CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 14-10-2013 12:42 AM | Show all posts
Syd posted on 17-9-2013 12:37 PM
best kan? kala dapat kumpulkan gambo2 orang yang mati kena tembak tu

sat naaaa...banyak keje ne ...

syd..kes menantu polis tembak bapa mertua kt ledang,johor. kejadian berlaku kt kampung ak..sedih sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2013 07:43 AM | Show all posts
Emrymama posted on 14-10-2013 12:42 AM
syd..kes menantu polis tembak bapa mertua kt ledang,johor. kejadian berlaku kt kampung ak..sedih s ...

ekceli, apa kes boleh jadik mcm tu?

mcm dah 'simpan lama' jahh

sekali blow... amek ko
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 09:41 PM | Show all posts
Syd posted on 14-10-2013 07:43 AM
ekceli, apa kes boleh jadik mcm tu?

mcm dah 'simpan lama' jahh

nk ckp dendam teruk x jugak..hal suami isteri je..isteri xnk duduk ngn suami yg panas baran..then isteri claim mak dia yg x bg duduk sama ngn suami...so suami pun berdendam jelah....last2 x bole tahan dah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 03:24 PM | Show all posts
ok..khatam sudah   tenkiu syd dan yang lain2...best thread ever...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2013 01:12 AM | Show all posts
wanlya posted on 18-10-2013 03:24 PM
ok..khatam sudah   tenkiu syd dan yang lain2...best thread ever...

ambik masa berapa lama nk khatam?iols dulu sebualn lebih gak..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 07:33 AM | Show all posts
Emrymama posted on 19-10-2013 01:12 AM
ambik masa berapa lama nk khatam?iols dulu sebualn lebih gak..hehe

adelah dalam 3 minggu.......sayang kalau x abiskan bace...huuhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2013 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuh..3 hari 3 mlm bc bru khatamm..
Nk tanya igt xkes sorg budak pompuan ditetak peragut..berlaku kt johor xsilp area skudai ke tmn tun fatimah kot...
Dulu sbb kecoh kes ragut so rmai student suka bawak back pack... Bag sandang belkg tu...
Peragut tu dtg n tetak nk bg tali beg tu putus tp sbb hayun dr atas motor kan so susah gak nk agak..so tertetaklah leher budak pompuan tu... Peragut suka gak ragut student sbb dia tau student pon ada duit n kurg2 yg bawak back pack tu ada lap top..
Kejadian ni dlm tahun 2005-2006
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 12:19 PM | Show all posts
aha..
kes ari neh

kes mayat budak umo 15 tahun sumbat dalam beg
ok gak letak sini.

nanti bila free tepek.
or ada sesape free, boleh laa jugak tolong tepek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2013 10:38 AM | Show all posts
salam uols...aku barurempit sampai page 7...dalam ni ade tak kes Natrah????

kisah seorang anak non muslim yg dijage oleh muslim...pastu bile die dh besar n agama islam....family non muslim nak amik die balik....somewhere in Johor or Singapore...

peristiwa natrah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 10:50 AM | Show all posts
1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kampong Banggol, Kemaman.[2], [3]
12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.[perlu rujukan]
Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 11:01 AM | Show all posts
kes kilang mercun sg buloh, salah sorg sepupu mak aku terlibat...kire makcik aku la...die penah kuar nona ke majalah 3....die tercampak ke dalam longkang dan terhimpit batu lebih 6jam....akibatnye die lumpuh sampai sekarang....
Alhamdulillah anak2 mkck aku tu dah kawen n die dah timang cucu.....makcik aku tu pon makin sihat....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 04:07 PM | Show all posts
bukan Maria Hertogh ke? aku tngok wikipedia nama dia lain..tapi terkenal gak cite dia ni satu dunia

en.wikipedia.org/wiki/Maria_Hertogh
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 04:26 PM | Show all posts
sian kat natrah tu...aku ada terbaca kat mana ntah, kesahnya si natrah tu kat negara dia sendiri  pun hidup huru hara..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 11:12 PM | Show all posts
azrain98 posted on 12-9-2013 04:01 PM
kes menggemparkan sekarang ialah pasal founder ambank tu...tu jumpalagi ek pembunuh dia ...beware

Ritu founder kena shoot mggu ni officer pula kena shoot...
Omg.... jahat betul... harap2 cepat kena tgkp pak guard tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 11:29 PM | Show all posts
breakout posted on 25-10-2013 11:12 PM
Ritu founder kena shoot mggu ni officer pula kena shoot...
Omg.... jahat betul... harap2 cepat ke ...

kebetulan bank yg same lak tu...huhu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2013 12:52 PM | Show all posts
nurkuntum posted on 13-10-2013 03:13 PM
Fuhh dalam kemurungan aku baca psl junko tu..dsksa sebegtu idup2.

Akupunn nk share kes bunuh di j ...

nanti nak cari kes tu.
sori, terlepas pandang posting nehh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2013 12:53 PM | Show all posts
siape_aku posted on 24-10-2013 10:38 AM
salam uols...aku barurempit sampai page 7...dalam ni ade tak kes Natrah????

kisah seorang anak no ...

natrah...

ada thread dia sendiri..

tapi tak pelah kalau dah share sekali citer tu kat sini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2013 12:55 PM | Show all posts
kes officer kena tembak tu mmg....

ai rasa mcm tengok vcd FACES of DEATH pulak

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 05:33 PM | Show all posts
siape_aku posted on 24-10-2013 11:01 AM
kes kilang mercun sg buloh, salah sorg sepupu mak aku terlibat...kire makcik aku la...die penah kuar ...

anak dia nazri kan.. aka BOB... budak SMBG... wa satu kelas ngn anak dia tu......

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 08:12 AM | Show all posts
gruncy posted on 28-10-2013 05:33 PM
anak dia nazri kan.. aka BOB... budak SMBG... wa satu kelas ngn anak dia tu......

nazri ke nazrul?? ntah..kitorg panggil iwan je...x pasti name betul die ape....walopon sedara....hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.284567 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list