CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8949|Reply: 15

GALERI SEJARAH BUKIT BESI,TERENGGANU

[Copy link]
Post time 14-1-2007 12:44 AM | Show all posts |Read mode


LATAR BELAKANG
Bukit Besi terletak di daerah Dungun, Terengganu Darul Iman, Malaysia. Jarak daripada bandar Dungun ialah 33 km dan dari Kuala Terengganu 77 km.

Suatu masa dahulu ia terkenal dengan perlombongan bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Sejarah kegemilangannya bermula di permulaan suku abad ke 20
Kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kajibumi dari Jepun,  Mr. Kuhara datang ke Cemuak, Ulu Dungun pada tahun 1916 dan  mendapati terdapat kandungan bijih besi dengan jumlah yang besar di kawasan tersebut.


     


Di zaman permulaan, bijih besi diangkut dengan kereta tolak daripada Bukit Besi ke Kg. Dendang. Kemudian ia dibawa ke Dungun menggunakan bot. Syarikat Kuhara Mining Ltd telah menjalankan kegiatan melombong bijih secara tidak rasmi semenjak 1927. Ia kemudian ditukar nama kepada Nippon Mining Company (NMC).

'Mining Lease' telah dikeluarkan dengan rasmi oleh Kerajaan Terengganu kepada NMC pada 13.1.1929. Kawasan tersebut seluas 1080 ekar, terdiri daripada M.L. 129, M.L. 130, M.L. 131 dan M.L. 132 adalah pecahan daripada M.L. 75, iaitu  kawasan yang telah dikurniakan oleh Sultan Terengganu kepada seorang kerabatnya, Tengku Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil.


[ Last edited by  arnabkiut at 14-1-2007 12:47 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2007 12:45 AM | Show all posts
               
Pada tahun 1930, laluan keretapi Dungun - Bukit Besi telah dapat disiapkan di stesen Che' Lijah. 'Stock Pile' atau Tempat Memunggah Bijih yang pertama juga adalah di Kampung Che' Lijah. Dari situ bijih-bijih besi dimuatkan ke dalam bot untuk dibawa ke Kuala Dungun. Tahun 1935, jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja). Pendapatan penduduk Bukit Besi pada masa itu sangat mewah. Perkhidmatan awam seperti bekalan air, elektrik, keretapi juga disediakan secara percuma.
Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah dapat disiapkan dalam tahun 1936. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa. Oleh itu tempat memunggah bijih  dari Che Lijah telah dipindahkan ke Nibong, dan akhirnya dipindahkan pula ke Sura.


[ Last edited by  arnabkiut at 14-1-2007 12:47 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2007 12:49 AM | Show all posts
Pengeluaran bijih besi oleh NMC ini mencapai kemuncaknya antara 1936 - 1940. Selepas itu ia mula menurun dan berakhir pada tahun 1945, iaitu selepas Jepun menyerah kalah kepada British dalam Perang Dunia ke II. Tiada aktiviti perlombongan yang dijalankan sekitar 1946 - 1949 kerana keadaan darurat dan tiada permintaan.  Kerajaan British telah menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Company (EMMCO). EMMCO telah memulakan kegiatannya  secara besar-besaran di awal 1950an, kerana permintaan yang tinggi dari syarikat-syarikat di Jepun. Untuk mendapatkan keuntungan besar dalam masa yang singkat, EMMCO telah menggandakan pengeluaran bijih. Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat.

Jentera-jentera moden juga telah digunakan dalam proses pemecahan batu-batu bijih. Dengan ini pihak syarikat telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi yang lebih bermutu, di samping mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

              
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2007 12:50 AM | Show all posts
           



        


Kemuncak pengeluaran ialah antara 1960 - 1964 di mana jumlah pengeluaran melebihi 2,000,000 tan setahun.
Pada 1 Oktober 1970, Lembaga Pengarah EMMCO telah membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong Bukit Besi. Terdapat berbagai faktur yang menyebabkan penutupan ini, walaupun kandungan bijih besi dipercayai masih terdapat dengan banyak lagi. Penutupan lombong bijih besi ini telah mempengaruhi ekonomi dan kehidupan penduduk-penduduk Bukit Besi dan Dungun. Ramai daripada mereka telah berhijrah ke tempat-tempat lain untuk mendapatkan pekerjaan baru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2007 12:52 AM | Show all posts
1916Ahli kajibumi Jepun Mr. Kuhara datang ke Dungun membuat kajian di konsesi Chemuak, Ulu Dungun.  Hasil dari kajian tersebut menunjukkan wujudnya bijih besi dalam jumlah yang banyak di kawasan tersebut.
1925Syarikat Kuhara Mining Ltd. membuka lombong di Machang setahun.
1929Kerajaan Terengganu secara rasmi telah mengeluarkan 'Mining Lease' kepada syarikat Kuhara Mining Ltd. dengan keluasan 1,080 ekar.  Kawasan tersebut adalah pecahan daripada ML 75 iaitu ML 129, ML 131 dan ML 132.
1930Pengurus Lombong pertama R. Kunada memulakan tugas dalam bulan April.  Jalan Keretapi ringan di Dungun Bukit Besi dapat disiapkan di setesen Che Lijah.

Beberapa tahun kemudian, berlaku pemberhentian pekerja keran kurang permintaan.
1934Keadaan pulih semula dan permintaan makin bertambah.  Pekerja yang diberhentikan diambil semula dan ditambahkan dengan perkerjaan baru.
1935Jumlah penduduk di Bukit Besi meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja).
1936Sebuah Gua/Terowong di Bikit Tebak dapat disiapkan.  Tempat memunggah bijih dipindahkan dari Che Lijah ke Nibong.
1938Perkerja China berhenti beramai-ramai kerana adanya sentimen anti Jepun akibat daripada peperangan yang berlaku antara Jepun dan China, mengakibatkan syarikat perlombongan hampir lumpuh.  Pekerja baru terpaksa dicari, sebahagiannya diimpot terus dari India.

1945Berakhirnya perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC pada kahir tahun 1945.
1946 - 1948Tiada aktiviti perlombongan kerana tiada permintaan dan darurat.
1948Kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Berhad(EMMCO) pada bulan Ogos
1950Kegiatan perlombongan oleh EMMCO dijalankan secara besar-besaran, kesan daripada pemulihan peperangan dan bertambahnya permintaan daripada Jepun.
1.10.1970Lembaga Pengarah EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutupkan lombong bijih besi Bukit Besi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2007 12:54 AM | Show all posts
                                   


                                   
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2007 12:56 AM | Show all posts


Ini ialah bekas rumah pengurus lombong Bukit Besi. Ia lebih dikenali dengan panggilan Rumah No. 1. Rumah ini akan dibina semula oleh KETENGAH dalam bentuk asal untuk mengekalkan kesan-kesan sejarahnya. Rumah ini akan dijadikan Galeri Sejarah Bukit Besi



Sebahagian daripada komponen bangunan pemecah bijih
yang masih tinggal.



  
Bahagian atas komponen tersebut yang dibesarkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2007 12:58 AM | Show all posts


Sebahagian daripada komponen bangunan pemecah bijih
yang masih ada hingga hari ini





Jentera ini dinamakan 'Driil Master'. Ia digunakan bagi mengorek lubang-lubang yang hendak dipasang dengan bahan-bahan letupan. Lubang-lubang dikorek sedalam 25' dan berjarak lebihkurang 4' - 5' di antara satu sama lain di dalam lingkungan persegi lebihkurang 0.25 ekar. 'Drill Master' ini sentiasa bekerja 24 jam setiap hari. Hanya pemandunya sahaja yang bertukar mengikut syif.
Jentera ini digunakan untuk memuatkan bijih-bijih besi yang masih bercampur tanah, selepas letupan, ke dalam 'rocker' untuk dibawa ke tempat memproses bijih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2007 01:00 AM | Show all posts

Ini ialah foto 'Removing Belting Hopper' yang dirakamkan di 'Sura Stock Pile'. Jentera ini digunakan untuk memunggah bijih-bijih besi, dan ia boleh bergerak ke lokasi yang berlainan di sepanjang landasannya.




Ini ialah stesen keretapi di Bukit Besi. Latarbelakang foto ini menunjukkan pemandangan bukit kawasan perlombongan bijih besi. Di sepanjang laluan keretapi dari Bukit Besi ke Dungun, terdapat sebelas stesen, di mana keretapi berhenti mengambil dan menurunkan penumpang. Bermula dari Bukit Besi, Luit, Pinang, Padang Pulut, Kemudi, Kumpal, Serdang, Binjai, Che' Lijah, Nibung dan berakhir di Sura.





Bangunan Tadika ketika berakhirnya kegiatan perlombongan bijih besi oleh EMMCO





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2007 01:01 AM | Show all posts


Ini ialah bangunan Tempat Pendaftaran Pekerja. Sebahagian daripada bangunan ini telah mengalami kerosakan sewaktu gambar ini diambil. Pada masa ini bangunan ini telah tiada lagi.




Bangunan 'workshop' yang telah rosak yang sempat dirakamkan sebelum ia dirobohkan.



Pasar Bukit Besi di zaman EMMCO








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2007 01:05 AM | Show all posts


Ini bukan lori biasa. Ia dikenali sebagai 'Rock Car' (Lori Batu). Terdapat tiga jenis kenderaan digunakan untuk mengangkut batu-batu bijih besi daripada tapak letupan ke tempat memproses, iaitu 'uclead', 'Rock Car B', dan 'Rock Car C'. Di antara ketiga-tiga kenderaan itu 'Rock Car B' adalah yang terbesar saiznya. Harga sebiji tayar lebih daripada RM9,000.00 dan ketinggian tayar lebihkurang 6'


Rock Car terbalik



Terowong di Bukit Tebuk dibina oleh pihak Jepun di zaman NMC. Menurut cerita dari beberapa orang bekas pekerja lombong bijih besi di Bukit Besi, terowong ini mula dibina sekitar tahun 1932, dan ia dibina secara manual





Sebahagian daripada tiang dan pelantar jeti di Sura, Dungun.




Sebahagian daripada bangunan 'washing plant'




Sebahagian daripada bangunan 'washing plant'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2007 01:09 AM | Show all posts
     

pemandangan di dalam terowong                       
lubang-lubang di atas terowong

pintu di penghujung terowong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2007 01:10 AM | Show all posts

lampu dari dalam terowong

'roller' untuk 'conveyer'

'roller' kecil di kiri kanan 'conveyer'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2007 01:11 AM | Show all posts

laluan turun ke terowong

tangga ke dalam terowong


[ Last edited by  arnabkiut at 14-1-2007 01:13 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 01:08 PM | Show all posts
:bodek::bodek:
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik info ni. Tpi gambar nye x nmpk hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.112140 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list