CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12868|Reply: 51

PIPP (2006-2010)

[Copy link]
Post time 17-1-2007 06:06 AM | Show all posts |Read mode
PIPP mantapkan pendidikan negara
Oleh: HABIBAH OMAR dan HELMI MOHD FOAD

PUTRAJAYA 16 Jan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2007 06:06 AM | Show all posts
PIPP bakal lahir guru cemerlang, bertaraf dunia
Oleh: SADATUL MAHIRAN ROSLI

KUALA LUMPUR 16 Jan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 01:04 AM | Show all posts
Pelan paling kritikal
Oleh: WAHID HASHIM (WARTAWAN UTUSAN)

APAKAH wajah pendidikan Malaysia yang bergelar negara maju pada 2020?

Di sinilah relevannya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 hingga 2010 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.

Pelan kali ini adalah kritikal kerana hala tujunya akan membawa bahtera merdeka Malaysia ke sebuah wawasan negara maju.

Pelan induk ini perlu bijaksana kerana ia berkesinambungan dengan beberapa dasar yang mantap sejak pasca- kemerdekaan, kemudian bertukar baton dan tampuk sekarang meneruskannya dengan penambahbaikan yang perlu.

Oleh sebab itu, dimensi pelan ini umpama satu larian ke garis penamat, sebelum satu lagi kitaran baru diperkenalkan, yang pada ketika itu dikenali pula sebagai pascawawasan.

Pelan itu yang terkandung dalam dokumen biru setebal 142 halaman menggariskan perkara yang umum seperti rupa bentuk bangsa yang hendak dilahirkan sehingga yang terperinci seperti alat bantu mengajar dan perisian kursus.

Perancangan pada kali ini berfokus kepada pembangunan manusiawi - pelajar, guru dan ibu bapa.

Pelajar akan mendapat lebih bantuan daripada agihan khazanah negara, sementara guru akan beroleh semula martabatnya yang terhakis sedikit demi sedikit, selain peningkatan taraf hidup.

Dengan lebih tepat lagi, walau tujuannya menyediakan acuan pendidikan sebuah negara maju, tapi pelan itu masih berpijak di bumi yang nyata, yang masih tidak terpesong daripada isu-isu akses, ekuiti, kualiti dan kecekapan pengurusan pendidikan.

Sebagai contoh, tiada gunanya kalau dalam sebuah negara maju, ramai pelajarnya yang tercicir pendidikan tahun satu, khususnya kerana kemiskinan.

Guru juga mendapat lebih ganjaran dan beberapa mentaliti lapuk tentang kerjaya itu dikikis dalam pelan kali ini. Guru cemerlang dan guru penyandang Jusa C ditambah tanpa perlu guru itu melakukan kerja-kerja pentadbiran.

Konsep ini telah dilaksanakan dan diterima pakai secara sebulat suara oleh semua guru dan kesatuan guru di negara ini. Pada masa yang sama, kalau berdasarkan gred gaji, mereka ialah pelapis kepada pentadbiran tertinggi tempatan seperti pengarah pendidikan negeri atau pengarah pendidikan daerah, jika diperlukan.

Pada masa yang sama, mungkin berlaku situasi penyandang pengarah masih mengajar di sekolah dalam satu budaya kerja berbilang tugas.

Konsep ala universiti ini sangat baik dan boleh dilaksanakan di peringkat kementerian itu bagi meningkatkan tahap profesionalisme individu.

Guru pada hari ini banyak yang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi akademik. Sebahagian daripada guru mempunyai kelayakan akademik yang cukup tinggi sehingga mendorong mereka bertukar haluan, atau hilang minat mengajar.

Jumlah keseluruhan guru di sekolah rendah sehingga Jun 2005 adalah seramai 190,336 orang, sementara di sekolah menengah 136,598 orang.

Sementara itu, campur tangan ibu bapa dibuka dengan seluas-luasnya untuk menentukan hala tuju pendidikan anak masing-masing dalam misi negara membangunkan modal insan.

Peranan ibu bapa tidak dipinggirkan dalam pelan kali ini, khususunya dalam menentukan sendiri pilihan aliran untuk anak mereka.

Pelan yang demokratik itu membenarkan ibu bapa campur tangan dalam menentukan masa depan anak-anak, sehingga ke tahap membolehkan ibu bapa memasukkan anak mereka ke mana-mana sahaja aliran.

Di peringkat sekolah rendah, ibu bapa boleh menghantar anak mereka di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Jenis Kebangsan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Mereka juga boleh memilih untuk menghantar anak ke sekolah agama negeri dan rakyat.

Kalau mengikut statistik, ramai ibu bapa melakukan silang aliran ketika menyekolahkan anak di sekolah rendah, khususnya ibu bapa Melayu.

Di SJKC, terdapat tujuh peratus murid bumiputera. Di peringkat sekolah menengah, pilihan ibu bapa lebih luas. Terdapat enam jenis sekolah pada tahap ini.

Namun begitu, bagi kerajaan, sekolah masih perlu berada dalam kawalan Pusat dan sekolah aliran kaum masih perlu kekal seperti seadanya, sekurang-kurangnya sehingga 2010.

Malaysia masih belum melaksanakan sistem pendidikan kepunyaan negeri- negeri seperti di beberapa buah negara maju. Selain itu, beberapa percubaan untuk memberi perspektif baru dalam sistem aliran kaum tidak begitu memberi impak yang ketara.

Usaha ini telah dilakukan sejak beberapa dekad yang lalu, dan boleh dikatakan menjadi sumber kekecewaan mantan pemimpin negara.

Beberapa perkara yang dijangka berlaku - serta yang ditunggu-tunggu - seperti memperkenalkan sistem semester dan memperkenalkan lebih banyak penilaian berasaskan sekolah, menjadi kenyataan dalam pelan ini.

Pada kali ini, pemerhati pendidikan yang berharap untuk melihat sesuatu yang mengejutkan dalam sistem pendidikan di Malaysia, mungkin tidak melihat banyak kejutan. Tetapi, bukan semua perubahan itu baik dan dipersetujui.

Sebagai sebuah negara demokrasi, suara rakyat telah diambil kira dalam pelan ini, seperti mana dipersetujui dalam kontrak sosial.

Beberapa idea inovatif diperkenalkan seperti memperkenalkan sekolah model khas. Sekolah model khas, atau pernah disebut sebagai sekolah kluster ialah pintu gerbang kepada pendekatan memberi kuasa autonomi kepada sekolah sepenuhnya pada satu ketika nanti.

Falsafah sekolah kluster adalah daripada guru untuk pelajar, dan merupakan inovasi setempat.

Campur tangan kementerian sangat minimum dan kekuatan atau kelebihan sesebuah sekolah itu sendiri akan menjadikannya lebih berwatak dan berjaya.

Kalau mengikut pelan itu, pihak kementerian akan mengenal pasti sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Premier, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah Bestari serta sekolah-sekolah Putrajaya dan Cyberjaya.

Namun begitu, kita perlu berhati-hati kerana dikhuatiri sekolah jenis ini akan meluaskan lagi jurang elitis antara sebuah sekolah dengan yang lain kerana ciri-ciri pengasingannya.

Setelah melalui badai dan taufan, bahtera pendidikan negara meneruskan perjalanannya ke satu destinasi yang masih jauh. Bukan sahaja haluannya mesti betul, malah struktur dan bahan binaannya perlu mampu menahan hentaman badai dan taufan supaya tidak karam.

Walaupun kita mungkin tidak karam, tetapi ada kalanya kita terumbang-ambing di takuk lama kerana kelemahan sendiri. Isu-isu pembaziran ketika penganugerahan projek dek kedangkalan dalam pengurusan risiko, serta keputusan yang lebih mementingkan laba projek daripada kepentingan rakyat perlu dikikis.

Projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan perisian kursus, pembangunan makmal sekolah, serta program-program di sekolah bestari tidak perlu mengulangi kesilapan silam. Bijak pandai berkata, dungulah jika kita mengulangi kesilapan yang sama secara berulang-ulang.

Projek yang sedia ada boleh diteruskan, tetapi bukan mengulangi model kesilapan yang sama, kerana hal ini tidak bertepatan dengan falsafah dan dasar integriti negara. Sekali tersilap langkah, ratusan juta ringgit duit rakyat terbang melayang.

Isu kemandirian warisan dan jati diri juga tidak terlepas pandang dalam PIPP 2006-2010. Ketika tulisan jawi hampir pupus, maka ada segelintir yang melihat sistem pendidikan sebagai salah satu penyumbang kepada isu itu. Isu-isu warisan bangsa ini perlu diangkut di dalam bahtera yang sama.

Dengan ikhlas, kita memuji pelan ini apabila menyisipkan sekali fokus memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

Antara strategi pelaksanaannya ialah membina kurikulum seni dan seterusnya dua buah sekolah seni menjelang 2010, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) serta membudayakan penggunaan tulisan jawi melalui aktiviti tertentu.

Selain itu, pembangunan kurikulum dan kokurikulum menjadi teras yang cukup penting pada pelan kali ini. Inilah tugas hakiki yang paling banyak berkait secara langsung dengan warga pendidik.


Di bawah PIPP 2006-2010, sukatan di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Rendah (KBSR) dikaji semula supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Ini bermakna kurikulum perlu digubal kerana aspek kemahiran merentas hampir keseluruhan sistem pendidikan.

Di bawah pelan ini, peranan dan latihan guru bahasa Inggeris diperhebat sementara beberapa komponen baru mata pelajaran diperkenalkan sementara beberapa elaun khas dikekalkan.

Pelan juga melihat kekuatan kepimpinan sebagai teras kejayaan sesebuah organisasi. Jadi, wajarlah pelan ini menyatakan supaya SK yang telah diperkasa akan diterajui oleh pengetua dan guru besar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan berkesan.

Sudah tentulah, cabaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meningkatkan lagi penyertaan murid bukan bumiputera di SK, khususnya di kawasan yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum.

Beberapa program lain yang telah berjalan sebelum ini juga diteruskan seperti pengukuhan disiplin pelajar dan program antidadah.

Secara keseluruhannya, PIPP 2006- 2010 lebih segar dan mampu membawa pendidikan negara ke arah yang lebih bermakna.

Bagi segelintir rakyat, PPIP 2006- 2010 adalah pelan manusiawi kerana lebih banyak peruntukan disediakan untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik memulakan atau meneruskan alam persekolahan.

Namun aspek kerohanian tidak pernah dilupakan. Di dalam pelan itu disebutkan bahawa Kementerian Pelajaran akan memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan.

Kejayaan pelan ini diukur juga dengan keupayaannya menarik rakyat Malaysia dalam lingkungan umur persekolahan menjejakkan kaki ke sekolah dan mahu belajar membaca, menulis dan mengira, dan seterusnya menyambung pelajaran sehingga ke tahap umur 17 tahun.

Hal ini kerana kadar penyertaan pelajar dalam sistem persekolahan masih rendah di peringkat menengah, iaitu 84.4 peratus penyertaan di peringkat menengah rendah dan 71.7 peringkat menengah atas.

Kemantapan pedagogi perlu diperkemas dan diperluas mengikut keperluan setempat dan semasa supaya isu-isu minat belajar dan buta huruf dapat ditangani dan akhirnya mencapai status sifar pada wawasan 2020.

Tempoh lima tahun Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sangat signifikan bagi membangunkan modal insan minda kelas pertama untuk mencapai hasrat 2020.

Jadi, kejayaan atau kegagalannya sangat bergantung kepada kerja keras dan kefahaman kita tentang dasar pendidikan kali ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 01:05 AM | Show all posts
KEPIMPINAN SEKOLAH JADI KUNCI KEJAYAAN

PELAN Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bagi tahun 2006 hingga 2010 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam merupakan agenda penting negara bagi membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia.

Ia dirancang dalam kerangka Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Misi Nasional bagi memenuhi dua terasnya iaitu pertama meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara. Kedua, memupuk 憁inda kelas pertama
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 01:21 AM | Show all posts
bagus ada perancangan...cuma pasni kena make sure semua perancangan tu berjalan dgn lancar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2007 07:55 AM | Show all posts
an excellent article!!!--

----------------------------------------------------------------------------------

Di Luar Lingkaran: Penjanaan generasi kreatif, cemerlang
Oleh Johan Jaaffar

PENDIDIKAN menjadi hak semua orang. Malah apapun bentuk rancangan pendidikan tidak akan memuaskan hati semua orang. Lebih-lebih lagi dalam sebuah negara seperti Malaysia, rakyat mengambil serius isu pendidikan. Bagi banyak orang, pendidikan adalah pasport kejayaan masa depan.

Maka itu perhatian luar biasa yang diberikan media massa terhadap Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PTPP) tidaklah menghairankan. Demikian juga perbincangan mengenainya pada setiap lapisan masyarakat. Oleh kerana pelan ini 慸isangkutkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2007 12:01 AM | Show all posts
banyak sgt pelan, jalannya tak tentu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2007 03:34 AM | Show all posts
Kad laporan PIPP awal bulan depan

LAPORAN awal pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) akan diketahui awal bulan depan setelah semua pihak yang terlibat menyerahkan kad laporan (report card) masing-masing kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pihak terlibat antaranya termasuklah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan sekolah-sekolah, diberi tempoh sehingga 30 Jun ini untuk menyiapkan laporan lengkap pencapaian enam bulan pertama pelaksanaan PIPP itu.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sekolah) Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, laporan itu akan dinilai untuk melihat sejauh mana pencapaian pelaksanaan itu dan bagi tujuan penambahbaikan.

``Bagaimanapun kita faham bahawa pelaksanaan ini berada di peringkat permulaan sudah tentu ada aktiviti belum mencapai matlamat sepenuhnya namun kita perlukan data-data untuk melihat sejauh mana pelaksanaan itu,'' katanya.

Beliau menegaskan, kad laporan itu amat penting kerana Kementerian Pelajaran khususnya Menteri Pelajaran amat serius dengan pelaksanaan PIPP dan berkeyakinan penuh PIPP dapat dilaksanakan sekaligus melonjakkan pendidikan negara antara terbaik di dunia.

``Saya berharap semua pihak, khususnya pihak pelaksana iaitu sekolah, PPD dan JPN dapat menjayakannya kerana ini banyak bergantung kepada mereka dan pihak sekolah,'' katanya.

Dalam pada itu kad laporan penuh pelaksanaan PIPP hanya akan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran pada Disember tahun ini.

``Sejauh mana pelaksanaannya hanya akan diketahui secara jelas apabila kad laporan ini diserahkan pada hujung tahun ini,'' katanya.

Mengenai data-data dalam kad laporan itu beliau berkata, antara contoh data ialah pengwujudan sekolah kluster sama ada sepanjang tempoh setahun pelaksanaan itu telah mencapai matlamat 300 buah.

``Mereka yang terlibat mesti telah bersedia melalui autonomi yang diberikan dan sebagainya,'' katanya.

PIPP merupakan perancangan lima tahun pendidikan iaitu bermula 2006 hingga 2010 (PIPP) bagi melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.

Ia merupakan hala tuju pendidikan negara yang mesti diketahui, difahami dan dihayati oleh warga pendidikan.

Dua pendekatannya iaitu yang pertama ialah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang belum selesai dalam pendidikan seperti merapatkan jurang pendidikan, meningkatkan kepimpinan sekolah, mengukuhkan kurikulum, memartabatkan guru dan peluang sama rata dalam peluang pendidikan.

Pendekatan kedua ialah melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara melalui pihak sekolah.

``Kita memang telah mempunyai sekolah-sekolah yang cemerlang contohnya Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Sultan Alam Shah.''

``Melalui sekolah cemerlang ini kita telah melahirkan ramai pemimpin penting sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial,'' katanya.

Justeru sekolah cemerlang perlu dilonjakkan untuk menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah lain.

Melalui PIPP enam teras telah digariskan iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2007 05:37 AM | Show all posts
tak tahu la PIPP ni akan berjaya atau tak..

macam mana nak berjaya.. jika or yang dipertanggungjawab memberi penerangan kepada guru juga tidak berapa memahami apa itu PIPP..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 07:46 AM | Show all posts
Originally posted by tuahayam at 26-6-2007 05:37 AM
tak tahu la PIPP ni akan berjaya atau tak..

macam mana nak berjaya.. jika or yang dipertanggungjawab memberi penerangan kepada guru juga tidak berapa memahami apa itu PIPP..





Hari tu bagai nak gila buat benda ni...la ni...
Macam nak gila  mengisi report pulak....bebetul jalankan ke ni weh..ke buat penyedap mata dan hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 04:01 AM | Show all posts
Pelan induk pendidikan mula berhasil
Oleh HAMDEN RAMLI dan S. ANAND KUMAR

KUALA LUMPUR 3 Julai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2007 06:56 AM | Show all posts
NUTP sambut baik PIPP

KUALA LUMPUR 4 Julai
Reply

Use magic Report

aidaolwitz This user has been deleted
Post time 9-7-2007 04:05 PM | Show all posts
sedih tul dgr pasal PIPP nih..manataknya aritu interview GSTT skali dia tanya soalan ni..maula tak boleh jawab..kita mana ada masa nak study ..rasa cam tensen jer kalau apply keje ngan gomen nih..abis sumer dia tnya.. kalau interbiu ngn swasta takdela soalan merepek.. tau2 dapat lak keje.. gaji pon mahal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2007 07:12 AM | Show all posts
PIPP tumpu pupuk semangat patriotik
Oleh: HABIBAH OMAR

PUTRAJAYA 3 Ogos
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2007 03:16 PM | Show all posts
arap sume menjadi ngan baik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2007 07:21 PM | Show all posts
terlalu banyak plans tapi masa perlaksanaan plan mcmana?
kalau semua dibuat dlm keadaan hurry, takut nanti plan hanya plan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2007 12:30 AM | Show all posts

apakah tujuan & matlamat PIPP??

apakah tujuan & matlamat PIPP??
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 09:12 AM | Show all posts
  harap segala pelan berjalan dgn jayanya..skang peringkat tinggi plk ada pelan lg..baru dilancar dlm mggu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 09:37 AM | Show all posts
manusia hanya merancang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 11:06 PM | Show all posts
latest news -  
kad laporan kedua PIPP - akan keluar  next week
according to menteri pelajaran - datuk hishammuddin -


let's wait and see how successful it is - -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.082466 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list