CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: redrumdoll

- Matrikulasi -

[Copy link]
Post time 1-11-2008 05:58 PM | Show all posts
Matrikulasi tidak akan dimansuh - Najib
01/11/2008

PEKAN 1 Nov. — Program matrikulasi tidak akan dimansuhkan walaupun terdapat pihak tertentu yang pernah mencadangkan supaya kerajaan meneliti semula pelaksanaannya sebagai salah satu cara menyalurkan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selain Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak yang mengeluarkan cadangan itu berpendapat program matrikulasi perlu dimansuhkan dan hanya satu saluran sahaja digunakan untuk semua pelajar ke IPTA.


Dakwaan tentang wujud unsur manipulasi dalam aspek tertentu program matrikulasi dijadikan modal mereka dalam cadangan itu, katanya dalam ucapan perasmian Program Matrikulasi Bersama Masyarakat Peringkat Kebangsaan kali ke-3 di Felda Chini Timur dekat sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail.

Najib berkata kerajaan mempunyai komitmen penting untuk memastikan program itu terus wujud dalam arus perdana pembangunan negara kerana jika dilihat komposisi pelajar yang berada di IPTA sekarang, sebahagian besar datangnya daripada program matrikulasi.

Katanya tahun ini genap sepuluh tahun Kementerian Pelajaran melaksanakan program matrikulasi di seluruh negara dan program itu menjadi pilihan utama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata setiap tahun jumlah pelajar lepasan SPM yang memohon mengikuti program berkenaan semakin bertambah, bukan sahaja membabitkan kalangan pelajar bumiputera, malah turut disertai pelajar bukan bumiputera apabila sepuluh peratus tempat dibuka kepada mereka.

Beliau meminta agar tidak timbul rasa sangsi terhadap program matrikulasi kerana pemilihan pelajar menggunakan kaedah meritokrasi yang memberi keadilan kepada semua pihak.

“Janganlah bercakap tentang manipulasi program matrikulasi ini kerana hal ini tidak berlaku. Apa yang dilakukan selama ini ialah proses dan sistemnya dikemas kini bagi tujuan mengurangkan kadar keciciran pelajar-pelajar yang berpotensi,” kata Najib.

Sehingga kini terdapat sembilan buah Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran dan dua buah Kolej Mara yang menempatkan pelajar program matrikulasi.

Beliau berkata dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, tiga buah kolej matrikulasi lagi akan dibina manakala empat buah kolej terawal akan dinaiktaraf daripada segi fizikal dan kemudahan supaya seiring dengan kemajuan pendidikan terkini.

Selain itu, katanya, pada tahun depan sepuluh buah Pusat Pembelajaran Sains (PPS) yang sedia ada akan terus mengambil pelajar Tingkatan Empat aliran Sains di samping kelas Tingkatan Lima.

Pengambilan terus pelajar Tingkatan Empat itu akan melibatkan tambahan kos bagi tuisyen manakala cadangan perluasan lima buah lagi PPS iaitu di Johor dan Negeri Sembilan akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama di antara Kementerian Pelajaran dan pengurusan Felda dalam masa terdekat, katanya.

— BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 12:51 AM | Show all posts
hi... herie dak Kolej Matrikulasi Perak-KMPk... batch 0809... PST... Sains Hayat... blok L1 T1... pergh kot, memang best giler KMPk... environment dia, pergh... hijau jer... paling best dak laki la... waktu nak gi kuliah lalu kot laluan berbumbung leh tengok bukit.... memang pergh la... tetambah dak L1 yang ngadap cafe A... dapat wireless internet kot...  dak dak yang ngadap SBPI pun best gak... leh tengok dak sekolah... hehehe ... kekadang takde lektrik... angin gak ar.:@ ..
ada sekali tu, esok kena submit lab report, then tak de lektrik... sabar jer la... masalah air tak de kot.... then, skang ni kat student centre, diorang tengah ubahsuai... ala-ala bistro la... memang pergh la.... student centre dah best .... cuma DSG jer panas sikit... exam kat situ... pergh... ari tu, waktu tanah runtuh belakang P3, dak2 perempuan tumpang BP ngan library...
tapi jauh gak ar, asrama lelaki ngan tempat belajar...
paling best skang ni ada burger hong kong kat cafe b ...
elaun pun dah 1250 satu sem... cuci baju pakai mesin jer kekadang kalau tak larat... kopak 2 inggit.. huhuhu...
best gak ar masuk matrik antara yang terbaik dan tercantik... cantik giler matrik Perak... ada ISO pulak...
waktu pagi, paling tak best bile kiter tengah mandi kat cubic J (bilik air penuh), then ada orang buang hajat... pergh, sabun mandi ada bauan tambahan... tak tahan tul... RO water yang setia...
dapat tie kaler merah belang silver... cantik... suker... walauper pun, KMPk memang best walupun herie hanya sempat 1 sem jer... coz pi CFSIIUM... sayang KMPk
trima kasih encik Redhuan ngan Puan Afisyah ajar bio
Puan Siti Safur, Puan Siti Warda dan Encik Lok yang ajar kimia
Cikgu Azizul dan cik Rohani ajar maths
mentor herie [email=Bonda@Puan]Bonda@Puan[/email] Mazlina
lecturer semua best...
Encik Shehdi ngan Encik Mior...
Saper2 dapat KMPk memang best....
KAKOM  08 kat KMNS, KMPk dapat tempat ke-2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 06:50 AM | Show all posts
Isnin April 13, 2009
Program Matrikulasi: Tarikh semakan 17 April

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menetapkan 17 April ini sebagai tarikh semakan permohonan memasuki Program Matrikulasi oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, semakan boleh dibuat melalui laman web kementerian di http://www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan beserta angka giliran SPM.

Pemohon juga boleh menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MAT jarak nombor kad pengenalan pelajar ke talian 15888 atau menghubungi bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-8884 4100 pada hari bekerja (8.30 pagi hingga 4 petang) bagi mengetahui status permohonan.

Menurut kenyataan itu, tarikh pendaftaran adalah pada 11 Mei ini dan surat tawaran dan maklumat lanjut berkaitan pendaftaran, yuran dan lainlain akan dihantar oleh pihak kolej berkenaan.

Pemohon berkelayakan yang gagal dalam permohonan boleh membuat rayuan melalui internet atau secara bertulis dengan melampirkan satu salinan keputusan SPM beserta kad pengenalan yang disahkan kepada Bahagian Matrikulasi, Aras 6, Blok E15, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, sebelum 30 April ini.

Keputusan rayuan akan diumumkan pada 22 Mei depan melalui laman web.

Pemohon juga boleh menyemaknya dengan menghantar SMS dengan menaip MAR jarak nombor kad pengenalan pelajar dan hantar ke 15888 ataupun menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi.

Menurut kenyataan itu lagi, keputusan kemasukan ke Program Dua Tahun (PDT) akan diumumkan pada 3 Jun depan dan pelajar dikehendaki mendaftar di kolej 12 hari selepas itu.

Status permohonan boleh disemak melalui laman web dan semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian bantuan seperti di atas ataupun dengan menghantar SMS dengan menaip MAT jarak nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888, katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 04:37 PM | Show all posts
assalamualaikum
nk tanya
kalo wat matrik, amik akaun
apa subject yg kene belajar?
subject math tu mod math ke add math?
sape2 yg jwb soklan, makcik doa dpt pahala yg banyak!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 10:10 PM | Show all posts
muntz,ko mdlu kat kmkulim ekk??
aku kat kmk[kolej matrikulasi kedah] kat  ...
isskandar Post at 18-8-2007 06:58 PM


matrik changloon la paling best...
sebab matrik changlun dekat ngan stesyen bas...
ade shopping complex c.mart, tempat karok, tmpat main snuker....dan PMC...
hehe...
asrama pon best...
lecturers best gler...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 01:19 AM | Show all posts
aku sempat jgk kat matrik canglun... tp 2 bln jer... trus blah pegi mktb plk...

overall kat canglun ok jer la.....
lectrer pn baik2...

except lect bi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2010 01:20 AM | Show all posts
bkn bi tp biologi....
sape entah name die
muda lg
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 11:15 AM | Show all posts
Matriks KMM thn 2003 ade?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2013 11:54 AM | Show all posts
love kmph
tenang..nyaman..sejuk..dikelilingi hutan..sangat kena dengan jiwa pooh..
lecturer semua the best power of 99!

derang sangat berdedikasi mengajar..pooh x kan lupa segala jasa,usaha dan didikan encik zaman,puan saadah, puan hazlima, n especially puan ela..tanpa derang rasanya pooh x akan ada kat tempat skrg..

Semoga Allah merahmati kehidupan guru2ku dunia akhirat..

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 08:33 PM | Show all posts


matrikulasi penang kat kepala batas, bole tahan gakk.

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 10:23 PM | Show all posts
iols ex KMJ tangkak sesi 2011/12
matrik kat sini betul2 mengadap gunung. mmg aman bahagia sgt2.
bangun pepagi mmg terasa sejuk dia dgn kabusnye lagi.
tapi KMJ ni paling strict kot dgn matrik lain sbb rules dia leh tahan
ketat. routine tiap pagi harus pegi perhimpunan, outing 2 minggu
sekali je selang seli laki pompan tiap minggu.
matrik lain rasenya tiap minggu bebudak g kluar khen.
cafe pon asing2 laki dan pompan.
tp zaman matrik mmg best sgt2 dpt lecturer yg sgt supportive gitu.
mmg terbaik waktu ni. seriously rindu giler

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 09:44 PM | Show all posts
Aku pon matrik Perak.

Aku suka termenung belakang blok kediaman , merenung pokok sawit dan bukit bukau. Rindunya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.472073 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list