Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
69095
View
534
Reply

Field Hockey -

[Copy link]

Author: dexa       Show all posts   Read mode

Post time 6-5-2007 09:26 PM | Show all posts
malaysia menang ngan kanada 2-0

Tahniah!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 11:37 AM | Show all posts
well done......:pompom: :music:
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by AnBulisia at 6-5-2007 10:29 AM
yup, setuju

malaysia bila lagi nak compete dalam indoor hockey even trinidad & tobaggo pun dah masuk....



tu la pasal...
aku nk je g suggest kt bos kt mna2 futsal suh sediakn port indoor hockey nye....
stick for indoor game byk terjual....
tp sayang nye kita kt M'sia ni xde port nk main...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 01:30 PM | Show all posts
tak silap aku dullu ada Street Hockey dimainkan kat malaysia kan ??
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-5-2007 08:47 PM | Show all posts

Reply #64 HangPC2's post

tak tau pun ada street hockey kat malaysia --

kat canada  lots of them  
in the summer -- depa pakai roller blade instead  -
(guna ice hockey punya hockey stick though)
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-5-2007 08:48 PM | Show all posts
Sarjit bangga
Oleh Azizan Hashim

TIADA yang lebih membanggakan seorang jurulatih melainkan menyaksikan persembahan bertenaga anak buahnya hingga berjaya melakar kemenangan.


Begitulah perasaan jurulatih hoki negara, Sarjit Singh selepas kejayaan 2-0 Malaysia ke atas Kanada dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, semalam.

Saya berbangga dengan persembahan setiap pemain. Mereka menunjukkan perwatakan mantap untuk menghasilkan kejayaan ini.

Kini saya berharap mereka mampu meneruskannya apabila kami turun menentang Korea Selatan malam esok,
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 10:16 PM | Show all posts
esok jom reramai pi stadium

Malaysia VS Korea

aku tak boleh recall bila last time, Malaysia beat Korea

nyemedang je kalah ngan Korea ni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 12:05 AM | Show all posts
mesia pernah beat pakistan ker? hehe. shahbaz ahmad tu mmg legend ...tp aku x suka org pakistan ni..kalu bab lain ..manjang nak tunjuk bagus..w/pun sebenarnya hampeh...hehahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 09:57 AM | Show all posts

Reply #68 aisirie99's post

beat pakistan pernah dan selalu, yg aku ingat last time beat pakistan, masa komanwel, route to the final, india pakistan semua kita beat, cuma ngan OZ je yang tewas.

Lagi satu, team macam india ngan pakistan ni malaysia dah tak hairan sangat, boleh draw atau pun beat them, tapi ngan South Korea, memang payah.... nak draw pun payah....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 09:41 PM | Show all posts
Malaysia 1 Korea 0

Layak ke semi final.....................:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 12:48 AM | Show all posts
malaysia menang jaringan ismail abu, berbaloi gi stadium tadi, cuma nya malaysia patut menang 3-0 sebab chua boon huat ada 2 chances yang sepatutnya goal.... isk isk CBH camne la ko boleh jatuh sedangkan goal mouth dah ternganga.....

at last, malaysia beat korea. Best player bagi aku game tadi S Selvaraju sebab berani dribble bola dan fantastic skil :love:
Reply

Use magic Report

anizamy This user has been deleted
Post time 9-5-2007 09:02 PM | Show all posts
hoki... sukan no satu aku tu. dari kecik sampai la sekarang aku tetap main hoki. skang tuk motherwell hockey club. last two seasons main tu western wildcats. rindu ooo nak main hoki kat mesia. rasanya hampir sume stadium hoki kat mesia dulu aku dah main. azlan shah cup balik ke ipoh. teringat memori lama. azlan shah stadium tu dah macam rumah aku je dulu. heee heee. anyway.. good luck mesia for the semifinal. hopefully will champ this year.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-5-2007 12:32 AM | Show all posts
Malaysia kejutkan Korea Selatan
Oleh Azizan Hashim

SKUAD hoki negara menepati sasaran awal untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah selepas tampil garang menewaskan juara Asia, Korea Selatan 1-0 di Ipoh, semalam.

Jaringan tunggal penyerang, Ismail Abu pada minit ke-59 yang disaksikan lebih 4,000 penonton di Stadium Azlan Shah sudah cukup untuk memberi tiket ke kelompok empat terakhir dan mendahului carta Kumpulan B dengan himpunan tujuh mata.

Bagi Korea Selatan
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-5-2007 05:56 PM | Show all posts
Anak didik Sarjit bernada yakin tumbangkan India


BARISAN didik Sarjit Singh sudah bersedia menempuh gelora dari India apabila bertembung dengan lawan itu dalam saingan separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, Jumaat ini.

Malah pengendali itu menyuarakan pandangan bahawa berpandu kepada prestasi semasa pasukan negara, mereka bersedia untuk menghadapi mana-mana lawan daripada Kumpulan A dalam edisi ke-16 di Ipoh kali ini.

Sasaran pertama kami adalah untuk layak ke separuh akhir. Kini, kami sudah berjaya dan bersedia untuk berdepan India walau pun ranking kita lebih rendah daripada mereka,
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 09:40 AM | Show all posts
team baru ni nampak ade kelainan la..main pun laju jek..bertenaga ..xde la macam dulu2..cepat pancit..well done to coach..Mr sarjit.teruskan prestasi cemerlang ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 10:56 PM | Show all posts
sape menang ye tadii
between malaysia ngan india
tak smpat nak tgklah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 11:41 PM | Show all posts
Malaysia menang 2-1

1st goal - Engku Tajuddin rasanye - 1st half
2nd goal - Kelvinder Singh rasenya juge.... early minute 2nd half

lepas 2nd goal, malaysia terud defensive sampai le hon dibunyikan....
anyway, marbelles crowd, sehinggakan ada yang balik sebab stadium dah penuh.

Defence Malaysia memang bagus la, Jiwa Mohan, Megat Azrafiq & Co.
Tahniah untuk mereka.. S Kumar pun ada save 3-4 pukulan dari pemain India.

Tak sabar untuk gi Final.... vs Oz...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 12:32 AM | Show all posts
penyokong baru nak masuk stadium waktu Korea vs Australia




penyokong dah penuh, waktu game



Korea vs Australia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-5-2007 06:12 AM | Show all posts
Kemarau 22 tahun berakhir
Oleh: KAMARUDDIN ISMAIL


IPOH
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 08:50 AM | Show all posts
tahniah team hoki msia.....

alang2 dah masuk ker final..biorlah sampai jd juara....apapun satu persembahan yg cemerlang buat team hoki yg tak silap aku baru dirombak playernya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081327s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list