CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: panglimapetai

Dato Maharajalela dan Dato Sagor

[Copy link]
Post time 3-8-2010 10:40 PM | Show all posts
Reply 39# changkatlobak


   terima la hakikat, bahawa 'campurtangan' british tu pun akibat kesalahan Raja Abdullah yang tergila2 ingin menjadi sultan sehingga sanggup menerima british hanya kerana title Sultan itu. Bila dah dapat title barulah beliau tahu perkara yang sebenar. Anda kene ingat, buku teks sejarah menyatakan sultan ditipu, tetapi bagi saya, ianya sebaliknya, sultan tertalu inginkan takhta sampai tidak kesah kesannya. Bila tgk kuasa dah tersekat, barulah nak sedar, dan pada ketika itu sudah terlambat.
Seperti Prof Khoo Khai Kim pernah cakap, sejarah malaysia terlalu cenderung utk menyalahkan penjajah.Sikit2 salah penjajah sampai salah sendiri ditidakkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2010 01:59 AM | Show all posts
reply 41#

saya akui
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 03:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by waris at 23-8-2010 05:49

banyak orang tak tahu..ada sejarah tidak boleh dibuka.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 12:54 PM | Show all posts
^^

apa kena mengena dengan penghambaan? Sejarah penghambaan tak boleh dibuka ke En. Waris?

Apa pun, sesiapa kata yg penghambaan macam dahulu sama macam pekerja dan majikan, diharapkan anda boleh ubah pemikiran itu. Perang sangkil yg berlaku sekitar 1800an memberi kesan besar kepada warga orang asli.

Kalau baca catitan 'pelancong' Isabella Bird lewat 1800an, juga ada menyatakan tentang nasib orang2 asli semasa lawatannya ke perak.

Dalam banyak2 hamba pun, saya rasa Hamba Raja (hamba kepunyaan raja) sahaja yang dilayan dengan baik tapi tak semua lah. Dan kebanyakkan hamba2 raja ni terdiri dari orang yg nak lari dari kesalahan atau hukuman (boleh rujuk Hikayat Pelayaran Abdullah) ataupun dikehendaki raja sendiri (org istana datang umah org kampung and then tunjuk keris diraja, lalu diambil anak mereka menjadi hamba).
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 01:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by waris at 23-8-2010 05:51

ada pekara tidak boleh diungkit lagi kerana memudaratkan banyak pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 02:28 PM | Show all posts
konkulasi aku,

JWW Birch betul sebab menentang perhambaan dan perdagangan hamba, tapi dia salah kerana nak menjajah negeri perak dan memperkecilkan soltan waktu tu.

Dato' Maharajalela betul sebab menentang penjajah dan mengusir serta membunuh mereka, tapi salah kerana beliau sendiri memperdagangkan hamba.

Mungkin perkataan hamba tu terlalu general pada sesetengah orang, macam orang suruhan pun ada yg dipanggil hamba. orang suruhan ni diberi makan dan tempat tinggal. hamba juga begitu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2010 02:34 PM | Show all posts
Reply 45# waris

kadang kadang tak semua benda kena sorok dan simpan hingga menjadi barah dalam diri yg berkenaan, apatahlagi pada yg hendak mengetahui kebenaran. kebenaran dan sejarah bangsa sendiri bukan hak individu keturunan berkenaan sahaja, tapi ada bahagian untuk sekalian bangsa umat untuk mengetahui apa yg betul apa yg salah. sudah jadi lumrah dalam dunia ada baik, maka ada lah jahatnya. jahat takkan hilang dan pupus selagi iblis ada, sejak zaman tok adam lagi adanya ia. malah lebih sebelum adam dicipta lagi. untuk kebaikan umat mendatang juga lah kebaikan sejarah yg kita rasa benar dapat diceritakan, agar manjadi panduan bangsa kita kelak. mana yg kurang jelas kita jelaskan dengan sama sama kaji kebenaran dan kesahihannya. mana yg sudah pasti didak bercanggah pada awalnya dari ianya datang, kita kukuhkan ia dengan bukti bukti baru.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 02:45 PM | Show all posts
Kalau nak kaji sejarah, kenalah kaji mengikut kesesuaian sosial semasa pada zaman tu. Perhambaan ni ada dalam semua bangsa manusia dari bangsa Arab, mat saleh sampailah ke bangsa monggol. Semuanya mengamalkan perhambaan.

Pada zaman Dato Sagor, perdagangan Hamba abdi ni perkara biasa dan diterima masyarakat sesuai dengan zamannya. Ia bukan satu jenayah!

Apabila masa berubah nilai sosial dalam masyarakat pun ikut berubah. Perkara biasa dalam masyarakat zaman dulu menjadi janggal diamalkan zaman sekarang nih.

Kita tak boleh guna pakai nilai zaman ni untuk menghukum sesuatu dizaman silam sebab kita hidup berlainan zaman dan mengamalkan nilai yang berbeza juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2010 02:52 PM | Show all posts
Kalau nak kaji sejarah, kenalah kaji mengikut kesesuaian sosial semasa pada zaman tu. Perhambaan ni  ...
Fieza-mira Post at 4-8-2010 02:45 PM


Pandangan ko memang boleh diterima pakai sangat sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 02:58 PM | Show all posts
tak tau sgt pasal term, tapi kemungkinan

org suruhan = hamba = budak = teman.

budak adalah perkataan yg sama meaning utk hamba tetapi skang dah berubah maksod, tapi maksodnye tetap kekal dalam bahasa indonesia.

Teman adalah perkataan lama bagi hamba yang digunakan oleh orang perak zaman dulu2.
Pada pandangan aku mungkin sbb itulah org perak dok bahasakan diri sebagai Teman, sama macam org melayu lain yang membahasakan diri Hamba pada ketika itu. Tapi sekarang maknanya juga telah berbeza.

Pasal penghambaan ini, yang kita tak puas hati adalah pemaksaan sbg hamba. Seorang yg bebas kemudian diculik sbg hamba. kalau hamba hutang tu lain citer la sbb mmg dah bersyarat dah tak bayar utang jadi hamba.

Pasal nak salahkan british sbb campurtangan kat perak, well..actually, orang perak (raja abdullah) yang jemput british untuk campurtangan hanya kerana nak title sultan. Kene ingat, nak jadi resident ni bukan main cakap mulut jek, ade gak perjanjian yang perlu ditandatangani. So semestinya terma2 'residen berkuasa, raja jaga agama dan adat je' ada termaktub di dalamnya. Pada pendapat aku , kemungkinan akibat mabuk kuasa, Raja Abdullah terus sign sahaja tanpa mengambil kira kesannya. Sbb tu kadang2 aku tak bersetuju dengan buku teks sejarah malaysia yg dok gambarkan sultan ditipu sedangkan sultan tahu tetapi tak endah.. kemungkinan besar untuk mengelakkan rakyat dari bengang sultan kot. Negara terjajah bukan disbbkan rakyatnya tapi disbbkan kedunguan pembesarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 03:14 PM | Show all posts
apa kata waris
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 03:42 PM | Show all posts
Reply 51# winamp05


    waris akan kata :
maaaasssssssss.....

thehehere lawak kurang kelakar dicilok dari cerita 'Kekasihku Seru'
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 04:38 PM | Show all posts
Reply 52# dCrook

sori tak pernah tengok cerita tu. thehehehehe..........
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 09:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by waris at 23-8-2010 05:50

salam..saya nak campur sembang tapi tiada pengatahuan tentang perhambaan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 03:06 PM | Show all posts
bestnya kalau ada hamba zaman sekarang ni,takyah kawin dan poligami,beli hamba je lepas puas pakai jual kat pasar hamba cari yg baru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.079064 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list