CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Field Hockey -

[Copy link]
Post time 6-3-2009 05:24 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR - Pemain hoki remaja negara yang didapati terlibat dengan gejala merokok tidak akan diberi peluang dan akan dibuang jika didapati bersalah, lapor HISYAMUDDIN AYUB.

Pengurus pasukan Projek Hoki 2013 Malaysia, Mirnawan Nawawi menegaskan, dia telah memberi amaran kepada para pemain remaja negara agar menjauhi aktiviti itu atau dikenakan tindakan tegas.

"Saya telah menerangkan kepada mereka tentang etika seorang pemain hoki negara dan saya tidak boleh menerima mereka sebagai pemain hoki negara jika terlibat dengan gejala merokok.

"Ia merupakan kesalahan besar, terutamanya mereka itu masih di bangku sekolah. Secara jelasnya, jika mereka merokok, individu tersebut telah pun melanggar peraturan sekolah dan ia bertentangan dengan etika sebagai seorang pemain negara yang perlu menjaga kesihatan diri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Aziz di dalam akhbar berbahasa Inggeris semalam mengenai isu merokok di kalangan pemain hoki yang menjadi antara penyumbang kemerosotan prestasi skuad negara.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal dikenakan kepada pemain remaja yang terlibat dengan masalah tersebut, Mirnawan berkata, segala tindakan akan diteliti satu persatu terlebih dahulu.

"Apa yang pastinya, setiap kesalahan akan dikenakan tindakan tegas termasuk membuang mereka daripada senarai barisan pemain dan pihak saya tidak akan bertolak ansur dalam masalah disiplin pemain.

"Kumpulan ini adalah pemain pelapis negara di masa hadapan. Jika ingin membentuk skuad tersebut, masa ini adalah waktu terbaik untuk melentur mereka sebagai pemain terbaik negara," katanya.

Dalam pada itu, Penolong Jurulatih Negara, Tai Beng Hai menegaskan, gejala yang diutarakan oleh Dr. Ramlan itu hanya dilakukan oleh segelintir kecil pemain yang berada di bawah kendaliannya itu,

Namun katanya, tabiat buruk merokok bukanlah satu perkara yang dipandang remeh oleh pihaknya ataupun Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), tetapi mereka mempunyai rancangan tersendiri bagi menangani gejala kurang sihat tersebut.

"Saya akui memang ada pemain hoki negara yang merokok, tetapi ia hanya dilakukan oleh segelintir kecil pemain dan sama sekali tidak melibatkan semua pemain hoki negara.

"Kami mempunyai perancangan serta program tersendiri bersama ISN dalam menangani masalah tersebut dan berharap perancangan tersebut akan memberi kesan positif kepada pemain," katanya.

Sehubungan itu katanya, pemain-pemain yang terlibat dengan masalah tersebut akan diarahkan untuk mengikuti program berhenti rokok ISN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2009 05:25 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR - Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) semalam mengumumkan Tai Beng Hai dan Nur Saiful Zaini Nasiruddin sebagai penolong jurulatih pasukan hoki kebangsaan (care taker), sementara badan sukan hoki negara itu menanti kehadiran jurulatih luar sebagai ketua jurulatih.

Beng Hai sebelum ini merupakan ketua jurulatih skuad remaja, tetapi melepaskan jawatan tersebut musim lalu kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarga.

Timbalan Presiden PHM, Nur Azmi Ahmad berkata, dua nama besar dalam hoki Malaysia itu diberi kepercayaan untuk memperkemaskan pasukan hoki kebangsaan sebelum hadirnya jurulatih luar pada Januari ini.

"Tugas mereka adalah mempersiapkan pasukan kebangsaan sebelum jurulatih luar tiba dan memperkukuhkan pasukan kebangsaan yang akan mula menjalani latihan pada Januari ini. Mereka akan melakukan persiapan awal untuk pasukan kebangsaan menyertai kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah (April 2009) dan Piala Asia di Dubai, Mei tahun depan," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya perlawanan akhir Piala TNB, semalam.

Selain pelantikan Beng Hai dan Nur Saiful, Nur Azmi turut mengumumkan pelantikan George Koshy (pengurus Ernst & Young) sebagai pengurus pasukan kebangsaan. Katanya, jawatan jurulatih penjaga gol kebangsaan akan ditentukan pada masa terdekat dan koordinator pasukan akan dijalankan oleh pengurus projek daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

Sementara itu, pasukan remaja kebangsaan pula akan diuruskan oleh Johari Abdul Aziz dan Paul Lissek sebagai koordinator pasukan, sementara K. Rajan dipilih sebagai ketua jurulatih serta dibantu oleh tiga orang penolong jurulatih iaitu Bob Rajendran, Lailin Abu Bakar dan Nur Saiful Azli.

Bagi pasukan bawah 16 tahun negara, Nur Azmi berkata, Minarwan Nawawi dilantik sebagai pengurus pasukan, manakala Mohd. Dharmaraj Abdullah sebagai ketua jurulatih.

Tambahnya, Mohd. Dharmaraj akan dibantu oleh M. Gopinathan dan Azlan Bakar, sementara Dr. Saju Joseph sebagai jurulatih penjaga gol.

Ditanya mengenai senarai jurulatih pasukan hoki kebangsaan B, Nur Azmi berkata, senarai pengurus dan jurulatih pasukan itu masih belum ditentukan.

Sementara itu, Ernst & Young (E&Y) membuktikan pasukan bimbingan Muhammad Dhaarma Raj itu merupakan jaguh kelab hoki negara apabila menjuarai Piala TNB, setelah menewaskan Sapura 7-6, semalam.

Perlawanan akhir itu terpaksa ditentukan melalui pukulan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 05:26 PM | Show all posts
Kami akan beri komitmen 100%'

KUALA LUMPUR - Tiga bekas jagoan hoki negara, Nur Saiful Zaini Nasiruddin, Lailin Abu Hassan dan Minarwan Nawawi menyambut baik kepercayaan yang diberikan oleh Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) untuk menggunakan khidmat mereka dalam pembentukan pasukan hoki negara, lapor HISYAMUDDIN AYUB.

Nur Saiful dan Lailin bersama-sama Tai Beng Hai, dilantik sebagai penolong jurulatih (care taker) pasukan hoki kebangsaan, manakala Minarwan pula menjawat tugas pengurus pasukan 16 tahun negara.

Kesemua pemain hoki terkemuka negara itu ternyata terharu dengan kepercayaan dan keyakinan yang diberikan Presiden PHM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada mereka.

Nur Saiful berkata, kepercayaan yang diberikan oleh PHM, terutamanya presidennya itu merupakan satu penghormatan kepada dirinya dan semua yang telah terpilih kali ini.

Katanya, meskipun pelantikan itu merupakan satu tanggungjawab besar dan memerlukan komitmen tinggi, ia sama sekali tidak akan mengurangkan semangatnya untuk mencurahkan segala pengalaman yang dimiliki kepada pasukan kebangsaan.

"Saya berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Tengku Mahkota Pahang dan PHM. Saya akan memastikan saya akan memberi sepenuh komitmen dengan tugas baru ini.

"Ia merupakan tugas besar dalam membangunkan kembali sukan hoki negara dan saya berusaha untuk melakukannya," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Nur Saiful berkata, dia berharap dapat membetulkan segala kesilapan dan kekurangan yang berlaku dalam skuad hoki negara.

Jelasnya, dia akan mencari hala tuju terbaik dan mempertingkatkan lagi tahap disiplin pemain hoki negara.

"Saya akan cuba menerapkan latihan yang pernah kami (skuad negara terdahulu) lalui suatu masa dahulu dan menghapuskan aktiviti-aktiviti buruk yang dilakukan oleh pemain negara," katanya.

Bagi Lailin, tugas yang diamanahkan kepadanya itu merupakan satu kepercayaan besar PHM kepada bakat dan keupayaannya untuk dicurahkan kepada skuad kebangsaan.

Malah jurulatih Tenaga Nasional Bhd. (TNB) itu menyatakan bahawa dia sudah merasai kehangatan untuk membimbing pasukan hoki kebangsaan dan berazam memberi tugas terbaik.

"Biarpun saya sendiri masih belum menerima pengesahan secara rasmi daripada PHM, tetapi saya sudah bersedia 100 peratus untuk menggalas tugas tersebut.

"Ia merupakan satu cabaran kepada saya dalam membantu PHM meningkat prestasi pasukan hoki negara di pentas dunia," katanya.

Sementara itu, Minarwan turut berterima kasih kepada PHM kerana sudi memilihnya untuk menguruskan pasukan hoki bawah 16 tahun negara.

Katanya, pelantikan secara tidak rasmi yang diumumkan oleh PHM kelmarin merupakan satu penghargaan kepada dirinya dan mereka yang telah terpilih.

"Mungkin ini adalah masa terbaik untuk kami mencurahkan segala ilmu yang dimiliki kepada skuad negara secara terus, berbanding masa dahulu yang hanya bertindak dari belakang.

"Tugas menguruskan pasukan bawah 16 tahun negara adalah sangat sukar kerana ia merupakan pasukan yang akan dibentuk untuk menghadapi Piala Dunia Remaja (2013)," katanya.

Mengulas lanjut mengenai perancangan yang bakal dilakukan olehnya, Minarwan berkata, dia akan bersama jurulatih lain merangka program yang akan dilalui oleh skuad tersebut sehingga 2013.

Selain itu katanya, dia juga berharap dapat menerima kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), persatuan-persatuan hoki negeri dan pelbagai pihak lain.

Sementara itu, seorang lagi penolong jurulatih pasukan hoki kebangsaan, Beng Hai bagaimanapun tidak boleh memberi sebarang ulasan berhubung pelantikannya itu.

Katanya, dia masih tidak menerima sebarang pengesahan hitam putih daripada PHM dan hanya mengetahui pelantikan itu menerusi akhbar.

"Saya akan memberi ulasan sebaik sahaja menerima perkhabaran rasmi daripada PHM," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 05:46 PM | Show all posts

Reply #379 ^^langkasuka^^'s post

yup... position sorang keeper pastu sorang lg xtau.. orgnya kasar2 skit..
org pggil die ape ntah.. rasanya bkn abg..xtau la kot2 slh orang

[ Last edited by  death at 6-3-2009 17:47 ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by death at 6-3-2009 17:46
yup... position sorang keeper pastu sorang lg xtau.. orgnya kasar2 skit..
org pggil die ape ntah.. rasanya bkn abg..xtau la kot2 slh orang


aku bkn kenal rapat pun... kenal mcm tu je.... slalu la jmp dulu masa tgh panas main hoki... skrg xjmp dh...

hari tu aku jmp player perak nama anom...jmp kat midvalley... dh ada baby dh....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 6-3-2009 17:18
sabo je le aku gan dak sorang ni gak...


sabo tu separuh dari iman.... kadang2 sabariah... jarang2 la org panggil sabaruddin...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2009 11:31 PM | Show all posts

Balas #378 ^^langkasuka^^\ catat

Haaaa...Kanagi. Kakak dia memang best friend ngan aku dulu. Kalau time cuti, kami mesti pegi jogging sama.

Aku pun tak tahu mana dieorg tiggl sekrgg.Tapi ramai2 perempuan, Kanagi je yg dpt wakil Malaysia. Yg lain2 setakat peringkat daerah je.

macm Amerullah, sir bimbing die dari drjh 3. Hari2 kat padang. Panas, hujan ,mesti dgn Sir dan kayu hoki. Ingt lagi mase perlwn Malaysia, Amir jd kutip bola. Sir yg bwk.

Skrg, nama die dah sebaris ngan nama-nama besar pemain2 hoki Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 11:35 PM | Show all posts

Balas #375 ^^langkasuka^^\ catat

ape org panggil sekolah PROJEK yerk? Rasenye la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2009 10:58 AM | Show all posts

Balas #388 m_80\ catat

PROJEK tu sekolah seksyen 11 shah alam.... sekolah klang tu panggil STAR je...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 10:58 AM | Show all posts

Balas #387 m_80\ catat

akak dia amutha, kanaga... tu je lh yg aku kenal... tp kakak dia lebih kat olahraga je la... suh lari mmg teror...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 10:45 PM | Show all posts

Balas #390 ^^langkasuka^^\ catat

yela...amutha. lama dah x jumpa dia. India paling rapat ngan aku skolah serdang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 06:52 AM | Show all posts
Skuad remaja perlu lebih cergas

JOHOR BAHRU - Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (MHF), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, mahu skuad remaja kebangsaan untuk memperbaiki tahap kecergasan mereka bagi memastikan skuad itu bersedia menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja yang bakal berlangsung Jun ini.


Baginda bertitah, beberapa program kecergasan akan dilaksanakan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) bagi memastikan setiap pemain berada pada tahap kecergasan yang sempurna menjelang kejohanan itu.

"Saya sudah berbincang dengan MSN dan ISN dan ia menunjukkan petanda positif di mana setiap pemain akan dilatih pegawai kecergasan, malah ia akan dilakukan sebelum skuad itu menyertai Kejohanan Empat Penjuru di Sepanyol pada bulan hadapan.

"Agak membimbangkan juga kerana tahap kecergasan pemain belum memuaskan, saya mahu ia dipertingkatkan secepat mungkin dan kerjasama dengan MSN dan ISN itu bakal memberi kesan kepada peningkatan setiap pemain," kata baginda selepas menyaksikan perlawanan tempat ketiga dan keempat Kejohanan Hoki Remaja Undangan Empat Negara antara Malaysia dan Singapura di Stadium Hoki Taman Daya, di sini semalam.

Pada perlawanan itu, remaja kebangsaan kembali menunjukkan taring sebenar apabila membelasah pasukan Singapura 6-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Meskipun agak terlewat, keputusan itu bagaimanapun dilihat bakal memberi sokongan moral kepada pemain untuk beraksi dalam kejohanan Hoki Remaja Dunia kelak.

Hadir sama pada perlawanan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong.

Mengulas mengenai keadaan stadium, Tengku Abdullah berkata, pihak pengurusan harus memastikan tidak berlaku sebarang takungan air menjelang kejohanan dunia itu kerana ia bakal menjejaskan rentak perlawanan serta akan menyukarkan para pemain untuk bergerak.

"Saya agak risau dengan keadaan itu, malah hujan yang turun memberi kesan terutama berlaku sedikit takungan air di beberapa kawasan di padang itu dan perkara itu perlu diatasi segera.

"Padang kedua seperti yang dikehendaki Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dijangka siap sepenuhnya Mei ini dan jika semua berjalan lancar saya yakin tidak timbul lagi sebarang masalah," jelasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2009 07:02 AM | Show all posts
Skuad wanita layak ke Rusia

Oleh RADIAH SAORI




SKUAD hoki wanita negara giat berlatih di bawah
kendalian Yahya Atan (belakang).


SKUAD hoki wanita negara menerima khabar gembira apabila berjaya melayakkan diri beraksi pada Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara II yang akan diadakan di Kazan, Rusia, Jun depan.

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Wanita Malaysia (PHWM), Dr. Shamala Subramaniam, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIM) telah menghantar undangan rasmi bagi menjemput Malaysia menyertai kejohanan yang diadakan buat pertama kali itu.

"Malam tadi (semalam) kami menerima undangan rasmi daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) untuk menyertai kejohanan ini," kata Shamala.

"Ini merupakan khabar gembira buat kami memandangkan ia adalah kejohanan yang berprestij dan hanya pasukan yang layak berdasarkan ranking dunia sahaja yang diundang menyertainya.

"Ini merupakan kali pertama pasukan hoki wanita negara berjaya melayakkan diri secara merit pada kejohanan bertaraf dunia seperti ini.

"Dahulu, Malaysia lebih banyak beraksi pada pusingan kelayakan sahaja termasuklah kelayakan Sukan Olimpik.

"Kejohanan ini juga memberi peluang terbaik buat pemain-pemain negara beraksi menentang pasukan handalan dunia yang lain."

Menurut Shamala lagi, kejohanan itu dianggap sebagai satu babak baru dalam skuad hoki wanita negara dalam mencapai misi mara ke pusingan separuh akhir Sukan Asia 2010.

"Sebenarnya, kami mempunyai sasaran untuk mara ke pusingan separuh akhir Sukan Asia 2010 dan kejohanan ini merupakan permulaan terbaik untuk mencapai matlamat kami," tambah Shamala.

"Kami juga berpeluang untuk memperbaiki ranking dunia dengan menyertai kejohanan ini. Sememangnya pemain-pemain negara perlu menyertai lebih banyak kejohanan antarabangsa seperti ini.

"Saya harap, pemain negara dapat menggunakan sepenuhnya peluang beraksi pada kejohanan ini bagi memperbaiki lagi prestasi pasukan negara."

Selain Malaysia, cabaran Juara-Juara II juga akan disertai oleh Belgium, Ireland, Chile, India, Ukraine, Kanada dan tuan rumah, Rusia.

Pada kejohanan yang akan diadakan pada 21 hingga 27 Jun itu nanti, pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan dua terbaik di setiap kumpulan mara ke pusingan separuh akhir.


*********************************************************************

tahniah pada squad hoki malaysia
harap dapat buat yang terbaik di russia nanti -
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by m_80 at 8-3-2009 22:45
yela...amutha. lama dah x jumpa dia. India paling rapat ngan aku skolah serdang.



amutha kerja kat spital besar kl..... 2-3 thn lepas kalau xsalah aku jmp dia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 05:06 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 18-3-2009 07:02
Skuad wanita layak ke Rusia

Oleh RADIAH SAORI



http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0318/Kosmo/Sukan/su_06.1.jpg
SKUAD hoki wanita negara giat berlatih di bawah
kendalian Yahya Atan ...


bdk india dalam gambar tu aku xingat nama dia sapa... tp dia ada blajar kat upm... skrg tatau dia dh hbs belum....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 05:55 PM | Show all posts
adoyai..... senyap jer umah ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2009 05:55 PM | Show all posts
sebab xda yg nk update. cuba update2 ker cite pasal hoki ni... mesti meriah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 07:09 AM | Show all posts
Skuad hoki ada harapan ke babak akhir




ISMAIL (tengah) diasak dua pemain Mesir pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh semalam.


TIGA jaringan melalui pukulan sudut penalti membantu Malaysia membuka peluang ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2009 setelah menumpaskan Mesir 4-1 di Stadium Azlan Shah di Ipoh semalam.

Kejayaan itu membolehkan Malaysia mencapai kemenangan kedua berturut-turut selepas menumpaskan Pakistan 3-2 kelmarin, sekali gus mendahului kedudukan pasukan dengan mengumpul enam mata.

Malaysia membuka tirai jari- ngan pada minit ke-26 menerusi pukulan Ismail Abu yang gagal ditampan oleh penjaga gol Mesir, Mohamed Mabrouk.

Tersentak dengan gol itu, Mesir mula melakar strategi untuk mengekang gerakan pasukan Malaysia dan memperkukuhkan barisan pertahanan hingga masa separuh pertama tamat.

Bagaimanapun, Malaysia menggandakan asakan sejak awal permulaan separuh masa kedua tetapi berjaya dihalang kombinasi pertahanan Mesir yang sentiasa menunjukkan permainan mantap dan berkesan.

Begitupun, Malaysia tidak berputus asa dan berjaya memperoleh gol kedua menerusi pukulan deras Engku Abd. Malek Engku pada minit ke-39.

Mesir berjaya merapatkan jurang jaringan selepas itu apabila Ahmed Abd El Maksowd berjaya menjaringkan gol pada minit ke-45 menewaskan penjaga gol Malaysia, S. Kumar ketika berlaku pergelutan di hadapan pintu gol.

Gol ketiga dan keempat Malaysia diperoleh melalui pukulan sudut penalti yang dihasilkan Chua Boon Huat pada minit ke-65 dan Mohd. Amin Rahim minit ke-68.

Jurulatih negara, Tai Beng Hai berkata, kejohanan itu digunakan setiap pasukan untuk mencari gandingan dalam membentuk pasukan mantap bagi menghadapi kejohanan yang akan datang.

Katanya, pasukan negara pada masa ini cuba mempraktikkan pukulan sudut penalti sebagai senjata utama yang berkesan untuk menghasilkan gol pada setiap perlawanan.

"Masa rehat esok (hari ini) akan digunakan untuk menilai prestasi pemain dan mungkin memerlukan penukaran pemain untuk perlawanan seterusnya menentang India dan New Zealand," katanya.

Sementara itu, jurulatih Mesir, Jerzy Wybieralski berkata, ini merupakan pengalaman pertama pasukan bimbingannya bertemu Malaysia yang bermain lebih baik dan berpengala- man.

Menurut Jerzy, cubaannya menukar rentak permainan pada separuh masa kedua berjaya menghasilkan gol tetapi tidak mampu bertahan lama kerana pemain Malaysia menunjukkan permainan yang berbeza selepas itu.

"Kesilapan yang dilakukan pemain Mesir dan persediaan rapi yang dibuat Malaysia membolehkan mereka menang," katanya.

Dalam satu lagi perlawanan, Pakistan dihampakan oleh New Zealand 3-2, sekali gus memusnahkan impian mereka untuk ke perlawanan akhir.

[ Last edited by  death at 7-4-2009 07:10 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2009 06:17 AM | Show all posts
April 08, 2009          

Malaysia Tewas 0-3 Di Tangan India

IPOH, 8 April (Bernama) -- Lebih 2,000 penyokong Malaysia hampa selepas pasukan negara tewas 0-3 kepada India pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang berlangsung di Stadium Azlan Shah di sini hari ini.


Malaysia yang telah memenangi dua perlawanan sebelum ini hanya memerlukan satu kemenangan untuk memastikan layak bertanding pada perlawanan akhir sementara India yang turun sebagai pasukan pilihan dalam kejohanan ini menghadapi Malaysia dalam perlawanan kedua.

India berjaya mendahului 1-0 apabila Arjun Halappa menyempurnakan pukulan sudut penalti yang menewaskan penjaga gol Malaysia, S. Kumar pada minit ke-20.

Selepas itu, India terus bangkit mencari gol seterusnya dengan melakukan serangan bertubi-tubi ke kawasan gol Malaysia tetapi gagal menembusi S. Kumar yang kekal cemerlang sejak perlawanan pertama tiga hari lalu.

Malaysia memperoleh peluang keemasan pada minit ke-24 selepas berlaku pergelutan di hadapan pintu gol India tetapi gagal menghasilkan gol.

Peluang menghasilkan gol terus gagal selepas rembatan deras Mohd Amin Rahim pada minit ke-28 semasa pukulan sudut berjaya ditampan keluar penjaga gol India, Baljit Singh.

India terus di depan selepas Sandeep Singh sekali lagi menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-32.

Separuh masa kedua, Malaysia yang ketinggalan 0-2 terus menggandakan asakan tetapi dipatahkan pertahanan India yang lebih bertahan di kawasan sendiri dan hanya menghantar bola ke tengah selepas mengagalkan serangan Malaysia.

India terus di depan setelah Gurvinder Chandi memukul masuk bola menewaskan S. Kumar pada minit ke 61.

Bagi jurulatih negara, Tai Beng Hai pula, kekalahan ini tidak bermakna pemain tidak bermain bersungguh-sungguh tetapi umum perlu tahu sebenarnya India lebih bagus dalam sukan ini dan daripada kumpulan terbaik.

Dalam pada itu, walaupun tewas dalam perlawanan hari ini, Malaysia masih mengungguli tangga teratas dengan enam mata, tangga kedua pula milik India yang berjaya mengutip empat mata daripada dua perlawanan sementara New Zealand yang menduduki tempat ketiga berkongsi mata dengan India tetapi dibezakan dengan jaringan gol. Mesir di tempat keempat dengan dua mata dan Pakistan di tangga kelima tanpa kutipan mata selepas tewas dalam dua perlawanan sebelum ini.

Esok, New Zealand akan menentang India dalam perlawanan pertama pada pukul 5 petang manakala Pakistan bertemu Mesir dalam perlawanan kedua pada pukul 7 petang. Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.

--BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 09:00 AM | Show all posts
last2 depa kalah gak kan... ingat leh terus cemerlang....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.085403 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list