CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: fleurzsa

MELIHAT SENI

[Copy link]
 Author| Post time 15-7-2007 11:47 PM | Show all posts

Pandangan Orang Lain:

Lazimnya apabila seseorang kekurangan pengetahuan tentang sesuatu perkara, ia akan bersandar kepada pendapat orang lain yang dianggap pakar atau ahli. Oleh itu seseoranng itu akan dapat  memahami, menghargai  dan berbicara seni  dengan lebih berkesan apabila kita bersedia mendengar dan menerima 揳pa orang lain kata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2007 11:47 PM | Show all posts

Pengaruh Persekitaran:

Persekitaran, tempat, masa dan situasi boleh mengubah kesan dan nilai sesuatu karya seni. Impak persekitaran dapat membantu seseorang menilai dan memperkatakan tentang seni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 11:48 PM | Show all posts

Sejarah

Banyak bersandarkan kepada aspek sejarah sebagai cara menilai, memahami dan menghargai seni. Aspek-aspek berikut merupakan aspek yang paling ketara menjadi teras perbincangan:

  Produk seni
  Tokoh/Artis
  Masyarakat
  Konsep dan Falsafah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 11:48 PM | Show all posts

Produk Seni:

Penumpuan terhadap idea, motif, teknik dan proses, bahan dan alat, aliran dan gayaan. Tumpuan tersebut akan membawa kepada diskusi tentang aplikasi Asas-asas Seni Reka, Struktur dan gubahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 11:49 PM | Show all posts

Tokoh/Artis:

Melihat cara artis mendapatkan sumber, budaya kerja dan pandangan mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 11:49 PM | Show all posts

Masyarakat:

Melihat kesan seni terhadap masyarakat  dan pengaruh masyarakat  tehadap tamadun seni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-7-2007 11:50 PM | Show all posts

Konsep dan Falsafah:

Kejelasan ikonografi menjelaskan manifestasi  peradaban bangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 07:59 PM | Show all posts
Salam mod Fleursza....
Saya mmg suka&seronok apabila melihat sebuah karya seni dan dapat mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya. Ingin saya berkongsi cara utk melihat karya dengan lbih baik agar audien dapat apa yg ingin disampaikan oleh pengkarya....
Kritikan seni terrhadap karya seni visual (kraf tradisi, kraf dimensi baru, lukisan, catan, arca, cetakan, grafik, tekstil, seramik, seni industri fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap , multimedia dan animasi) dapat membantu dan menyumbang kepada pembentukan persepsi dan apresiasi seni visual.

Kemahiran dalam membuat kritikan seni bertujuan untuk mengembangkan lagi persepsi dan apresiasi seseorang serta membuat pertimbangan dan penilaian sesuatu karya seni visual.

Aspek-aspek kritikan karya seni visual:

Setiap karya seni visual dikaji dari aspek berikut:

Hal benda: Mengenal pasti pelbagai hal benda (figura, objek alam, objek buatan manusia dll) yang digunakan dalam karya seni visual. Memahami penampilan imej dalam karya seni visual dalam konteks aliran dan stail yang berbeza. Memahami dan membezakan imej realistik, abstrak dan non-objektif dalam karya seni visual.

Komposisi: Mengenalpasti asas seni reka yang terdapat dalam setiap karya seni visual. Mengkaji penggunaan asas seni reka sebagai bahasa seni visual dan memahami sifat-sifat ekspresif asas seni reka dalam menyatakan maksud. Memahami bagaimana asas seni reka diolah dan diadun dalam sesuatu hasil karya seni. Mengkaji penggunaan pelbagai media dan teknik untuk hasilkan kesan ekspresif dalam karya seni visual.

Kandungan: Memahami pelbagai tema yang menjadi pilihan bagi menyampaikan maksud dan pengertian dalam karya seni visual. Mengkaji makna, mesej, idea dan fungsi yang disampaikan melalui karya seni visual.

Contoh soalan2 yg boleh diutarakan dgn pengkarya.....
1. Tempat dan tarikh kelahiran.
2. Pendidikan kat mana.
3. Bila menceburi bidang lukisan.
4. Aliran apa.
5. Media apa yang selalu guna- cat air, cat minyak dll
6. Pernah adakan pameran.
7. Hadiah/Anugerah yang pernah dimenangi
8. Lukisan yang terkenal: Tajuk, Tarikh, Media apa, Tema, Gaya, Nilai
9. Pelukis idola
10. Jawatan-jawatan yang pernah disandang.
11. Di mana boleh dapatkan/beli lukisannya.
12. Kebanyakan lukisannya ada kat mana.

Pada yg berminat boleh cuba utk melihat karya2 seni dgn menggunakan keindahan....mmg mudah dan seronok!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.049344 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list