CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6280|Reply: 38

[PENDAPAT] Melaka Dah Maju Ker???

[Copy link]
Post time 22-1-2007 03:41 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 12-4-2012 19:13

Pendapat korang tentang kemajuan negeri melaka nie??
Ade lagi 3 tahun je nie lagi tuk Melaka menjadi negeri maju,agak-agak korang akan tercapai ker?


:hmm::hmm::hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2007 07:21 AM | Show all posts

Reply #1 the_slayers's post

tercapao kott...skng pon bk pembangunan dilakukan
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 08:24 AM | Show all posts
Huhuhuhu.....no komen!.......apa definisi MAJU?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 10:11 AM | Show all posts
Melaka capai status maju empat tahun lagi
Oleh Yusri Abdul Malek
yusrimalek@hmetro.com.my

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

KURANG empat tahun lagi, Melaka bakal diisytiharkan sebagai negeri maju selepas Selangor.

Ia satu hasrat yang dicita-citakan kepemimpinan negeri diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam selepas melihat kemampuan negeri itu menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan.

Natijahnya, untuk merealisasikan Melaka menjadi negeri maju menjelang 2010, rakyat tidak boleh berdiam diri, sebaliknya perlu bersama kerajaan negeri menjayakannya.

Melalui laporan enam tahun Pencapaian Gemilang Melaka 2000-2005 digariskan lapan dasar pembangunan meliputi pemantapan perpaduan negara, pembangunan infrastruktur yang lengkap, termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), peningkatan daya tahan, daya maju dan daya saing, pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan antara kaum, bandar dan luar bandar, pembangunan modal insan.

Tranformasi P-Ekonomi kepada K-Ekonomi, pertumbuhan ekonomi yang mapan dan mesra alam, inflasi yang rendah dan stabil serta menambah peluang pekerjaan dan pengukuhan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB).

Ini selaras empat objektif pembangunannya mencapai status negeri maju menjelang 2010 selain memperkukuhkan lagi Melaka sebagai destinasi pelancongan terulung; memodenkan sektor pertanian dan meningkatkan nilai tambah produk dan meningkatkan kualiti dan reliabiliti infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan perumahan.

Berdasarkan 23 indikator sebagai penanda aras pencapaian Melaka Maju 2010, setakat ini, 11 petunjuk sudah melepasi sasaran ditetapkan dalam tempoh itu dengan pencapaian keseluruhan sebanyak 85 peratus.

Petunjuk itu termasuk pertanian, pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, kadar pengangguran, kadar kelahiran bayi, persekolahan, kemudahan bekalan air dan elektrik serta telefon.

Sebagai contoh, dalam bidang pertanian, Melaka mensasarkan kurang lima peratus pencapaian dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2010 dan setakat ini sudah mencapai sasarannya.

Menjelang 2010 juga, pendapatan perkapita penduduk disasarkan RM26,000 berbanding RM18,000 kini.

Dalam laporan itu, pencapaian paling cemerlang ialah kemudahan bekalan air dan elektrik yang mencapai 100 peratus sejak 2000.

Setakat ini, sektor perkhidmatan termasuk pelancongan menyumbang 65 peratus kepada KDNK setiap tahun sejak 2000 hingga akhir tahun lalu.

Jumlah kedatangan pelancong sentiasa meningkat dari setahun ke setahun dengan catatan 2.1 juta pada 2000 kepada 2.5 juta pada tahun berikutnya.

Pada 2002, jumlah itu meningkat kepada 2.9 juta, 2003 (3.6 juta), 2004 (4 juta), 2005 (4.7) juta, tahun ini lima juta manakala sasaran 2010 ialah lapan juta.

Dari segi pecahan, pelancong domestik masih mendominasi apabila mencatat jumlah 1.12 juta berbanding 1.04 juta pelancong asing pada 2000. Jumlah ini meningkat kepada 1.52 juta berbanding 1.03 juta pada tahun berikutnya.

Pada 2002, jumlah pelancong domestik terus meningkat kepada 1.84 juta berbanding 1.13 juta manakala pada 2003, jumlah pelancong tempatan meningkat kepada 2.86 juta berbanding 742,000 pelancong asing manakala 2004, jumlah pelancong tempatan terus meningkat kepada 2.98 juta berbanding pelancong asing 1.01 juta.

Usaha gigih kerajaan negeri menampakkan kejayaan kerana jumlah pelancong ke negeri ini melebihi sasaran pada 2005 apabila meningkat kepada 4.7 juta berbanding 4.5 juta yang disasarkan.

Melalui 13 produk pelancongan sedia ada, kedatangan pelancong dalam dan luar negara akan meningkat dari setahun ke setahun.

Selain itu, Melaka kini mempunyai 720,000 penduduk meliputi kira-kira 200,000 rumah dan berdasarkan perangkaan pada April lalu, jumlah talian tetap (telefon di rumah) ialah sebanyak 148,043.

Ini bermakna, kira-kira 73 peratus penduduk di negeri ini mempunyai telefon talian tetap di rumah masing-masing manakala jumlah pelanggan telefon bimbit (tidak termasuk 3G dan prabayar) ialah 658,346 atau 91.4 peratus penduduk.

Pengiktirafan status MSC Malaysia Cybercentre @ MITC Melaka yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 25 Jun lalu dilihat sebagai pemangkin ke arah peningkatan penggunaan ICT di Wilayah Selatan.

Ini menunjukkan pengiktirafan Kerajaan Pusat terhadap kesungguhan Melaka membangunkan ICT sejajar pembangunan pesat bidang berkenaan di negara ini.

Secara am, kawasan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) seluas 74.8 hektar adalah fasa pertama daripada dua fasa pembangunan yang menjadi sasaran kerajaan negeri dalam rangka pembangunan kawasan MSC.

Dalam laporan itu lagi dinyatakan, pembangunan fasa kedua meliputi kawasan seluas 182 hektar di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh akan dibangunkan mulai tahun depan.

Setakat ini, kerajaan negeri membelanjakan RM28.5 juta bagi pembangunan infrastruktur dan prasarana di kawasan MSC, sekali gus menarik pelaburan RM42.4 juta membabitkan 61 syarikat ICT asing dan tempatan.

Sebagai langkah awal, kerajaan negeri sudah menyediakan kemudahan wireless broadband pada kelajuan minimum 6MBs (Megabait sesaat) meliputi seluruh kawasan MITC, Bandar Melaka, Alor Gajah dan Jasin.

Status MCS juga adalah satu jaminan kepada pelabur di kawasan itu yang tidak akan mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik dan jika berlaku, pampasan akibat gangguan itu akan dibayar pihak berkaitan.

Status MCS Malaysia Cybercentre memberi impak secara langsung kepada pengiktirafan status MCS oleh kerajaan Pusat kepada Melaka keseluruhannya.

Menurut laporan itu, dalam tempoh tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2001 hingga 2003, Melaka mengekalkan kadar inflasi terendah lebih rendah daripada 3 peratus dan juga lebih rendah daripada Malaysia.

Pada 2001, kadar inflasi di Melaka ialah 1.3 peratus manakala Malaysia ialah 1.4 peratus. Pada 2002, kadarnya di Melaka ialah 1.8 peratus bersamaan dengan Malaysia 1.8 peratus dan 2003 menurun kepada 1.1 peratus berbanding Malaysia 1.2 peratus.

Kadar inflasi meningkat pada 2005 disebabkan kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Kadar inflasi di Melaka pada tahun lalu ialah 3.6 peratus manakala Malaysia 3.0 peratus.

Kadar pengangguran pula terendah di Malaysia dalam tempoh enam tahun berturut-turut sejak 2000. Pada 2000, kadar pengangguran ialah 1.3 peratus, meningkat kepada 1.8 peratus pada 2001, meningkat kepada 2.9 peratus pada 2002 tetapi menurun kepada 2.8 peratus pada 2003 dan menurun kepada 1.6 peratus dan 1.2 peratus pada 2004 dan 2005.

Di Malaysia, pada 2000 ialah 3.0 peratus; 2001 (3.5 peratus); 2002 (3.5 peratus), 2003 (3.6 peratus), 2004 (3.4 peratus) dan 2005 (3.5 peratus).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 01:34 PM | Show all posts
2010
xdehal
mlk buleh ..
hehehehe ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 04:12 PM | Show all posts
ada duit sumer blh buat....
Reply

Use magic Report

Follow Us
gordonv612 This user has been deleted
Post time 22-1-2007 04:23 PM | Show all posts
saya rasa melaka sekarang masih belum kira maju lagi...
Jalan raya perlu dipertingkatkan algi...system perhubungan lain seperti lapangan terbang , keretapi perlu dibina.....
Tapi, saya yakin melaka akan menjadi negeri maju 3 tahun kemudian....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 04:28 PM | Show all posts
Originally posted by ainnia at 22-1-2007 04:12 PM
ada duit sumer blh buat....



:siok: :siok:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2007 07:58 PM | Show all posts
ader sesape tau pasal perkembangan projek monorail yang bakal di bina di Melaka?
    kongsi-kongsilah  :nerd::nerd::nerd:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2007 08:00 PM | Show all posts

Reply #4 razifah's post

thanks for the information
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 10:36 PM | Show all posts
melaka sumer ada tp paling benci lalu depan Masjid Alazhim sebab ada trafic light  depan tu. kalo nak pi tesco....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by MulutBecok at 22-1-2007 10:36 PM
melaka sumer ada tp paling benci lalu depan Masjid Alazhim sebab ada trafic light  depan tu. kalo nak pi tesco....hehehe


lalu la atas
hahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by the_slayers at 22-1-2007 07:58 PM
ader sesape tau pasal perkembangan projek monorail yang bakal di bina di Melaka?
    kongsi-kongsilah  :nerd::nerd::nerd:


mayb siapkn menare keris tu bru wat monorail ni ..
tatau lg ..
nnti aku tanye s.u melaka
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 08:32 AM | Show all posts

Reply #12 Ax's post

tak bley sebab aku dr Durian Tunggal
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 09:27 AM | Show all posts
mELAKA hati2lah buat n luluskan projek perumahan...sok jadi mcm selangor....bila dah iktiraf maju....wartawan korek cite sana sini nak papar dlm berita....skit2 selangor..pastu melaka n kedah huhuhu....coz kedah pun maju 2010.....:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by Ax at 22-1-2007 10:49 PM


mayb siapkn menare keris tu bru wat monorail ni ..
tatau lg ..
nnti aku tanye s.u melaka


ax...cube ko kem salam kat s.u melaka kita nie huhuhuhu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2007 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by razifah at 23-1-2007 09:28 AM


ax...cube ko kem salam kat s.u melaka kita nie huhuhuhu....


nnti aku bgtau ...
hahahahhahahaha .. :ketuk:
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 11:44 AM | Show all posts
aku pun setuju kene majukan sektor penerbangan supaya pelancong boleh direct pegi melaka.. kene la bukak airport baru..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 23-1-2007 09:27 AM
mELAKA hati2lah buat n luluskan projek perumahan...sok jadi mcm selangor....bila dah iktiraf maju....wartawan korek cite sana sini nak papar dlm berita....skit2 selangor..pastu melaka n kedah huh ...


baru melaka glamour..hari2 masuk Buletin Utama... Tup-tup Karam Sigh Walia ada belakang umah korang buat news. PBT-PBT kena ready dr skrg...nak menjawap dgn CM dgn SUK nnti..... :pmuka: :pmuka: :pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by HubbyNorul at 23-1-2007 11:44 AM
aku pun setuju kene majukan sektor penerbangan supaya pelancong boleh direct pegi melaka.. kene la bukak airport baru..


ari tue ade keluar news kata nak upgrade lapangan batu berendam tue..skg tak pasti apa status...:hmm:
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.081789 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list