CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maza

Tauladan dari Turki, Keluarga : Aurat dan kerjaya

  [Copy link]
Post time 26-1-2007 11:20 PM | Show all posts

Reply #39 ibnur's post

mesti la kena pakai elok2, baru betui...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2007 04:23 PM | Show all posts
cik zahida ni takde ayah/abg/adik lelaki ke nak kasi tegur ttg pakaian tu? nampak mamat kat tepi tu macam senyum tak kisah jer gayanya?

yg tepek kat sini tu apa tujuan yer? women bashing ke? harap tak lah.

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 11:31 PM | Show all posts
Originally posted by Mulan at 28-1-2007 04:23 PM
cik zahida ni takde ayah/abg/adik lelaki ke nak kasi tegur ttg pakaian tu? nampak mamat kat tepi tu macam senyum tak kisah jer gayanya?

yg tepek kat sini tu apa tujuan yer? women bashing ke?  ...



UMNO bashing.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 28-1-2007 11:31 PM



UMNO bashing.



gambar tu memalukan ler...tak sanggup aku tgk ADAB sebegitu dipamerkan di hadapan Al Quran yg mulia....

apa semua dah buta mata, pekak telinga dan bisu ker????
Reply

Use magic Report

This user has been deleted
Post time 29-1-2007 01:55 AM | Show all posts
Akhlak berasaskan adat
Ekonomi berasaskan kapitalis
Politik berasaskan demokrasi
Islam label sahaja, macam daging tut... dilabel logo halal jakim.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 10:07 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-1-2007 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by Mulan at 28-1-2007 04:23 PM
cik zahida ni takde ayah/abg/adik lelaki ke nak kasi tegur ttg pakaian tu? nampak mamat kat tepi tu macam senyum tak kisah jer gayanya?

yg tepek kat sini tu apa tujuan yer? women bashing ke?  ...


pertamanya sebagai pengajaran

keduanya..... nak tau apa response kau org....

ketiganya...takkan nak butakan mata aje bila org buat tak elok....

keempatnya... takkan nak salahkan 'apalah daya aku - hanya mampu nasihat dlm hati aje..." memilih selemah2 iman, walhal banyak perkara lain yg boleh di lakukan....
Reply

Use magic Report

This user has been deleted
Post time 29-1-2007 12:18 PM | Show all posts

Reply #46 rainbows's post

tambah2 jangan malu2 ,

Sebagai pembuka minda, Islam sebagai jalan hidup@deen, bukan "religion"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


This user has been deleted
Post time 29-1-2007 12:34 PM | Show all posts
Gambar tu hasil dari sistem yang rosak, jangan serang individu, sebab itu hanya mangsa produk kepada sistem yang rosak dan masih seorang muslim yang mulia. Kita serang sistem.

Note: Aku bukan budak punk yang "tut... the system"
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 12:46 PM | Show all posts


harap2, kejadian pelik tetapi benar cam ni bolehlah  dikurangkan dan dihapuskan terus...

memang niat diorang baik tapi .......
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 07:51 PM | Show all posts
Sekadar tambahan:

Bertudung tapi nampak jambulnya: Amalan orang Yahudi.

Fikir2kanlah.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 03:10 PM | Show all posts
Erdogan mahu batal larangan pakai tudung


Cadangan sebahagian daripada rombakan Perlembagaan Turki


ANKARA: Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan menyuarakan hasrat menarik balik pengharaman pemakaian tudung di universiti di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Beliau dipetik Financial Times berkata, cadangan itu adalah sebahagian daripada rombakan Perlembagaan Turki.

"Hak wanita mendapat pendidikan tidak seharusnya disekat hanya kerana ketrampilan mereka. Perkara itu tidak pernah wujud di kalangan masyarakat Barat, tetapi keadaan sebaliknya di sini. Sehubungan itu, saya percaya ia menjadi tanggungjawab utama ahli politik menyelesaikan masalah itu," katanya dalam temubual dengan akhbar itu di sini.

Kenyataan oleh pemimpin Parti Pembangunan dan Keadilan (AK) yang memerintah selepas meraih kemenangan besar mandat lima tahun dalam pilihan raya Julai lalu, dilihat boleh mencetuskan ketegangan baru dengan kelompok elit sekular, termasuk kalangan jeneral tentera.

Ini disebabkan jeneral tentera menuduh Erdogan sememangnya mahu memantapkan kedudukan Islam di Turki.

Pihak sekular sememangnya menganggap pemakaian tudung sebagai ancaman simbolik terhadap dasar lama Turki mengasingkan negara dan agama.

Mereka juga bimbang sebarang tindakan pembatalan pengharaman itu boleh memberi tekanan sosial terhadap wanita yang tidak menutup aurat untuk mula memakai tudung di Turki yang sememangnya didiami ramai umat Islam.

Bagaimanapun, Parti AK sudah menegaskan yang persoalan itu membabitkan hak kebebasan bersuara. Larangan pemakaian tudung di kampus dikuatkuasakan pada 1982 iaitu selepas berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera.

Kerajaan Erdogan sudah berikrar menggantikan Perlembagaan era tentera dengan dokumen baru yang memberi tumpuan khusus kepada hak asasi individu dan kebebasan yang selaras dengan syarat ditetapkan Kesatuan Eropah (EU) � blok yang ingin disertai Ankara.

"Kami mahukan Perlembagaan yang dapat memberi perlindungan serta jaminan yang negara itu berlandaskan undang-undang demokratik, sekular dan kepentingan sosial. Perlembagaan ini bakal meletakkan Turki di haluan sebenar dan sudah menjadi kewajipan kita membahaskannya serta membincangkannya dengan seberapa ramai rakyat," katanya.

Parti AK ketika ini membahaskan deraf teks yang dirangka sepasukan pakar undang-undang. Media tempatan sebaliknya berkata mereka masih bertelagah mengenai cara sesuai menyenaraikan isu tudung dalam Perlembagaan itu.

Pihak tentera yang sejak sekian lamanya menganggap dirinya sebagai �penjamin mutlak� peraturan sekular, sememangnya memantau debat itu dengan rapat. Malah, selain pihak tentera, pasaran saham Turki juga tidak terkecuali melihat perkembangan itu.

- Reuters-

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 12:34 AM | Show all posts
up2....rasanya ada kena mengena thread ni ngan thread tabbarujj terutama dalam perbincangan di page 6 dan 7
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 09:52 PM | Show all posts
kalu di malysia susah woo, laki kaya tak pe, peempuan kaya tak pa, tapi skrg belajar dah lah pinjam ptptn, abis belajar muda2 mesti keja cari duit pegalaman, sara mak bapak yg tua,byr keta/rumah, berhadapan risiko penceraian, laki mati, oku, bapaibu tunggal, sapa nak tanggung kehidupan sehingga tua, nak sara anak2 lagi? kena keja jugak..kalau susah sgt bukak taska je kehidupan skrg semuanya $$$
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 12:58 AM | Show all posts

Balas #54 ninja boy\ catat

tulah kalo ikut rentak dunia, dunialah kita.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2010 01:22 AM | Show all posts
up. thread ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2010 09:23 AM | Show all posts
kalau semua laki macam malaikat
boleh la kita dok rumah berehat goyang kaki jaga anak
tak payah su ...
klkl Post at 12-1-2007 08:56



   

Assalamualaikum kiki,

Sebab itu kena ler ikut pesanan Rasulullah saw pabila ingin mencari calon laki.
Jangan pi cari kat pub, lounge, chat, YM , padang bola yang belum tentu hujung pangkal haluan nya......

Kebanyakkan cari yang handsome, kaya, berjawatan.......

Alim ulama pernah berkata, "Rugi lah suami yang mempunyai isteri yang bekerja"
Telah lama teman renungi dan telah memahami kata katanya itu.

Sememang nya teman rugi kerana mempunyai isteri yang bekerja.
Kita hanya untung dari segi ekonomi/kewangan sahaja.
Tetapi kerugian besar adalah mendidik anak anak.
Masa utk bersama mereka hanya sedikit sahaja.

Tetapi apa ada pada harta benda ini?
Ia hanya lah bersifat sementara.

Teman membenarkan kenyataan MAZA.
Sekira di dalami peristiwa ini.............banyak HIKMAH nya.

Umat Islam di galak bekerja sendiri yakni berniaga.
Para isteri di muliakan kedudukan nya di sisi Islam.
Yakni menjadi seorang isteri, ibu dan pendidik kpd lelaki dan juga anak anak nya.
Mendidik anak2 mengikut acuan nya sendiri. (sekiranya dier sendiri berILMU berlandaskan Islam)

Wanita perlu mempunyai ilmu.
Belajar lah setinggi tinggi yang mungkin.
Kembali dan didik lah anak anak anda dgn ilmu tersebut.

Jangan jadi seperti oghang oghang tuer kita yg mendidik anak2 dgn 'menakut nakutkan' mereka.
Contohnya.
"Masuk laaa ke bilik tu, ada cockroach."

Contohi lah para sahabat r.a. yang mendidik anak anak mereka mengenal Allah.
Seperti ini. (sudah kerap kali kita membaca dan mendengarnya)

Ibu : masukkan sedikit air ke dalam susu, wahai anak ku. (utk membanyakkan jualan)
Anak: Bukankah Amirulmukminin sudah melarang.
Ibu : Tidak apa. Amirulmukminin tidak nampak.
Anak : Tetapi Allah nampak!!


Begitu juga lah berkenaan sekelompok budak budak sedang bermain.
Kelihatan seoghang kanak kanak sedang menangis.

Umar : Kenapa kamu menangis dan tidak bermain dgn yang lain?
Budak: Tadi saya melihat ibu sedang menyala api. Dia memasukkan ranting yang kecil kecil dahulu. Pabila api sudah besar, baru dier memasukkan ranting ranting yang besar besar.
Umar: Jadi, apa masaalahnya?
Budak: Kalau begitu lah.......saya rasa Allah akan memasukan kanak kanak terlebey dahulu ke dalam api neraka (utk membesarkan api nya) sebelum di masukkan oghang oghang dewasa.

Oooopppsss.............
Dah Out of Topic.

Minta maap.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2010 02:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nape?Tak caye? at 19-6-2010 17:41

Maza ni Mufti Perlis tu ka?

aku rasa memang sekarang ni kita dah dapat "bayaran" hasil dari ibu ibu yang bekerja...
persekitaran kita sekarang ni juga mendorong wanita bekerja ...
coba kita lihat kebanyakan lelaki lelaki kita , yang isap dadah gam pil ...malas bekerja ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 10:26 PM | Show all posts
Reply 58# Nape?Tak cayed

dari dulu sampai sekarang pattern sosial manusia sama sahaja, yg berubah hanyalah teknology...

dulu2 pun ada wanita yg terdesak bekerja dan lelaki malas.

wanita tidak haram bekerja, cuma kita kena stick dgn kaedah Islam dgn kedudukan terbaik wanita adalah di rumah, itu yg terbaik.

bukan bermakna mereka tidak boleh bekerja boleh, cuma yg terbaiknya ialaH JIKA MEREKA menjadi suri rumah. itulah yg the best.

jgn mewar-warkan bahawa semua sudah sama rata. TIDAk.

peranan lelaki dan wanita mmg berbeza. tetapi jika kes2 terpencil tertukar peranan, biasalah.
sebab kdg2 lelaki jaga anak gak, wanita kerja gak.

tetapi perlu diingat secara dasarnya, jika tidak ada apa2 hal, biarlah lelaki unik dgn peranannnya dan wanita unik dgn peranannya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 11:24 PM | Show all posts
Reply  Nape?Tak cayed

dari dulu sampai sekarang pattern sosial manusia sama sahaja, yg berubah ha ...
ussopp Post at 20-6-2010 22:26


betul tu.. tp sekarang ni banyak sangat lelaki malas... yang masuk serenti pun banyak ..kadang kadang aku kesian kat wanita ni..
kalo lah aku dpat mengubah keadaan ni ....
kesian aku lihat budak budak, kecik kecik dah xda masa bermanja ngan mak bapak...
sebagai contoh ...

mak bapak pegi kerja pukul 5.30 pagi ..nak elak jam ...
balik kurang kurang pukul 6.oo pm ( letih  seharian kat luar )
anak anak ke sekolah ... kadang pukul 3.00 pm baru balik rumah ...x jumpa mak bapak... ( pegio main lah jawap nya)
petang lepas main mandi tengok tV tido ...
langsung tiada masa ngan mak bapak...
kalo mak bapak prihatin adalah main main ngan anak ....

bagi mak bapak yang tak kesah punya ..pukul 9.00 dah terlingkup ( tidolah )

mana ada masa ngan anak anak ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.082884 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list