CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4164|Reply: 2

Mengapa ada rahsia???

[Copy link]
Post time 6-2-2007 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Tika malam menjelma,
hati yang sepi kembali ceria,
datang tawa hilang segala duka,
Ia hadir tanpa ku pinta......

Antara kita punya rahsia,
Pasti ada sebab mengapa di rahsia,
Usah dipaksa biarlah kita bicara secara rela,
Jangan di tanya bila saatnya.....

Perkenalan kita baru bermula,
Pasti ada yang menjadi tanda tanya
biarlah kita mengenali seiring dengan masa,
Jangan terburu-buru ingin ketahui semua......

Temanilah daku disini,
Hati merajuk kerna kecil hati,
Tika kau hadir kembali,
Izinkan ku terus mendapat keceriaan ini........

Bila rindu bermukim di dada,
Hati resah mula berahsia,
Tika sayang hadir di jiwa,
Kata pula menjadi rahsia,
Saat cinta mula menghuni
Tingkah dirahsia supaya berhati.......

Apa yang pasti,
Rahsia rindu ini tidak lagi menjadi sebuah rahsia,
Biarlah aku merasai kebahagiaan itu,
Walau secebis cuma.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Raja_Dewa This user has been deleted
Post time 7-2-2007 05:47 PM | Show all posts
RAHSIA MESTI ADA


Rahsia mesti ada
supaya kau tak tahu semua

Rahsia mesti ada
supaya tertutup cerita lama

Rahsia mesti ada
barulah privacy terasa

Rahsia mesti ada
takkan kau nak cungkil semua
jaga tepi kain sendiri saja
cerita orang usah dijaja
kelak berikan aib dia

Rahsia mesti ada
kerna namanya rahsia
maka rahsiakan saja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2007 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by Raja_Dewa at 7-2-2007 05:47 PM
RAHSIA MESTI ADA


Rahsia mesti ada
supaya kau tak tahu semua

Rahsia mesti ada
supaya tertutup cerita lama

Rahsia mesti ada
barulah privacy terasa

Rahsia mesti ada
takkan kau ...



Thanks for respond............yup.....tapi....rahsia terdapat 2 makna.....1 rahsia ttng memori indah bersama seseorang yang tak mungkin dpt dilupakan...n 1 lagi......adalah rahsia yang mungkin mengaibkan diri seseorang.....so......rahsia kenangan terindah tue....mungkin boleh dikongsi bersama......dan yang tak terindah tue....simpan2 jer la.............jgn sampai membuka pekung didada.......that's da RAHSIA...........:ah: :ah: :ah:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.144143 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list