CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
Post time 4-1-2007 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 4-1-2007 09:17 AM
Nice song...
tapi tak related langsung....
coz benda ni apa pasal perlu diikut sedangkan dorang saman utk poket sendiri
eniway hari ni dah keluar warta berita semua kete OPC bleh jln di M'sia.. ...
aku suka part ini

Laporan Berita Harian itu memetik Pengarah JPJ Johor, Encik Mohd Rosli Ramli, sebagai mengesahkan peraturan yang mewajibkan kereta plat merah mempamerkan lesen tambahan ketika memandu di JB mulai Isnin lalu.

Ketika dihubungi semalam, beliau enggan memberi sebarang ulasan dengan hanya berkata: 'segala keputusan telah diserahkan kepada pihak kedutaan (Malaysia di Singapura) untuk menjelaskannya'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2007 09:44 AM | Show all posts
kesian encek rosli.... tak dapat nak buat undang-undang sendiri untuk poket sendiri or kepentingan jabatan sendiri...
haa..haa...haa.....


Originally posted by Browneyes at 4-1-2007 09:22 AM
aku suka part ini

Laporan Berita Harian itu memetik Pengarah JPJ Johor, Encik Mohd Rosli Ramli, sebagai mengesahkan peraturan yang mewajibkan kereta plat merah mempamerkan lesen tambahan ketika  ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 4-1-2007 09:44 AM
kesian encek rosli.... tak dapat nak buat undang-undang sendiri untuk poket sendiri or kepentingan jabatan sendiri...
haa..haa...haa.....



...eerrr...mana encik ali??...encik ali takmo komen ke???...ekekekeke....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 4-1-2007 09:44 AM
kesian encek rosli.... tak dapat nak buat undang-undang sendiri untuk poket sendiri or kepentingan jabatan sendiri...
haa..haa...haa.....



masih bengkak hati agaknya.. dulu kata nak charge kereta s'pore RM20.. tup tup tak di luluskan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 4-1-2007 09:49 AM

...eerrr...mana encik ali??...encik ali takmo komen ke???...ekekekeke....

tengah carik idea kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2007 10:06 AM | Show all posts
KERETA WAKTU LENGANG BEBAS MASUKI JOHOR
Oleh
Chairul Fahmy Hussaini


PARA pemilik kereta plat merah atau kereta waktu lengang (OPC) boleh menarik nafas lega kerana kereta jenis itu bebas memasuki Johor Bahru (JB) tanpa sekatan waktu.

Ini bermakna kereta sedemikian tidak perlu mempunyai Lesen Tambahan (SL) seperti yang dikenakan di sini.

Mengumumkan demikian dalam satu kenyataan empat perenggan petang semalam, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, berkata:

'Pihak Suruhanjaya Tinggi ingin mengulangi bahawa Kerajaan Malaysia tidak berniat untuk menghalang kemasukan kereta OPC ke Malaysia pada bila-bila masa pun. OPC bagaimanapun, harus dilindungi insurans.

'Laporan yang menyatakan peraturan khas akan dilaksanakan terhadap OPC mulai 1 Januari lalu adalah tidak berasas sama sekali.'

Kenyataan itu menambah, Malaysia mengalu-alukan setiap pengunjung Singapura ke Johor atau ke mana-mana sahaja di negara itu dan berharap mereka dapat menikmati pelbagai acara yang dianjurkan sempena 'Tahun Melawat Malaysia 2007'.

Isu sekatan waktu memandu itu timbul menyusuli laporan Berita Harian yang mendedahkan kebingungan beberapa pemandu kereta plat merah yang mendakwa ditahan dan diberi amaran pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa memandu di JB.

Laporan Berita Harian itu memetik Pengarah JPJ Johor, Encik Mohd Rosli Ramli, sebagai mengesahkan peraturan yang mewajibkan kereta plat merah mempamerkan lesen tambahan ketika memandu di JB mulai Isnin lalu.

Ketika dihubungi semalam, beliau enggan memberi sebarang ulasan dengan hanya berkata: 'segala keputusan telah diserahkan kepada pihak kedutaan (Malaysia di Singapura) untuk menjelaskannya'.

Di bawah peraturan, seseorang pemandu OPC perlu membeli SL berharga $20 sehari sebelum boleh memandu kereta dalam waktu sekatan.

Tanpa SL, mereka boleh dikenakan saman maksimum $5,000 bagi kesalahan pertama, dan $10,000 bagi kesalahan berulang.

Seorang pemilik OPC, Cik Diana Saini, 30 tahun, berkata: 'Senang hati sekarang. Tak perlu risau ditahan JPJ semasa di JB walaupun saya memang beli lesen tambahan kalau perlu memandu pada masa-masa sibuk,' tambahnya.



--------------------------------------------------------------------------------


Kenyataan Suruhanjaya Tinggi Malaysia

Pihak Suruhanjaya Tinggi ingin mengulangi bahawa Kerajaan Malaysia tidak berniat untuk menghalang kemasukan kereta OPC ke Malaysia pada bila-bila masa pun. OPC bagaimanapun, harus dilindungi insurans.

Laporan yang menyatakan peraturan khas akan dilaksanakan terhadap OPC mulai 1 Januari lalu adalah tidak berasas sama sekali.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2007 10:06 AM | Show all posts
agaknya laa tuu....

or else, dalam hati cek rosli ni cakap....wahh nama aku dah glemer sampai singapore sekarang ni....

Originally posted by Browneyes at 4-1-2007 09:54 AM

masih bengkak hati agaknya.. dulu kata nak charge kereta s'pore RM20.. tup tup tak di luluskan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2007 10:16 AM | Show all posts
PENIAGA S'PURA DIJUMPAI MATI DITETAK
Diserang berhampiran flatnya di Permas Jaya


JOHOR BAHARU: Seorang peniaga Singapura mati dipercayai akibat ditetak dua orang penyerang berhampiran dengan flatnya di Jalan Permas 3, Permas Jaya, di sini pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Persuruhjaya (AC) Shafie Ismail, berkata semasa kejadian itu, Encik Teo Wan Kah, 33 tahun, tiba di pekarangan flatnya itu bersama teman wanitanya sekitar 4.30 pagi.

Sebuah kereta lain mengekorinya dan menahan kereta Encik Teo daripada keluar dari petak meletak keretanya.

Dua daripada tiga orang dalam kereta penyerang itu keluar dengan bertopeng dan mengejar Encik Teo bersama teman wanitanya.

Pasangan tersebut itu segera melarikan diri ke arah bertentangan, kata beliau.

Bagaimanapun, mangsa terus dikejar oleh dua penyerang yang bersenjatakan parang itu. Mereka berjaya mengejarnya selepas berlari lebih 20 meter.

Encik Teo, pemilik kedai aksesori kereta di Johor Bahru dan Singapura, kemudian dijumpai teman wanitanya berhampiran dengan flat beliau itu, dengan bahu dan kepalanya yang dipercayai telah ditetak.

AC Shafie berkata mangsa disahkan mati sebaik sahaja tiba di Hospital Sultanah Aminah (HAA) di sini.

Siasatan awal menunjukkan mangsa tidak kehilangan apa-apa dalam kejadian itu.

Menurutnya, polis sedang mencari saksi lain yang mungkin melihat kejadian tersebut.

Baru-baru ini, seorang peniaga Singapura dan rakan perunding caranya - kedua-duanya dalam lingkungan 50-an tahun - telah diculik selama empat hari di Johor Bahru, sebelum dibebaskan apabila mereka membayar wang tebusan sebanyak RM4.5 juta ($1.95 juta). - Bernama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2007 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 4-1-2007 10:06 AM
KERETA WAKTU LENGANG BEBAS MASUKI JOHOR
Oleh
Chairul Fahmy Hussaini

PARA pemilik kereta plat merah atau kereta waktu lengang (OPC) boleh menarik nafas lega kerana kereta jenis itu bebas mema ...
..cik kak...citer nie dah de dah cik kak oiiii!!!...pi carik citer pasal ikan emas atau ikan laga2 plak pi...cepat!!!!...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2007 10:19 AM | Show all posts
alamak ok.......:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 07:42 AM | Show all posts
ADA LESEN TAMBAHAN PUN KENA SAMAN
JPJ Johor akui kes kereta plat merah satu kesilapan

Oleh
Chairul Fahmy Hussaini



SEORANG pemandu kereta berplat merah menyangka memandu ke seberang Tambak dengan menggunakan Lesen Tambahan (SL) tidak menjadi satu masalah besar, apatah lagi selepas Suruhanjaya Malaysia di sini memberi jaminan bahawa beliau tidak akan disaman jika menuruti undang-undang negara tersebut.

Namun, sebaik sahaja Encik Megat Zulkifli Alias melepasi pusat imigresen Johor Bahru (JB) Rabu lalu, beliau terkejut dan bingung apabila diberi surat saman oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, walaupun beliau memiliki SL yang sah.

Tetapi Encik Megat Zulkifli boleh menarik nafas lega selepas JPJ Johor mengakui saman itu merupakan satu kesilapan oleh pegawainya yang tidak menyedari dasar Malaysia membenarkan kereta waktu lengang (OPC) memasuki negara itu, selagi ia mempunyai perlindungan insurans.

Ditemui di rumahnya di Pasir Ris Drive 4 semalam, Encik Megat Zulkifli, 33 tahun, mengakui terperanjat disaman RM300 ($130) oleh JPJ itu.

Lebih menghairankan, pegawai JPJ terbabit, Encik Ainul Sharedha Assarie, mendakwa Encik Megat Zulkifli sebagai 'melanggar syarat lesen pelawat (plat merah)' di bawah Akta 21 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

'Saya tanya kepada mereka tentang kesalahan saya dan salah seorang pegawai JPJ yang saya temui berkata kereta saya hanya boleh memasuki JB selepas 7 malam, mengikut undang-undang Singapura tapi yang peliknya, saya ada SL yang sah.

'Sepatutnya saya tidak disaman,' ujar Encik Megat Zulkifli yang disaman pada 3.35 petang kelmarin ketika masih lagi di Kompleks Kastam Tambak Johor.

SL merupakan lesen yang membolehkan pemandu OPC menggunakan keretanya antara 7 pagi dengan 7 malam.

Ketika dihubungi semalam, pengarah JPJ Johor, Encik Mohd Rosli Ramli, mengakui tindakan saman ke atas Encik Megat Zulkifli itu satu kesilapan.


Encik Megat Zulkifli yang memandu kereta Chevrolet Aveo juga mendakwa sekitar enam pemandu kereta berplat merah lain turut mengalami nasib sepertinya.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk N. Parameswaran, membidas langkah pegawai JPJ Johor yang menyaman Encik Megat Zulkifli.

'Nampaknya pegawai berkenaan tidak mengetahui dasar kerajaan,' ujarnya.

Kelmarin, Suruhanjaya Tinggi Malaysia menegaskan kerajaannya tidak berniat menghalang kemasukan kereta OPC ke Malaysia pada bila-bila masa pun.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, semalam ditukil agensi berita Bernama sebagai berkata, kerajaannya tidak pernah memberi sebarang arahan atau peraturan baru untuk menghalang kenderaan berplat merah daripada memasuki Malaysia pada sebarang waktu.

Beliau berkata, adalah tidak masuk akal bagi JPJ untuk mengenakan syarat ke atas warga Singapura, seperti memerlukan lesen tambahan atau had masa kerana ia akan hanya memberi imej negatif kepada negara itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2007 08:18 AM | Show all posts
BAYI DIBUNUH SUAMI PENJAGA KERANA MENANGIS
SUNGAI PETANI: Seorang peniaga ayam yang kurang senang dengan tangisan bayi lelaki berusia lapan bulan yang dijaga isterinya dipercayai bertindak mene kup bantal ke muka bayi itu sehingga meninggal dunia di Bandar Puteri Jaya, dekat sini malam kelmarin.

Kejadian menyayat hati itu berlaku sekitar 11 malam ketika mangsa, Mohd Airell Azim Azhar, dikatakan menangis dengan kuat sehingga menyebabkan suspek, 23 tahun, bertindak ganas dengan menekup bantal ke atas muka Mohd Airell sehingga bayi itu pengsan.

Suspek dan isterinya, 22 tahun, kemudian membawa mangsa ke Hospital Sungai Petani (HSP) untuk mendapatkan rawatan tetapi bayi itu meninggal dunia dalam perjalanan.

Menurut jurucakap polis, doktor mengesahkan bayi anggota tentera dan jururawat itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan sekitar 11.30 malam.

'Suspek dipercayai mengarahkan isterinya supaya mendiamkan Mohd Airell yang menangis dengan kuat ketika itu.

'Bagaimanapun, isterinya tidak berjaya memujuk mangsa supaya berhenti menangis sehingga menyebabkan suspek dipercayai melakukan tindakan tersebut. Ekoran itu, polis bertindak menahan pasangan suami isteri itu bagi membantu siasatan,' kata doktor.

Bapa mangsa, Encik Azhar Asnan, 34 tahun, berkata semasa kejadian beliau sedang mengikuti kursus tentera di Kem Lapangan Terbang.

Isterinya, Cik Zuriana Idris, 31 tahun, juga sedang bertugas sebagai jururawat.

'Apa salah arwah sehingga dia (suspek) sanggup melakukan perbuatan itu hanya kerana anak saya menangis. Sepatutnya sebagai seorang bapa kepada seorang anak, dia (suspek) tahu apa yang perlu dibuat dan bukan mengambil tindakan kejam itu,' kata Encik Azhar. - Harian Metro, Utusan Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 09:47 AM | Show all posts
Jawapan yang paling best oleh pegawai atasan Negara Bolehland...!!!

P/S:  Encek Rosli..., tidak kah hari tu encek yg beria-ia mengesahkan peraturan yang mewajibkan kereta plat merah mempamerkan lesen tambahan ketika memandu di JB mulai Isnin lalu, tetiba aje bleh kata ianya satu kesiapan....

geli lah tekak saya encek rosli.... macam nak terkeluar aje kahak hijo saya ni....



Originally posted by Browneyes at 5-1-2007 07:42 AM
Ketika dihubungi semalam, pengarah JPJ Johor, Encik Mohd Rosli Ramli, mengakui tindakan saman ke atas Encik Megat Zulkifli itu satu kesilapan. ...
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 5-1-2007 10:05 AM | Show all posts
kapal terbang ADAMAIR masih belum jumpa......
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 5-1-2007 10:05 AM
kapal terbang ADAMAIR masih belum jumpa......


Terselitlah tu ....kita doakan saja supaya cepat dijumpai..
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 5-1-2007 11:33 AM | Show all posts
Originally posted by SQ154 at 5-1-2007 11:29 AM


Terselitlah tu ....kita doakan saja supaya cepat dijumpai..



blood...dah berapa hari pun belum jumpa.

kalo ada survivors...pasti they can contact their family on the handphone

all the best.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2007 01:09 PM | Show all posts
KES BANTU SUAMI ROGOL ANAK

TIGA ISTERI MAHU MENGAKU SALAH
Oleh
Khalid Khamis

TIGA wanita yang dituduh bersubahat dengan suami mereka yang bergelar 'ustaz' merogol lima anak perempuan remaja mereka berhasrat mengaku bersalah.

Namun, isteri ketiga lelaki yang mempunyai 10 isteri itu telah memohon agar jumlah enam tuduhan yang dikenakan ke atasnya dikurangkan.

Peguam ketiga-tiga wanita yang bermadu itu, Encik Wee Pan Lee, ketika ditemui di Mahkamah Rendah semalam berkata:

'Kami tidak mahu kes mereka dibicarakan. Mereka mahu mengaku bersalah.

'Hanya saya telah diarahkan supaya berusaha untuk mengurangkan jumlah tuduhan isteri ketiga yang menghadapi enam tuduhan.'

Ketiga-tiga wanita berusia antara 37 dengan 41 tahun itu didakwa memujuk anak-anak perempuan mereka supaya menyerahkan tubuh mereka bagi memuaskan nafsu bapa mereka di sebuah flat di Woodlands.

Hanya isteri ketiga, 41 tahun, menghadapi enam tuduhan memujuk bukan sahaja anak perempuannya sendiri, malah anak remaja madunya.

Kesemua wanita tersebut, yang ditemani seorang lagi isteri lelaki berusia 46 tahun itu, turut hadir dan menunggu di luar bilik mahkamah bagi sidang sebelum perbicaraan (PTC) semalam.

Semasa ditemui, timbalan pendakwa raya (DPP), Cik Crystal Ong, juga mengesahkan bahawa para defendan telah melahirkan hasrat mahu mengaku bersalah.

'Kami telah menawarkan kepada isteri ketiga lelaki itu untuk meneruskan tiga daripada enam tuduhan yang dihadapi jika mahu mengaku bersalah.

'Tetapi menurut peguamnya, mereka mahu merayu agar ia dapat dikurangkan kepada satu tuduhan sahaja,' tambah beliau.

Perbuatan rogol itu berlaku antara Disember 2003 dengan Jun 2005.

April lalu, suami mereka dihukum penjara 32 tahun dan sebat maksimum 24 kali kerana merogol anaknya.

Daripada 10 isterinya itu, empat adalah isteri yang sah dan enam lagi dinikahi secara mutaah.

Kesemuanya, lelaki tersebut mempunyai 66 anak - 33 lelaki dan 33 perempuan.

Kes mereka akan didengar lagi 25 Januari ini dalam satu PTC untuk Encik Wee membuat perwakilan.

Brown~ aikkkk mengaku salah plak??? :siok:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2007 08:28 AM | Show all posts
DITIKAM 14 KALI
Dua rakan diserang sekumpulan belia dekat stesen MRT

Oleh
Halifi Hussin

RUTIN harian dua belia menghantar pulang salah seorang temanitanya setelah selesai bekerja berakhir dengan tragedi apabila mereka diserang sekumpulan belia Melayu.

Encik Abdul Aziz Mahamood, 23 tahun, dan rakannya, Encik Raihan Abdul Rahman, 28 tahun, bukan sahaja dipukul malah ditikam beberapa kali dengan pisau.

Akibat serangan dekat stesen MRT Aljunied awal pagi Rabu lalu itu, Encik Abdul Aziz luka parah di bahagian dada, belakang badan, lengan dan kakinya kerana ditikam 14 kali.

Encik Raihan pula cedera di bahagian belakang dan dadanya kerana ditikam dua kali.

Mereka dimasukkan ke Hospital Besar Changi (CGH) selama empat hari sebelum dibenarkan pulang semalam.

Encik Abdul Aziz, seorang pembantu gerai minuman, berkata ketiga-tiga mereka sering berjalan kaki dari tempat kerja mereka di Haig Road untuk menemani rakanita Encik Raihan pulang ke rumahnya di Aljunied.

Pada hari kejadian sekitar 1 pagi itu mereka singgah di kedai 7-11, dekat stesen MRT Aljunied tetapi mendapati sekumpulan belia sedang duduk bersantai di tangga stesen tersebut.

'Tiba-tiba saya terdengar seorang daripada mereka memanggil kami. Apabila menoleh, saya ternampak sekitar lapan belia itu berlari untuk menyerang kami.

'Saya cuba menjawab tetapi dipukul dari belakang dengan botol kaca,' kata Abdul Aziz, menunjukkan luka di sebelah kanan kepalanya ketika ditemui Berita Harian di Bukit Panjang semalam.

'Temanita Raihan cuba menolong kami tetapi disuruh supaya jangan masuk campur. Jika tidak, dia juga akan dipukul. Salah seorang daripada mereka memegang pisau kecil sepanjang tapak tangan,' katanya.

Takut ditikam sehingga mati, ketiga-tiga belia itu berjaya melarikan diri ke arah Sims Avenue melalui Lorong 25A Geylang.

Encik Abdul Aziz berkata, serangan belia-belia itu, yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 20-an tahun, berlaku selama 10 minit di luar stesen tersebut.

Berlumuran darah, mereka cuba menahan teksi untuk ke hospital tetapi beberapa teksi yang cuba ditahan enggan berhenti.

Mujur, seorang pekedai menolong mereka mendapatkan teksi dan mereka bergegas ke CGH.

'Nafas saya sudah macam nafas ikan. Kakitangan hospital cuba tanya saya apa telah terjadi, tetapi saya tidak dapat berkata apa-apa.

'Doktor memberitahu, paru-paru kami berdua cedera akibat tikaman itu.

'Katanya, kami bernasib baik pisau itu tidak begitu panjang. Jika tidak, ia mungkin sudah menembusi jantung kami,' tambah Encik Abdul Aziz sambil menunjukkan luka di dadanya.

Apabila ditanya jika mereka akan meneruskan rutin mereka setelah kejadian tersebut, Encik Abdul Aziz, yang tinggal di Ang Mo Kio, berkata:

'Kami sudah serik. Kami tidak akan berjalan di kawasan itu lagi.'

Ketika dihubungi, Encik Raihan, seorang penjual telefon bimbit, bagaimanapun enggan menceritakan kejadian yang menimpannya.

Namun, kedua-dua mangsa dikatakan merancang untuk membuat laporan polis tentang kes tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2007 08:29 AM | Show all posts
SISTEM AUDIO DICURI DARI TRELER
SEORANG lelaki kehilangan sistem audio bernilai $200 selepas trelernya dipecah masuk perompak ketika kenderaan tersebut diletakkan di sebuah tempat meletak kereta di kawasan Jurong semalaman.

Menurut jurucakap polis, kecurian tersebut berlaku di Science Centre Road, dekat Jurong Town Hall Road, Khamis lalu.

Mangsa kecurian merupakan seorang lelaki warga Cina berusia lewat 40-an tahun.

Polis berkata mangsa telah meletakkan trelernya sekitar 7.30 malam sebelum pulang ke rumahnya.

Namun, sekitar 9.30 pagi keesokan harinya beliau terkejut untuk mendapati tingkap penumpang depan trelernya pecah.

Setelah menyiasat, lelaki itu mendapati alat stereo bernilai $200 dalam kenderaannya lesap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2007 08:29 AM | Show all posts
'JOHOR KELIRU ISU KERETA PLAT MERAH'
Menteri Pelancongan Malaysia alu-alu warga S'pura

Oleh
Suryani Omar
Dari Kuala Lumpur

BEBERAPA insiden saman yang dikenakan ke atas pemandu kereta waktu lengang (OPC) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor baru-baru ini merupakan kes di mana pegawai JPJ terlibat keliru dengan undang-undang OPC.

Menyatakan demikian, Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata pemandu OPC tidak perlu khuatir dengan insiden itu, bahkan mereka seharusnya yakin untuk memandu kereta mereka ke seberang Tambak.

Ditemui Berita Harian Jumaat lalu, beliau berkata:

'Saya juga telah membuat siasatan. Yang sebenarnya tidak ada undang-undang yang mengatakan kereta plat merah ini tidak boleh masuk ke Malaysia.

'Jadi tidak ada masalah, mereka boleh gunakan plat merah untuk masuk dan menggunakan jalan raya Malaysia.'

JPJ Johor sebelum ini berkata mereka akan mengambil tindakan terhadap pemilik OPC yang memandu ke negara itu tanpa Lesen Tambahan (SL) mulai tahun ini.

Bagaimanapun, minggu lalu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia menegaskan kerajaannya tidak berniat menghalang kemasukan OPC ke Malaysia pada bila-bila masa.

Ditanya sekiranya isu tersebut akan menjejas pelancongan ke Malaysia oleh warga Singapura, Datuk Seri Tengku Adnan menambah:

'Kami sudah periksa dengan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sana (Johor). Kadangkala mereka ini pun ada kekeliruan sedikit, tetapi selepas kami cakap dengan pihak JPJ KL, mereka mengesahkan tidak ada masalah.

'Jadi pemandu-pemandu Singapura harap ada keya kinanlah, gunakanlah plat merah itu untuk datang ke negara kami dan gunakanlah kereta mereka untuk melancong dan menjelajah di seluruh Malaysia, tiada masalah.'

Beliau berkata demikian sebelum sidang akhbar bagi menyambut pihak media 33 negara, yang datang sempena perasmian Tahun Melawat Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan juga mendedahkan bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan Singa pura untuk menarik warga Russia ke Singapura agar singgah ke Malaysia.

Usaha itu merupakan antara kerjasama dalam usaha mempromosi beberapa negara Asia Tenggara sebagai satu pakej kepada pelawat asing.

Kelmarin, Tahun Melawat Malaysia 2007 dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Taman Tasik Titiwangsa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.074532 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list