CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 1-6-2007 10:05 PM | Show all posts
Kes Salbiah tu, Saderi bengang pasai Salbiah mai bilik dia kat kuarters polis tak mau balik2. Wal hal, keesokan harinya pulak, tunang Saderi yang masih menuntut di maktab perguruan mana tak ingat nak mai melawat Saderi.....Marah and geram...teruih dia bunoh Salbiah tu...Aku orang Penang...kampong aku dekat dgn gaung yang Saderi campak mayat Salbiah tu....memang dekat setahon-dua jugak laaa, oprang dok nampak hantu Salbiah berterbangan sana-sini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2007 08:31 AM | Show all posts

Reply #74 Syd's post

Fail Jenayah: Barang kemas Intan Yusniza di pajak gadai
Oleh Nasron Sira Rahim


PEMBUNUHAN pengacara Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia (RTM), Intan Yusniza Mohd Yunus dan ibu angkatnya pada Jun 1991, menarik perhatian umum sehingga ada pihak menawarkan RM20,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh.

Tawaran dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak RM10,000 selain masing-masing RM5,000 oleh Umno Seputih dan seorang individu yang terkesan dengan kejadian tragis itu.

Ganjaran ditawar bagi memastikan penjenayah ditangkap lantaran perbuatan itu tidak berperikemanusiaan kerana membabitkan kanak-kanak kecil selain khuatir keselamatan penduduk lain turut terancam.

Siasatan awal terhadap keadaan kedua-dua mayat mangsa membawa kepada andaian yang ibu angkat Intan Yusniza, Haniza Ismail, 56, dipercayai dirogol manakala gadis sunti itu pula berkemungkinan dicabul kehormatannya sebelum dibunuh di rumah mereka di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Keputusan awal bedah siasat yang dilakukan pada mayat mangsa mendapati ada lima kesan kecederaan di kepala Allahyarham Haniza manakala pada jasad Intan Yusniza pula dua kesan kecederaan di kepala akibat hentakan kuat benda keras.

Siasatan awal juga mendapati kedua-dua mangsa mungkin dibunuh antara jam 4 hingga 6 pagi hari Ahad dan orang yang terbabit dalam pembunuhan dipercayai masuk ke dalam rumah melalui 慶ara baik
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by hirai_saza at 20-2-2007 05:04 PM
pengacara kanak2..utk program kanak2 angkasapuri..cun gilerrr budak nihhh...
sian budak nihh..kena rogol lagik...cun sgt kot..smpi pembunuh naik stim


Tak der gambar ker??
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by subee at 1-6-2007 10:05 PM
Kes Salbiah tu, Saderi bengang pasai Salbiah mai bilik dia kat kuarters polis tak mau balik2. Wal hal, keesokan harinya pulak, tunang Saderi yang masih menuntut di maktab perguruan mana tak ingat ...


mana satu citer betul nih...polis tuh bunuh ker?tunang polis tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 11:41 AM | Show all posts
MENTARI pagi sudah lama muncul dan menyinari kawasan perumahan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada Isnin, 24 Jun 1991.





Beberapa penduduk yang melalui berhampiran kedai runcit yang diusahakan Hanizah Ismail, 56, berasa hairan tatkala melihat premis itu masih belum dibuka walaupun jam sudah menunjukkan kira-kira 8 pagi.

Aneh, seolah-olah kedai runcit yang pegun itu tidak akan dibuka terus pada hari itu; tidak seperti hari-hari sebelumnya, Hanizah pasti sudah lama memulakan perniagaannya menjelang waktu berkenaan.

Jiran wanita terbabit mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lalu bergegas ke rumah Hanizah yang terletak berhampiran. Pintu rumah pengusaha kedai runcit itu diketuk dan nama wanita itu dipanggil berulang kali namun tiada sebarang jawapan diterima.

Bersama dua lagi jiran lain, mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah Hanizah melalui tingkap cermin hadapan yang tidak berkunci.

Pandangan mereka segera menangkap sesusuk tubuh yang terbaring di ruang tamu bagaikan sedang tidur. Debaran mula mengasak dada tatkala mereka mula menyedari yang jasad itu adalah Hanizah malah tubuh wanita itu dihurungi semut.

Curiga mula membenih di benak minda masing-masing lalu sekali lagi mereka melaung memanggil nama wanita itu. Bagaimanapun, jasad Hanizah tetap tidak bergerak seolah-olah tidak lagi mendengar laungan lantang mereka.

Cemas melihat keadaan itu, jiran wanita terbabit segera meminta pertolongan seorang penduduk lelaki yang berada berhampiran. Lelaki itu menjenguk ke dalam dan mendapati jasad Hanizah sudah kaku dan diharungi semut. Akan tetapi, lebih mencemaskan apabila pandangannya segera menangkap keadaan tubuh wanita itu yang dalam berlumuran darah.

Tidak lama selepas itu, pintu rumah terbabit berjaya dibuka dan sepasukan polis mula masuk memenuhi ruang rumah terbabit bagi menjalankan siasatan.

Di samping jasad Hanizah, turut ditemui adalah mayat anak angkatnya berusia 12 tahun, Intan Yusniza Mohd Yusof. Kedua-dua beranak itu mati dibunuh di dalam rumah berkenaan dengan kepala kedua-dua mangsa berlumuran darah akibat cedera parah dihentak objek tertentu. Polis juga mendapati barang kemas dan wang tunai milik mangsa, hilang.

Mereka kemudian diberitahu yang Allahyarham Hanizah tinggal di situ bersama Intan Yusniza hampir empat tahun lalu iaitu selepas suami wanita terbabit yang juga bekas anggota polis berpangkat sarjan, meninggal dunia pada 1986.

Mayat Hanizah dan Intan Yusniza kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Damansara, kira-kira jam 10 malam, hari sama.

Demikianlah bermulanya kes pembunuhan yang menarik perhatian ramai pihak sekitar 1991 - Intan Yusniza, murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Salak Selatan yang juga pengacara tetap rancangan Kelab Kanak-kanak Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM), mati dibunuh bersama ibu angkatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2007 02:40 PM | Show all posts
Originally posted by whiteDhahlia at 9-2-2007 12:05 AM



yg kathigesu ni, dia terlepas dari hukuman gantung kan?


Banyak lagi kes sebegini termasuk perbicaraan paling sensasi pada awal 1980-an apabila bekas pensyarah psikologi, S Karthigesu dituduh membunuh adik iparnya yang juga bekas Ratu Negeri Sembilan 1971, Philomena Jean Sinappa @ Jean Pereira. Karthigesu terlepas daripada hukuman gantung sampai mati apabila Tribunal Hakim Rayuan Mahkamah Persekutuan menerima hujah peguam bela Karthigesu yang dapat membuktikan bahawa seorang saksi pendakwa menipu ketika perbicaraan.


Remember the Penang MTC lecturer Karthigesu and his sister-in-law Jean Pereira murder case in the early 80s? No one was ever charged for that murder


Kartigesu, imo, did the butchery himself. It was a deliberately made confusing case which thereby only proved that a community can unite together to obfuscate and confuse. It was truly a all-indian unity show. It didn抰 augur well, did it, from a wider perspective, in hindsight?
The misogynistic trait (some hindus do look down on christian gals)was clearly noticeable and keeping inheritance within the family most important.
Expression of describing Jean Pereiraas a loose woman was shamellessly made openly although irrelevant to the case and surely against the fundamental Principles of Human Rights. WTF. A loose woman deserved to be killed?!
It is remembered for its outstanding disgust.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2007 08:13 PM | Show all posts
aku pun nak share kejadian kes bunuh sadis yang turut berlaku di tempat aku di sandakan (tak tau pulak pernah masuk berita nasional ker tak...)

tempat berlaku kat taman Sandakan,kawasan perumahan taman rimba,sandakan.seorang wanita sekita awal 20 an ditemui mati dengan sadis,dalam keadaan bogel sambil disulah menggunakan bambu.

dipercayai,mangsa dirogol bergilir gilir kemudian membunuhnya,dan mecucuk kemaluan mangsa dengan bambu yang sudah ditajamkan,terus menembusi ke atas tengkorak kepalanya.

motif dikatakan atas perasaan sakit hati.ketika polis menemui mayat magsa tersebut,mayat mangsa dalam keadaan dihurungi lalat dan bogel,sambil terbaring lurus dengan bambu menusuk dari kemaluan menembusi ke atas kepala.

p/s:aku tak dapat nak carik petikan mana mana berita,tapi kalau engkorang ada citer nih,mungkin boleh merge kat sini.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 09:55 PM | Show all posts
menarik giler citer citer nie..

how cruel people can be..
life w a tragic ending..

i will keep an eye on dis topic, pls continue..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2007 09:03 AM | Show all posts

Reply #82 whatizit's post

try nak contact nasron@berita minggu
agar dia dapat teruskan kolum fail jenayah selama yang boleh
terlalu banyak benda yang kita perlu baca dan semat dalam minda
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 04:30 PM | Show all posts

Reply #40 redchilie's post

hi nak menyampuk skit..

saper ingat kejadian kapalterbang yang crash kat kg Melayu Subang tue ?
Maser tue saya kecik, abah bwk p tpt kejadian tapi tak bole p dekat...
dgrnyer, kain baju, cebisan daging tersangkut kat pokok..
Nie ker kes yang pesawat meletup kat udara tue ? Ader VIP dlm pesawat tue gak kan ?..

Satu lagi Tragedi Bas Seri Jaya kat Port Klang, maser tue saya 4 thn tak silap..
Abah bwk p tgk bas yg tersadai kat Balai Polis..
Mak saya mengamuk, yer la takut terkena badi..dgrnyer, darah masih berbekas d
tangga bas...

Pasai Jeti kat Penang tue, maser kejadian kami sekeluarga mmg plan nak balik Penang, tah naper tak jadi..
Kami plak mmg suker naik feri.. belum ajal kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2007 04:36 PM | Show all posts

Reply #47 whatizit's post

nak lah tahu gak
pasal tragedi nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 04:59 PM | Show all posts
pasal tsunami tak dek ke.....?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 11:46 AM | Show all posts

Reply #46 Syd's post

KEJAMNYERRRRR................sepatutnya kena hukum bunuh manusia yg sebenarnya binatang ni.......................

al-fatihah untuk adik siti nur liyana...............
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by redchilie at 18-5-2007 04:07 PM
erm...red nak sngat info pasal 'kapal terbang meletup di udara' tahun bile  red tak baper ingat tapi memang dah lama ...ini adalah satu2 kejadian yg paling targis dlam sistem penerbangan ma'sia . ...


MAS terhempas dekat Tanjung kupang, johor mengorbankan semua anak kapal dan penumpang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2007 05:08 PM | Show all posts
Malaysia Airlines Flight 653
Malaysia Airlines Flight 653 Summary

Date          December 4 1977
Type          Hijack
Site          Tanjung Kupang, Johor, Malaysia
Fatalities          100
Injuries          0

Aircraft
Aircraft type          Boeing 737-2H6
Operator                          Malaysia Airlines
Tail number          9M-MBD
Passengers          93
Crew                          7
Survivors                          0


Malaysia Airlines Flight 653 (MH653), a Boeing 737-2H6 registered as 9M-MBD (delivered in September 1972 as 9M-AQO), was a flight which crashed at Tanjung Kupang, Johor, in Malaysia on the evening of December 4, 1977. It was the first fatal accident for Malaysia Airlines, with all 93 passengers and 7 crew killed instantly. The flight was apparently hijacked as soon as it reached cruise level; the circumstances in which this and the subsequent crash occurred remain unsolved.

Sequence of events

Flight MH653 departed from Penang's Runway 22 at exactly 1921 hrs for Kuala Lumpur's Subang Airport (now known as the Sultan Abdul Aziz Shah Airport). Onboard were 7 crew and 93 passengers, including the Malaysian Agricultural Minister, Dato' Ali Haji Ahmad, Public Works Department Head, Dato' Mahfuz Khalid, and Cuban Ambassador to Japan, Mario Garcia. In charge of the flight was Captain G.K. Ganjoor.

At approximately 1954 hrs, while at a height of 4,000 feet over Batu Arang descending towards Subang's Runway 33, captain G.K. Ganjoor reported to Subang Tower of an "unidentified hijacker" onboard. The tower immediately notified the authorities, who made emergency preparations at the airport.

A few minutes later, however, Captain Ganjoor radioed:"We're now proceeding to Singapore...". The plane never touched down at Singapore.

At 2015 hrs, all communications with flight MH653 were lost.

At 2036 hrs, the residents of Kampong Ladang, Tanjong Kupang in Johor reported hearing explosions and seeing burning wreckage in a swamp. The wreckage was later identified as Flight MH653. No one on board survived, and not one recognizable body was found. The plane had hit the ground almost vertically at a very high speed.



Tanjung Kupang Memorial
From Wikipedia, the free encyclopedia


Tanjung Kupang Memorial is a cemetery for victims of Malaysia Airlines Flight 653 plane crash in Malaysia. It is located on Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. It was erected by the Johor state government on 8 December 1977 after 4 days of plane crash tragedy.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 09:08 PM | Show all posts

jumpa dlm berita harian arini...

Tragedi Double Six dugaan politik Sabah
Oleh Hamdan Aziz

HARI ini, 31 tahun lalu, negara dikejutkan dengan kejadian pesawat terhempas yang mengorbankan hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongan. Kejadian itu berlaku sejurus selepas azan berkumandang dari Masjid Negeri Kota Kinabalu iaitu kira-kira jam 3.50 petang, tanggal 6 Jun 1976.

Sebahagian besar rakyat kini sudah lupa atau tidak tahu menahu mengenai malapetaka itu, yang digelar sebagai peristiwa 'Double Six' kerana berkait rapat dengan tarikh 6/6/1976.

Namun, peristiwa itu sebenarnya mengubah senario penggunaan pesawat atau helikopter yang membawa orang kenamaan (VIP). Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP atau VVIP untuk menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai.

Peristiwa itu turut mengorbankan Menteri Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Peter Mojuntin; Menteri Perhubungan dan Kerjaraya, Datuk Chong Tahin Vun; Menteri Kewangan, Datuk Salleh Sulong dan Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri).

Turut terbunuh ialah Allahyarham Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan), Allahyarham Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri), Allahyarham Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah), Allahyarham Kopral Mohd Said (pengawal peribadi kepada Tun Fuad), Mendiang Gandhi J Nathan (Pemandu Pesawat), Allahyarham Johari Tun Fuad (anak kepada Tun Fuad Stephens).


Bagi penduduk Kampung Sembulan, mereka menyangka bahawa pesawat yang berpusing-pusing di udara selama lima minit itu dianggap perkara biasa dan latihan penerbangan yang biasa berlaku pada setiap hujung minggu.

Namun, mereka silap dan ternyata ia menjadi antara nahas udara terburuk berlaku di negara ini. Tempat kemalangan itu terletak kira-kira dua kilometer dari bandar dan Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu.

Dentuman kuat menyebabkan kebanyakan rumah bergegar iaitu dengan jarak hanya 100 meter dari rumah penempatan penduduk dan terpacak di kawasan laut yang cetek. Pesawat yang terhempas adalah jenis 慛omad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2007 07:47 AM | Show all posts

Reply #81 GRINDSAKHTANIC's post

kejam....kejam....:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 12:31 PM | Show all posts

Reply #19 WonBin's post

masa kemalangan ni.. aku masih sek men lagi kat kuala lipis.. kawan aku anak polis...mcm2 cite misteri yg dia cite.. yg paling best ada satu mangsa ni sampai sudah x jumpa..lastly diorg guna bomoh nak cari mayat ni... rupa2nya ada makhuk lain sempat sorok mayat ni.....seram gak dengar masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 03:47 PM | Show all posts

Reply #45 Syd's post

tok aku kalau snetuh bab memali...belum apa2 air mata dia kuar..
bukan dia sedih sbb Ibrahim libya meninggal
tapi sedih sangat sesama Islam bunuh membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 05:19 PM | Show all posts
Originally posted by yusrin at 8-6-2007 03:47 PM
tok aku kalau snetuh bab memali...belum apa2 air mata dia kuar..
bukan dia sedih sbb Ibrahim libya meninggal
tapi sedih sangat sesama Islam bunuh membunuh


tp yg buat operasi tuh ada yg bukan berugama islam...ntah la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.090851 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list