CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Tinju : Boxing

[Copy link]
Post time 30-10-2007 08:35 PM | Show all posts
Romanian boxers sent home for shoplifting

CHICAGO: Three fighters from Romania were thrown out of the World Boxing Championships after they were caught trying to steal from a department store in Chicago, organisers said on Sunday.

Richard Baker, head of public relations for the International Amatuer Boxing Association (AIBA), said in a statement that the boxers Marius Bogdan Dinu, 21, Ronald Gavril, 21, and Gabriel Julian Stan, 20, were caught by surveillance cameras in the Nordstrom department store as they attempted to make off with merchandise.

揟he AIBA considers this type of conduct incompatible with its code of ethics,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2008 05:28 AM | Show all posts
Holyfield sedia cabar Tyson
LONDON - Petinju Amerika Syarikat, Evander Holyfield berkata dalam satu temu bual, semalam bahawa dia sedang berunding dengan Mike Tyson bagi satu perlawanan ulangan.

Kepada The Guardian, Holyfield yang gagal dalam percubaannya merampas semula satu gelaran heavyweight dunia, Oktober lalu, berkata: "Kami telah berunding mengenainya. Mike memiliki Jeff Fenech yang melatihnya, menelefon saya beberapa bulan lalu. Jeff memberitahu Mike mahu menentang saya semula tetapi dia perlu mengetahui sama ada saya setuju dengannya.''

Dalam pertarungan 1997 Tyson, 41, menggigit Holyfield, 45, dua kali dan mencederakan telinga lawannya itu sebelum meludah ke tepi kanvas.

- AFP
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 08:38 AM | Show all posts
Petinju negara banyak perubahan


ANTARA petinju muda negara yang mendapat bimbingan daripada Kalen


KONTRAK jurulatih tinju elit negara, Kalen Asanov akan berakhir penghujung tahun ini.


Sepanjang menjadi jurulatih skuad tinju negara, Kalen boleh dianggap berjaya membantu meningkatkan prestasi petinju negara khususnya di pentas antarabangsa.

Bagi menyelami isi hati jurulatih yang berasal dari Kyrgyzstan itu, Wartawan Kosmo! Ahad, DRAHMAN BAHARUN sempat menemubualnya sambil mengupas pengalamannya sepanjang lapan tahun menabur bakti dengan Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM).


Bila mula berkhidmat sebagai jurulatih tinju Malaysia?

KALEN: Saya menjadi jurulatih tinju Malaysia sejak tahun 2001. Sebelum datang ke Malaysia, saya menjadi jurulatih pasukan tinju Kyrgyzstan selama tiga tahun sejak tahun 1998.

SEPANJANG berkhidmat di Malaysia apa pencapaian paling berharga?


PADA Sukan SEA Kuala Lumpur 2001, skuad tinju negara berjaya meraih dua pingat emas dan empat perak.

Manakala pada Sukan SEA Korat 2007, kami meraih dua perak dan tiga gangsa. Temasya Sukan SEA Korat dianggap berjaya kerana daripada tujuh petinju yang beraksi lima daripada mereka berjaya menang pingat.

BAGAIMANA pengalaman menjadi jurulatih di Malaysia?

SELAMA lapan tahun menjadi jurulatih di Malaysia, banyak pengalaman berguna yang saya peroleh. Saya mendapat pengalaman yang berguna bukan sahaja berjaya membimbing atlet, malah bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling.

Saya telah melatih kumpulan petinju yang tiada asas dalam sukan ini sehingga mereka mencapai tahap yang membanggakan.

APA pandangan mengenai masa depan sukan tinju di Malaysia?


SUKAN tinju di Malaysia sudah menunjukkan peningkatan. Namun, usaha perlu diperhebatkan dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian di pentas antarabangsa.

Oleh itu, petinju perlu bekerja keras untuk meningkatkan prestasi mereka.

Apa yang penting petinju harus kerap dihantar berlatih di luar negara terutama negara-negara yang sudah maju dalam sukan ini.

ADAKAH petinju negara mampu pergi lebih jauh atau meraih pingat Sukan Olimpik?

SOAL mampu pergi jauh atau tidak, ia bergantung kepada sikap petinju itu sendiri.

Apa yang perlu ditekankan di sini ialah supaya jangan terlalu dimanja. Selain itu, PTAM perlu berpandangan jauh dan terus serius memajukan sukan tinju. Segala program yang dirancang perlu terus dipertingkatkan. Petinju pula perlu terus digilap dengan corak latihan seperti mana yang dipraktikkan oleh negara yang sudah maju.

APA perancangan selepas ini?

INSYA-ALLAH, selepas ini saya mungkin menjadi jurulatih di Kyrgyzstan. Sukan tinju tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan saya dan ia telah mengalir dalam jiwa dan diri saya.


ADA laporan mengatakan anda berhadapan krisis dengan PTAM, sejauh mana kebenaran laporan tersebut?


IA tidak benar. Hubungan saya dengan PTAM tetap baik sehingga ke hari ini.

Kami macam, sebuah keluarga dan bagi saya ia tidak akan dapat dilupakan walaupun saya akan meninggalkan skuad tinju Malaysia.

Perbezaan pandangan adalah perkara biasa dan saya tidak pernah menyimpan sebarang dendam.

Bagi saya, mengeluarkan pendapat dan perbezaan pandangan adalah untuk kebaikan. Ia akan merapatkan hubungan antara kedua-dua belah pihak. Walaupun kadangkala saya berbeza pandangan dengan PTAM, namun perbezaan itu adalah untuk kebaikan sukan itu sendiri.

Meskipun kadangkala berlakunya sedikit kesilapan, ia adalah lumrah dan kita memang tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.

ADA juga laporan yang mengatakan anda tidak mahu menyambung kontrak kerana kehadiran jurulatih Cuba?

SAYA tidak menyambung kontrak bukan kerana faktor jurulatih dari Cuba. Seperti yang saya katakan tadi saya mempunyai masalah peribadi.

Kehadiran jurulatih Cuba adalah satu langkah terbaik yang dilakukan PTAM.

Apa salahnya PTAM mencuba jurulatih DARI Cuba, kalau tidak bagus boleh tukar lagi.

Ia adalah satu perkembangan yang sihat bagi saya demi pembangunan sukan ini.

**********************************************************************************

saya tak berapa ikuti boxing malaysia - tapi mungkin ada forum members yang ikuti -
saya suka muhammad ali aje... dan dulu sokmo baca pasal dia aje -

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 08:31 PM | Show all posts
Holyfield mahu kejutkan gergasi Rusia
18/12/2008

ZURICH 18 Dis. - Bekas juara heavyweight dunia, Evander Holyfield bersedia mengejutkan setiap orang dan merampas semula gelaran dunia sekali gus bergelar juara tertua pada usia 46 tahun apabila menghadapi penyandang Persatuan Tinju Dunia (WBA), Nikolai Valuev dari Rusia di sini, Sabtu ini.

Bekas juara empat kali itu yang kalah perebutan gelaran dunia pada 2000 dan tidak bertarung sejak ditewaskan oleh Sultan Ibragimov di Moscow tahun lalu - berkata, pengalaman dan bukan usia yang mampu dipertaruhkan terhadap gergasi Rusia berusia 35 tahun itu di stadium yang bakal dibanjiri 12,500 penonton itu.

揝aya akan menampilkan satu persembahan yang bakal mengejutkan ramai orang,
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 09:59 PM | Show all posts
Bila nak lawan ni ? Si Nikolai Valuev ni tingginya 7 kaki ... boleh ke Holyfield menang ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 02:24 AM | Show all posts

Reply #25 stormyrain's post

aku rasa mcm holyfield boleh menang jer.. dia nih jenis in-fighter.. so ada advantage kat dia.. tp ntah ler...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2009 06:54 AM | Show all posts
Eddie Kalai mahu elak reputasi jaguh kampung




PERSATUAN Tinju Amatur Malaysia (PTAM) tidak mahu lagi terikat dengan label 'jaguh kampung', lapor DRAHMAN BAHARUN.


Mereka mahu melebarkan reputasi ke tahap antarabangsa. Justeru, bermula tahun ini banyak program pendedahan dirancangkan dengan harapan petinju negara mampu mencipta kejayaan di mana-mana.

PTAM mahu mempastikan mulai tahun ini, petinju negara lebih banyak dihantar beraksi pada kejohanan peringkat antarabangsa. Setiausaha Agung PTAM, Mejar Maulud Othman berkata, langkah tersebut dilihat boleh membantu meningkat reputasi petinju negara yang selama ini tidak mempunyai banyak peluang berbuat demikian.

Menurutnya, saingan pada kejohanan peringkat antarabangsa memberi lebih banyak manfaat kerana petinju negara akan berhadapan dengan lawan yang berbeza.

Mungkin, kewangan menjadi masalah tetapi jika mahu bergerak ke hadapan, hanya itu sahaja cara terbaik.

Kejohanan pertama yang menjadi sasaran PTAM ialah Kejohanan Tinju Antarabangsa Chandigrah, India yang akan berlangsung pada 14 hingga 15 Mac depan.

Turut dalam senarai mereka ialah Kejohanan Sukan Arafura di Darwin Australia pada April depan.

"Kami akan menghantar lapan petinju terbaik untuk menyertai kejohanan ini," katanya semalam.

Maulud berkata, tiga petinju elit yang telah disahkan menyertai kejohanan tersebut ialah Mohd. Ali Abdul Karim bagi kategori 51kg diikuti Eddie Kalai (57kg) dan Paunandes Paulus (60kg).

"Lima petinju lain dari pasukan pelapis elit kebangsaan dan pelapis serantau akan ditentukan selepas sesi pemilihan terakhir di Johor penghujung bulan ini," katanya.

Menurutnya, kejohanan di India itu kelak bakal disertai beberapa jaguh dari Australia, England dan Afrika Selatan.

Mengenai Sukan Arafura di Darwin, Maulud berkata: "Langkah menghantar petinju adalah untuk penilaian kemampuan kumpulan elit dan pelapis dan jika mereka kurang menyerlah PTAM akan singkirkan mereka daripada skuad."

PTAM turut bercadang menghantar petinju negara berlatih di Thailand. Ditanya mengenai perkembangan jurulatih baru, Maulud berkata, dia telah menghantar e-mel kepada Persatuan Tinju Cuba (FCDB) mengenai jurulatih yang mereka mahukan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 09:33 AM | Show all posts
Tumbukan Darchinyan benam Arce



DARCHINYAN (kiri) melepaskan tumbukan padu tangan kanan
ke muka Arce pada pertarungan di Anaheim, California kelmarin.


ANAHEIM, California - Petinju Australia, Vic Darchinyan berjaya mengekalkan gelaran super flyweight Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF), Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Majlis Tinju Dunia (WBC) selepas menewaskan pencabarnya dari Mexico, Jorge Arce kelmarin.

Pertarungan dua petinju itu terpaksa dihenti- kan pada pusingan ke-11 selepas pegawai perubatan mengesahkan Arce tidak layak untuk meneruskan saingan ekoran kecederaan serius pada bahagian mata kanannya.

Keputusan itu menyaksikan kesemua tiga juri bersepakat dan sebulat suara memberi kemenangan kepada Darchinyan.

"Saya hanya mahu menjatuhkannya," jelas Darchinyan yang merupakan petinju kelahiran Armenia.

"Saya rasa kamu dapat lihat keadaan itu pada pusingan ke-11 apabila dia hampir terjatuh.

"Saya rasa saya patut mendapat kemenangan menerusi pukulan knockout dan bukannya menerusi keputusan teknikal. Apa pun, saya gembira dengan pertarungan ini."

Arce yang juga bekas juara light flyweight dan super flyweight berpeluang untuk melakar kemenangan pada pusingan ketiga apabila pukulan ceduk tangan kirinya berjaya memberi tekanan kepada Darchinyan.

Begitupun, Arce gagal menggunakan kelebihan itu, sebaliknya Darchinya bangkit dengan kombinasi tumbukan padu tangan kanan dan kiri ke arah mukanya.

"Saya tidak tahu kenapa doktor menghentikan pertarungan ini kerana saya masih mampu memberi tumbukan," jelas Arce. - Reuters

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2009 07:37 PM | Show all posts
Tinju amatur anjur kejohanan dunia

MILAN - Acara tinju amatur cuba mencuri tumpuan daripada ranking profesional dengan melancarkan satu Siri Dunia mulai akhir 2010 yang akan menempatkan pasukan francais menentang sesama sendiri dalam satu format liga.

Pegawai kejohanan acara tersebut mahu memperhebatkan tinju dan mendapatkan penonton dan penaja baru dengan menjadikannya lebih seperti sebuah sukan berpasukan.

Dengan tinju profesional berpecah belah kerana himpunan badan induk dan kelas berat yang berbeza, versi amatur berharap Siri Tinju Dunia (WSB) mampu mendekati peminat yang tidak terjejas.

Di Milan minggu lalu, Persatuan Tinju Amatur Antarabangsa (AIBA) menandatangani satu perjanjian Siri Dunia dengan agensi pemasaran sukan IMG.

"Ada banyak usaha yang diletakkan pada Siri Tinju Dunia dan ini menggambarkan keyakinan kedua-dua AIBA dan IMG kepada WSB dan dengan sesama sendiri bagi menjadikan projek ini satu kejayaan besar," kata Presiden AIBA, Ching-Kuo Wu kepada ahli jawatankuasa eksekutifnya.

"Kini kami memandang ke depan dua tahun yang menarik menjelang pelancarannya," katanya.

Cadangan itu belum dimuktamadkan tetapi ideanya ialah memiliki 12 pasukan francais, yang dibentuk oleh 12 petinju yang akan bertarung dalam perlawanan mengandungi satu set bilangan pusingan.

Pasukan dari seluruh dunia akan dikumpulkan dalam persidangan gaya Amerika yang mungkin dipecahkan mengikut benua.

Francais akan menghadapi pasukan lain dalam persidangan mereka sebelum satu perlawanan akhir agung antara pasukan terbaik keseluruhan.

Banyak mirip kejohanan besbol atau bola sepak, petinju boleh dipindahkan di antara pasukan, bererti seorang warga Cuba boleh bertarung untuk sebuah pasukan Asia dan seorang warga Thailand boleh bertinju untuk sebuah pasukan Eropah.

Majoriti petinju bagaimanapun akan datang dari kawasan tempatan pasukan.

Francais ini dijangka ditempatkan dan dinamakan sempena bandar raya tertentu. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 07:41 AM | Show all posts
2 petinju kita ke separuh akhir

CHANDIGARH
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 06:54 AM | Show all posts
Petinju pelapis semakin matang

ADA sinar baru buat petinju negara meskipun sekadar meraih dua pingat gangsa pada Kejohanan Tinju Antarabangsa India di Chandigarh yang berakhir Ahad lalu, lapor DRAHMAN BAHARUN.


Salah satu daripada pingat tersebut dimenangi petinju pelapis kebangsaan, Eswaran Murali bagi kategori 69kg dan pingat gangsa kedua dimenangi petinju elit, Eddie Kalai (57kg).

Ketua jurulatih skuad tinju pelapis negara, Hisham Hashim berkata, kejayaan Eswaran meraih pingat gangsa adalah pencapaian yang cukup membanggakan.

Menurutnya, Eswaran telah memperlihatkan kematangan walaupun berdepan dengan lawan yang jauh lebih berpengalaman.

"Kejayaan yang dicapai oleh petinju muda ini membawa petanda baik terhadap kemampuan kita pada peringkat antarabangsa.

"Kami menghantar tiga petinju pelapis termasuk Mohd. Fuad Mohd. Reduan (48kg) dan Khir Akyazlan (64kg).

"Meskipun baru dua bulan berlatih, beberapa petinju muda telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Itu yang kita mahu, mereka bekerja keras, tidak terlalu manja dan sentiasa berusaha untuk melakukan perubahan.

"Kejayaan Eswaran memberi satu suntikan kepada petinju pelapis yang lain," katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada kejohanan itu, petinju elit, Eddey Kalai tewas kepada petinju Kazakhstan, Almart Agubayev dan Eswaran tewas kepada petinju tuan rumah, Suresh Kumar pada peringkat separuh akhir.

Dua lagi petinju pelapis kebangsaan, Khir Akyazlan tersingkir pada suku akhir apabila tewas kepada Vinit Kotian dan Fuad Mohammed Redzuan tewas kepada petinju India, Madan Lal.

Antara negara yang akan menyertai kejohanan yan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM80,000 itu termasuk Kazakhstan, Mauritius, Nepal, Turkmenistan dan Uzbekistan.

Hisham berkata, dia masih menunggu laporan daripada jurulatih pelapis kebangsaan, Azmi Md. Yunus mengenai persembahan ketiga-tiga petinju pelapis kebangsaan tersebut.

"Kita akan kaji dan apa yang dilakukan selepas ini bagi menilai prestasi mereka. Kejohanan di India adalah program untuk elit.

"Kita hantar petinju pelapis mengikut kesesuaian berat badan mereka.

"Petinju muda lain akan diberi peluang selepas ini, kerana kita hanya mendapat kuota tiga petinju sahaja untuk menyertai kejohanan ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 07:19 AM | Show all posts
Klitschko hati-hati jumpa Gomez

KLITSCHKO (kiri) bertentangan mata dengan Gomez
pada satu sidang media di Stuttgart, Isnin lalu.



STUTTGART - Petinju Ukraine, Vitali Klitschko tetap waspada apabila berdepan petinju Cuba, Juan Carlos Gomez bagi merebut gelaran heavy- weight Majlis Tinju Dunia (WBC) hari ini.

Klitschko berjaya merampas kembali gelaran heavyweight dunia selepas menewaskan Samuel Peter di Berlin, Oktober tahun lalu.

Kini, reputasinya selaku juara bertahan bakal dicabar Gomez, petinju berusia 35 tahun yang mula menyertai kelas heavyweight pada tahun 2002.

"Saya rasa Gomez adalah petinju yang baik dengan kemahiran teknikal- nya. Dia telah membuktikan kemampuannya dalam kelas cruiserweight sebelum ini," jelas Klitschko yang memenangi 36 daripada 38 perlawanan dengan 35 keputusan knock-out (KO).

"Begitupun, kategori heavyweight sangat berbeza dan saya yakin pertarungan ini akan berlangsung dengan sengit."

Sementara itu, Gomez menjelaskan bahawa dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk menewaskan juara bertahan tersebut.

"Saya hanya perlu pamerkan kepantasan dengan kemahiran teknikal yang tinggi jika saya mahu menewas- kan Klitschko," jelas Gomez.
"Saya rasa saya lebih berpengalaman berbanding Klitschko dan saya akan membuktikannya pada perlawanan esok (hari ini)." - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 07:26 AM | Show all posts
Ikut jejak pelumba trek

Oleh DRAHMAN BAHARUN


PAUNANDES (kanan) antara tiga petinju negara yang akan beraksi pada
Kejohanan Tinju Piala Raja Thailand di Bangkok mulai esok hingga 9 April ini.


KEJAYAAN pelumba basikal trek kebangsaan perlu dijadikan contoh buat petinju negara dalam misi mengibar cabaran Malay- sia di pentas antarabangsa.


Tiga petinju negara, Paunandes Paulus, Mohd. Ali Abdul Karim dan Eswaran Murali akan menyertai Kejohanan Tinju Piala Raja Thailand di Bangkok yang bermula esok hingga 9 April ini.

Justeru, Setiausaha Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM), Mejar Maulud Othman berharap, anak buahnya itu dapat mengambil iktibar kejayaan pelumba basikal trek negara, sekali gus mengharumkan nama negara.

Terdahulu, Azizulhasni Awang serta Mohd. Rizal Tizin berjaya melakar sejarah apabila masing-masing menyumbang pingat perak dan gangsa pada Kejohanan Trek Dunia di Pruszkow, Poland.

Menurut Maulud, tidak mustahil buat ketiga-tiga petinju negara itu melakarkan kejayaan pada kejohanan di Bangkok nanti.

"Saya yakin mereka dapat melakukan yang terbaik. Faktor fizikal bukan menjadi penghalang.

"Ini telah dibuktikan oleh pelumba basikal negara yang mampu bersaing dengan pelumba-pelumba dari Eropah meskipun fizikal mereka agak kecil," kata Maulud kepada Kosmo! semalam.

Ditanya mengenai sasaran PTAM di Bangkok, Maulud berkata: "Kami tidak mahu meletakkan sebarang sasaran pingat. Jika petinju negara mara ke separuh akhir, itu sudah cukup bagus.

"Kita sedar petinju yang beraksi pada kejohanan itu adalah berkelas lima bintang dan jika petinju negara melakukan terbaik, ia sudah cukup baik," katanya.


Maulud menambah, anak buahnya perlu diberi lebih banyak pendedahan beraksi di luar negara bagi memperbaiki prestasi mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 07:14 AM | Show all posts

Reply #6 dexa's post

valuev nih badan jer besar skill tk der ler.
  kalo ader heavyweight yg ader skill sket boleh win ngn mamat nih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 07:15 AM | Show all posts
right now tgh tk sabar nk ngk pacqiao vs hatton.
  both jenis brawler..so mari kita ngk saper yg lebih power.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 08:48 AM | Show all posts
Juara tinju didakwa subahat membunuh



Acelino "Popo" Freitas kini disoal siasat oleh pihak polis untuk membantu
siasatan tentang kes pembunuhan teman lelaki anak saudaranya. - REUTERS


SAO PAULO - Juara tinju dunia empat kali dari Brazil, Acelino "Popo" Freitas disoal siasat oleh pihak polis untuk membantu siasatan tentang kes pembunuhan teman lelaki anak saudaranya.

Pihak berkuasa telah diberitahu oleh saksi bahawa, Freitas dikatakan telah mengarahkan pembunuhan itu kerana tidak bersetuju dengan hubungan di antara lelaki itu dengan anak saudaranya yang berusia 17 tahun.

Apa pun, pihak polis menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak membuat sebarang tuduhan ke atas Freitas.

Penyiasat, Francineide Moura memberitahu agensi perkhidmatan berita, Estado bahawa Friestas akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Pegawai media Freitas memberitahu, jaguh tinju itu tidak terlibat dengan kes pembunuhan tersebut. Segala panggilan dari pihak polis segera dijawabnya.

Freitas telah memenangi empat kali gelaran dunia dalam kategori lightweight dan featherweight sebelum mengumumkan persaraannya pada tahun 2006. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 03:37 PM | Show all posts
[img][/img]
Chris John Berencana Naik Kelas
Jumat, 5 Februari 2010 | 13:02 WIB
AFP/GABRIEL BOUYS
Chris John (kiri)
TERKAIT:

    * Tiga Calon Lawan Chris John
    * Chris John Bakal Bertarung di Pantai
    * Bob Arum Pertimbangkan Chris John
    * Lawan Chris John Ditentukan 2-3 Minggu Lagi

JAKARTA, KOMPAS.com — Juara dunia tinju kelas bulu WBA, Chris John, mengaku belum memikirkan kemungkinan naik kelas bulu super untuk mencari lawan yang lebih sepadan.

Chris John telah mempertahankan gelarnya lebih dari sepuluh kali dan mendapat julukan Super Champion di kelas bulu WBA tersebut. Namun, petinju asal Jawa Tengah ini kerap kesulitan mendapatkan penantangnya.

Tahun lalu, Chris John sempat dua kali mempertahankan gelarnya menghadapi petinju asal AS, Rocky Juarez. Pada pertemuan pertama, kedua petinju bermain imbang di Houston, Texas. Hasil ini dianggap kontroversial karena Chris John dianggap lebih mendominasi pertarungan.

Pada pertemuan kedua, September 2009, Chris John mampu meyakinkan dunia dengan mencatat kemenangan angka mutlak atas lawan asal AS tersebut.

"Tentu saja saya kecewa dengan hasil pertemuan pertama, tetapi mungkin karena faktor sebagai tuan rumah," kata Chris John. "Untuk pertarungan berikut, tentu tidak harus di AS. Saya berharap dapat bertarung di Indonesia, mungkin di Depok, dan semoga saya akan bertarung di Bali pada April atau Mei ini," katanya.

Namun, lawannya di Bali belum ditentukan oleh promotor pertarungan. Chris John berharap dapat bertemu juara WBO Juan Manuel Lopez atau petinju lainnya yang belum terkalahkan, Yuriorkis Gamboa. "Tentu akan sangat menarik bila dapat bertemu mereka. Namun hingga kini, baik pelatih maupun saya belum menerima kabar apa pun. Saya memang lebih berpengalaman daripada (Juanma) Lopez. Namun, di atas ring, semuanya bisa berjalan lain," ungkapnya.

Lopez dan Gamboa bertarung di New York bulan lalu dan diproyeksikan akan bertemu tahun ini. Kondisi ini membuat Chris John berpikir tentang kemungkinan naik kelas untuk mencari lawan yang berbeda. "Saya tidak tahu karena, bila pindah, maka saya harus meninggalkan gelar Super Champion milik saya. Pelatih memang memiliki rencana bila saya naik kelas, dan telah merencanakan latihan yang sesuai dengan itu," ucapnya.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.092660 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list