CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4820|Reply: 12

Profesor Dr. Fuat Sezgin - Sains, Islam bukan asing

[Copy link]
Post time 10-1-2007 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Sains, Islam bukan asingOleh FAUZI JAAFAR (WARTAWAN UTUSAN)



Profesor Dr. Fuat Sezgin


      

APABILA memperkatakan tentang sejarah sains Islam, kita tidak lari daripada menyebut nama tokoh ini - Profesor Dr. Fuat Sezgin.


Walaupun namanya agak asing, tetapi bagi sarjana yang mengkaji sejarah sains Islam, beliau begitu terkemuka kerana memiliki lebih kurang 800 bahan pameran berkaitan sejarah sains Islam.


Kesemua bahan pameran itu ditempatkan di Institut Sejarah Sains Arab-Islam, Universiti Johann Wolfgang, Goethe, Frankfurt, Jerman dan beliau adalah pengarah institut itu.


Beliau juga merupakan pengasas institut tersebut yang ditubuhkan pada tahun 1982.


Salah satu matlamat penubuhan institut itu ialah untuk menyebarkan pengetahuan tentang kedudukan yang sewajarnya diperoleh oleh kebudayaan ArabIslam dalam sejarah sejagat ilmuwan sains dalam bidang penyelidikan dan pengajaran.


Dr. Fuat, 83, dilahirkan pada 24 Oktober 1924 di Istanbul, Turki. Beliau merupakan seorang doktor falsafah lulusan Universiti Istanbul, Turki dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Bahasa dan Kesusasteraan Parsi, Islamologi serta Matematik.
Beliau memegang jawatan sebagai seorang profesor di Fakulti Falsafah, Universiti Istanbul dari tahun 1961- 1963.
Antara karya yang dihasilkan beliau ialah buku Buhdri Nin Kay Naklan Hakkinda Arastirmalar yang bermaksud 慡umber-sumber Al-Bukhari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2007 01:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2007 01:38 PM | Show all posts
Cetusan Saintis Islam
Oleh Hafizah Iszahanid dan Nasron Sira Rahim


Rahsia ilmu sains, teknologi dinyatakan dalam al-Quran terus dibongkar

揃ACALAH dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekian makhluk. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah; yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2007 01:39 PM | Show all posts



Matematik dan astronomi

Nama Al-Khwarizmi cukup harum sebagai ahli matematik Islam yang mencipta Algebra. Tanpanya mungkin dunia tidak tahu menggunakan angka kosong.

Nama penuhnya Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi dan berasal dari Bahgdad, Iraq. Sumbangannya dalam dunia matematik terserlah dalam kajiannya menerusi Hisab al-jabr w抋l-muqabala. Dari situ lahirnya perkataan algebra dan ia juga antara buku terawal menerangkan mengenai algebra. Konsep algebra diterima dalam dunia matematik Eropah.

Selain sumbangan dalam matematik, dia juga memberi banyak sumbangan dalam dunia astronomi.

Seorang lagi yang banyak memberi sumbangan dalam dunia matematik dan astronomi adalah Abu Jafar al-Khazin.

Dalam dunia astronomi, inovasinya yang terkenal adalah al Khazin adalah Zij al-Safa抜h, alat menyukat ketinggian bintang. Ia disifatkan sebagai hasil kerjanya yang terbaik. Prototaipnya pernah dibuat tetapi musnah sewaktu Jerman terbabit dalam Perang Dunia Kedua.

Ibn Asy Syatir juga memberi sumbangan kepada kajian astronomi dengan melahirkan Rubu' Mujayyab. Rubu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2007 01:40 PM | Show all posts
INFO
Pameran Sains Islam Mendahului Zaman

# Diadakan di Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 8 hingga 14 Januari
# Pameran bergerak ke Pusat Sains Negara (PSN) dari 23 Januari hingga 31 Mac
# Diadakan setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di KLCC dan dari jam 9 pagi hingga 6 petang di PSN.
# Anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Institut Sejarah Sains Arab-Islam, Universiti Johannn Wolfgang Goethe, Frankfurt, Jerman.
# 148 artifak dalam bidang astronomi Islam, geografi dan navigasi, penemuan dan reka cipta perubatan, matematik, seni dan arkitek serta teknologi dan reka cipta; akan dipamerkan.
# Antara artifak adalah replika kincir angin dan air, pengisar bijiran, alat mengambil darah, peta dunia dan glob.
# Pameran ini akan diadakan selama tiga bulan bermula di KLCC dari 8 Januari - 14 Januari 2007
# Dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
# Selepas KLCC akan dibawa ke Pusat Sains Negara dari 23 Januari - 31 Mac 2007
# Masuk percuma

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2007 04:47 PM | Show all posts

http://www.muslimheritage.com/

Ethical Aspects of Ottoman Surgical Practice


Figure 1. Application of the cauterization method to treat a sick man. Serefeddin Sabuncuoglu. Jarrahiyatu'l-H鈔iya. Millet Library, Ali Emiri, Tib 79.


Figure 2. The office of chief physician (Hekimbasi) of the Ottoman State in the Topkapi Palace Museum, Istanbul, Turkey.


Figure 3. A human body miniature shows internal organs. By Mansur bin Muhammad bin Ahmad, Kit鈈-i Tashrih-i Badan-i Ins鈔. Cerrahpasha Medical Faculty Library, 31.


Figure 4. A human body miniature shows the blood vessels and nerve system. By Mansur bin Muhammad bin Ahmad, Kit鈈-i Tashrih-i Badan-i Ins鈔. Cerrahpasha Medical Faculty Library, 31.

link: http://muslimheritage.com/topics/default.cfm?ArticleID=632
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-1-2007 05:01 PM | Show all posts
Eye Specialists in Islam




[quote]Dr Ibrahim Shaikh
email: info@fstc.co.uk

Professor J Hirschberg, a renowned German eye ophthalmologist, addressed the American Medical Association, California, on 11-14th July 1905. The subject of his work "Arab Ophthalmologists" or occulist.
He began:

揑 invite you... to go back with me 1000 years to consider the fascinating history of the Arabian Ophthalmology which I have studied in the past five years.

Two questions at first must be addressed:

What were the sources of information at the disposal of these Arab Ophthalmologists?

What is the contribution of the Arabian work in ophthalmology?

One of the outstanding classical works 揗emorial of Ophthalmology
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 08:03 AM | Show all posts
sherrina cukup kagum dengan bahan2 pameran ni. Melihat penciptaan saintis2 Islam dahulu dan kebijaksanaan mereka, kenapa ia tak gah di hari ini? Antara banyak2 yg sherrina cukup kagum ialah peti simpanan yg mempunyai tombol password. Zaman dulu dah ada lagi dah...dasatt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2007 08:49 AM | Show all posts
weiii
hang p dah ek pameran nih?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 09:13 PM | Show all posts
aku pi 2 kali, Syd oiiii....tak puas menatap penciptaan2 tu semua :love:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 08:45 AM | Show all posts
aku plan ujung bulan nih..
aku rasa aku pun takkan puas punye
tak sabar nak tunggu ujung bulan

(u know why laa...haha)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 09:18 AM | Show all posts

PAMERAN Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islamdi Pusat Konvenysen Kuala Lumpur harus dijadikan pemangkin membangunkan semula kejayaan umat Islam dalam bidang sains.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2007 01:04 PM | Show all posts
'Tukar fakta dalam buku teks dengan sumber ilmuan Islam'
14-02-2007 10:23:58 PM  

KUALA LUMPUR:  Kementerian Pelajaran dicadangkan agar mengkaji semula kandungan sejarah sains di dalam buku teks subjek itu di sekolah menengah kerana kebanyakan sejarah yang diceritakan di dalamnya tidak tepat dan lebih mengagungkan sejarah yang diambil dari Barat.

Penerbit program dokumentari Ilmuwan Islam, Mohd Zailan Abd Rahman berkata sejarah yang penting seperti siapa yang menemui teori graviti telah dikelirukan apabila penulis buku teks hanya memetik sejarah Barat tanpa sebarang analisis.

"Dalam hal ini, Al Khindi, Ar Razi, Al Biruni, Ibnu Haitham dan Al Khazini merupakan pengasas teori itu tetapi kita dan pelajarpelajar kita mengenali Isaac Newton sebagai pengasasnya dan ini tidak benar," katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk "Peluang dan Cabaran Dalam Meningkatkan Budaya Ilmu Masyarakat Melalui Media Elektronik: Satu Kajian Kes Terhadap Program Ilmuwan Islam TV3" dalam Seminar Penguasaan Sains Sebagai Suatu Kefarduan Ke Arah Penyuburan Budaya Ilmu Yang Islamik anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini.

Selain itu katanya, usaha Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memartabatkan kejayaan tokoh Islam dengan mengilhamkan rancangan dokumentari seperti itu akan terjejas sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan.

"Pelajar sekolah menengah akan terus didedahkan dengan fakta-fakta ini dan pastinya mereka akan keliru tentang kesahihannya terutamanya apabila mereka menonton rancangan ini," katanya.

Sementara itu, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) merupakan antara institusi pengajian Islam terawal yang menawarkan kursus pengajian sains dan pengajian Islam serentak dengan memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam.

Pensyarah Kanan Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam universiti itu, Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah berkata, program pengajian yang ditawarkan UM adalah antara usaha UM untuk melahirkan seorang yang digelar "Saintis Agamawan".

"Kami menghadapi cabaran tertentu antaranya ramai golongan muda yang tidak berminat apabila mengetahui adanya subjek Sains Gunaan dalam pengajian ini yang pada mereka sains adalah subjek yang susah," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Ke Arah Melahirkan SaintisAgamawan: Pengalaman Universiti Malaya.

Selain itu, beliau berkata pihak akademi menghadapi masalah untuk menetapkan kurikulumn pengajian ini kerana tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kursus ini hanya tiga hingga empat tahun.

"Oleh itu, kami akan berusaha untuk menyediakan kurikulum terbaik yang mampu memberikan pengetahuan lengkap kepada pelajarpelajar yang ingin mempelajari sains dan agama dalam jangka masa yang ditetapkan," katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.091226 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list