Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
69296
View
534
Reply

Field Hockey -

[Copy link]

Author: dexa       Show all posts   Read mode

Author
Author| Post time 5-1-2007 06:32 AM | Show all posts
PHM minta sokongan jadi tuan rumah - Hoki Piala Dunia Remaja 2009
Oleh: A. JAILANI ABDULLAH

KUALA LUMPUR - Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) akan meminta sokongan kerajaan untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah Kejohanan Piala Dunia Remaja pada 2009, kata Tunku Majid Idris Sultan Iskandar semalam.

Kami memang sangat berhasrat untuk untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Remaja 2009, tetapi kami memerlukan persetujuan Kementerian Belia dan Sukan sebelum membuat bidaan.

Kalau dapat anjur, tentu pemain-pemain kita akan bermain dengan lebih bersemangat di depan penyokong sendiri, kata Timbalan Presiden PHM itu pada sidang akhbar di Bukit Jalil, di sini.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah kejohanan itu pada tahun 1980-an.

Sebelum itu Tunku Majid mengumumkan senarai skuad negara yang akan beraksi pada Festival Olimpik Remaja Australia yang akan berlangsung di Sydney pada 17-21 Januari ini.

PHM menghantar skuad Bawah 18 ke temasya itu, yang menurut Tunku Majid untuk memberikan mereka pendedahan menentang lawan yang lebih berpengalaman.

Malaysia akan menentang Australia, China dan England pada peringkat kumpulan di Sydney nanti. Berbanding kita yang menghantar pasukan bawah 18 tahun, tiga pasukan lawan akan diwakili oleh bawah 21 tahun.

Keputusan menghantar skuad bawah 18 ini dibuat bagi memberi peluang kepada mereka meraih pengalaman menentang pasukan yang lebih matang dalam persediaan ke pusingan kelayakan Piala Dunia Remaja yang akan berlangsung tahun depan,
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by Ax at 4-1-2007 08:01 PM
aku penah kene marah ngan coach aku
hahaahhaha ...
sbb aku trainin keeper x pakai paper .. blagak gile akul
last2 kene maki
hahahahaha

pikir2 blk , kalo bula tu hinggap kat perut aku mau jd  ...

purut xpe lagik..kalo kena tang tutttttttttttttttt...terus mandul jek...:kant::kant:
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 08:54 PM | Show all posts
Originally posted by nizam_syah82 at 5-1-2007 08:19 AM

purut xpe lagik..kalo kena tang tutttttttttttttttt...terus mandul jek...

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 08:55 PM | Show all posts

Reply #23 Ax's post

ape aku reply ntah ni hahahahahhaa
Reply

Use magic Report

Author
Author| Post time 5-1-2007 09:10 PM | Show all posts
Originally posted by Ax at 5-1-2007 08:54 PM

apa makna  < br / >   tu  ax??

btw ax tak jawab lagi soalan saya tau..
posing #20... please ...thanks   ;)  --
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 12:12 AM | Show all posts
org keeper
hehehee ..
dah relpy dah
die kuar  tu
hahaha
Reply

Use magic Report

Author
Author| Post time 6-1-2007 10:50 AM | Show all posts

Reply #26 Ax's post

hahaha.......
so  < /b >  kira keeper la --

position penting tu  ;)
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 10:58 AM | Show all posts

Reply #27 dexa's post

1st game hebat 6-0 kot bantai ...

pahtu game2 brikutnye aku mmbolos dgn cemerlnag
Reply

Use magic Report

Author
Author| Post time 6-1-2007 11:28 AM | Show all posts

Reply #28 Ax's post

kalau ada perlawanan hockey antara board
ha!!  ax kena main tau --

*lawa avatar - suka lips you   cute aje ;)
Reply

Use magic Report

Author
Author| Post time 6-1-2007 02:46 PM | Show all posts
Hockey: Two firsts for Azlan Shah Cup
06 Jan 2007

THIS years Azlan Shah Cup will take off with two firsts
Reply

Use magic Report

Author
Author| Post time 6-1-2007 02:49 PM | Show all posts

Reply #30 dexa's post

Last year, Malaysia finished last in the eight-team tournament
when they lost 3-2 to Argentina. Netherlands won the title with
a 6-2 drubbing of Olympic champions Australia

saya macam tak confidence langsung
dengan team malaysia sekarang -

MCH kena buat something -
China  yang tak pernah pernah kita terfikir
boleh main hoki dengan baik ---  ntah ntah
buat kejutan nanti   macam kat Doha hari tu -
ishhhhhhhhhhh

camana malaysia ni!! -
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 04:13 PM | Show all posts
aku main hoki start dari darjah 6 sampai final year kat U.....

Nor saiful zaini...hadi.... Brian Jayhan.... Calvin fernandez...

pernah lah lawan ngan diorang tu.... tapi kalah le...hehehehehe

Kuhan pernah satu team ngan aku dulu.....

itu jelah..... sekarang balik kg..... kayu hoki pun dah tak pernah pegang....
Reply

Use magic Report

Author
Author| Post time 14-1-2007 07:34 AM | Show all posts
Kuhan antara empat digugur -- Persiapan kelayakan Olimpik, Piala Dunia 2010

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Author
Author| Post time 16-1-2007 12:08 AM | Show all posts
Gergasi hoki Asia berentap sesama sendiri
Oleh Lokman Zainal Abidin

BAGI membolehkan pasukan Asia kembali merajai sukan hoki di pentas antarabangsa, Persekutuan Hoki Asia (AHF) akan mewujudkan satu kejohanan baru yang dikenali sebagai Kejohanan Bintang-bintang Asia, tidak lama lagi

Bagi kejohanan sulung, enam negara iaitu Korea Selatan, China, Pakistan, Jepun, India dan Malaysia akan bersaing sesama sendiri untuk mengejar gelaran juara pada kejohanan yang berkemungkinan besar akan diadakan di India itu.

Berkemungkinan besar, India akan menjadi tuan rumah edisi sulung itu dan ia akan turut diadakan di negara lain bagi melengkapkan satu sirkit.

Kejohanan ini perlu bagi mewujudkan satu kejohanan berprofil tinggi di Asia sekali gus menjana kewangan AHF bagi menyediakan dana untuk membantu program pembangunan.

Bukan saja kejohanan membabitkan pasukan lelaki tetapi enam pasukan terbaik wanita berdasarkan keputusan pada Sukan Asia (China, Jepun, India, Korea Selatan, Malaysia dan Taiwan) akan diberi peluang memantapkan persembahan masing-masing dengan pendedahan kepada lebih banyak pertandingan,
Reply

Use magic Report

Author
Author| Post time 17-1-2007 05:31 PM | Show all posts
Sarjit ingatkan pemain usah gentar hadapi Australia

MEMANG sukar untuk menjinakkan skuad hoki Australia apatah lagi apabila pertandingan berlangsung di negara mereka sendiri tetapi semua faktor itu mahu diketepikan jurulatih, Sarjit Singh yang tidak mahu anak buahnya terlalu menghormati pasukan Kangaroo
Reply

Use magic Report

Author
Author| Post time 20-1-2007 06:41 AM | Show all posts
Belanda singkir Australia ke akhir

BUENOS AIRES, Argentina - Jaringan tunggal Eva De Goede pada minit ke-18 membolehkan Belanda melangkah ke perlawanan akhir selepas mengatasi Australia 1-0 dalam separuh akhir pada Kejohanan Hoki Wanita Trofi Juara-Juara, kelmarin.

Kemenangan ke atas Australia, semalam merupakan kali keempat buat Belanda di samping kekal sebagai satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah setakat ini.

Belanda juga kekal di tangga teratas liga dengan 12 mata.

Dalam satu lagi perlawanan, Argentina menewaskan Jepun 3-1 untuk menduduki tangga kedua dengan sembilan mata, dua mata di depan Australia.

Jerman yang menewaskan Sepanyol 2-1, kelmarin mengumpul enam mata manakala Jepun kosong.

Belanda yang turun mempertahankan kejuaraannya jelas menguasai keseluruhan babak permainan.

Mereka (Belanda) mencipta enam pukulan sudut penalti dan langsung tidak memberi peluang kepada lawannya untuk menyerang balas.

Dalam pada itu, Argentina mempamerkan permainan serangan bertali-arus dalam seawal 20 minit permainan dimulakan.

Jepun dan Sepanyol akan bertemu hari ini untuk tempat kelima.

Reply

Use magic Report

Author
Author| Post time 25-1-2007 06:08 AM | Show all posts
Hoki: Prabhakaran, Davindran tarik diri

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 10:37 AM | Show all posts
Belanda ujian pertama Sarjit

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Author
Author| Post time 2-2-2007 03:37 AM | Show all posts
Malaysia atasi Belanda

PEMAIN negara, Engku Abdul Malik (tengah) mengasak pertahanan lawan, Valentijn Verga pada perlawanan persahabatan skuad kebangsaan Malaysia menentang pasukan bawah 21 Belanda di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Author
Author| Post time 2-2-2007 07:33 AM | Show all posts
Pasukan baru hoki remaja negara cetus sedikit harapan
Oleh Hamdan Saaid

SEKELUMIT harapan dicetuskan skuad baru negara di bawah bimbingan jurulatih baru, Sarjit Singh selepas aksi sulung yang menyaksikan mereka menumbangkan pasukan Bawah 21 Tahun Belanda 4-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Namun bukan pujian yang mahu dicurahkan kerana masih banyak ruang buat mereka untuk meningkat dan bertambah baik dalam usaha menebus kesilapan dan kegagalan pasukan terdahulu, di bawah kendalian Wallace Tan.

Cuma apa yang jelas, masalah tahap kecergasan yang rendah masih menghantui kedua-dua pasukan senior dan remaja kebangsaan kerana sesudah mendominasi babak saingan pada separuh masa pertama, kehebatan mereka kelihatan luntur pada babak berikutnya.

Ini perlawanan pertama saya (sebagai jurulatih skuad senior). Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan corak persembahan mereka tetapi tahap kecergasan tidak seperti yang diharapkan.

Masih jauh lagi perjalanan buat pasukan ini. Saya akan mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh (Mei depan), satu-satunya kejohanan yang kami ada tahun ini,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

CARI App
Get it FREE Google play
Twitter
Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.076842s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list