CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Field Hockey -

[Copy link]
Post time 2-2-2009 06:21 AM | Show all posts
PSAS hilang tarikan
+ harian metro

SEJAK diperkenalkan pada 1983, Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) dianggap medan terbaik skuad ternama menguji kekuatan lawan yang membarisi kelompok ranking atasan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Kelibat jagoan dunia seperti Jerman, Australia, Sepanyol, Belanda dan New Zealand sentiasa dinantikan peminat terutamanya di Ipoh, Perak, yang dahagakan gaya permainan berkualiti hinggakan Pakistan serta India jarang melepaskan peluang keemasan menyertainya.

Namun, meniti tahun hingga edisi ke-18 menjengah 3-12 April depan, prestij PSAS yang disenaraikan antara empat kejohanan utama FIH selain Sukan Olimpik, Piala Dunia dan Trofi Juara-Juara, makin menjunam ekoran keengganan lawan handalan menyertainya.

Begitupun, New Zealand, Pakistan dan India masih berpegang kepada tradisi dengan mengesahkan penyertaan 2009. Namun, kali ini mereka pula yang memegang status pasukan gergasi.

Situasi itu lantas menyaksikan Malaysia dan Mesir yang menggantikan pengunduran Korea Selatan minggu lalu, memburu ilmu paling berharga bagi membentuk kemantapan selain melengkapkan kuota pasukan bertanding.

Bekas penyerang terbilang negara era 1990-an, Mohamad Abdul Hadi berkata, meskipun prestij PSAS tidak setinggi era kegemilangannya, namun perkembangan itu lebih realistik dengan ranking Malaysia, ke-15.

揔ita perlu menerima hakikat reputasi Malaysia tidak gah seperti dulu dan perlu memulakan segalanya dari peringkat awal. Mungkin negara handalan menganggap PSAS sudah tidak penting hingga lebih berminat menyertai kejohanan lain yang memberi impak lebih besar.

揘amun situasi ini sebenarnya lebih realistik untuk menguji kemampuan Malaysia. Kita sebenarnya perlu bertanding dengan kelompok pasukan sebegini kerana taraf mereka tidak jauh berbeza.

揊aktor itu akan mendedahkan kelemahan sebenar berbanding lawan yang berada dua atau tiga takuk lebih handal.

揗emang daripada segi prestij, kehadiran Jerman, Australia, Sepanyol atau Belanda menjulang PSAS sebagai kejohanan utama namun tiada gunanya jika pasukan Malaysia menjadi mangsa belasahan atau eksperimen taktikal mereka,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2009 08:32 AM | Show all posts
owh ye ker....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 2-2-2009 08:32 AM

owh ye ker....


oit spam!

dipersilakan encik karam mencaras kredit sendrey
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 12:04 PM | Show all posts
harus dicaras kedit naen ni...   
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 08:00 AM | Show all posts

confirmed ..

Piala Sultan Azlan kurang seri
+ berita harian

Hanya 5 pasukan sahkan penyertaan, Ireland dan Jepun menarik diri

PENGANJURAN kancah saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah dipalit kecewa selepas hanya lima pasukan negara sah akan menyertai edisi kali ini di Ipoh, Mei ini.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Hashim Mohamed Yusoff (gambar), berkata dua pasukan sandaran terakhir - Ireland dan Jepun - untuk menggenapkan penyertaan enam pasukan seperti dihajatkan sebelum ini bertindak menarik diri daripada edisi ke-18 ini kerana terbabit dengan kejohanan liga hoki Eropah selain skuad Jepun yang dipalit krisis ekonomi global.

Sehingga tarikh akhir pada 31 Januari lalu, hanya lima pasukan mengesahkan penyertaan iaitu New Zealand yang menduduki ranking ketujuh, Pakistan (8), India (11), tuan rumah Malaysia yang kini pada ranking ke-15 selain aksi sulung pasukan juara Afrika Selatan, Mesir.

Pada masa sama, skuad Remaja Malaysia yang dilihat sebagai alternatif lain pula terikat dengan jadual Jelajah Eropah dalam tempoh yang sama.

揔ami akan berbincang untuk menganjurkan kejohanan dengan hanya lima pasukan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan, Selasa depan,
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:14 PM | Show all posts
PHM terpaksa pujuk Perancis

KUALA LUMPUR, - Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) memutuskan untuk mengundang Perancis bagi menyertai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-18, dalam usaha saat-saat akhir melengkapkan jumlah enam pasukan dalam kejohanan itu.

Setiausaha PHM, Hashim Mohamed memberitahu Bernama, kejohanan itu yang biasanya disasarkan kepada 20 pasukan terbaik di dunia, akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun beberapa negara kuasa utama hoki memutuskan untuk tidak menyertainya atas pelbagai alasan.

Usaha saat-saat akhir bagi mengundang Perancis dilakukan selepas Jepun (ranking ke-12 dunia) dan Ireland (18) menolak jemputan itu dengan alasan kemelesetan ekonomi global dan terikat dengan kejohanan lain, katanya.

Buat masa ini, hanya lima pasukan kebangsaan telah mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan tahun ini iaitu New Zealand (ranking ke-7 dunia), Pakistan (8), India (11), Mesir (20) dan Malaysia (15).

Edisi ke-18 Piala Sultan Azlan Shah akan diadakan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 3 hingga 12 April ini.

"Bagi Perancis, kami telah menghantar jemputan kepada mereka dan kami jangkakan mereka akan memberikan jawapan selewat-lewatnya esok (hari ini)," katanya.

Hashim berkata, negara-negara kuasa besar hoki dari Amerika Selatan, Eropah dan Oceania seperti Argentina (juara bertahan), Jerman, Belanda dan Australia telah menolak undangan dengan pelbagai alasan seperti menyertai kejohanan lain sebelum itu, masalah kewangan dan penajaan manakala beberapa negara menyatakan alasan sibuk dengan persiapan menghadapi Piala Dunia di India tahun depan.

Walaupun kejohanan kali ini dilihat kurang menarik, juara tiga kali dalam kejohanan itu, Pakistan dan India akan menjadi pilihan untuk memenangi kejuaraan keempat mereka.

Untuk rekod, sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1993, Pakistan telah memenanginya pada 1999, 2000 dan 2003 manakala India muncul juara pada 1985, 1991 dan 1995.

New Zealand yang tidak pernah memenangi kejohanan itu merupakan pasukan pada ranking tertinggi dalam kejohanan tahun ini yang turut perlu diberikan perhatian.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2009 08:56 AM | Show all posts
dah confirm ek... lex naen.. g swim jom..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 06:28 AM | Show all posts

Reply #347 karambunai's post

confirm france tolak .. deme takmoh join

gi sweem tak bleh lex sbb owang tak reti sweem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2009 08:07 AM | Show all posts

Balas #348 naen\ catat

sila lah belajo ek....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 11:42 AM | Show all posts
aku mula main hoki masa darjah 5.... masa tu kat sek keb serdang... mula wakil sekolah darjah 6 seterusnya daerah dan negeri... semuanya johan.. start tu aku mula serius main hoki...

tingkatan 1 aku xmain utk daerah dan state sbb dok tukar2 sek.. tingkatan 2 aku main balik tp xbp nk teror sbb 1 xmain...

tingkatan 3 aku main utk sek, daerah dan state smp la hbs sek....

aku dapat sukma tp x g sbb mak abah aku x bg p...

dapat main utk bwh 21 tp sbb diskriminasi + politik kami dibuang dan digantikn oleh pemain bwh 18... secara jujur ckp, kalau bukan kerana politik + pilih bulu (cth : jurulatih sek yg pegang team daerah akan pilih pemain dr sek @ daerah mereka dr ambik org luar dan mcm tu jugak utk state)... ada ramai pemain yg bagus xdpt meneruskan perjuangan mereka krn sikap -ve cm ni... yg tinggal skrg ni pemain yg tangkap muat je... smp bila pun sukan malaysia ni takat tu je la...

masa kat uni aku main inter college je... final year aku kat uni br dorg nk offer main utk uni... maka yg tinggal hny offer shj...

skrg aku dh xmain hoki.... badan pun dah makin berisi dan sakit pun mula menerjah... jadi nasihat utk mereka yg sedang aktif sukan skrg ni, kalau nk pencen sekali pun jgn la tinggalkn sukan sepenuhnya. bawak2 la senaman... jika tdk anda akan sakit lh mcm saya...

[ Last edited by  ^^langkasuka^^ at 20-2-2009 11:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 11:46 AM | Show all posts
tambahan : player sek aku dulu ada yg mewakili malaysia... cth mohd amin, mae...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 03:20 AM | Show all posts
haiyoooo .. tengok berita semalam .. sedih plak ghase ..

PHM ngan senarai hutangnyer .. sampai 'terpaksa' tolak drpd menganjurkan piala asia next year

dikatakan jugak hehutang tuh berjumlah RM900k!!!! tskkk
(sumber : http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html)
(orang takmoh kena saman, so letak aa link sineh!)

PHM sebelum ini dikatakan berhutang sehingga RM900,000 termasuk kira-kira RM500,000 kepada Palace of The Golden Horses - lokasi penginapan utama atlit ketika Kejohanan Trofi Juara-Juara pada Disember 2007.

Hutang lain, termasuk RM90,000 kepada Perbadanan Stadium Merdeka yang menguruskan Kompleks Sukan Bukit Jalil, yang menjadi lokasi latihan skuad kebangsaan selain pejabat persatuan.


adoi sadisnyer .. nape aa dok kat palace of the golden horses tuh .. kan mahallll glerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 10:51 AM | Show all posts

Balas #351 ^^langkasuka^^\ catat

owh... hebat2.... cite le ape2 aje...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 10:52 AM | Show all posts
naen jgn le nanges... sedey dexa nanti.. karam xsedey. karam ketawa2 kan je...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 03:03 PM | Show all posts

Balas #351 ^^langkasuka^^\ catat

Amin, Mae...Mohd Amerullah..semua tu atas bimbingan 'Sir'. Dah arwah pun die. Tanpa die, tak mungkin budak2 sek keb serdang spai tahap skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 03:05 PM | Show all posts
Dan budak2 serdang ramai yang mewakili kelab2 besar di Malaysia. Macm TNB, Sapura, E&Y....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2009 07:56 AM | Show all posts
Pakistan sedia beri cabaran

NEW DELHI - Juara tiga kali, Pakistan yang akan menampilkan gandingan baru pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh bulan depan menyasarkan untuk layak ke perlawanan kejohanan itu.


Selepas prestasi mengecewakan pada Sukan Olimpik Beijing tahun lepas, Pakistan mempersiapkan pasukannya bagi menghadapi kejohanan dengan mencuba pemain-pemain baru.

Jawatankuasa Pemilihan Persekutuan Hoki Pakistan (PHF) telah mengenalpasti 35 pemain dan mereka tamat kem latihan fasa satu selama 10 hari baru-baru ini manakala fasa kedua akan diadakan di Karachi atau Lahore untuk menyesuaikan diri dengan cuaca Malaysia.

"Kami melakukan beberapa kesilapan taktikal sewaktu Sukan Olimpik dan beraksi teruk tetapi kami telah mengatasi masalah itu dan mahu membina pasukan baru untuk mencapai kejuaraan.

"Pada penghujung Mac kami akan membuat senarai akhir pasukan ke Kuala Lumpur dengan kami memasukkan beberapa pemain remaja tetapi kebanyakan mereka adalah daripada skuad Olimpik. Kami mempunyai pemain berbakat dan yakin untuk melakukannya," kata Ketua Jawatankuasa Pemilihan PHF, Hassan Sardar kepada Bernama semalam.

Hassan berkata, Piala Sultan Azlan akan menjadi persediaan mereka bagi menghadapi pra-Piala Asia di Dubai Mei depan.

Pakistan, juara dunia tiga kali dan satu ketika dahulu menguasai sukan itu bersama musuh ketat mereka India, hanya menduduki tempat keempat pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah tahun lepas, di mana Argentina muncul juara selepas menundukkan India pada perlawanan akhir.

Pakistan mahu menebus kembali kekecewaan mereka sebelum ini dan menjadikan Piala Sultan Azlan Shah dan Piala Asia sebagai landasan mengembalikan semula kegemilangan mereka dalam sukan hoki, yang kini dikuasai oleh pasukan dari Eropah dan Asia.

Kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-18 tahun ini yang akan diadakan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh pada 3 hingga 12 April depan, hanya akan disertai oleh lima pasukan iaitu Malaysia, Pakistan, India, Mesir, New Zealand. - BERNAMA


***************************************************************************

favourite team saya -- pakistan... sebab pemain2 dia semua hensem2 aje
ada iras2 karam juga --
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 10:48 PM | Show all posts

Reply #328 naen's post

rasanya mirnawan jd pembantu utk skuad remaja
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 03:16 PM | Show all posts

Balas #356 m_80\ catat

wow budak serdang ker? wah sekolah dalam kat upm tu kuat2 pemain dia.. byk yang wakil...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 03:17 PM | Show all posts

Balas #357 dexa\ catat

iras2 karam? kekeke.... kesitu lak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.334620 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list