CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2984|Reply: 0

ATLIT BERKUALITI -

[Copy link]
Post time 15-1-2007 07:00 PM | Show all posts |Read mode
Pro & Kontra: Negara perlu atlit berkualiti bersaing di persada dunia
Bersama Raja Ahmad Zainuddin

NEGARA tidak akan ketandusan atlit sekiranya usaha mencari bakat baru mampu dijalankan secara berterusan di segenap peringkat umur remaja.

Ternyata sikap terlalu meletakkan harapan tinggi ke atas segelintir atlit sama untuk mencapai kejayaan yang cemerlang bukan lagi jaminan mereka mampu membawa pulang pingat.

Sebaliknya, sudah tiba masanya negara memiliki ramai atlit yang berkualiti dan bersedia bersaing untuk merebut tempat serta tidak hanya menunggu bagi dipilih.

Ke arah itu, sudah tentu negara memerlukan bilangan atlit yang besar untuk dinilai bakat mereka, Itulah saranan saya ketika merasmikan Program Uji Bakat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) peringkat Parlimen Larut, Sabtu lalu.

Parlimen saya adalah kawasan pertama daripada 46 parlimen yang dipilih di bawah program itu di seluruh negara. Selepas ini ia akan beralih ke Parlimen Raub di Pahang.

Seramai 1,200 pelajar sekolah rendah yang berusia dari tujuh hingga 12 tahun terbabit dalam program sehari yang lebih tertumpu kepada ujian kecergasan di Padang Majlis Daerah Bagan Bahru itu.

Program berkenaan bertujuan menguji tahap kebolehan pelajar dalam sesuatu jenis sukan yang mereka ada potensi dan mampu mencapai kecemerlangan.

KBS akan memantau perkembangan pelajar berkenaan selepas mengumpulkan segala data dari semasa ke semasa dengan tujuan untuk memastikan mereka yang berpotensi tidak akan tercicir di dalam mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar menjadi atlit berjaya.

Program itu disasarkan hingga Jun depan di mana lebih 50,000 pelajar dapat diuji kecergasan mereka dan mustahil daripada jumlah itu, tiada sebilangan yang berpotensi besar untuk menjadi atlit hebat.

Jika semua 211 kawasan parlimen seluruh negara dapat diadakan program berkenaan, bermakna lebih 250,000 pelajar akan diuji. Bukankah ini akan menambahkan lagi peratus atlit yang berbakat untuk diketengahkan setahun?

Secara tidak langsung, saya percaya dengan wujudnya ramai bilangan atlit dikenal pasti, tidak mustahil suatu hari nanti akan bertambah jumlah sekolah sukan di negara ini kerana pada masa sama, sudah dapat ditentukan bilangan pelajar yang boleh menghadiri kelas disediakan.

Pada masa ini, cuma terdapat beberapa Sekolah Kecemerlangan Sukan. Barangkali selepas ini ia dapat diwujudkan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara, selain usaha kerajaan memperbanyakkan kemudahan latihan sukan.

Selaku Ahli Parlimen, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh tenaga termasuk guru tempatan yang menjayakan program julung-julung kali itu. Tidak lupa juga sekalung tahniah kepada Jasni Shafie selaku penyelaras yang bertungkus lumus sejak awal ianya dirancangkan.

Ternyata program terbabit mendapat sambutan dan sokongan ibu bapa dan penjaga yang datang sendiri mengiringi anak masing-masing sehingga selesai dan menerima sijil penghargaan ditandatangani Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman.

Pendek kata, menurut seorang pegawai yang turut terbabit, program itu juga mencatat sejarah tersendiri sebagai ujian kecergasan besar-besaran pernah dianjurkan di negara ini setakat ini. Selanjutnya ia juga jelas membantu memupuk semangat muhibah di kalangan rakyat berbilang bangsa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.200869 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list