View: 4195|Reply: 3
|
Split topik dari Muharam dan sambutannya
[Copy link]
|
|
Puasa sunat Asyura hapus dosa setahun
Apabila membicarakan tentang Hari Asyura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan diri memperkatakan tentang peristiwa pembunuhan Saidina Hussain iaitu cucu Rasulullah s.a.w. Beliau juga anak kepada Saidina Ali yang dibunuh dengan kejam di sebuah tempat yang bernama Karbala di Iraq.
Rentetan dari peristiwa Karbala ini timbul dua golongan yang menyambut hari Asyura secara ekstrem.
Golongan pertama terdiri daripada pengikut Syiah al-Rafidhah yang menjadikan tarikh 10 Muharam setiap tahun sebagai hari untuk berkabung dan menunjukkan kesedihan demi untuk memperingati kematian Saidina Hussain ini.
Ketika menyambut hari Asyura mereka memperlihatkan perbuatan-perbuatan umat jahiliah seperti memukul wajah serta tubuh badan mereka sehingga berdarah, menyiksa diri, berteriak serta menangis dan merobek-robek pakaian mereka.
Meratap
Ternyata perbuatan meratap serta menyiksa diri sendiri apabila ditimpa musibah dicela oleh syarak sebagaimana hadis-hadis di bawah.
Nabi s.a.w. bersabda: Bukan golongan kami orang yang memukul pipi, merobek pakaian dan berdoa dengan doa-doa jahiliah. (Riwayat Bukhari, no: 1294)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Saya tidak bertanggungjawab kepada orang yang ditimpa musibah lalu menangis dengan suara yang keras [berteriak-teriak] atau menggondolkan rambutnya atau merobek bajunya. (Riwayat Muslim, no: 104).
Golongan Syiah ini juga memperhebatkan lagi celaan mereka kepada para sahabat nabi pada hari Asyura. Mereka juga membacakan syair-syair serta hikayat-hikayat palsu menceritakan tentang peristiwa Karbala. Masih terdapat banyak lagi perkara yang bertentangan dengan syarak dilakukan oleh kelompok Syiah ini pada hari Asyura.
Golongan kedua pula menyambut hari Asyura sebagai satu hari perayaan yang penuh dengan kebahagiaan. Kelompok ini terdiri daripada golongan ahli sunah yang jahil.
Mereka yang memusuhi Saidina Ali serta ahli keluarganya, penjilat kerajaan Bani Umaiyah serta mereka yang membenci golongan Syiah al-Rafidhah dan menterjemahkan kebencian mereka itu dengan melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Syiah iaitu menunjukkan kegembiraan pada hari Asyura.
Mereka menyambut hari Asyura bagaikan suatu pesta, menghias bandar-bandar mereka dengan indah, memasak makanan tertentu lalu bersedekah kepada orang ramai. Menyediakan makanan yang lazat-lazat dan lain-lain lagi upacara yang mencerminkan ia suatu hari untuk bergembira seperti hari raya.
Perbuatan kelompok ini juga bertentangan dengan syarak apatah lagi jika dilakukan bersempena dengan hari terbunuhnya Saidina Hussain, cucu kepada Rasulullah s.a.w. yang merupakan pemimpin kepada para pemuda yang menghuni syurga.
Wajarkah suasana yang gembira dihubung-kaitkan dengan satu peristiwa hitam dalam sejarah umat Islam yang mengakibatkan syahidnya seorang yang memiliki keutamaan serta kedudukan yang tinggi bagi masyarakat Islam?
Apatah lagi tidak pernah ada contohnya daripada Rasulullah s.a.w. untuk menyambut hari Asyura seperti hari perayaan yang besar malah para sahabat.
Para salafussoleh serta imam- imam mazhab yang empat juga tidak pernah menganjurkan sambutan yang sedemikian rupa. Oleh itu sambutan sedemikian rupa merupakan suatu amalan bidaah yang sewajarnya di hindari oleh umat Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, mendengar nasihat dan mentaatinya. Sesungguhnya manusia itu berkelompok-kelompok, siapa yang akan hidup di antara kalian kelak akan melihat adanya banyak perbezaan pendapat. Maka hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunahku dan sunah para Khulafa al-Rasyidin. Berpegang teguhlah kepadanya dan peganglah ia erat-erat. Jauhilah segala perkara yang baru kerana setiap perkara yang baru itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat. (Riwayat Imam Abu Dawud, no: 3991).
Jika kedua-dua cara menyambut hari Asyura seperti di atas adalah suatu bentuk kesesatan dalam agama maka apakah yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada hari Asyura?
Hari Asyura dan amalan-amalan sunah berkaitan
Terdapat banyak kisah yang dihubung-kaitkan dengan hari Asyura. Namun sebenarnya ia tidak memiliki sandaran yang kukuh. Ternyata cerita yang sah berkaitan dengan hari Asyura hanyalah peristiwa Nabi Musa a.s diselamatkan dari tentera Firaun.
Ini kerana kesahihan kisah tersebut berlaku pada hari Asyura diperakui oleh Rasulullah s.a.w. sendiri sebagaimana yang terdapat di dalam Shahih al-Bukhari:
Nabi s.a.w. datang ke Madinah, dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Menurut mereka: Ini hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dari Firaun. Maka sabda Nabi s.a.w.: Kamu lebih berhak terhadap Musa daripada mereka maka berpuasalah. (Riwayat Bukhari no: 4680).
Oleh itu sewajarnya kita tidak menghubung kaitkan apa-apa peristiwa berkaitan hari Asyura melainkan terdapat dalil yang sah daripada hadis-hadis Nabi s.a.w. Melalui hadis di atas ini juga dapat kita fahami bahawa amal ibadah khusus sempena hari Asyura yang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w. adalah ibadah puasa. Ternyata berpuasa pada hari Asyura ini memiliki kelebihan atau fadilat yang begitu besar.
Ibnu Abbas r.a. pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sehari pada hari Asyura untuk mencari kelebihan atau fadilat yang tidak ada pada hari-hari selain hari ini. (Riwayat Bukhari, no: 2006).
Berpuasa pada hari Asyura juga dapat menghapuskan dosa-dosa kita pada tahun sebelumnya. Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: Puasa tiga hari dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya menurut Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya menurut Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Muslim, no: 1163).
Allah juga mengurniakan taufik-Nya kepada mereka yang berpuasa pada hari Asyura. Dari Ibnu Umar r.a, dia berkata: Tidaklah seorang hamba berpuasa di dalamnya (hari Asyura) kecuali puasanya akan memberikan taufik kepadanya. (Riwayat Bukhari no: 1892).
Disunatkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura tersebut dengan berpuasa sehari sebelum ataupun sehari sesudahnya. Rasulullah s.a.w. memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya. (Riwayat Imam Ahmad, no: 2047).
Rasulullah tidak pernah memerintahkan amalan ibadah lain untuk dikhususkan sempena hari Asyura melainkan ibadah berpuasa sebegini sahaja.
Oleh itu sebaik-baiknya kita berusaha untuk mengamalkan sunah Nabi s.a.w. ini.
* MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS ialah Penolong Naib Presiden di Bahagian Perbankan Perusahaan, Affin Bank Berhad. Untuk sebarang maklum balas berkaitan artikel ini sila hubungi beliau melalui e-mel akob73@ yahoo.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 Syd's post
sempat lagi erk...
kena pindah subboard nie... (thread lagi satu bincang pasal mazhab skit pun dah kena pindah oleh ibnur...tak tau lar thread nie..) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 29-1-2007 09:49 AM
sempat lagi erk...
kena pindah subboard nie... (thread lagi satu bincang pasal mazhab skit pun dah kena pindah oleh ibnur...tak tau lar thread nie..)
jap lagi ler tuh.... .... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Ayun_Maiden at 31-1-2007 09:39 AM
Sambutan Awal Muharam dikalangan pengikut Syiah.
Peristiwa mengingati Karbala?
Sekadar renungan bersama. Dari ajaran Islam? atau sekadar mengingai kenangan Silam?
Sepuluh Muharram dalam bahasa Arab, disebut Asyura. Orang Melayu Kelantan menyebutnya Sura. Di beberapa daerah di Indonesia misalnya, hari itu dirayakan dengan membuat bubur merah-putih. Putih mencerminkan Hasan dan merah melambangkan Husein. Seperti dalam sejarah, Saidina Hasan pernah melakukan perdamaian dengan penguasa demi kebaikan umat. Tetapi malangnya, perdamaian itu dikhianati oleh elit-penguasa itu sendiri. Putih adalah lambang perdamaian.
Sementara Saidina Husein melihat pengkhianatan itu segera bangkit melawan pemerintah lalu terjadilah peristiwa tragis iaitu Tragedi Karbala. Padang pasir Karbala memerah dengan darah syuhada. Merah adalah lambang kesyahidan. Agak sukar untuk menemukan orang tua yang dapat menjelaskan asal-usul tradisi itu. Para ulama yang ditanya, hanya menjelaskan tentang disunatkannya puasa pada hari itu. Mengapa? Kerana hari itu adalah hari pertolongan Allah kepada para nabi dalam menghadapi orang-orang zalim. Pada hari Asyura, Ibrahim lepas dari api Namrud, Yunus keluar dari perut ikan, Musa bebas dari hambatan Firaun, dan Muhammad SAW selamat dari racun orang Yahudi. Kononnya, masih kata para ulama, ketika Nabi Muhammad SAW ke Madinah, baginda menemukan orang Yahudi berpuasa pada hari itu untuk mengenang kemenangan Musa. 'Aku lebih berhak untuk berpuasa daripada kalian,' kata Nabi SAW kepada orang-orang Yahudi. Maka kaum mukmin yang saleh di Malaysia selalu melakukan puasa Asyura sebagi ungkapan syukur atas kemenangan para Nabi.
Sebahagian Muslim di Mesir mengungkapkan rasa syukur mereka dengan cara lain. Mereka memakai pakaian yang indah, makan-makanan dan bergembira. Al-Makrizi, ahli sejarah Islam, dalam At-Khuthath, jilid 1, hlm. 490, menulis, 'Dinasti Fathimiyyah di Mesir menjadikan Asyura sebagai hari dukacita (untuk mengenang kematiah Saidina Husein di Karbala)... Ketika raja-raja Bani Ayyub merebut Mesir, mereka menjadikan hari itu hari gembira... melanjutkan tradisi orang-orang Syam yang dirintis Al-Hajjaj pada zaman Abd al-Malik ibn Marwan. Tujuan utamanya adalah mempermalukan pengikut Ali bin Abi Talib yang menjadikan Asyura sebagai hari dukacita. Al-Hajjaj adalah tonggak besar dinasti Umayyah. Dia melakukan strategi kekerasan dalam menumpas pengikut Ali - lawan politik Bani Umayyah -secara fizikal.
Di samping itu, dia melakukan penyelewengan fakta untuk membasmi Saidina Ali secara intelektual. Bermula sejak kekuasaan Muawiyah, pengetahuan umum diarahkan untuk membenci Ali dan mencintai penguasanya. Pendapat yang berbeza dibanteras. Pendapat yang sesuai dengan selera elit-penguasa disebarluaskan. Para khatib disuruh mengutuk Ali di mimbar-mimbar Jumaat. Hadis-hadis tentang keutamaan Ali dilarang diriwayatkan. Hadis-hadis buatan yang mengecam Ali digalakkan. Begitu pula, ajaran Islam yang dijadikan syiar pengikut Ali dibid抋hkan atau dicarikan tandingannya. Lalu, di Karbala terjadilah pembantaian keluarga Ali bin Abi Thalib pada 10 Muharram 61 H oleh Bani Umayyah. Husein bin Ali dibunuh dengan cara yang sangat kejam. Asyura ertinya -sepuluh- bermakna hari terbunuhnya Husein dan sekaligus hari kemenangan Bani Umayyah. Para pengikut Ali tentu sahaja menjadikan hari itu hari berkabung, hari terbunuhnya cucu Rasulullah, dan hari syahidnya seorang pejuang keadilan. Setiap kali Asyura mereka mengenangkan peristiwa itu dan merintih penuh nestapa. 揃agi kami, setiap hari adalah Asyura dan setiap tempat adalah Karbala,擺/b] teriak mereka.
Laungan teriakan itu terdengar lagi ketika para pengikut Ali menumbangkan kekuasaan Syah Moden pada akhir 1978. Oleh kerana itu, Asyura menjadi lambang yang mengancam para elit-penguasa. Al-Hajjaj menetapkan Asyura sebagai hari gembira dan hari bersyukur. Kerana 憁ight is right |
|
|
|
|
|
|
| |
|