CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
 Author| Post time 12-1-2007 08:20 AM | Show all posts
PEGAWAI IMIGRESEN DITUDUH TERIMA RASUAH Oleh
Khalid Khamis

SEORANG pegawai pakar Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Siti Sarina Mohamed Kassim, menghadapi 24 tuduhan menerima rasuah berjumlah lebih $2,000 bagi membantu pekerja asing melanjutkan pas lawatan mereka.
Di Mahkamah Rendah semalam, Siti Sarina, 28 tahun, didakwa membantu satu sindiket pekerja haram untuk menawarkan khidmat 'U-Turn' kepada pekerja asing.
Melalui khidmat 'U-Turn', pekerja asing yang datang ke sini dengan pas lawatan tempoh terhad bakal dilanjutkan tempohnya apabila mereka keluar dari Singapura buat sementara waktu.
Ini dilakukan dengan mereka mengunjungi seberang Tambak untuk beberapa jam atau beberapa hari dan kemudian kembali ke sini.

Taktik melanjutkan atau mendapat pas lawatan yang baru sering digunakan pekerja haram dan sindiket pelacuran.
Hakim Daerah, Cik Da nielle Yeow, diberitahu Siti Sarina menerima wang rasuah berjumlah $2,150 bagi membantu 43 pekerja asing melanjutkan pas lawatan dalam 24 insiden berasingan.
Perbuatan itu dilakukan dengan sengaja dari Jun hingga Disember 2004 dan dia disogok oleh dua ejen sindiket haram bernama Lim Lip Wee dan Muhammad Abdillah Jaafar.

Siti Sarina yang diwakili peguam, Encik Ravinder Paul Singh, tidak membuat sebarang pengakuan semalam.
Satu kenyataan berasingan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata setiap kali ada pekerja asing yang memerlukan pas lawatan, Lim dan Muhammad Abdillah akan menghubungi Siti Sarina.
Siti Sarina, yang ditugaskan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, akan memberikan waktu dia bertugas dan pondok yang dia ditempatkan.

Lim dan Muhammad Abdillah kemudian akan menemani pekerja asing itu, yang sebahagian besarnya wanita, ke pondok Siti Sarina bertugas.

Sebagai ganjaran, Siti Sarina akan dibayar jumlah antara $50 dengan $250 setiap kali membantu sindiket itu.
Kesnya akan didengar lagi Isnin ini bagi sidang sebelum perbicaraan (PTC).
Siti Sarina kini dibebaskan dengan ikat jamin $10,000.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2007 08:20 AM | Show all posts
DITUDUH GELAPKAN PUNGUTAN $700,000
Firma penyedia talian amal hadapi tuduhan pecah amanah

Oleh
Khalid Khamis

SEDANG khidmatnya diperlukan untuk mengumpul dana masjid, sebuah firma penyedia khidmat talian amal, Ivoyze Solutions Pte Ltd, dikatakan menggelapkan wang pungutan derma melalui teleamal hampir $700,000.

Pemiliknya, Mustaffa Mazlan Selamat, 48 tahun, diheret ke mahkamah semalam dan menghadapi lapan tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan tidak mempunyai sistem rekod perakaunan yang sah di bawah Akta Syarikat.

Lima masjid yang terjejas ialah Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran, Masjid Kampong Siglap, Masjid Assyakirin, Masjid Jamae Chulia dan Masjid An-Nahdhah.

Masjid paling teruk terjejas ialah Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran yang masih menunggu wang kutipan derma berjumlah $563,270 yang dikutip melalui Ivoyze antara September 2000 dengan 31 Disember 2003.

Masjid Kampong Siglap berjumlah $87,840 dalam kutipan yang dilakukan pada sekitar 2004 dan Masjid Assyakirin berjumlah $34,133 semasa kutipan yang dijalankan sekitar 2003.

Manakala Masjid Jamae Chulia pula berjumlah $7,941. Kutipan teleamalnya dijalankan antara Jun hingga Disember 2003.

Masjid An-Nahdhah pula berjumlah $4,510 semasa kutipan dijalankan antara November dengan Disember 2003.

Mustaffa yang diwakili peguam bela, Encik Ronnie Tan, berpakaian lengan panjang semalam, berdiri tenang ketika tuduhan dibacakan kepadanya.

Hakim Daerah, Cik Danielle Yeow, diberitahu bahawa Mustaffa telah memulangkan sekitar $191,000 kepada pihak-pihak terbabit tetapi baki sepenuhnya masih belum dapat dilunaskan.

Sebelum ini, dalam laporan Berita Harian sekitar Ogos 2004, Mustaffa telah mengaku gagal menyerahkan wang kutipan derma melalui teleamal itu dan berjanji akan melunaskannya secara ansuran.

Dia juga mengaku menggunakan wang itu atau 'meminjam' sebagai modal pusingan perniagannya.

Tetapi sehingga kini, dia masih belum dapat melunaskan semua saki-baki hutang-piutang kepada badan terbabit.

Encik Tan dalam rayuannya meminta mahkamah agar mengurangkan jumlah ikat jamin.

Hakim Cik Yeow pula berkata jumlah ikat jamin tidak boleh terlalu rendah memandangkan jumlah wang yang digelapkan.

Kes Mustaffa akan didengar lagi 18 Januari ini. Dia dibenarkan ikat jamin $80,000.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2007 08:21 AM | Show all posts
POKOK MANGGA BERBUAH PETAI?
KOTA TINGGI: Sebatang pokok besar setinggi 6 meter, yang mempunyai daun seperti pokok mangga, di Batu 15, Jalan Kulai-Kota Tinggi, di sini menjadi perhatian ramai apabila dianggap pelik kerana mengeluarkan bunga dan buah petai.

Peniaga, Encik Menhad Awab, 45 tahun, berkata beliau dimaklumkan seorang rakannya, Encik Johari Atan, mengenai sebatang pokok besar di laluan utama itu sekitar lima bulan lalu.

Katanya, setiap kali ke kebunnya, beliau akan singgah melihat pokok besar itu bagi mendapatkan kepastian sama ada pokok itu mengeluarkan bunga dan buah petai.

'Selepas lama menunggu, akhirnya pokok pelik yang mempunyai daun seperti pokok mangga itu terbukti mengeluarkan bunga dan buah petai.

'Saya belum pernah cuba makan, tetapi berdasarkan maklumat daripada kawan saya, rasanya sama seperti petai yang biasa dimakan,' dedah beliau semasa ditemui akhbar Harian Metro kelmarin.

Menurutnya, tambah pelik lagi apabila bunga pokok berkenaan tidak sama seperti petai biasa, sebaliknya berwarna merah.

Encik Menhad berkata beliau berharap pihak bertanggungjawab dapat membuat kajian lanjut untuk memastikan kesahihan pokok tersebut. - Harian Metro.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 08:55 AM | Show all posts
bar owner nabila said- otak bagus.. ada semangat bisnes tapi sayang salah bisnes...

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2007 01:31 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 12-1-2007 08:55 AM
bar owner nabila said- otak bagus.. ada semangat bisnes tapi sayang salah bisnes...




mak bapak tak cakap apa2...ntah2 mak bapak dia mula2 ingat cuma drinks je kan, mak bapak dia tak tahu pasal lesen alkohol tu..
parents dia aku assume tahu pasal artikel ni cakap parents dorang involve pasal modal...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2007 01:33 PM | Show all posts
Only 21 but bosses of their own bar
Students invest $20,000 to set up bar on SMU campus
January 13, 2007
THEY may be barely out of their teens, but these girls are already running their own bar.
[size=-2](From left) Ms Nabila Said, Ms Shalini Arul and Ms Shermeen Tan.
Meet Singapore Management University (SMU) undergraduates and entrepreneurs, Ms Shermeen Tan, Ms Shalini Arul, and Ms Nabilah Said, all 21.
The bar, Frujch, is the first bar at a local university. (See report on facing page.) It is located in SMU's School of Information Systems at its Stamford Road campus.
It held its official opening on Tuesday - although it has been in operation since last September.
Earlier, the bar served only drinks, but it is now serving food as well.
The licence to serve alcohol was granted in September last year.
Getting it off the ground wasn't easy.
First, the third-year students had to beat seven other groups and survive a stringent three-round selection process by the university, which took place from last March to June.
This involved writing up a proposal and two presentations. The four groups of finalists were grilled by the school authorities on their business plans.
What drove the buddies - who have known each other since secondary school - was the need to create a cosy space for their peers.
Ms Tan, a business student, said: 'The city campus seemed quite corporate at first when we moved in.
'There wasn't any place for students to just hang out.
'What we wanted to create was a place for our friends to chill.'
Their task seemed enormous: They had to transform a bare recreational room with only pool tables and some sofas into a full-fledged bar.
As Ms Tan put it: 'We started from scratch. It was really difficult because we didn't even know how to go about doing things, like where to get stainless steel equipment and so forth.'
Bit by bit, they found their feet.
From looking up the Yellow Pages for suppliers, painting the walls, applying for a licence to serve alcohol and even flying to Bangkok to source for decor, the girls did it all.
Ms Said, an accountancy student, said: 'While we weren't really taken advantage of, some companies took a long time before getting back to us with quotes, maybe because we are young. But from that, we learnt how to be firm.'
They roped in Ms Tan's sister, Ms Sharyn Tan, 25, who quit her job as an assistant manager in an F&B outlet to lend her expertise. Currently, she earns just half of her previous salary, although she declined to reveal the figure.
In just 2 1/2 months last year, the once-stark space was transformed into a riot of colours with cosy corners and an area for a band to perform. Different student bands perform there.
[size=-2](From left) Ms Lee Su-ching, an SMU business student who works part-time at the bar; Ms Sharyn Tan; and her bosses Nabila Said, Shermeen Tan and Shalini Arul. -- KELVIN CHNG
The name Frujch - which sounds like fruit juice when said quickly - stemmed from the group's initial concept to build a juice bar.
This later evolved into a bar which now serves sandwiches, bagels, salads, wines, beer and house pours.
The three along with another partner - a business student who later pulled out due to studies - invested about $15,000 to $20,000, for their initial start-up. About 30 to 40 per cent of that came from their parents, and the rest from the girls' savings.
They are now returning a share of the capital to their partner who left.
JUGGLING STUDIES, BUSINESS
Juggling both studies and bar duties proved tricky, with the girls spending an average of eight hours working, in addition to attending three hours of classes each day.
The bar, open only to SMU students, opens from 10am to 10pm on weekdays. It closes at midnight on Fridays.
But the normal hours can stretch even later when there are special events.
Ms Arul, a business student, said: 'We were tired all the time because we hardly slept.'
But she said her grades have not been affected.
Another issue they face is trying to manage costs. They are yet to break even.
Despite this, they have hired four part-timers who started work on Tuesday. They are paid $4.50 per hour.
Also, they get a free meal for every four hours they work.
Ms Tan said they have about 60 to 80 customers a day on an average.
She revealed: 'We earn less than $500 each day, but we hope that by introducing food to the menu on Tuesday, this will pick up.'
They have to pay the university a monthly rental fee, which is 'heavily subsidised'. They declined to reveal the amount.
But these budding entrepreuners are prepared to slog it out for their 'baby'.
Ms Arul said: 'Honestly, we're not sure if our bar will even make money, that might seem strange seeing that two of us are studying business.
'We just wanted it to be a place for students. As long as we can break even that would be good.'
Students seem to agree.
Louis Lin, 23, a third-year business student said: 'It's cosy and homely and it's become a gathering place for all students.'
Ms Arul feels being good friends with the partners has worked in their favour.
She said: 'We aren't just friends, we are each other's family in school. We know where we want Frujch to be headed, so we will work towards that.'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2007 01:53 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 12-1-2007 08:20 AM
DITUDUH GELAPKAN PUNGUTAN $700,000
Firma penyedia talian amal hadapi tuduhan pecah amanah

Oleh
Khalid Khamis

SEDANG khidmatnya diperlukan untuk mengumpul dana masjid, sebuah firma peny ...



Mustaffa Mazlan Selamat, 48 tahun


sampai hati tipu duit mesjid
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 13-1-2007 02:05 PM | Show all posts
heavy rain in jb.......aiyoh i saw the floods kat tv.....

habis semua harta benda


temah u ok ? lama tak dengar berita....kirim salam ngan your abang yang di kasihi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2007 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 13-1-2007 01:53 PM



Mustaffa Mazlan Selamat, 48 tahun


sampai hati tipu duit mesjid
kalau dah tak amanah.. macam mana lah bisnes boleh maju.. bangang
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2007 11:57 AM | Show all posts
Football: Singapore, Vietnam draw 0-0 in ASEAN football tournament

SINGAPORE : Singapore kicked off the defence of the ASEAN Football Championship, with a match against Vietnam at the National Stadium.
The AFC tournament, formerly known as the Tiger Cup, got off to a wet start because of the heavy rains of the past days as Vietnam looked to turn the tables on Singapore. But the hosts and defending champions stood their ground. It was a scrappy affair in the first half, with Singapore having more chances at goal but could not convert. Singapore was let off the hook when Vietnam had the ball in Singapore's net in the second half, but the goal was ruled out for a foul. The match ended in a goalless draw with both sides happy with the outcome. Earlier, Indonesia beat Laos 3-1 in the tournament's other group B encounter

Tak leh harap.... very crappy kind of play, nampak sah player tangkap glamour je...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2007 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by SQ154 at 14-1-2007 11:57 AM
Football: Singapore, Vietnam draw 0-0 in ASEAN football tournament

SINGAPORE : Singapore kicked off the defence of the ASEAN Football Championship, with a match against Vietnam at the Nationa ...
bayar aje beribu.. main macam buah tersepit... panggil budak primary lagi puas hati... blah lah spore team!!
Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 14-1-2007 12:30 PM | Show all posts
ole...ole..ole..ole... lions..... bole............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 08:37 AM | Show all posts
LAGI KES ROMPAK DI JB

'TIBA-TIBA MEREKA BUKA PINTU DAN RAMPAS BEG'
Oleh
Suryani Omar

SUDAHLAH wang tunai dan pasport disamun di Johor Bahru (JB), kini isterinya, seorang penduduk tetap asal Malaysia, pula tidak dapat masuk ke Singapura.

Begitulah nasib bekas Pengarah Urusan Bridge Marketing Services, Syed Ahmad Syed Agil, bapa empat anak, apabila dua lelaki yang menaiki motosikal merampas beg isterinya di satu simpang di JB malam kelmarin.

Ini adalah kes rompakan keempat melibatkan warga Singapura dalam sekitar dua minggu.

Menyingkap kejadian sekitar 7.50 malam itu, Syed Ahmad, 51 tahun, ketika ditemui dirumahnya di Woodlands semalam, berkata beliau bersama isteri, Sharifah Sehah Syed Hamid, anak bongsu mereka dan adik Syed Ahmad, ke JB untuk berbelanja.

Mereka dalam perjalanan ke pasar raya Macro dekat Jalan Tebrau apabila kejadian itu berlaku.

'Saya berhenti kerana lampu trafik bertukar merah. Saya nampak ada motosikal mendekati sebelah kanan kereta saya tapi saya ingat mereka terlanggar kereta saya.

'Tiba-tiba mereka buka pintu belakang dan rampas beg tangan isteri saya. Macam cerita Hollywood,' kata Syed Ahmad.

Beliau cuba mengejar tetapi mereka lesap dalam sekelip mata.

Beg tangan itu mengandungi wang tunai; RM240 ($105) dan $250, lima pasport (termasuk pasport seorang lagi anak Syed Ahmad yang tidak ikut ke Johor), serta kad ATM dan kad pengenalan isterinya.

Akibat kehilangan pasport, rombongan empat orang itu terpaksa mendapat surat khas untuk pulang ke Singapura.

Bagaimanapun, Sharifah Sehah, tidak dibenarkan masuk ke Singapura kerana tiada kad pengenalan.

'Jadi dia harus buat kad pengenalannya di Malaysia dulu. Tapi saya khuatir proses ini akan mengambil masa yang lama kerana dia perlu bekerja,' kata Syed Ahmad.

Perniagaan isterinya di kantin sekolah adalah sumber pendapatan keluarga sejak Syed Ahmad berhenti kerja.

Buat masa ini, Sharifah Sehah menumpang di rumah kakaknya di Johor.

Beliau telah melaporkan kejadian itu ke Balai Polis JB.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 08:37 AM | Show all posts
BAKAL PENYEWA FLAT HANGUS $1,700 KEPADA 'EJEN' RUMAH
Periksa dulu melalui Skim Pendaftaran Pusat

Oleh
Saini Salleh

SEORANG lelaki dengan bersahaja mengenalkan dirinya sebagai ejen syarikat hartanah terkenal, PropNex, dan memungut $1,700 daripada bakal penyewa sebuah flat kononnya sebagai deposit.

Melihatkan surat perjanjian sewa yang mempunyai logo syarikat tersebut, bakal penyewa, karyawan asal India, tidak ragu-ragu menyerahkan wang tersebut kepada 'ejen rumah' yang dikenali sebagai Sadhique.

Karyawan tersebut dengan penuh harapan dapat memasuki flat tiga bilik di Bukit Batok yang disewanya itu untuk memulakan hidup baru di sini.

Namun, harapannya berkecai apabila beliau cuba memasuki flat itu.

Pemiliknya mendakwa tidak tahu-menahu flatnya telah ada penyewa apatah lagi menerima sebarang deposit.

Karyawan tersebut terus menghubungi ejen berkenaan tetapi tidak berhasil meskipun telah mencubanya beberapa kali.

Bukan saja karyawan tersebut, Sadhique juga dikatakan menipu dua lagi bakal penyewa dengan turut mengaku sebagai ejen PropNex.

Sadhique diberkas polis dan didakwa di mahkamah September lalu menyusuli tiga aduan yang masing-masing dibuat PropNex dan dua mangsa.

Dia didapati bersalah dan kini menjalani hukuman penjara 39 bulan.

Kes tersebut ditampilkan Naib Presiden I IEA, Encik Mohamed Ismail Gafoore, sebagai contoh bagaimana mudahnya orang ramai termakan helah mereka yang mengaku ejen rumah untuk menipu.

Beliau berkata masalah seumpama itu dapat dielakkan kerana pemilik rumah dan bakal penyewa kini boleh memeriksa kesahihan seseorang yang mengaku dirinya sebagai ejen rumah menerusi Skim Pendaftaran Pusat (CRS) yang dikenalkan Institut Ejen Hartanah (IEA) September lalu.

'Dengan adanya CRS, orang ramai boleh mengunjungi laman IEA di Internet untuk memeriksa sama ada ejen rumah yang bakal mereka dapatkan khidmat, diiktiraf atau sebaliknya.

'Ini akan dapat mengelak mereka daripada menjadi mangsa ditipu ejen rumah tidak beretika dan tidak bertauliah yang kerap berlaku sebelum ini,' tambahnya ketika ditemui di pejabat IEA di HDB Hub baru-baru ini.

Encik Mohamed Ismail, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, berkata adalah lebih terjamin selamat para pemilik yang mahu menjual beli atau me nyewa flat mereka mendapatkan ejen-ejen dalam senarai CRS.

'Jika timbul masalah, mereka boleh mengadu kepada IEA yang boleh mengambil tindakan menyingkirkan nama ejen terlibat daripada senarai CRS.

'Apabila nama ejen berkenaan disenaraihitamkan, bos-bos agensi hartanah lain tidak akan menggaji mereka dan ini akan menyukarkan mereka mencari makan dalam bidang hartanah,' tambah Encik Mohamed Ismail, sambil berkata bahawa sejauh ini pihaknya belum menerima aduan mengenai ejen rumah dalam senarai CRS yang terlibat dalam salah laku atau menipu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 08:38 AM | Show all posts
SYILING $900 DIKEBAS DARI KEDAI KOPI
SEORANG pemilik kedai kopi kehilangan duit syiling berjumlah $900 apabila kedainya dipecah masuk.

Polis berkata mangsa, seorang lelaki Cina berusia 50-an tahun, telah menutup dan mengunci kedai kopinya di St George's Road itu sekitar 12 malam.

Apabila pulang ke kedainya sekitar 5.35 pagi Jumaat lalu, mangsa mendapati salah satu daripada jeriji kedai tidak berkunci dan kedainya digeledah.

Beliau mendapati duit syiling - kesemuanya bernilai $900 - dan sebuah kotak yang mengandungi kad top-up telefon bimbit - kesemuanya bernilai $1,000 - hilang.

Kedai kopi itu tidak mempunyai sebarang kamera litar tertutup.

Dalam satu lagi kejadian, seorang wanita hilang wang tunai $15, telefon bimbit dan diari elektronik apabila beg tangannya dirampas.

Kejadian berlaku Khamis lalu di Jalan Besar, dekat Eminent Plaza.

Polis berkata mangsa, berusia 30-an tahun, sedang berjalan dari perhentian bas apabila seorang lelaki merampas beg tangannya dari belakang.

Mangsa cuba melawan tetapi terjatuh dan hilang genggaman begnya.

Pencuri itu dikatakan bertubuh kurus dan setinggi 1.6 meter.

Dia memakai kemeja-T dan berseluar jeans, dan dipercayai berusia 20-an tahun.

Sesiapa yang mempunyai maklumat bagi kes-kes tersebut diminta menghubungi polis di 1800-255-0000.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 08:39 AM | Show all posts
PENYAKIT DARI AIR TERCEMAR KENCING TIKUS
JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di Johor kini menghadapi ancaman dijangkiti penyakit leptospirosis berpunca dari air yang tercemar kencing tikus, yang sejauh ini telah meragut dua jiwa, menurut laporan semalam.

Dua lelaki dewasa berusia 40-an dan lewat 60-an tahun meninggal dunia pada 6 dan 8 Januari lalu, di Kangkar Tebrau dan Kampung Seri Purnama, di sini.

'Dalam kes ini, ia dipercayai berpunca daripada kencing tikur,' kata Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, kelmarin.

Menurut beliau leptospirosis boleh merebak menerusi kencing tikus yang bercampur dengan air banjir.

Bakteria itu boleh memasuki badan manusia menerusi kulit yang terguris atau tisu lembut dalam mulut, hidung atau mata.

Ekoran dia kematian itu, Datuk Abdul Ghani mahu semua mangsa banjir serta petugas di pusat pemindahan menitikberatkan kebersihan dan mendapatkan suntikan pelalian dengan segera. - NST, BHM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
Post time 15-1-2007 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 15-1-2007 08:37 AM
LAGI KES ROMPAK DI JB

'TIBA-TIBA MEREKA BUKA PINTU DAN RAMPAS BEG'
Oleh
Suryani Omar

SUDAHLAH wang tunai dan pasport disamun di Johor Bahru (JB), kini isterinya, seorang penduduk tetap  ...



scary man..............
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 08:38 PM | Show all posts
Holland Close murder: Man gets 3 years for killing wife and unborn child

SINGAPORE : A 51-year-old man who killed his pregnant wife, while under the delusion that she was using black magic against him, has been sentenced to three years in jail.
The sentence was backdated to 17 February 2006, the day after his arrest. Han John Han drove a sword into his wife's chest, ending her life. But immediately after the act, he turned himself in to the police. High Court Judge Choo Han Teck noted that Han's act caused the death of not only his wife, but also her unborn child. But the "psychotic delusion" which drove him to commit murder "passed as soon as the act was done". Justice Choo said he accepted that Han has since recovered from his mental illness and was "no longer a danger to himself or to others". He also had an "unblemished record" with a happy and close-knit family. "I think the sentence was satisfactory. The court has shown a lot compassion to the accused who was suffering from a mental disorder. And I think the court rightfully said he shouldn't be punished any further," said criminal lawyer Subhas Ananda. For the offence of culpable homicide not amounting to murder, Han could have been jailed for life or 10 years.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2007 08:25 AM | Show all posts
DIPUKUL DENGAN PARANG DAN MANGGA STERENG DI JB
SEORANG konsultan teknologi maklumat (IT) terpaksa menggigit jari apabila keretanya yang bernilai sekitar $40,000 dan barangan seperti komputer riba, telefon bimbit dan pemain MP3 yang bernilai $3,000 dilarikan dalam rompakan di Johor Bahru (JB) awal pagi Sabtu lalu.

Encik Fareed Hassan, 28 tahun, ayah seorang anak yang isterinya kini sarat mengandung, dirompak tiga lelaki bersenjatakan parang sekitar 3 pagi.

Menurutnya, tiga perompak berkereta itu sengaja melanggar keretanya dengan tujuan me maksa beliau berhenti.

Namun, mereka naik berang selepas mendapati Encik Fareed hanya ada RM10 ($4.50).

Beliau ketika itu baru sahaja selesai makan malam bersama abang ipar dan dua temannya di sebuah restoran di Danga Bay tidak jauh dari Koswe.

Ini rompakan kelima yang dilaporkan Berita Harian (BH) sejak dua minggu lalu.

Menceritakan pengalaman ngerinya itu, Encik Fareed berkata:

'Mereka kata: 'Orang Singapura apa awak ini? Pakai kereta dan makan di restoran, tapi tak bawa banyak duit'.'

Selepas itu, tiga perompak tersebut menolak Encik Fareed ke tempat duduk belakang kereta.

Salah seorang daripada mereka memandu kereta Encik Fareed manakala seorang lagi duduk bersama Encik Fareed.

Encik Fareed kemudian dipukul dengan parang dan mangga stereng keretanya.

Mereka kemudian memandu selama 45 minit sebelum melepaskan Encik Fareed di sebuah bandar dekat Impian Emas sekitar 4.15 pagi.

'Saya rayu kepada mereka, ambillah segala-galanya tapi jangan bunuh saya. Saya mahu pulang melihat keluarga dan bayi saya yang belum lahir,' katanya.

Menurut Encik Fareed, perompak itu menyerahkan kembali pasport beliau dan RM10 itu.

Meskipun kehilangan kereta dan barang-barang berharga, Encik Fareed lega kerana selain luka dan lebam, nyawa beliau terselamat.

'Semasa rompakan itu, saya yakin saya tidak akan hidup untuk melihat keluarga dan bayi yang belum lahir,' katanya, sambil menambah beliau tidak akan melawat Malaysia lagi sehingga JB benar-benar selamat dikunjungi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2007 08:26 AM | Show all posts
BANJIR DI JOHOR

HUJAN REDA, MANGSA BERKURANGAN
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus berkurangan pagi semalam setelah hujan mula reda sejak dua hari lalu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan kini berjumlah 97,073 orang daripada 22,513 keluarga di 278 pusat pemindahan.

Beliau berkata setakat ini banjir di Batu Pahat adalah terburuk dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 42,691 orang daripada 9,799 keluarga di 121 pusat pemindahan.

Bandar Kota Tinggi pula masih ditenggelami air akibat limpahan air Sungai Johor, yang memutuskan hubungan daerah itu dengan Johor Bahru dan Mersing sejak Jumaat lalu.

Panglima 3 Divisyen Tentera Darat, Datuk Zulkifeli Mohd Zain, menyifatkan keadaan di Kota Tinggi amat buruk dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara itu.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meninjau beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir di Johor, khususnya di Kota Tinggi.

Beliau tiba dengan helikopter di Padang Bukit Kerajaan di sini tepat 10 pagi dan kemudian menaiki bot tentera untuk meninjau keadaan di bandar Kota Tinggi.

Turut bersamanya ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, yang juga Anggota Parlimen Kota Tinggi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ketika ditemui wartawan, Datuk Seri Abdullah berkata:

'Saya telah memberitahu (Menteri Besar, Datuk Abdul) Ghani (Othman) supaya di pihak kerajaan negeri mesti ada kerjasama dan tindakan bersama dengan kerajaan pusat dalam usaha untuk memulih kehidupan mangsa banjir. Ia satu tugas yang sangat besar.'

Menurutnya, kerja memulihkan kehidupan mangsa banjir adalah lebih besar dan penting berbanding usaha menyelamat, memindah mangsa dan menghantar bantuan.

Beliau juga mahukan segala bantuan dan sumbangan diagihkan tanpa kelewatan dan hendaklah adil, tanpa mengira kaum dan kedudukan mangsa.

Datuk Seri Abdullah turut menarik perhatian, antara usaha penting yang perlu dilakukan ialah memastikan kedai dibuka dan berfungsi semula. - Bernama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.072104 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list