CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: emiko

LOVE IN HEAVEN ~ Sesi Borak2

[Copy link]
Post time 5-9-2007 08:03 PM | Show all posts
aku termiss laaaaa.... napa takde org kasi tau kat aku smmlm last episod... kat mana nak donlod aaaa.... tulunnnnnnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2007 09:26 PM | Show all posts
Originally posted by kucingOren at 5-9-2007 09:33 AM

ingat saye lagik???

hi .. hehehe harap2 ader la orang visit forum ni wpun dah abihs..
ade sesape yg baik ati bleh tolong type-kan summary last episode?   takpat tengok ar semalam.......
Originally posted by tb at 5-9-2007 08:03 PM
aku termiss laaaaa.... napa takde org kasi tau kat aku smmlm last episod... kat mana nak donlod aaaa.... tulunnnnnnnnn


Hi KucingOren, tentulah ingat .. tb pun.. sorry ya.. lambat post ni. Endingnya ringkas jer... dah lama tunggu.. tiba2 habis dah.

Anyway, ni ada link untuk download last episode tapi tak ada subtitle.

Dear Heaven 85 (finale)
http://www.megaupload.com/?d=K4224HDL

Final Love in Heaven - episode 100/tv2

JK tiba2 teringat balik semuanya.. start dengan scene YS di tepi pantai tu. JK mula ingat masa dia berpisah dengan WM dulu di tepi pantai tu sampai wedding dia dengan WM, lepas tu pregnant dan juga part mak angkat dia buka rahsia tu. Kebetulan WM & nenek dia baru sampai bawa baby balik dari hospital. Bila WM bagi baby pada JK.. JK terharu dan dah boleh panggil sayang pada baby tu. WM, nenek dia & nenek si Bunga.. pun gembira bila JK dah boleh cakap sepatah2 & encourage dia, tanya JK sama ada dia ingat tak semua orang. JK memang dah boleh ingat semuanya. Anak dia pun tahu mak dia dah ok.. comel je anak WM & JK tu. Mereka bagitahu JK yang semua orang tak kisah pasal rahsia tu, jadi JK tak perlu bimbang.. lagipun mereka semua akan tinggal bersama.

Lepas tu nenek WM & nenek si Bunga bersembang di bawah.. masing2 gembira sebab JK dan sihat. Nenek si Bunga pun suruh nenek WM cepat2 kemas barang untuk pindah ke situ. Nenek WM pun nak balik... kebetulan WM pun ada.. dia pun beritahu, neneknya tak payah kemas barang sebab.. JK nak balik ke rumah sana. Nenek WM & nenek si Bunga pun terkejut. Rupanya JK masih runsing pasal hal yang terjadi.. yelah.. tiba2 dapat tahu yang nenek si Bunga & HP tu sebenarnya nenek dan bapa kandung sendiri. Jadi JK nak balik ke rumah nenek WM semula, nak balik hari tu jugak. Nenek si Bunga pun tak terkata apa.. dia sedar .. patutnya dia boleh agak yang JK belum betul2 dapat terima semuanya.

Nenek si Bunga yang mula2 happy dan telefon HP (& YS) di hospital pasal JK dah boleh bercakap, kena beritahu HP lagi sekali yang JK nak pindah. Itu yang HP pun balik ke rumah dengan segera. Sempatlah jumpa dengan JK masa dia, WM, nenek & baby nak keluar. HP minta maaf pada JK, dia harap JK boleh terima mereka kembali. Nenek si Bunga tanya.. adakah mereka akan bertemu kembali? JK pun beritahu.. bukannya dia tak boleh accept apa yang sebenarnya, apa yang nyata tapi bila dia kenangkan balik peristiwa selama 30 tahun... bagaimana mak kandung dia/YS menderita sebab terpaksa berpisah dengan anak sendiri.. JK jadi sedih dan tak boleh terima semuanya serta-merta. Sebab dia sendiri pun dah jadi ibu, dia boleh bayangkan betapa menderitanya YS dulu. Itu yang dia susah nak terima bapa & neneknya. Kepayahan masa lalu membuatkan JK tak dapat bertimbangrasa sepenuhnya dan dia pun minta maaf.

Balik ke rumah nenek WM, SA dah siap tunggu.. gembira dia dapat jumpa dengan JK.. masing2 menangis sebab mereka sebenarnya adik-beradik. Malam tu JK tanya WM (mereka tidur atas lantai je, katil belum sempat bawa balik dari rumah nenek si Bunga.. punyalah JK nak pindah cepat).. JK tanya WM.. adakah dia akan dapat surat cerai dari WM? WM pun tekejut.. apasal JK cakap macam tu? JK kata mungkin WM dah jemu.. rupanya.. dia rasa lain sebab WM macam 'malu' dengan dia.. tak berapa sure part ni.. tapi mungkin sebab JK dah sakit tu... tiba2 masing2 rasa segan. Anyway.. semua ok.. takkanlah WM nak bercerai dengan JK, kan..

Esoknya JK pergi melawat YS di hospital. YS pun dah boleh duduk.. mereka pun berpelukan, ibu dan anak.. JK tak putus2 panggil YS... "mak, mak". WM pun sebak menengok mereka berdua. Kebetulan, HP buka pintu nak masuk bilik... bila dia nampak JK ada... dia pun keluar balik senyap2 sebab dia tahu JK tak mau jumpa dia. Malam sebelum tu.. nenek WM tidur dengan baby.. dia yang jaga semuanya... bila nak tukar lampin, etc. Di rumah satu lagi.. nenek si Bunga tak boleh tidur.. bergenang airmata dia mengenangkan JK yang dah pergi.

Keluarga LR.. mak dia, CH & EO dengan Bae Deuk.. mereka semua sama2 usahakan restoran tu... melayan pelanggan, semua buat sendiri. Tapi YR pulak asyik minum je sampai mabuk2 dan malukan diiri sendiri depan orang ramai. Sampai sudah SA tak mau kawan balik dengan YR tu yang buat YR susah hati & minum sampai mabuk.

LR pulak dah jadi pelakon dan bintang popular macam yang dia idam2kan. Fans pun ramai.

Lastnya.. Bae Deuk tunggu depan rumah nenek WM nak tengok baby. Kebetulan pembantu rumah keluar dukung baby di belakang.. nak beli buah. Bae Deuk pun cepat2 nak tengok baby tapi tiba2 nenek WM pulak keluar nak ambil baby, langsung Bae Deuk tak jadi nak pergi dekat. Tengok dari jauh jer.

WM & JK naik perahu, sambil pasang lilin atas kek... lepas tu mereka kiss. The END.

[ Last edited by  katt at 5-9-2007 09:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 09:44 PM | Show all posts

LAST SCENE LAST EPISODE



Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 09:46 PM | Show all posts




Captures from sbs; hancinema.net
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 08:45 AM | Show all posts


happy ending story utk JK dan WM...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:53 AM | Show all posts
makaseh katt.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2007 01:13 PM | Show all posts
Originally posted by tb at 6-9-2007 10:53 AM
makaseh katt.....


Sama2. No problem at all.

Hope the link still ok.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 02:51 AM | Show all posts

From Dear Heaven to Winter Bird

WangMo (Lee Tae Gon) ada drama baru, akan mula ditayangkan di Korea Sabtu depan - 15 September. Harap boleh sama2 meriahkan threadnya

WINTER BIRD - Park Sun Young, Lee Tae Gon, Yoon Sang Hyun
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 03:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 02:23 PM | Show all posts
errrr .... sesape ..... ada tak ost crite ni ....
hehehe ...maleh nak korek2 kat depan2 nun ...
tetiba rasa rindu lak nak dengar lagu opening tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 02:49 PM | Show all posts

Reply #1594 kayla's post

kayla

check your PM ya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 03:05 PM | Show all posts

Reply #1595 katt's post

keh keh keh ...tengah dengar skrg ni ...

trima kasih banyak2 ...i love youuuuu :flower: :flower: :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 11:27 AM | Show all posts
thread up
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 10:17 AM | Show all posts
Dear Heaven Ep.51 (130.85 MB)
http://www.megaupload.com/?d=XM68P5PK

Dear Heaven Ep.52 (112.51 MB MB)
http://www.megaupload.com/?d=76SXZRT1

Dear Heaven Ep.74 (112.50 MB)
http://www.megaupload.com/?d=BF39A7FI

Dear Heaven Ep.77 (129.71MB)
http://www.megaupload.com/?d=RNBROEQJ
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 12:16 PM | Show all posts
ari sabtu lepas ade tengok heroin tu dlm happy together kat kbs...memang cantik le dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 10:32 AM | Show all posts
Dear Heaven Ep.53 (123.63MB)
http://www.megaupload.com/?d=QLUKMRVP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2008 02:30 PM | Show all posts
happy ending
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.682194 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list