CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Field Hockey -

[Copy link]
Post time 17-5-2009 01:45 PM | Show all posts
hard luck Malaysia... kalah penalti...

Seri ngan eventual champion Korea, kalah dengan Pakistan... kalah penalti ngan China...

sepatutnya Malaysia bukan berada di tempat ke 4... paling paling kurang naib johan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2009 07:52 AM | Show all posts
Peluang Malaysia masih terbuka

Oleh NASRI JAMALUDIN



SKUAD negara perlu menang ke atas Amerika Syarikat hari
ini bagi menjamin peluang ke pusingan kedua.




PELUANG pasukan negara untuk layak ke pusingan kedua Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2009 masih terbuka walaupun tewas kepada Korea Selatan kelmarin.


Ia boleh direalisasikan sekiranya mereka mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan Kumpulan C iaitu menentang Amerika Syarikat pada hari ini dan Sepanyol pada hari Jumaat.

Jurulatih skuad negara, K. Rajan berkata, sasaran awal adalah untuk menang dua perlawanan pertama, namun kekalahan kepada Korea Selatan menyebabkan Malaysia perlu menang baki dua perlawanan peringkat kumpulan.

"Selepas tewas semalam (kelmarin) kedudukan pasukan negara agak genting tetapi masih berpeluang jika berjaya mencatat kemenangan dalam dua baki perlawanan peringkat kumpulan.

"Pertemuan menentang Amerika Syarikat esok (hari ini) adalah penting dan semua pemain telah diingatkan untuk bekerja lebih keras bagi mencari tiga mata penuh," katanya ketika ditemui di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru semalam.

Rajan memberitahu, Malaysia tidak pernah bertemu dengan pasukan remaja Amerika Syarikat, namun menjangkakan perlawanan akan lebih terbuka.

Mengulas perlawanan menentang Korea Selatan kelmarin, beliau berkata bahawa rentak kedua-dua pasukan adalah seimbang.

Katanya, Malaysia turut mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal dimanfaatkan sepenuhnya berbanding pasukan lawan.

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 12:21 AM | Show all posts
malaysia 5-2 usa
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 05:52 AM | Show all posts
JOHOR BAHRU - Malaysia menepati ramalan mencatatkan kemenangan kedua pada kempen Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja apabila membenam cabaran Amerika Syarikat 5-2 di Stadium Hoki Taman Daya di sini semalam.

Kejayaan itu membolehkan skuad bimbingan K. Rajan membuka semula peluang untuk mara ke peringkat suku akhir tetapi berdepan ujian getir menentang Sepanyol yang juga merupakan pasukan pilihan utama dalam Kumpulan C, esok.

Bagaimanapun hasrat untuk melihat Malaysia berpesta jaringan tanpa gawang gol negara dibolosi tidak kesampaian apabila dihukum oleh kelalaian benteng pertahanan sendiri.

Skuad remaja kebangsaan bermula garang apabila meledak empat gol dalam tempoh 11 minit pertama yang jelas menceriakan lebih 3,000 penonton termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Tuan rumah berjaya menggegarkan pintu gol Amerika Syarikat seawal minit kedua apabila pukulan kilas cantik Muhd. Izzat Mohd. Rahim menerjah tepat ke jaring sebelum Mohd. Marhan Mohd. Jalil menjadikan kedudukan selesa 2-0 pada minit kelapan.

Tidak sampai dua minit kemudian, sorakan penyokong tuan rumah bergema lagi menyambut jaringan penyerang lincah negara, Faizal Saari yang menambah gol ketiga selepas mudah menyempurnakan pukulan penalti.

Malaysia terus di hadapan mendahului 4-0 menerusi jaringan padang Mohamad Shafiq Mohamed Zain yang menyambut hantaran Muhd. Izzat Mohd. Rahim pada minit ke-11.

Namun selepas itu, secara mendadak tempo permainan pasukan negara berubah menjadi perlahan apabila mereka seolah-olah sudah berpuas hati hingga membenarkan pasukan bimbingan Nicholas Conway menjaringkan gol pertama dalam kejohanan ini menerusi Nicholas Szoke pada minit ke-29.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat terus melancarkan serangan ke kubu Malaysia dan berjaya mendapatkan dua pukulan sudut penalti pada minit ke-42 dan 43.

Usaha yang tidak mengenal jemu itu membuahkan hasil apabila Amerika Syarikat yang dilabelkan pasukan belasahan dapat menambah jaringan gol pada minit ke-58 menerusi pukulan sudut penalti oleh Jedidiah Cunningham.

Gol pelawat itu seakan membangkitkan semangat melawan tuan rumah dan akhirnya melebarkan jaringan kelima menerusi pukulan sudut penalti pertama yang diperolehi pada minit ke-65 hasil tolakan padu Faizal bagi memastikan Malaysia mencipta kemenangan bergaya 5-2.

Sementara itu, jurulatih negara, K. Rajan ternyata tidak berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan oleh anak buahnya walaupun dapat meraih tiga mata penting.

Jelasnya, Malaysia hanya bermain cemerlang pada 20 minit pertama sebelum hilang arah dengan melakukan kesilapan mudah dan membuka ruang kepada pasukan lawan mencipta jaringan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2009 07:16 AM | Show all posts
Malaysia yakin robek Sepanyol

JOHOR BAHRU - Penggempur berbisa skuad remaja kebangsaan, Faizal Saari yakin mampu menyekat hajat Sepanyol memungut tiga mata penuh pada perlawanan terakhir Kumpulan C di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja di sini hari ini.


Keyakinan tinggi diluahkan oleh pemain kelahiran Rantau Panjang, Kelantan itu bahawa kemenangan bakal berpihak kepada Malaysia berdasarkan semangat pemain yang terus membara selain memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri.

Kata Faizal, 18, rekod pertemuan juga menyaksikan peluang kedua-dua pasukan juga adalah terbuka apabila pasukan negara hanya tipis 1-2 pada Kejohanan Empat Penjuru di Sepanyol pada April lalu.

"Apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh penuh permainan dan pasukan yang banyak membuat kesilapan akan menerima padah.

"Yang pasti kami sudah bersedia untuk merobek gawang Sepanyol dengan rangkaian barisan serangan yang semakin serasi antara saya, Izwan Firdaus (Ahmad Tajuddin) dan Mohd. Noor Khairul Azrain (Adnan)," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Malaysia dan Sepanyol perlu memastikan kemenangan malam ini bagi merebut dua tempat teratas selepas kedua-duanya berkongsi mata dalam Kumpulan C.

Anak buah K. Rajan itu kini mengumpul enam mata hasil keputusan tiga perlawanan apabila mencatat kemenangan 1-0 ke atas England dan Amerika Syarikat (5-2) manakala tewas 0-2 kepada Korea.

Jelas bekas pemain Sekolah Sukan Bukit Penawar (SSBP) Johor itu, tentangan sengit dijangka daripada Sepanyol yang turut mengidamkan kemenangan bagi mengungguli Kumpulan C sebagai bekalan selesa pada peringkat suku akhir kelak.

Namun dia berharap agar semua pemain terutamanya benteng pertahanan tidak mudah hilang fokus pada perlawanan yang diibaratkan antara hidup dan mati itu serta tidak sesekali memandang mudah keupayaan pasukan lawan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 02:15 PM | Show all posts
seri 3-3 huhuhu tak dapat masuk suku akhir...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-6-2009 07:20 AM | Show all posts
Skuad muda kembali hidupkan peluang

Oleh MOHD. NASRI JAMALUDIN




PEMAIN negara, Faizal (kanan) diasak dua pemain Afrika Selatan pada
aksi Kumpulan H Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja di Stadium Hoki
Taman Daya, Johor Bahru semalam.


MALAYSIA kembali menghidupkan peluang untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok sembilan pasukan terbaik pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2009.


Semalam, skuad muda negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Afrika Selatan 3-1 dalam saingan Kumpulan H.

Kemenangan itu hadir ketika Poland, pasukan yang menewaskan skuad negara 2-1 kelmarin diikat seri 1-1 oleh Mesir dalam satu lagi pertemuan, sekali gus menyaksikan persai- ngan dalam Kumpulan H kembali terbuka.

Justeru, harapan Malaysia untuk menduduki tempat teratas peringkat kumpulan bakal menjadi kenyataan andai berjaya mencatat kemenangan ke atas Mesir esok, sambil mengharapkan Afrika Selatan menewaskan Poland.

Terdahulu pada aksi semalam, skuad muda negara dikejutkan dengan gol awal Afrika Selatan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-16 yang berjaya disempurna- kan Antony Vervoort.

Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia kembali menggandakan asakan dan hasilnya, anak buah K. Rajan berjaya menyama- kan kedudukan 1-1 tiga minit kemudian hasil jaringan Faizal Saari.

Pada aksi babak kedua, Malaysia keliha- tan masih tercari-cari rentak sambil Afrika Selatan pula lebih banyak menguasai permainan.

Namun, semangat pemain muda negara mula terserlah pada baki 15 minit terakhir apabila Mohd. Nor Hafiq Abdul Gaffar menjaringkan gol kedua pada minit ke-64 menerusi pukulan sudut penalti.

Empat minit kemudian, giliran Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin mencatat nama selaku penjaring apabila dia bijak menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk keputusan muktamad 3-1.

"Pemain akhirnya mendapat rentak sebenar setelah permainan berbaki 15 minit untuk tamat, namun ia sudah cukup untuk memberi kemenangan pada kami," ujar Rajan.

"Saya harap pemain negara akan kembali mempamerkan rentak seperti ini pada pertemuan dengan Mesir nanti."

Dalam perlawanan lain, England tewas tipis 1-2 kepada Jepun, Belanda pula mencatatkan kemenangan ke atas juara bertahan, Argentina 3-1 manakala Jerman membelasah Sepanyol 5-3.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 04:24 AM | Show all posts
Hoki: Malaysia tempat keempat

SKUAD hoki negara hanya mampu menamatkan kempen Cabaran Juara-Juara II di tempat keempat selepas tunduk 3-4 kepada Perancis menerusi masa tambahan pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di Dublin, Ireland semalam.

Selepas tumpas mengejut 1-2 kepada tuan rumah, Ireland pada aksi separuh akhir kelmarin, skuad bimbingan Tai Beng Hai itu seakan kehilangan rentak apabila terikat 3-3 pada masa sebenar permainan dengan pasukan ranking ke-17, Perancis.

Skuad negara yang menduduki ranking ke-15 dunia memperoleh gol menerusi Kelvinder Singh, S. Selvaraju dan Mohd. Razie Abd Rahim.

Pencapaian tempat keempat ini jelas sekali mengecewakan apabila sasaran untuk mara ke final gagal direalisasikan dalam kejohanan kelas kedua yang diperkenalkan julung kalinya oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) ini.

Selain Malaysia, sebuah lagi pasukan pilihan, Jepun turut gagal menepati ramalan layak ke final apabila menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A, manakala skuad negara pula muncul juara Kumpulan B sebelum tewas pada separuh akhir.

Kegagalan ini juga merupakan yang kedua buat skuad negara selepas Piala Asia di Kuantan, Mei lalu dan juga yang kedua buat buat Beng Hai se- lepas dilantik membimbing skuad senior pada awal Januari lepas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2009 06:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 5-10-2010 11:32

Malaya vs Great Britain (1956 Melbourne Olympics)




















Sources : VPRS 10742, 1956 Melbourne Olympics Photograph Collection

http://www.access.prov.vic.gov.au/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 04:56 PM | Show all posts
Kelayakan Piala Dunia di New Zealand

khabar terbaru, Malaysia kalah 2 - 4 di tangan NZ sebentar tadi ...

jadi sekarang Msia sekali seri, sekali menang dan sekali kalah.

so peluang untuk layak ke piala dunia makin MALAP ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 11:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by mad_in at 10-11-2009 23:28

430# manfrotto
boleh masuk final, dgn syarat mesti menang dengan China dan Scotland pas nih, China lak kena kalah ngan NZ... tapi tahu2 la Malaysia punya performance nih....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 11:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by mad_in at 10-11-2009 23:29

edited...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 10:58 AM | Show all posts
2nd Boy's U19 Asia Cup, Yangon Myanmar 11-22 Nov 2009

Pool A
India
Malaysia
Pakistan
Sri Lanka
Thailand

Pool B
Chinese-Taipei
Japan
Korea
Myanmar
Singapore

smlm pegi tgk first round game msia vs sri lanka
boys team kita menang 9-0
overall performance budak2 ni mmg mantap
main dgn cool walaupun kena gasak dgn sri lanka





2nd round game sabtu ni msia vs india
aku bet mesti sengit punya..go msia go :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 11:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_death at 14-11-2009 19:10

aku tarik blik kata2 aku nih....

hehehehee
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 10:40 AM | Show all posts
World Cup 2010 Qualifier

Tahniah Malaysia menang ngan China 3-0. Esok masuk final lawan ngan New Zealand. Gud luck wokeh... :pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 12:13 PM | Show all posts
World Cup 2010 Qualifier

Tahniah Malaysia menang ngan China 3-0. Esok masuk final lawan ngan New Zealand. Gud luck wokeh... :pompom::pompom::pompom:
mad_in Post at 14-11-2009 10:40


btol ke? alhamdulillah......

mesia bleh......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2009 02:38 PM | Show all posts
Hope leh menang dgn New Zealand sok utk layak pi World Cup thn dpn...Go Malaysia Go...jgn lupa tgk live kat Astro 816...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 02:48 PM | Show all posts
saksikan Final : Malaysia lawan New Zealand. pukul 10 pagi di channel 816.

malaysia boleh.. :pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 04:08 PM | Show all posts
yehhhh.... mesia boleh....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 07:09 PM | Show all posts
Malaysia berdepan New Zealand untuk ke pusingan akhir Piala Dunia hoki

KUALA LUMPUR: Skuad hoki Kebangsaan berjaya menewaskan China 3-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan akan berdepan New Zealand esok untuk merebut tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2010.

Selepas perlawanan peringkat kumpulan di Invercagill, New Zealand, hari ini, skuad bimbingan jurulatih, Tai Beng Hai berada di tempat kedua kumpulan dengan mengumpul 10 mata di belakang New Zealand yang muncul juara kumpulan dengan 15 mata.

Hanya dua pasukan teratas kumpulan layak untuk ke perlawanan akhir esok, selepas kejohanan dilangsungkan secara liga satu pusingan manakala hanya pemenang perlawanan akhir itu akan layak beraksi di pusingan akhir Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di New Delhi, India, dari 28 Februari hingga 13 Mac.

Dalam perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia tewas 2-4 kepada New Zealand.

Pada perlawanan menentang China, Malaysia terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua untuk membuka jaringan melalui Kevinder Singh pada minit ke-37.

Gol itu nyata membakar semangat pemain Malaysia apabila Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, meledak dengan pukulan kencang dalam kawasan D seminit kemudian.

China pula yang hanya memerlukan keputusan seri, semakin tertekan, apabila beberapa serangan balas gagal menembusi gawang Malaysia yang dikawal oleh S Kumar.

Malaysia melalui satu serangan balas berjaya menjaringkan gol pada minit ke-51 selepas Nabil Fiqri Mohd Noor, menyudahkan hantaran silang Kevinder Singh untuk kedudukan 3-0.

Terdahulu, Malaysia menewaskan Wales 2-1, menewaskan Scotland 3-2, seri 2-2 dengan Austria dan kalah 2-4 kepada New Zealand.

Malaysia perlu menang ke atas New Zealand esok, selepas gagal layak pada edisi 2006 untuk membuktikan skuad hoki kebangsaan masih perlu dihormati di peringkat antarabangsa setelah mengalami kemerosotan sejak kebelakangan ini.

Sementara itu, New Zealand melengkapkan penguasaan mereka selaku juara kumpulan apabila memenangi semua lima perlawanan yang diharungi termasuk membelasah Austria hari ini dengan jaringan 4-0. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.383857 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list