10 kaki dari pintu goal...  kan -  gs -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2008 07:58 AM | Show all posts
Iran juara Piala Azlan Shah



SULTAN AZLAN SHAH (depan, tengah) bergambar bersama
pegawai kejohanan serta pemain Iran semalam.



IRAN muncul juara Kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia bagi merebut Piala Sultan Azlan Shah selepas menewaskan Malaysia A 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Indera Mulia, Ipoh semalam.


Kekalahan tipis itu juga bermakna anak buah Stephen Van Huizen gagal menebus kekalahan 0-7 kepada lawan yang sama pada perlawanan peringkat kumpulan Jumaat lepas.

Kedua-dua gol pasukan Malaysia A yang diwakili pasukan kelab Sapura dijaringkan S. Kuhan pada minit ke-17 melalui pukulan penalti dan pada minit ke-40 menerusi pukulan sudut pendek.

Iran pula memperoleh gol mereka melalui Mohammad Karimi pada minit ke-12, Mohammad Mehdi Malek Ahmadi (minit ke-30) dan Masoud Bohlouli (minit ke-39).

Uzbekistan pula menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Malaysia B 5-2.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah selaku Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.



***********************************************************************************

tahniah iran ---
tahniah malaysia dapat masuk final - walau kalah dengan iran
kalau malaysia b menang #3 kan bagus --- but a good effort -
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 11:40 AM | Show all posts
malaysia takde pengalaman main indoor .. main indoor ni lain sikit sebab bola tak de main out rasanya .. so kalau pukul bola ke dinding bola boleh datang balik pada kita ... tang tu yg kita takde pengalaman nak take advantage ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 09:23 PM | Show all posts
Originally posted by stormyrain at 15-12-2008 11:40 AM
malaysia takde pengalaman main indoor .. main indoor ni lain sikit sebab bola tak de main out rasanya .. so kalau pukul bola ke dinding bola boleh datang balik pada kita ... tang tu yg kita takde ...



saya setuju tentang yang ni ---
sebab indoor rasa  tertutup sikit -
susah nak all out --  

tapi - dapat naib johan tu okay la rasanya -
hope dapat buat better lagi next time -
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 02:57 PM | Show all posts

Balas #316 dexa\ catat

dulu masa sekolah2 dulu le.. penyerang ok.. setakat dexa jadi golie karam rembat aje dah masuk ok..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.111779 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list