CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JAY-Z

ALBUM TRADISIONAL SITI 2008

[Copy link]
 Author| Post time 5-4-2007 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by eddysheddy at 5-4-2007 01:09 AM
M Nasir? okla.. arap2 lain dr nafas cahaya



napas cahaya best ke? macam tak cukup napas jer   separuh akhir juara lagu jer lepas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2007 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by Neo-Artz at 5-4-2007 05:03 AM
samalah...tidak pernah suka lagu2 ciptaan M Nasir...



aku lagi ler nak muntah dengar lagu2 sipooo....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 02:15 AM | Show all posts
mnasir aku suka lagu dia yg dulu2, skrg ni x sedap sgt la, mcm die try too hard to adapt zaman.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by JAY-Z at 5-4-2007 12:32 PM



napas cahaya best ke? macam tak cukup napas jer   separuh akhir juara lagu jer lepas

kan ku cakap `lain'
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 11:42 AM | Show all posts
aku suka ja lagu M Nasir....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by JAY-Z at 5-4-2007 12:33 PM



aku lagi ler nak muntah dengar lagu2 sipooo....

manalah tau cuba-cuba, tup2 lagu CT ciptaan dia yg ko minat abis nanti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2007 05:47 PM | Show all posts
okla...sifu x pernah kasi lagu utk CT...CT nak kelainan la jugak...harap2 best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2007 06:13 PM | Show all posts
Originally posted by harisbee at 6-4-2007 05:47 PM
okla...sifu x pernah kasi lagu utk CT...CT nak kelainan la jugak...harap2 best



oh phlizzzzzzz


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2007 09:08 PM | Show all posts

Reply #55 JAY-Z's post

m.nasir menyibuk
padahal m.nasir mane penah terhegeh2 nak bagi lagu kat penyanyi..
penyanyi yg mintak lagu kat dia, mcm samihah tuh...
kalo bukan m.nasir yg mintak, sapela yg menyibuk mintak lagu kat dia

sian kat hazami, dari album emas lagi dia nak bagi lagu kat ct, tajuknye coretan cinta kelana lagi...
sampai skang tak muncul2

aku pun harap m.nasir tak involve dlm album ct nih
lagu m.nasir & pak ngah dlm 1 album aku takleh blend la

[ Last edited by  iscol_klang at 7-4-2007 09:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 01:40 AM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 7-4-2007 09:08 PM
m.nasir menyibuk
padahal m.nasir mane penah terhegeh2 nak bagi lagu kat penyanyi..
penyanyi yg mintak lagu kat dia, mcm samihah tuh...
kalo bukan m.nasir yg mintak, sapela yg menyibuk mint ...

coretan cinta kelana? camnelah lagunye ye..

eh, mana ko tau lagu nie :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 02:07 AM | Show all posts
m nasir best per.. lagu2 yang dia cipta unik.. and  cube dgar lagu yang dicipta untuk artis2 lain (lelaki).. nurnilam sari, etc.. sah2 dia komposer yang tiada tandingan.. dia bleh cipta pelbagai lagu dgn genre berbeza.. kalau dia tak berbakat tak kan orang gelar sifu.. tak kisahlah orang suka ke tak dia cipta lagu tuk ct.. kalau lagu bagus.. ok per.. and lagu nafas cahaya tuh bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 02:38 AM | Show all posts
ekceli sejak awal thn 80an, dah jd mcm satu trend bagi penyanyi2 wanita yg tgh top masa zaman derang tu msti nak dptkan lagu m nasir.
antara penyanyi yg tgh top n nak lagu m nasir-sepah aini, zaiton sameon, khaty, ziana, n yg terbaru misha.
alasan yg biasa aku dgr dr dlu...semua nakkan kelainan, sbb tu mintak lagu m nasir. sepah aini sanggup tunggu m nasir yg masa tu bz gile utk watkan lagu2 utk dia.
mcm zaiton dlu, sanggup ditched a ali utk album kedua dia, semata2 nak m nasir terbitkan album dia masa dia tgh top,
padahal a ali yg tlg naikkan nama dia dlu.
tp ct mcm dah terlewat lak bru nak mintak lagu m nasir. patut amik masa zaman sahmura dlu ke.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 02:59 AM | Show all posts

Reply #70 eddysheddy's post

utusan malaysia
25 mei 2003

Apabila Siti Nurhaliza dan Hazami berduet
Oleh NORZAILA ROSLI

SIAPA sangka dalam diam-diam penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza memuja pendatang baru, Hazami. Malah Siti sendiri tidak bertepuk sebelah tangan kerana penyanyi Sonata Musim Salju juga telah lama memujanya dari jauh.

Akhirnya kedua-dua mereka bertemu `jodoh' di Pusat Penyiaran Astro dalam program Dari Studio Satu Bersama Siti Nurhaliza.

Bagi Siti Nurhaliza peluang berduet dengan Hazami yang baru-baru ini dicalonkan sebagai Artis Baru Terbaik dalam AIM2003 merupakan saat yang sudah lama diidam-idamkan. ``Siti memang minat sangat dengan suara Hazami,'' kata penyanyi bersuara emas itu ketika ditemui sebelum persembahan berlangsung Jumaat lalu.

Barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan malam itu malam bertuah bagi peminat yang menyaksikan persembahan mereka.

Mana tidaknya, peluang menyaksikan Siti berduet bersama penyanyi lelaki bukanlah acap kali dapat dilihat. Malah, malam itu Siti turut berduet dengan abangnya Ayie ketika menyampaikan lagu Jangan Pisahkan.

Itulah kali pertama mereka digandingkan semula selepas Ayie mengambil keputusan menarik diri dari bidang nyanyian untuk menguruskan kerjaya nyanyian Siti. Sebelum ini Siti sering bergandingan dengan Tan Sri S. M. Salim tetapi tidak penyanyi baru seperti Hazami.

Walaupun sudah bergelar penyanyi nombor satu di Malaysia, Siti mengakui dia segan dengan bakat besar Hazami. Menurut Siti, selain mempunyai vokal yang mantap Hazami juga mempunyai teknik nyanyian yang baik.

``Mulanya Siti rasa gementar juga nak berduet dengan dia. Maklum sahajalah, dia kan guru vokal,'' jelasnya tersenyum.

Walaupun terpaksa menghadapi kesukaran mengimbangi key masing-masing pada peringkat awal, tetapi masalah itu telah dapat diatasi dengan baik.

Ditanya sama ada dia berminat sekiranya digandingkan dengan Hazami dalam album, Siti yang kini dilantik sebagai duta kamera digital Minolta menganggap itu merupakan peluang yang baik.

``Semua itu terpulang kepada syarikat rakaman. Tetapi kalau kami ingin digandingkan dalam mana-mana persembahan... no problem. Siti sentiasa mengalu-alukannya,'' ujar penyanyi itu lagi.

Bagi Hazami, peluang berduet dengan Siti diharapkan dapat menjadi pembuka jalan kepada penyanyi baru sepertinya.

``Setidak-tidaknya, Siti dapat perkenalkan saya kepada peminat seni suara di sini,'' kata penyanyi yang berasal daripada Pulau Pinang itu.

Sebagai pendatang baru, Hazami mengakui jemputan berduet dari artis popular seperti Siti adalah satu penghargaan besar buatnya.

Malah pemegang ijazah kejuruteraan itu berkali-kali bertanya kepada syarikat rakamannya adakah beliau diundang untuk mengadakan persembahan dengan Siti Nurhaliza.

``Selepas disahkan ia Siti Nurhaliza, dua hari saya tergamam,'' kata Hazami tertawa.

Menurut Hazami atau nama sebenarnya Nor Kamal Hazami Ahmad, tawaran tersebut disampaikan kepada syarikat rakamannya Warner Music beberapa hari sebelum menghadiri AIM2003.

Pertama kali digandingkan, Hazami mengakui mengalami kesukaran untuk mengimbangi key masing-masing.

``Pada awalnya saya diminta menyanyi dua key lebih tinggi dari biasa. Tapi bila berlatih saya nyanyi empat key lebih tinggi,'' katanya.

``Namun begitu, bagi menghasilkan gabungan yang mantap, kami bersetuju mengimbangi vokal masing-masing,'' ujar Hazami. Mengulas lanjut katanya, sebagai penyanyi baru dia kagum dengan sikap Siti yang suka merendah diri.

Dalam rancak bercerita Hazami sempat berkongsi rahsia dengan Pancaindera yang sekian lama disimpannya.

Menurut penyanyi itu, dia pernah ditawarkan oleh Adnan Abu Hassan untuk berduet dengan Siti ketika penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu baru menapak dalam bidang seni suara.

``Kalau tidak silap saya masa itu Siti baru buat album keduanya,'' kata Hazami. ``Disebabkan saya masih belum bersedia ketika itu, saya terpaksa menolak tawaran Adnan,'' katanya lagi.

Bagaimanapun Hazami yang mengagumi bakat Siti itu secara diam telah mencipta sebuah lagu khusus untuk Siti. Lagu yang berjudul Coretan Cinta Kelana itu katanya, ditulis ketika beliau masih menuntut di London.

``Saya tulis lagu ini kerana saya kagum dengan bakat yang dimilikinya. ``Saya tidak rasa saya mampu menjadi penyanyi besar sepertinya,'' ujar Hazami tersenyum.

Menurutnya lagi, lagu tersebut masih berada dalam simpanannya. Saya memang berhasrat nak beri lagu itu kepada Siti cuma takut Siti tak sudi...'' ujarnya lagi.

Bagi para peminat yang tidak ingin melepaskan peluang menyaksikan Siti dan Hazami berduet, saksikan persembahan Siti dalam rancangan Dari Studio Satu di Astro Ria tidak lama lagi.



sian hazami...dah 3 album berlalu... (nak masuk 4 dah)  
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 09:37 AM | Show all posts
terbaru dari temubual era:

album bakal berada di pasaran seawal ogos, skrg tgh percepatkan proses rakaman.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 09:39 AM | Show all posts

Reply #74 calmille's post

sabar menanti.. . tggal bbrape bulan lagi tuh.. .
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 09:46 AM | Show all posts
comel la siti gelakkk:love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2007 09:52 AM | Show all posts

Reply #76 calmille's post

oops salah thread
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 10:18 AM | Show all posts

Reply #77 calmille's post

tau tkpe.. . .hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 12:39 PM | Show all posts
dgr cite album ni turut memuatkan lagu duet Tok T dgn artis veteran & artis baru
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 03:08 PM | Show all posts

Reply #79 burung_pungguk's post

wah yeker ... sapa agaknya penyanyi veteran tu.
mintak2 sepah aini. :pray: ;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.257094 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list