CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Mountain Climbing -

[Copy link]
Post time 8-1-2007 10:23 PM | Show all posts

Reply #39 h@i's post

aku selalu gi ulu yam je...masa kecik-kecik dulu selalu manjat pokok rambutan arwah atuk aku...bila dah besar ni suka panjat gunung tut...skang dah lama gak le aku tak manjat mana-mana gunung ataupun pokok baik didepan mahupun yang ada dibelakang umah....sekian....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2007 10:26 PM | Show all posts
gua yg pernah aku masuk dalam tahun 1996...

gua batu maloi

terletak dalam area Johol negeri sembilan, di Air Mawang Tampin. Sesuai utk beginner

gua ni adalah himpunan batu2 besar di atas sungai.... maka, perjalanan di dalam gua dari pintu masuk ke pintu keluar, adalah merentasi sungai yg berada di bawah himpunan batu2 besar tersebut!

Dalam gua ni terdapat batu yg berbentuk pelbagai rupa yg menarik di sini seperti batu katil, batu kapal, batu jamban, dan lain2.

Gua ini mendapat nama daripada sebuah batu besar yg berada berhampiran dengannya, iaitu batu maloi. batu maloi nie besar lebih kurang banggunan 2-3 tingkat kot. dengan di lilit oleh akar pokok, dan terdapat sebuah pokok besar di atasnya.

batu ini terdapat pelbagai lagenda nya tersendiri, ianya di jaga oleh nenek kebayan kononnya, pada pukul 7-7.30 ptg, akan dengar suara org menyanyi dari atas batu ini.

kot2 mana yg kurang sila tambah lagi...sebab dah lama tak pergi sini... ingat nak pegi lagi nih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 11:11 PM | Show all posts

Reply #42 h@i's post

lagu apa yang batu tu nyayi hai...?kalau ok bole masuk recording tu...bole buat duit...kita jadi manager batu tu pun ok gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 11:31 PM | Show all posts

Reply #41 digweed's post

aritu masa krismas aku g camping kat ulu yam... bermalam kat sana... best mandi pepagi tuh tak ramai org... tp lepas pukul 9 tuh penuh sesak daaaa dgn family n bebudak.. sampai nak mandi takde tmpt dah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 11:30 PM | Show all posts
Ramai pendaki2 gunung di Malaysia ini tidak mengetahui etika ketika membuat aktiviti ni. Antara perbuatan2 yang nampaknya banyak dilakukan ialah..

- menebang tumbuh-tumbuhan sesuka hati jer!
- menangkap dan membunuh serangga2 ikut seronok hati
- tidak membawa peralatan yang secukupnya termasuk peti ubat seolah-olah macam komando buat operasi lak.
- tidak membuat kajian terlebih dahulu dan tiada perancangan secukupnya.

Gunung2 yang telah aku daki....

1. Gunung Kinabalu - sijil First Class
2. Gunung Tahan
3. Gunung Korbu
4. Gunung Ledang
5. Gunung Angsi
6. Gunung Raya
5. Gunung Jerai - 16 kali dah! naik dari berbagai sudut dan berbagai masa. Pernah daki 2 orang ajer bersama rakan pukul 12 tgh malam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 01:49 AM | Show all posts
& kebanyakkan hikers kat m'sia tak jaga kebersihan especially kat campsite.. aku daki gng tahan few years ago, campsites penuh ngan sampah..   twice a year rangers2 tmn negara terpaksa wat xpdc bersihkan trek gng tahan..  kat gng nuang pun ade gotong royong bersihkan trek gunung..  kalo nak mendaki, jgn buang sampah merata2.. wat spoil hikers lain yg nak menikmati keindahan alam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2007 08:35 AM | Show all posts
yup.. sampah sendiri adalah perkara wajib yg mesti dibawa turun tak kira pegi manjat gunung ke berkelah ke.. cintailah alam sekitar kita.. minggu nih manjat bukit tabur kat melawati tuh.. lama dah x manjat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 05:56 PM | Show all posts
:hmm: emmm dig amacam nak join larian gunung nagsi 4 februari ni tak? ni link kembaranegara.net leh dapatkan maklumat lanjut..

minggu depan dan 1 feb aku pegi gunung angsi training..nak join x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2007 09:07 PM | Show all posts

Reply #48 h@i's post

tak tau lagi hai...tak ready lagi aaa....nanti aku confirmkan...thanks for inviting
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 03:38 PM | Show all posts
cm ner cara nk g gunung ledang dari asahan??
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 09:42 AM | Show all posts
KL63,
aku tak pernah lg pegi gunung ledang, emmm tringin gak nak naik ledang. Nih nak bgtau skrg kalo sesape nak naik gunung datuk kt n9 kena bayar rm3 sorang. Kalo dulu rm1 jek

SIRKIT KEMBARA NEGARA KAT GUNUNG ANGSI 4 FEB NI DITANGGUHKAN... harap maklum.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 11:03 AM | Show all posts
MAJLIS PELANCARAN EKSPEDISI KUTUB UTARA
PERINGKAT
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
PROGRAM : AKTIVITI SUKAN LASAK : 慉NGSI CHALLENGE抂/size]
TEMA:
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 08:35 PM | Show all posts
Taman negara eco-chellenge (21-25 mac 2007)

Stage 1: Relau River

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 12:57 PM | Show all posts
menarik nye tahan eco-challenge ni..
tapi stage 2 tu aku 'lemah' sket..
seingat aku, trek dr padang ke melantai 95% turun bukit.. 12 jam dok jln turun bukit..
kalo backpack ringan , ok kot..
bile turun ngan backpack berat, banyak kasik pressure kat lutut..
sampai je kat camp, kaki aku teramat2  sakit..
sampai sekarang aku cukup lemah kalo kene jalan turun bukit.. aku prefer lari..

stage 3 tu sgt menarik sbb ade rafting..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by digweed at 8-1-2007 09:59 PM
haaa....yang kat melawati,genting dan area-area yang bole balik hari tu aku nak join....


melawati???tmpt ni okeyh ar.if saper2 nk gi saner ajak arr me skali,my school dulu kat melawati.serong skola gi lepak kat dam n weekends panjat da bukit kat belakang 2.tp byk hutan in melawati dh kena tebang cuz nk wat kawasan perumahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2008 11:18 PM | Show all posts
Batu Caves syurga rock climbing
Oleh ABD. HALIM HADI



PENGGUNAAN tali penting untuk menyelamatkan
keadaan sekiranya pemanjat terlepas pegangan.




BATU Caves yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar raya Kuala Lumpur merupakan destinasi pelancongan terkenal khususnya ketika masyarakat beragama Hindu di negara ini menyambut perayaan Thaipusam.

Pada hari-hari biasa pula, kompleks batu kapur itu juga tidak pernah lekang daripada pengunjung. Sebahagian mereka adalah pengunjung tetap yang lengkap dengan peralatan seperti harness, tali, kasut dan caribiner.


Batu Caves dan kawasan pinggirannya mempunyai lapan lokasi menarik untuk aktiviti rock climbing iaitu tebing batu Kampung Wira Damai, Batu Merah, Batu Putih, Nanyang, Padang Bola Tampar, Komik, Tembok Pameran dan Nyamuk yang kini semakin dikenali.

Sigap ke Wira Damai atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur Last Paradise untuk mengikuti aktiviti memanjat tebing batu oleh sekumpulan belia yang menghabiskan hari minggu mereka bersama rakan dan ahli keluarga, di situ.

Ahli kelab Greentrekkerz, Karen Ng, berkata, selepas menceburi rock climbing kira-kira dua tahun lalu, tebing batu setinggi 150 meter itu kini menjadi 'padang permainan'nya.

''Bagi saya tebing di Wira Damai ini adalah yang terbaik kerana ia mempunyai 35 laluan memanjat (route) dengan tahap kesukaran yang berbeza,"ujarnya.

Keistimewaan dan cabaran itu membuatkan dia sekeluarga serta rakan-rakan kelab tidak mempunyai pilihan selain menjadikan tebing berkecerunan 90 darjah itu sebagai 'rumah kedua' mereka.

''Kami seperti sudah ketagih dengan aktiviti ini kerana hari minggu kami tidak akan lengkap sekiranya tidak memanjat tebing.

''Jika tidak berpeluang untuk memanjat kerana demam, cukup sekadar datang sekejap untuk melihat aksi rakan dan pemanjat lain," ujarnya.

Menurut Ng, minat pada sukan itu bercambah setelah dia 'dipaksa' oleh suaminya supaya mengekalkan kecergasan dan bentuk badan.

''Suami selalu bawa saya ke mari untuk menemaninya dengan harapan lama-kelamaan saya akan mengikut jejaknya dan helahnya itu berjaya.

''Percubaan kali pertama tidak sesukar yang disangkakan. Saya cuma bergerak mengikut apa yang diarahkan sehingga saya berada semakin tinggi," katanya dengan nada teruja.

Wanita berusia 39 tahun itu berkata, tebing batu itu adalah tempat paling sesuai bagi mereka yang ingin menceburi sukan itu kerana mempunyai laluan gred rendah.

Jelasnya, laluan 5a bermula senang dari paras kira-kira lima meter dari tanah. Di laluan itu, pendaki tidak memerlukan banyak tenaga dan kemahiran kerana permukaan batu masih dipenuhi lubang dan rekahan kecil yang memudahkan pergerakan.

''Selepas tahap kecerunan (pitch) pertama, pendakian akan semakin sukar sehingga ke gred 6.

''Gred 6 biasanya untuk mereka yang sudah menguasai teknik pergerakan dan meringankan badan ketika memanjat dengan baik," katanya yang ditemani suami, juga seorang pemanjat tebing.

Sementara itu, jelasnya, bagi yang lebih berpengalaman dan mempunyai peralatan yang cukup, mereka boleh memanjat sehingga mencapai ketinggian 80 meter.

''Di laluan yang tinggi seperti ini, pemanjat cuma mempunyai bonjolan-bonjolan kecil dan permukaan yang kasar sebagai tempat berpaut," tambahnya.

Untuk mencapai tahap seperti itu, seseorang pendaki memerlukan pengetahuan, latihan dan kelengkapan yang cukup bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

Rakannya, Jessie Chuah, 29, berkata, ramai yang tidak berani menceburi sukan itu kerana berpendapat ia memerlukan belanja yang mahal dan sepasang tangan yang kuat.

Katanya, kelengkapan asas dalam rock climbing adalah sepasang kasut yang boleh didapati pada harga tidak lebih daripada RM300, alat caribiner dan reverso masing-masing kurang daripada RM100 dan harness kira-kira RM250.

''Semua peralatan ini termasuk tali sebenarnya boleh dikongsi dan digunakan secara bergilir-gilir oleh ahli kumpulan,"ujarnya.

Dia memberitahu, pemanjat tidak perlu risau mengenai keselamatan semasa memanjat kerana mereka akan diperhatikan oleh pengawal rekreasi yang bertugas di situ.

Ditanya mengenai keseronokan sukan itu, Jessie berkata, ia bergantung kepada tujuan pemanjat itu sendiri sama ada melakukannya untuk kecergasan, minat, mengisi masa lapang dan juga pertandingan.

''Bagi saya sukan ini cukup untuk kepuasan sendiri kerana ia mengajar erti ketenangan dalam mengatasi masalah, tidak putus asa dan pada masa yang sama menyihatkan badan," katanya.

Menurutnya lagi, kepuasan tidak dicapai hanya apabila kita berjaya naik ke tempat paling tinggi tetapi bagaimana kita melalui laluan-laluan sukar dengan teknik yang betul.

''Sepasang tangan yang kuat juga tidak menjadikan seseorang itu pemanjat tebing yang baik kerana kekuatan seluruh anggota badan amat penting," jelasnya.

Sehubungan itu, mereka mewakili pemanjat-pemanjat tebing di kawasan Batu Caves dan penduduk Wira Damai menyeru kerajaan supaya mempercepatkan usaha membangunkan kawasan itu sebagai pusat rekreasi.

Kemudahan dan pengangkutan awam yang sedia ada berhampiran kawasan itu berpotensi untuk menjadikan lokasi itu sebagai destinasi rock climbing bertaraf dunia.

---------------------------------------------------------------------------------------

pada pencinta rock climbing - batu caves i think quite save to go and venture
the thrill in climbing mountain - but in more difficult way -

i just put this under mountain climbing although - rock climbing is slightly
different i reckon - and i think a bit more dangerous too -  

kalau kita tengok cerita cliffhanger - yang my favourite actor yang hensem
berlakon tu - stallone - who else - memang camtu la rock climbing -
dangerous  yet thrilling  i think -

harap  h@i masuk thread ni next time and update dia punya activities
in mountain climbing -

this year insyaallah - saya akan pergi climbathon lagi -  larian genting in
november if i am not mistaken and neo will participate too  -

yang tu kita boleh buat in team -  and not an easy run up actually -
sebab masuk dalam forest tu - and quite lots of obstacles juga -

anyway - pada yang minat rock climbing - share you all punya
experience - i would love to read and learn a thing or two regarding
it -  setakat abseiling  okay lagi.. tapi bila straight line climb - boleh
pening gak tu -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2008 03:08 PM | Show all posts


for sell
rm283.00
2nd superb condition...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 05:23 PM | Show all posts
Best! Panjat Gunung la paling Best! Aku tahun
1997 - Gunung Nuang, Hulu Langat
2002 - Gunung Ledang -Johor
2006- Gunung Bunga Buah - Genting
Ogos 2006 - Gunung Kinabalu- Sabah
Skrg rehat...anak no3 baru 5 bulan

Tak thu bile leh gi lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2008 10:34 PM | Show all posts
Originally posted by m_80 at 26-5-2008 05:23 PM
Best! Panjat Gunung la paling Best! Aku tahun
1997 - Gunung Nuang, Hulu Langat
2002 - Gunung Ledang -Johor
2006- Gunung Bunga Buah - Genting
Ogos 2006 - Gunung Kinabalu- Sabah
Skrg rehat. ...


bila lagi nak daki gunung?

october ni -- daki lagi gunung kinabalu -
sebab ramai rasanya yang ada kat kinabalu park
this october --
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 01:20 PM | Show all posts
huhuhu aku paling lemah laaa aktiviti nih

kaki cramp 2-2 belah masa panjat gunung ledang dulu ingat lagi aku smpi skrg

badan besor mmg berat bab mengclimbing nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.064833 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list