CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Field Hockey -

[Copy link]
Post time 22-12-2008 08:54 AM | Show all posts
aku wakil kelantan thn 1997 dalam hockey..lawan kt pahang..kt padang ape tah..lepak kat skolak semsas kot..aku da lupela..lama sgt da..pastuh thn yg sama gak aku wakil kelantan dlm bola baling..budak pmpuan lepak kt teknik cheras..budak laki kat alam shah lokasi lama...skangni aku duk bina bdn..pasal da lama xmen sukan...hu~~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2008 08:33 AM | Show all posts
Yahya, Stephen ada ramuan bantu skuad hoki: Mirnawan
Oleh Mohd Fadzrie Hazis
fadzrie@bharian.com.my

MIRNAWAN Nawawi berpendapat 'ramuan tempatan' boleh digunakan buat tempoh sementara bagi mencanang cabaran skuad hoki negara sebelum Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) membuat keputusan mengambil jurulatih asing.

Pada pengamatan bekas ketua pasukan skuad negara itu, sumbangan jurulatih tempatan, umpamanya Yahya Atan, Stephen van Huizen atau Tai Beng Hai boleh memikul sementara tugasan mencabar itu di atas pengalaman mereka kerana pengambilan tenaga asing harus dilakukan penuh waspada.

Tambahan, dia berkata sasaran PHM ialah untuk layak ke Piala Dunia 2010 dan Sukan Olimpik 2012 dan tempoh masa masih panjang sebelum pengurusan benar-benar mendapat calon asing yang sesuai.

Bekas penyerang lincah yang mengetuai skuad negara memenangi pingat perak Sukan Komanwel 1998 itu berpendapat Yahya dan Stephen ada segala kelayakan untuk memikul tugasan berat itu buat sementara waktu sebelum pemilihan calon ketua jurulatih diputuskan PHM kelak.

揂dalah lebih wajar andai PHM melantik seorang pemangku jurulatih yang dibantu satu panel khas sebelum mendapatkan khidmat jurulatih sepenuh masa.

揝aya percaya pasukan negara tidak ketandusan jurulatih tempatan untuk mengalas tugasan itu. Jurulatih seperti Yahya dan Stephen, umpamanya mempunyai kelayakan mendukung cabaran itu.

揓urulatih yang dilantik sepenuh masa nanti juga harus diberi masa dan PHM perlu melihat sama ada dia mampu mencapai sasaran yang akan ditetapkan buatnya berdasarkan infrastruktur dan kelompok pemain yang kita miliki,
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 06:06 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 25-12-2008 08:33 AM

hopefully 2009 hockey malaysia lebih menyerlah lagi
kalau dapat ketua jurulatih yang bagus --
van huizen tu banyak pengalaman - harap dapat bimbing
squad malaysia - patutnya mirnawan pun involve dalam bimbingan
squad malaysia ni -



Total hockey boleh difikirkan

KUALA LUMPUR - Ketika Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) masih belum memuktamadkan pemilihan jurulatih kebangsaan, bekas pemain negara, Mirnawan Nawawi mempunyai pandangan tersendiri agar skuad negara boleh mendapatkan sentuhan jurulatih dari Belanda yang mengamalkan corak permainan  total hockey.

Menurut bekas ketua pasukan kebangsaan itu, corak permainan total hockey mirip total football yang menjulang pasukan bola sepak Belanda pada tahun 1970-an.

Katanya, cara permainan sedemikian merupakan corak permainan hoki paling terkini di dunia.

Mengulas lanjut corak permainan total hockey, Mirnawan berkata, ia melibatkan penggiliran pemain yang mampu berubah posisi di sepanjang perlawanan.

Tambahnya, corak permainan yang diamalkan oleh Belanda juga berlainan di mana pemain kurang mengawal bola, sebaliknya lebih banyak menyungkit bola dan tidak lagi mengamalkan permainan cara lama.

''Pada pandangan saya, jurulatih dari Belanda mampu memberi pembaharuan untuk meningkatkan keupayaan skuad hoki negara.

''Buat masa ini saya melihat corak permainan pasukan Belanda adalah yang terbaik dalam sukan ini.

''Cara mereka bermain berdasarkan teknologi terkini iaitu total hockey di mana para pemain sentiasa berubah posisi..

''Jika kita masih ingat, Belanda pernah muncul sebagai pasukan digeruni kerana mengamalkan permainan total football pada tahun 1970-an.

''Kini corak permainan itu dijelmakan pula dalam permainan hoki oleh skuad negara tersebut,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Mirnawan, corak permainan yang diamalkan oleh pasukan negara mudah dibaca oleh pasukan lawan.

''Jika kita mendapatkan jurulatih dari Belanda, saya rasa para pemain tidak sukar untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yang saya maksud tadi.

''Tidak perlulah kita meniru seratus peratus cara permainan skuad Belanda.

''Apa yang penting, jurulatih yang bertanggungjawab terlebih dahulu perlu melihat kelemahan dan kelebihan para pemain kita,'' ujarnya.

Bagaimanapun, Mirnawan mengakui agak sukar untuk mendapatkan jurulatih yang sesuai kerana jurulatih yang dihajati mungkin mempunyai kontrak dengan pasukan lain.

Selain Belanda, jelas Mirnawan, beliau berpendapat jurulatih dari Australia juga mampu memberi pembaharuan dalam skuad kebangsaan untuk sebaris dengan pasukan handalan dunia.

''Australia lebih mementingkan ketahanan fizikal dan terkenal kerana penyudah yang bagus.

''Para pemainnya lebih bersikap profesional. Ini terbukti ketika bekas jurulatih dari Australia Terry Walsh membimbing skuad negara, sikapnya amat profesional,'' katanya.

PHM masih sedang meneliti sekurang-kurangnya tiga nama jurulatih luar untuk dipilih bagi mengendalikan pasukan hoki kebangsaan.

Antara jurulatih yang sedang diteliti ialah dari Asia, Eropah dan Australia bagi menggantikan Sarjit Singh yang tamat kontrak.

Antara nama jurulatih asing seperti Kim Sang-ryul, Barry Dancer dan Terry Walsh.

Sebelum ini skuad hoki negara pernah mendapat sentuhan jurulatih luar iaitu Volker Knapp dari Belanda, Paul Lissek dari Jerman dan Walsh.


+ segalanya TOTAL! harap PHM bleh pertimbangkan cadangan nih ..
dengar pendapat orang yg pernah bermain .. bukan semata2 pandangan orang yg berpolitik jek
total hockey .. menarik seyyy!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 08:48 PM | Show all posts
Hilang prestij

PRESTIJ Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2009 di Ipoh, Perak, April depan dibimbangi mengekori nasib malang Pesta Bola Merdeka apabila kebanyakan pasukan utama dunia mengambil keputusan tidak menyertainya.

Selepas Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) menutup penyertaan PSAS semalam, hanya lima negara mengesahkan penyertaan. Selain tuan rumah, Malaysia dan Korea Selatan mengetuai cabaran, pasukan lain membabitkan New Zealand, Pakistan dan India.

Dalam senarai itu, Korea Selatan, yang layak menyertai Trofi Juara-Juara 2009, muncul pasukan ranking terbaik Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) iaitu kelima diikuti New Zealand (7), Pakistan (8), India (11) dan Malaysia (15).

Setiausaha Kehormat PHM, Hashim Mohamed Yusoff, berkata skuad bertaraf gergasi seperti juara bertahan, Argentina, Australia, England, Belgium dan Kanada menarik diri atas alasan tersendiri.

揓usteru, PHM mengambil keputusan menawarkan baki dua kuota penyertaan kepada Afrika Selatan dan Sepanyol untuk melengkapkan senarai tujuh pasukan bertanding. Tapi, tawaran itu baru dilakukan hari ini (semalam) dan mereka mempunyai tempoh dua minggu untuk membuat keputusan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 07:46 AM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 21-12-2008 02:57 PM
dulu masa sekolah2 dulu le.. penyerang ok.. setakat dexa jadi golie karam rembat aje dah masuk ok..



of course la masuk...
karam yang masuk  'gol' tu....gs

alaaa setakat penyerang tu...
saya beliakkan mata... menggigil gigi karam
terus menggeletar pengsan dan dan tu juga...

tengokla tak caya --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 07:48 AM | Show all posts
Hoki: Remaja negara benam Singapura

KUALA LUMPUR - Skuad hoki Projek 2013 Malaysia melakar kejutan ke atas pasukan Piala Remaja Dunia Singapura apabila mencatat kemenangan 4-2 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Hoki Bukit Jalil, semalam, lapor HISYAMUDDIN AYUB.

Biarpun pasukan negara itu baru sahaja dibentuk dan menjalani latihan selama lima hari di bawah jurulatih Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, skuad itu menunjukkan persembahan bertenaga serta seringkali mengancam kubu Singapura.

Ternyata usaha keras yang dilakukan seawal perlawanan membuahkan hasil apabila Muhammad Sabri Mohamad membuka jaringan minit keenam menerusi pukulan sudut penalti.

Mendapat suntikan semangat daripada jaringan awal itu, anak buah Muhammad Dharma giat menggandakan serangan dan seringkali melakukan serangan balas.

Muhammad Sabri sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring negara pada minit ke-22 apabila pukulan sudut penalti yang dilakukannya gagal diselamatkan oleh penjaga gol Singapura.

Skuad hoki Projek 2013 Malaysia memperoleh gol ketiga menerusi jaringan cantik Mohd. Syamim Mohd. Yusof minit ke-50, sebelum Singapura menjadikan kedudukan 3-1 menerusi Reynard Goh melalui jaringan padang minit ke-63.

Pasukan negara tidak tersentak dengan jaringan tersebut, malah semakin semangat mencari gol seterusnya dan ia dibuktikan dengan jaringan keempat oleh Faridzul Afiq Mohamad dua minit selepas jaringan Singapura itu.

Singapura bangkit semula dan memperoleh jaringan kedua menerusi Silas Abdul Razak yang memanfaatkan kekalutan yang berlaku di kotak D, Malaysia.

Pengurus pasukan negara, Mirnawan Nawawi berkata, skuad hoki Projek 2013 Malaysia telah mempamerkan persembahan cemerlang pada perlawanan sulung mereka, meskipun baru sahaja digandingkan.

Katanya, kemenangan tersebut adalah satu petanda positif kerana pasukan itu mampu memberi cabaran sengit kepada pasukan lawan yang telah pun mengesahkan diri untuk bertanding di Kejohanan Hoki Remaja Dunia.

"Selain dapat memberi persembahan baik, pasukan ini juga dapat bermain dengan format baru yang diperkenalkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) iaitu auto play.

"Biarpun baru pertama kali bermain dengan format baru perlawanan tersebut, mereka telah menunjukkan kesefahaman yang baik untuk melaksanakannya.

"Format ini berlainan sedikit berbanding format sebelumnya kerana ia menjadikan perlawanan berlangsung dengan lebih pantas," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-1-2009 06:33 PM | Show all posts
21 Januari, 2009          

NPHA Mahu Anak Tempatan Latih Pasukan Hoki Negara

IPOH, 21 Jan (Bernama) -- Persatuan Pemain-pemain Hoki Kebangsaan (NPHA) mahu anak tempatan diberi peluang menjadi ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan bagi mengembalikan semula kegemilangan negara dalam sukan itu.


Presidennya Mohd Abdul Hadi berkata langkah Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) melantik jurulatih antarabangsa selama ini kurang berkesan kerana kebanyakan mereka hanya diberikan tempoh kontrak yang singkat selain melibatkan kos yang tinggi.

Katanya peluang sepatutnya diberi kepada bekas pemain yang pernah menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa kerana mereka ini mempunyai banyak pengalaman yang boleh dikongsi bersama pemain-pemain baru.

"Sudah tiba masanya PHM melupakan khidmat jurulatih antarabangsa kerana walaupun mereka berpengalaman tetapi komitmen mereka hanya bersifat sementara.

"Sekiranya PHM memberikan kepercayaan kepada jurulatih tempatan, saya amat yakin peluang membentuk pasukan yang mantap lebih luas kerana ada banyak persefahaman termasuk dari segi budaya dan cara permainan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Abdul Hadi berkata langkah PHM melantik jurulatih antarabangsa untuk mengendali pasukan negara juga akan mengurangkan penglibatan anak tempatan dalam bidang kejurulatihan hoki.

"Ini akan memberi dua implikasi kepada jurulatih tempatan. Pertamanya mereka tidak dapat peluang memimpin serta memberikan tunjuk ajar kepada pemain baru dan keduanya, daripada segi moral mereka akan rasa terpinggir," katanya.

Beliau berkata perlantikan jurulatih antarabangsa juga melibatkan kos yang tinggi kerana mereka menerima bayaran gaji melebihi dua kali ganda berbanding apa yang dibayar kepada jurulatih tempatan.

Setakat ini PHM masih belum memuktamadkan siapa jurulatih asing yang bakal mengisi tempat Sarjit Singh yang tamat kontrak.

Beberapa laporan media sebelum ini menamakan jurulatih China dari Korea Selatan, Kim Sang-ryul, rakan senegaranya, Jeon Jae-hong dan juga Barry Dancer dari Australia sebagai antara pesaing utama untuk mengisi jawatan ketua jurulatih hoki kebangsaan yang baru.

-- BERNAMA

************************************************************************


bagi aje mirnawan -- boleh apa -
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 08:15 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 21-1-2009 06:33 PM

bagi aje mirnawan -- boleh apa -


pernah terfikir dak? naper deme takmoh amek mirnawan jadik coach?

ataw at least pembantu coach ker aper .. pelik yek?

dah aa takmoh amek .. pastuh langsung tak disebut & diconsider pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2009 02:43 PM | Show all posts

Balas #328 naen\ catat

tah rasanya lebey suka coach international.. erk..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 06:44 PM | Show all posts

Reply #329 karambunai's post

sblom neh deme sker amek yg international

tapi ikot yg dexa paste tuh katanya dah takmoh amek yg international lagik

dok cakap pasal komitmen aa kos aa apa aa .. tapi mainly rasanya sbb kos aa ..

international coach neh memang mahal .. pastuh demand lagik .. pehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 09:14 AM | Show all posts
Dh diumum ke coach yg br?mlm td dlm berita ada (buletin utama) highlight benda ni tp tv x dgr coz bising sngt...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 10:04 AM | Show all posts

Balas #330 naen\ catat

sejak2 xda coach internationale ni... hoki ni dah macam tenggelam dah ok... dah xda sinar bagi sukan hoki ni.. stakat menang kat sukan sea aje..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 12:23 PM | Show all posts
Sape main indoor hockey??last sekali aku main UPSI anjur. kalah suku akhir..HuHuHu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 04:48 PM | Show all posts

Balas #333 zairizain\ catat

cari2 la info.... nk taw gak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 04:49 PM | Show all posts

Balas #333 zairizain\ catat

cerita ler pengalaman bermain hoki masa kat upsi tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 07:34 PM | Show all posts
Empat pilihan PHM
+ harian metro

KETIKA usaha memancing jurulatih asing dilihat hampir mustahil, Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) tampil dengan empat strategi dalam pencarian pengganti terbaik kepada Sarjit Singh.

Strategi pertama iaitu mendapatkan bekas anggota skuad Australia yang menjuarai Piala Dunia 1986, Neil Hawgood hampir pasti terkubur kerana pakar taktikal itu sudah mengikat kontrak dengan sebuah pasukan bertaraf kelab.

Strategi kedua bergantung kepada kantung Majlis Sukan Negara (MSN) untuk membayar gaji tinggi diminta seorang lagi calon jurulatih dari Australia. Namun, berdasarkan bajet PHM dan MSN, impian itu umpama angan-angan Mat Jenin.

Justeru, strategi ketiga mungkin dapat menyelesaikan permasalahan wujud selepas 31 Disember lalu (tarikh Sarjit tamat kontrak) apabila Presiden PHM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata pihaknya bercadang melantik jurulatih tempatan.

揗ungkin pilihan yang PHM ada ketika ini ialah mencari jurulatih tempatan. Begitupun, kami sedang mengenalpasti jurulatih kelahiran Australia yang disenarai pendek.

揘amun, ada daripada mereka yang meminta gaji terlalu tinggi hingga melebihi bajet kami. Jadi, jika usaha ini tidak berjaya, kami akan beralih kepada jurulatih dalam negara,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2009 02:38 AM | Show all posts
indoor hockey cam main futsal.pdg kecik lebeh kurang pdg basketball.kiri kanan ade papan. pasukan yg pandai main papan, mmg bole menang. team aku berlatih kt pdg hoki SUKPA, kuantan, pahang. kitaorg dh biasa main atas turf dan dribble bola tinggi skit.passing pun tnggi skit. tp indoor hoki xleh bola naik.itu yg keciwa..hahaha. kitaorg biasa main petang2 dan dah terbiase dgn kata-kata coach "air hockey" - semua bola atas kayu bukan atas padang..passing pun tinggi skit bkn ground. dia amik kata-kata paul lissek.penah gak lawan ngan ismail abu ngan kadok(x ingat nama sebenar). serius susah giler nak jaga mamat ni (aku main defense). laju giler.ohh yee..juara dunia indoor hockey - IRAN. 2 kali berturut..x silap aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 06:46 PM | Show all posts

Balas #337 zairizain\ catat

owh ye ker... thanx u for sharing....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 11:29 PM | Show all posts
Hanya Enam Pasukan Dijangka Sertai Piala Sultan Azlan Shah
+ bernama

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Buat pertama kali dalam sejarah Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, hanya enam pasukan kebangsaan sahaja dijangka menyertai edisi ke-18 kejohanan berprestij itu di Ipoh, April ini.

Penyertaan paling kurang dalam kejohanan tahunan itu disebabkan beberapa negara kuasa besar dalam dunia hoki termasuk juara bertahan Argentina menolak undangan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

Setiausaha PHM Hashim Mohamed berkata Argentina, Belgium, Kanada, England, Korea Selatan, China dan Australia telah menolak jemputan untuk kejohanan itu disebabkan beberapa masalah.

Beliau memberitahu Bernama di sini hari ini bahawa kesemua pasukan handalan itu memberi alasan seperti menghadapi kejohanan lain, masalah kewangan dan penajaan serta sibuk menjalani persediaan menghadapi Kejohanan Piala Dunia di India tahun depan.

Sehingga ini, katanya, hanya lima pasukan kebangsaan iaitu New Zealand, ranking ketujuh dunia, Pakistan (8), India (11), Mesir (20) dan tuan rumah Malaysia, yang menduduki ranking ke-15 dunia, telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan itu dari 3 hingga 15 April ini.

Hashim berkata PHM memerlukan satu lagi pasukan untuk membolehkan kejohanan itu dapat dijalankan mengikut kaedah liga satu pusingan (round-robin).


Katanya mereka masih menunggu pengesahan daripada pasukan Ireland and Jepun yang akan diketahui Sabtu apabila tarikh penyertaan ditutup.

Beliau menjelaskan jika kedua-dua negara itu menolak jemputan tersebut maka PHM akan menjemput pasukan lain termasuk pasukan remaja negara, yang sedang melakukan persiapan menjelang Piala Dunia Remaja Jun depan, untuk memenuhi kuota penyertaan.

Mengenai pelantikan jurulatih baru skuad kebangsaan, Hashim enggan mengulas kerana proses mencari calon dari luar negara masih diteruskan.

Buat sementara, persediaan skuad kebangsaan digalas oleh dua jurulatih tempatan Tan Beng Hai dan Nor Saiful Zaini.

Selain Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah, pasukan kebangsaan juga bakal menyertai Kejohanan Piala Asia di Dubai dari 8 hingga 15 Mei ini.

+ sadisnya .. nak bwat round robin pon tak cukop korum
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 06:20 AM | Show all posts
Mesir ganti Korea
+ harian metro

GERGASI hoki Asia, Korea Selatan menarik diri daripada Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2009, 3-12 April depan dengan penggantinya, Mesir bakal membuat penampilan sulung kejohanan terbesar Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) itu.

Setiausaha Kehormat PHM, Hashim Mohamed Yusoff, mengesahkan Korea Selatan, pasukan terbaik Asia dalam ranking Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) - kelima, menarik diri, minggu lalu.

揔orea memberi alasan mengadakan Mesyuarat Agung Dwitahunan pada tarikh kejohanan selain berdepan masalah kewangan ekoran krisis ekonomi global.

揓usteru, PHM terpaksa menerima keputusan mereka dan tempat Korea diganti Mesir, sekalipun PHM pernah menolak tawaran mereka sebelum ini demi menjaga prestij kejohanan,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.073602 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list