CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7787|Reply: 25

Dunia Melayu Tanpa Budaya

[Copy link]
Post time 11-1-2007 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by fleurzsa at 19-1-2010 15:07

Salam,

Cuba fikir....

Apa akan berlaku sekiranya budaya tidak diwujudkan di dunia ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2007 02:45 PM | Show all posts
Mungkin manusia hidup seperti binatang.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:21 PM | Show all posts
mungkin juga tidak akan wujud ketamadunan manusia....
spt empayar cina, rom, india + islam yg gemilang
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 11:04 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 11-1-2007 02:44 PM


Apa akan berlaku sekiranya budaya tidak diwujudkan di dunia ini?


Sekiranya budaya tidak diwujudkan di dunia ini maka manusia akan hidup berbogel, tidak akan makan, hidup bersendirian, tidak minat bercinta, tak mau berforum dan mati pun nanti dicampakkan saja ke sungei.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 11:28 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 11-1-2007 02:44 PM
Salam,

Cuba fikir....

Apa akan berlaku sekiranya budaya tidak diwujudkan di dunia ini?


Tunggang langgang..tak berperaturan...tidak akan wujud sistem sosial...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2007 02:12 PM | Show all posts
Apabila kita berbincang ttg budaya, secara tak langsung ia menyentuh ttg wujudnya seni.

Why? Bcz seni adalah satu bentuk komunikasi sejagat dgn pelbagai budaya n peradaban. Merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan ttg nilai, kepercayaan dan sikap sosial dlm sesuatu budaya.

So, kalo tak der budaya, tak der la seni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-1-2007 02:12 PM | Show all posts
Apabila kita berbincang ttg budaya, secara tak langsung ia menyentuh ttg wujudnya seni.

Why? Bcz seni adalah satu bentuk komunikasi sejagat dgn pelbagai budaya n peradaban. Merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan ttg nilai, kepercayaan dan sikap sosial dlm sesuatu budaya.

So, kalo tak der budaya, tak der la seni....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 11-1-2007 11:04 PM


Sekiranya budaya tidak diwujudkan di dunia ini maka manusia akan hidup berbogel, tidak akan makan,
hidup bersendirian, tidak minat bercinta, tak mau berforum dan mati pun nanti dicampakkan sa ...


   atau separuh bogel  he he.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


grugals This user has been deleted
Post time 17-1-2007 11:24 AM | Show all posts

Reply #1 fleurzsa's post

takda kaum kot..atau kita tak kena asal usul kita..:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 01:10 AM | Show all posts
dunia tentu tidak teratur without budaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 01:10 AM | Show all posts
tentu tak dapat berforum di mana-mana portal.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 01:11 AM | Show all posts

Reply #2 fleurzsa's post

mungkin juga manusia tak kenal binatang
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 01:12 AM | Show all posts

Reply #7 fleurzsa's post

semesti ke dua2 tu ada :hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 03:02 PM | Show all posts
Budaya adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan dan berfikir atau kemajuan akal budi. Alam Melayu atau Dunia Melayu yang wujud tidak kurang 3,500 tahun dahulu telah didiami oleh orang-orang Melayu.  

Kebudayaan Melayu yang ada sekarang ini sebenarnnya telah mengalami proses persambungan dan perubahan mengikut penyesuaian keadaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 03:03 PM | Show all posts
Abdul Latiff Abu Bakar (1987: 74) menyatakan sejak 3,000 tahun dahulu, kebudayaan Melayu telah melalui berbagai-bagai ujian tetapi tidak terhapus di rantau ini, bahkan telah disesuaikan dengan cara kehidupan mereka mengikut perubahan masa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 03:04 PM | Show all posts
Difusi budaya turut meragamkan bentuk budaya.  

Mungkin boleh diterima daripada ciri-ciri budaya yang khas terdapat di suatu wilayah kebudayaan yang bersumberkan satu pusat kebudayaan akan mengembangkan ciri-ciri tersendiri di sesuatu daerah itu.

Seperti yang kita ketahui dalam budaya Melayu sifat terpuji ialah kesederhanaan, tidak membesarkan diri, tidak mahu menunjuk-nunjukkan kepandaian dan kemewahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2010 03:05 PM | Show all posts
Di dalam zaman prasejarah, orang-orang Melayu mempunyai cara hidup dan system masyarakat yang tersendiri.  Di samping itu mereka telah menerima berbagai perkembangan dan pengaruh dari India (Hindu-Buddha) sejak 1,500 tahun lalu, Arab-Parsi (Islam) sejak 800 tahun yang lalu dan pengaruh barat sejak 500 tahun yang lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 03:05 PM | Show all posts
Kebudayaan Melayu pada mulanya berasaskan kepercayaan animisme mempunyai nilai yang tersendiri sebelum kedatangan pengaruh kebudayaan luar.  Setelah pengaruh kebudayaan luar meresapi masyarakat Melayu, orang-orang Melayu telah menilai dan menyaring mana-mana yang berguna dan sesuai diterima oleh masyarakat Melayu (Abdul Latiff Abu Bakar, 1987: 74)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 03:06 PM | Show all posts
Menurut Aziz Deraman (1975: 27),  wujudnya budaya Melayu telah dapat membentuk masyarakat yang maju di samping mempunyai system pemerintahan, ekonomi dan agama yang tersendiri.  Pengaruh dari luar terhadap masyarakat Melayu telah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu purba merupakan masyarakat yang maju dan sentiasa terbuka kepada idea-idea dari luar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 03:08 PM | Show all posts
Kewujudan kedaulatan Melayu telah menentukan kesatuan kebudayaan dan kebangsaan dalam alam sekitar rantau ini dan memberi identiti serta wadah bagi perpaduan penduduknya yang telah berkembang dari alam terpencil kepulauan hingga menjadi amat beragam.  

Namun dalam keragaman yang amat itu wujud prinsip dan lunas kebudayaan yang menyatukan mereka dalam himpunan unit-unit leksikon asas dan system bahasa, alam fikiran dan tanggapan alam tabii mereka juga mitos-mitos kewujudan manusia. R Linton ( 1958: 49).
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.177322 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list