CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maza

Tauladan dari Turki, Keluarga : Aurat dan kerjaya

  [Copy link]
Post time 11-1-2007 09:48 PM | Show all posts
kalu keja tu menghalang anda daripada beribadat kepd Allah, baik berenti..
aku pernah keja kedai perabot cina kena berhenti sebab masa rehat aku g keluar sembahyang kat masjid...masa rehat tu!!!:agr:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2007 09:54 PM | Show all posts

Reply #21 ocimaru's post

yep...takpelah susah demi agame kan...?

dunia ni walau macam mane pun  kita bertungkus-lumus untuk memenuhi tuntutan "nya" last2 kita tinggalkan jugak...tinggalkan camtu jer...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 02:15 AM | Show all posts
ASM.
Eloklah kita ambil ikhtibar dari apa yang jadi di Turki, moga jangan jadi di Malaysia.
Bagi orang bekerja tak kira lelaki atau wanita, kalau kita rasa tempat kerja tu menyusahkan kita dari segi sosial atau Agama, eloklah tinggalkan dan hijrah tempat lain, seperti yang juga dianjur oleh sesetengah sdr. dan sdri.

Kalau kerja kita tu memang bercampur dengan segala macam orang, harus kita akan menghadapi cabaran besar untuk memelihara makan minum, pergaulan dan lain-lain. Ini adalah cabaran dan dugaan. Sejauh mana kita boleh menjaga Agama, disitulah letak nilai amal dan Iman.

Tentulah ada beza antara orang yang bekerja di pejabat daerah contohnya dengan orang yang kena bekerja di kilang milik Jepun atau orang Cina. Kalau kerja di Pejabat daerah contohnya, harus urusan harian kita tu mudah sikit, aku pun nak kalau diberi peluang. Contoh macam kat Kangar ke, kalau aku tak silap, ramai yang sempat hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, makan tengahari kat rumah, Alhamdulilah. Tapi kalau kita tengok kawan-kawan yang kerja kat kilang Jepun misalnya, setau akulah, masa bercatu. Nak sembahyang pun haru biru kadang tu. Tapi alhamdulillah lagi sebab Jepun tu bagi jugak sembahyang dan buat jugak lah surau. Kalau tak, tak taulah.

Wanita pula kalau bekerja tak jadi salah. Malah boleh bantu keluarga, bantu suami juga. Kalau suami gaji takat cukup makan, lagilah perlu, tambah pula zaman sekarang semua pakai duit. Jaga kehormatan diri dan jaga maruah. Sebaiknya biladah naik pangkat tinggi, silap-silap jadi GM ke, CEO ke, Deputy Director ke, elok kekalkan ciri-ciri kewanitaan Islam yang baik, seperti pakai tudung dan lain-lain lah. Bukan apa, tak kira setinggi mana sang isteri pergi, tetap jatuhnya ditapak tangan suami juga. Tetap hakikat sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak tak kan berubah. Tetap kalau suami kata jangan buat, isteri kena patuh. Kalau tak patuh atas apa alasan pun, kesannya pasti ada. Serupa seperti kalau anak derhaka pada Ibunya, tak kisah sang anak ni Boleh beli dunia dan isinya sekalipun dan si Ibu hanya Ibu tua yang bercakap pun dah tak berapa lurus, Pasport Akhirat si anak tetap ada bawah tapak kaki si Ibu.

Satu hal yang aku risau sekarang, institusi kekeluargaan Islam di Malaysia nampak macam agak terganggu. Peranan suami kita sudah maklum. Kini isteri juga tak kurang hebat peranannya dalam menyara keluarga dan akibatnya secara perlahan, merenggangkan hubungan, baik antara suami isteri maupun anak-anak. Aku pernah satu ketika naik komputer balik kerja. Waktu tu pukul 10 malam lebih kurang. Disebelah aku ada anak dara dan 2 orang lagi kawannya dekat aku yang aku rasa sedang dalam perjalanan balik ke rumah. Depa nampak macam orang berada, tak pakai tudung tapi pakai cap yang duduk sebelah aku telepon mak dia sebab nak bagi tau diorang dalam komuter nak balik. Tapi si mak cakap, dia ada dinner malam ni, tak ada di rumah. So anak dara dia kata okey! dan tanya kawan dia "kita nak pegi mana lagi lepas ni?" depa sambung lagi berjalan dan huha sedangkan waktu tu sepatutnya orang muda sebaya dia dah ada dirumah, tidur ke , apa ke, bersiap untuk sekolah esok hari!

agaknye yang jadi mat rempit tu pun sebab gini jugaklah kot...

Apa pun, moga keperitan beragama di Turki, Bosnia, dan lain-lain tempat di dunia ni tak jadi lah di Malaysia. Tapi kadang tu, keperitan hidup dan kesusahanlah yang menjadikan seseorang itu cekal dan kuat pegangannya...

maaf kalau aku terkasar bahasa, ma'asalamah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 08:56 AM | Show all posts
kalau semua laki macam malaikat
boleh la kita dok rumah berehat goyang kaki jaga anak
tak payah susah kerja
gerenti laki balik bagi makan
dibuatnya laki lari macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 11:04 AM | Show all posts
ASM.
Sekarang ni susah kalau nak harap suami saja yang bekerja seorang untuk sara keluarga. Harus tak cukup, kecualilah kalau suami betul-betul mampu. Lagipun isteri yang bekerja ni banyak kelebihan juga. Dia banyak dapat bergaul dengan orang, dan cara berfikir pun lebih matang. Berlainan juga kalau dibanding dengan orang perempuan yang tak bekerja. Pendedahan pada masyarakat pun lebih. BAgi wanita bekerja yang menjaga aurat, jaga kehormatan diri dan keluarga, harus pula jadi contoh teladan pada anak-anak terutama kalau ada anak perempuan. Kadang tu, jadi contoh pada suami pun.  Contohnya, si isteri perlu buat masters sebab kerja dia perlu kepada kepakaran tertentu. Suami secara tak langsung tersentuh egonya dan dia pun buat master jugak! Lepas 2 tahun, dua-dua ada master dan yang kelakar, grad pun sama pulak! anak-anak tumpang happy bila ambik gambar lepas konvokesyen! alhamdulillah. Kalau jenis yang gini, moga terus diberkati.

Cuma yang kita kena renungkan ialah peranan wanita yang sebenar ada di mana. Auratnya dan kerjayanya tak pernah menghalang dia untuk berjaya tetapi dia perlu tahu siapa dirinya, apa tanggungjawabnya, apa tujuan hidupnya. Kalau dia faham, insyaAllah tak jadi yang buruk malah yang baik selalunya yang jadi.

Suasana di Malaysia tak sama dengan di Turki dll. tempat di dunia ni, bila kita bercakap pasal aurat wanita dan kerjaya. Ada satu tempat di dunia ni contohnya, wanita Islam bebas beragama tetapi amat terbatas bila nak minta kerja, bila nak belajar, hatta nak ambil lesen memandupun susah sebab pakai tudung. Jenuhlah turun naik pejabat "JPJ" baru boleh dapat lesen. Aku rasa keadaan tu harus tak ada di Malaysia. Macam di Turki juga, bila bertudung susah lah hidup gamaknya. Menitik airmata menjaja degree dan sijil belajar tinggi tapi tak laku sebab bertudung dan Islam. Bila ditanya mengapa jadi gitu, katanya sebab orang dah salah anggap Islam ni suatu yang merosakkan, Xtrim, menolak dunia, dll. lah yang nanti akan menyusahkan majikan kalau diambil kerja. Apa nak kata, bukan negeri kita. Kita cuma berdoa untuk kebaikan dan moga Malaysia tak sampai jadi gitu...Tak boleh juga salahkan orang, harus salah orang Islam juga rasanya. WaAllahua'lam!

Apa pun, aku rasa kalau seorang Isteri tu boleh dan mampu untuk tidak bekerja dan mampu menumpukan perhatian pada anak-anak, hasilnya insyaAllah memang baik. Dia boleh tengok anak-anak dia membesar, mengasuh mereka, bercerita, dan berkongsi banyak hal dengan anak-anak. Budak-budak secara otomatik akan jadikan mak ayah dia contoh kerana dia rasa tidak disisih dan ditinggalkan. Kita boleh hitung setiap tahun anak-anak membesar dan suatu hari apabila dia sudah berumur 19, 21 tahun, kita boleh bercerita bersama dia, mengimbau saat-saat dia membesar dan dia akan rasa bangga kerana Ibunya dan ayahnya sentiasa ada disisi sepanjang usia remajanya...yang amat amat penting dalam proses menjadi manusia berguna...tetapi amat pula tidak diteliti oleh kebanyakan orang hari ini.....apa nak buat, tuntutan dunia, makan minum dan lain-lain menjadikan kita masyarakat yang begini sekarang.

APa pun, kebaikan itu datang dari Allah tapi usaha pada manusia. Siapa berusaha untuk jaya, insyaALlah Dia akan beri...

salam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2007 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by klkl at 12-1-2007 08:56 AM
kalau semua laki macam malaikat
boleh la kita dok rumah berehat goyang kaki jaga anak
tak payah susah kerja
gerenti laki balik bagi makan
dibuatnya laki lari macam mana


Maha suci Allah yg menciptakan kita menjadi manusia... yg mempunyai akal.. yg diberikan nafsu dan diimbangi amanah....

Sebagai manusia yg punyai cukup sifat kemanusiaan, pastinya akan didatangi pelbagai ujian dan ianya tidak stereotype... Jika Allah s.w.t hendak menjadikan manusia/lelaki itu taat semata2; disuruhnya berdiri tegak, maka dia berdiri tegak, atau jadikan kesetiaannya sbgimana setianya malaikat - maka elok shj makhluk bernama manusia ini dicipta seumpama pokok, atau sebangsa batu yg kerjanya berzikir kpd Allah..

Tetapi itu bukanlah matlamat 'kejadian manusia' iaitu sbgimana yg tlh diterangkan Allah dlm Al-Quran, "Aku ciptakan Jin dan Manusia semata2 utk tunduk (beribadah) kepada Ku".. dan dlm petikan yg lain juga Allah tlh menerangkan, "adakah kamu fikir kamu sudah beriman, sedangkan Allah belum lagi menguji kamu:......"

Lantaran itu manusia diciptakan dgn pelbagai ragam dan rentak utk mereka saling kenal-mengenali kemudian merujuk pengenalan itu utk bersaksi ke atas keagungan Ilahi.

Apa yg dibayangkan tujahan idea saudara itu, seolah2 pihak saudara takut dgn bayang2 sendiri.. dan tidak yakin dgn diri sendiri.. atau tlh tersalah membuat pilihan... takut yg membabi buta, sentiasa dimomokkan dgn kepentingan dunia...ketika memilih pasangan lebih mementingkan nafsu drp keyakinannya aka imannya...

sebagaimana Allah s,w.t tlh berfirman antara petikkannya ialah, "Lelaki2 yg baik adalah untuk perempuan2 yg baik"

Begitu juga cth tauladan yg Muhammad Rasulullah s.a.w berikan dlm memilih pasangan sejak awal lagi.. iaitu berkenaan kufu (taraf) dimana Nabis s.a.w menekakan bahawa pendidikan (agama & iman) harus menjadi pilihan keutamaan dlm membuat pilihan...

sekiranya benar2 kita tlh mengikuti segala saranan dan jalan yg dijelaskan oleh Al-Quran dan Sunnah.., buat apa kita risaukan.. segala2nya dlm genggaman-Nya...reseki ditangan-Nya, jodoh juga ditangan-Nya, ujian adalah ditangan-Nya... atau kita sendirinya mengaku tetapi tidak percaya... lantaran itu menyalahkan semua org lelaki tidak berakhlak seperti malaikat....takut dgn diri sendiri bukan kpd sang Pemberi...

fikir2kanlah...

Berkata ttg iman... masih juga teringatkan sabda Nabi s.a.w, bahawa; "iman itu umpama roda, sekejap di atas sekejap di bawah"... Kalalulah kita tlh memilih mengikut apa yg disarankan oleh Allah dan Rasullnya.. dan masih juga terkucil ditgh jln.. itulah dinamakan ujian sbgimana petikan ayat Al-Quran di atas... dan sudah pasti ada jln keluarnya.. dan jln keluar sebaik2nya terletak di 'tangan' Allah...

Apa yg penting ialah... kita haruslah menjalankan tanggungjawab yg sebenar, peranan yg tlh termaktub, mengikut fitrah kejadian.. kalau ada kelebihan dan keistimewaan yg diberikan oleh-Nya, itulah dinamakan Rahmat, dan ianya dtg dgn amanah a.k.a tanggungjawab. Disini kita bicarakan jadilah ibu yg mithali, wanita yg dikasihi, permata dunia adalah wanita solehah, dan wanita solehah bukanlah wanita yg LEMAH.. mereka yg bertanggapan begitu; wanita solehah adalah lemah, sesungguhnya mereka itu sebenarnya lemah akalnya....

apa yg disarankan disini ialah...kita mengajak agar kaum wanita dan lelaki kita, kenali dan kembali kepada peranan dan tanggungjawab masing2 yg sebenar,  dan bertindak diatasnya.. bukannya mewujudkan atau menambahkan masalah dgn mewujudkan 'tanggungjawab maya'.

Disini tidak pula kita menyeru agar semua wanita utk tidak bekerja... tetapi kenali peranan utama mrk!!..... agar generasi yg dilahirkan kelak adalah generasi yg sentiasa didlm keredhaan Allah yg blh memberikan syafaat di dunia dan akhirat.. bukannya generasi yg dok perlekehkan mak bapak sesudah mrk dewasa... atau menambah beban kita..krn salah kita terlalu asyik dgn pembangunan ekonomi..yg kita tamakkan itu...

Bersyukur dan berusaha seadanya....

salam

[ Last edited by  maza at 12-1-2007 01:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2007 12:20 AM | Show all posts
ASM.
aku setuju dengan apa yang maza nyatakan di sini. Mudahnya masing-masing kena tau tanggungjawab dan batas masing-masing dalam hidup. Macam yang aku pernah kata dalam salah satu tread yang lain dalam forum ni, komponen sebuah keluarga tu 3, suami yang penyayang, isteri yang baik dan anak yang soleh. Kalau salah satu tak ada, keluarga jadi pincang dan hasilnya pun tak baik pula.

Penyayang tu antara sifat paling utama kena ada pada lelaki, seorang pemimpin, seorang suami. Kerana tu, Allah Taala meletakkan "Ar-rahiim" dalam kalimah Basmallah yang kita dok baca sentiasa tu...

Baik tu sifat paling mulia bagi seorang perempuan. Kerana tu Allah nyatakan dalam AL-Quran, "Lelaki2 yang baik, untuk perempuan2 yang baik". Baik ni bukan kecik hal punya urusan

Soleh tu sifat terbaik sorang anak. Sebab tu antara 3 perkara yang terus hidup setelah seorang tu mati adalah doa anak yang soleh. Doa anak soleh ni meliputi seluruh rohaniah keluarga, bukan takat mak ayah dia aje! besau tu...

Dan soleh inilah penyambung setiap silsilah manusia kerana setiap kita adalah anak...jadi Ibu atau Ayah belum tentu lagi !

Jadi bila anak soleh, setiap sifat dalam asma-ul-Husna tu akan terpancar dan tercerna dalam tiap rohani anak, yang nanti akan jadi suami atau isteri...jadi lengkaplah seorang manusia tu sebagai manusia Islam...cycle ni terus dan terus berpusing sampai akhir zaman...begitulah adanya secara mudah aku lukiskan...

salam dari aku fakir yang tiada...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2007 01:31 AM | Show all posts
Emm... mcm mana nak dapat anak soleh... kalau kita cakap ibu itu penting dalam mencorak didikan anak2, ada pulak yg melenting...

Ibu adalah contoh tauladan anak2 yg paling dekat.., kerna ia mempunyai hubungan yg rapat dgn si anak... dari dlm perut hinggala h ke liang lahat...

Baiknya sesorg  ibu itu, insyaallah maka akan baiklah segala2nya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2007 02:31 PM | Show all posts
overall setuju dgn sikomeng
tapi tula
lelaki kat m'sia kena buktikan betul2 bhw
mereka boleh dipercayai dan b'tanggungjawab
barulah wanita2 yg ada sedia bertugas sepenuh masa
di rumah
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 17-1-2007 05:12 PM | Show all posts
budaya bertudung litup dikalangan masyarat kita di malaysia terjadi selepas revolusi iran oleh ayotullah khomeini..sebelum ni jarang kita lihat perempuan melayu bertudung penuh..kebanyakkan pakai selendang je..kira nampak rambut la gak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by yusrin at 17-1-2007 02:31 PM
overall setuju dgn sikomeng
tapi tula
lelaki kat m'sia kena buktikan betul2 bhw
mereka boleh dipercayai dan b'tanggungjawab
barulah wanita2 yg ada sedia bertugas sepenuh masa
di rumah



... apakata kalau kita sediakan ttg hal itu dgn "DIRI KITA Sendiri" dulu... tak yah nak nantikan 'semua kaum lelaki' buktikan yg mrk blh dipercayai dan btggungjawab.... (kalau nak kira 'semua kaum lelaki M'sia bertggjwb, tak payah tengok hari ini, dari dulu lagi, sblm Islam hinggalah ke akhirat kelak ..takkan jumpa 'semua lelaki M'sia itu btggjwb)

sbbnya Islam itu bermula dgn 'ganjil dan berakhir dgn ganjil juga' (maksud sebuah hadis).. bermula dgn 1 dan berakhir dgn sorg juga.. Islam tidak bermula dgn tiba2 banyak dan berakhir dgn banyak...

Teringat pula ayat Allah dlm surah an-Nur: 26,

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk laki-laki yang keji, danlaki-laki yang jahat adalah buat wanita-wanita yang keji, danwanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-lakiyang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."

...lagipun perkataan 'semua kaum lelaki' tu berat tu.. statement kat atas tu mcm nak berselidung dan melarikan diri aje.... :lol

Ibu solehah...insyallah anak pun soleh.. mcm citer Imam As Syafiee... Nabi Ismail a.s. pun cam tu gak...

[ Last edited by  maza at 18-1-2007 09:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 12:12 PM | Show all posts
saya setuju dgn byk points dalam topik ini. sememangnya kita kena muhasabah diri & memulakan dgn memperbaiki diri terlebih dahulu barulah kita memperbetulkan orang lain.  

pada masa yg sama juga, kita seharusnya sanggup menerima teguran walaupun datang dari sumber yg tidak sempurna, kerana tiada yg sempurna di dunia ini melainkan Allah SWT sahaja. hidup saling ingat-mengingati seperti dalam surah Al-'Asr.

perbincangan tentang siapa yg harus memulakan proses pembangunan keluarga ini kadang2 seolah perbincangan tentang ayam - yang manakah wujud dahulu, telurnyakah atau ayamnya yang wujud dulu.

kaum lelaki mengatakan, si ibu lah yg patut dimulai pembetulannya, manakala kaum perempuan mengatakan kaum lelaki tidak semuanya boleh 'diharap' untuk bergantung hidup.

pada saya, dalam keadaan sekarang, boleh jadi kedua-duanya ada hujah masing2. yang perlu, semua pihak kenalah insaf akan diri & tanggungjawab mereka, pertama-tama sekali terhadap Allah SWT. selepas hubungan dgn pencipta kita itu diperbetulkan, inshaAllah hubungan kita sesama manusia akan menjadi betul.

Allah SWT knows best.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 07:14 AM | Show all posts
ASM.
Aku setuju dengan Mulan.
setakat tau aku yang sikitt ni, orang lelaki lah yang patut memulakan apa usaha pun kearah melahirkan keluarga yang berjaya. Isteri dan anak-anak tentu akan ikut kalau apa yang dibuat oleh suami/bapa tu baik untuk keluarga.
Usaha untuk jadi baik ni kadang tu memang susah nak buat. Moga kita semua jadi orang yang bermanafaat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by dempol at 17-1-2007 05:12 PM
budaya bertudung litup dikalangan masyarat kita di malaysia terjadi selepas revolusi iran oleh ayotullah khomeini..sebelum ni jarang kita lihat perempuan melayu bertudung penuh..kebanyakkan pakai ...


hehehehehe...
mcm mak2 datin kita laa...
tudung kepala x tudung JAMBUL...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 11:17 PM | Show all posts

Reply #33 sikomeng's post

ah susah lah camni pakai tolak>tolak  plak....

camni lah kengkawan sekalian....

maksud saudara Maza tu, bila ada lelaki jadi jahat, takkan semua pompuan pun jadi jahat...

takkan nak tunggu lelaki baik dulu kot baru semua nak jadi Isteri solehah...

sapa nak buat lah dulu...tak kisah...

cuma apa yang disampaikan oleh saudara Maza tu adalah sifat fitrah terbaik untuk wanita je...
kalo tak pecaye buat lah yang lain, yang berlawanan dengan suruhan Allah...

mungkin ada baiknya tapi bahaya yang menanti adalah di luar jangkauan kita... macam dikatakan oleh post Maza tu, TAK BERBALOI JADINYE...

[ Last edited by  ussopp at 19-1-2007 11:18 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2007 03:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2007 10:31 PM | Show all posts

Reply #36 maza's post

apasal baju die jarang2...

kalau dapat baju kurung biase pun elok dah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2007 10:57 PM | Show all posts

Reply #37 ussopp's post

Entahlah... tu pun maza pelik gak...

kena tanya dgn tuan badan nie.... almaklumlah 'Puteri' tu.. SAYAP parti tu....

Barangkali dia terlupa agaknya adap nak tilawah tu..., (tak der siapa berani tegur kot)....main pakai apa yg blh tercapai dan tak sempat nak tukar kot....   

atau nak tunjuk perubahan fesyen muslimah ker....
atau nak tunjukan ke fleksibiliti-an ker..



tapi bgi maza sendiri.... (rasanya mika pun  dah faham dah)... mcm tak kena ajerk?!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 11:00 PM | Show all posts
Tu kat Malaysia.

Macamana pulak di masjidil haram yang pakai tudung ala sari dan nampak telinga!?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 11:05 PM | Show all posts

Reply #38 maza's post

memang tak kene tu...

jelas sangat...

takkan takde sorang pun rase kekok...hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.081742 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list