CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 9-2-2007 03:02 PM | Show all posts
Satu lagi kes yang gempar pasal sorang lelaki membunuh anak2 teman wanita dia ( iaitu sorang janda) & kemudian mayat kanak2 tu di campak dalam lubang jamban.
Kejadian ni berlaku di Batu Pahat Johor & kalau tak silap aku pada tahun 80an
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2007 03:22 PM | Show all posts
Originally posted by pee3 at 9-2-2007 03:02 PM
Satu lagi kes yang gempar pasal sorang lelaki membunuh anak2 temanwanita dia ( iaitu sorang janda) & kemudian mayat kanak2 tu dicampak dalam lubang jamban.
Kejadian ni berlaku di Batu Paha ...



keterangan ringkas
Bini orang tu nama Salmah, laki dia Razali ni pekak, tak hensem plak. Kena kawen paksa. Samser ni sepupu Razali


samser bunuh budak 2 orang tuh kan? coz budak2 tu p skodeng dorang 'meng-anu' masa tu...dorang takut rahsia pecah....
lalu samser nih jerut budak2 nih sampai mati...then campak kat lubang jamban....

mmg jahanam lah dorang nih!


tapi samser tak kena gantung punn!!

:@
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 03:38 PM | Show all posts

Reply #17 Syd's post

ada lagi sorang pompuan macam mona fandey ni gak....aku tak ingat nama dia apa..khatijah kot....sebab org2 kat kg dia panggil dia jah....dia ni pun menuntut ilmu sama macam mona fandey n satu kg ngan mona fandey....ada yang kata dia berguru ngan mona fandey....sebelum mona fandey ditangkap atas kes dato' mazlan, pompuan ni ditemui mati kat sungai kelang...n badan dia dikerat2 sama macam dato' mazlan...

tapi, tak ingat la tahun brape...rasanye sama tahun ngan kes dato mazlan kot....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 9-2-2007 03:22 PM



keterangan ringkas


samser bunuh budak 2 orang tuh kan? coz budak2 tu p skodeng dorang 'meng-anu' masa tu...dorang takut rahsia pecah....
lalu samser nih jerut budak2 nih sampai mati.. ...



Ya betul kes tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 10:21 PM | Show all posts
ade kes yg bunuh suami sendiri tanam kat halaman rumah tu.

ade sape2 ingat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 09:12 PM | Show all posts
Originally posted by damiqula at 9-2-2007 10:21 PM
ade kes yg bunuh suami sendiri tanam kat halaman rumah tu.

ade sape2 ingat tak?


yg berlaku kat kajang tu ke? 爄steri dia kena tangkap tapi tak tau sekarang ni apa jadi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2007 11:36 PM | Show all posts

Reply #26 whiteDhahlia's post

ntah mcm tak glemer sgt kan cite tu.

huhu bnyk sungguh kes2 yg menakutkan nih.

dulu kes rogol budak pompuan yg sampai skang tak selesai tu.

yg setan tu gi rodok budak tu nyer ngn kayu ade paku tu.

cis lahanat tol sapa yang buat tu.dahla lepas cmtu jer.:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2007 08:58 AM | Show all posts
ingat skit2 pasal kes salbiah kat penang tuh.

sat lagi nak try bakat bercerita

hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2007 09:39 AM | Show all posts

Tragedi-tragedi menggemparkan Malaysia (mungkin makin dilupakan)

Jejak: 16 mangsa ditanam hidup-hidupOleh Nasron Sira Rahim

Tragedi Ringlet dicatat sebagai sejarah hitam negara kerana kali pertama berlaku tanah runtuh hingga ragut ramai nyawa.

DALAM ruang kedai kopi itu, penduduk sekitar Ringlet, sebuah pekankecil di Cameron Highland Pahang masih leka dengan aktiviti rutinmereka saban hari - bermain mahjong, daun terup dan mencicip secangkirkopi dengan gembira dan tenang bersama rakan.

Sehinggalah sekitar jam 4 petang, deretan buah mahjong di atas mejamula bergerak bertaburan. Tenang air kopi di dalam cawan mula berkocakdan permukaan tapak kedai yang mereka diami mula bergegar. Bunyidengung menusuk corong telinga semakin kuat!

Pengunjung mula panik dan tertanya-tanya tetapi belumpun jawapandiperoleh, sesuatu yang menggemparkan berlaku. Mereka tidak sempatberfikir panjang, sejurus selepas gegaran itu, tanpa sempat berbuatapa-apa termasuk berlari meninggalkan kawasan itu, kedai berkenaanruntuh.

Jeritan mungkin kedengaran seketika sebelum tiang dan bahan binaankedai menghempap mereka. Kemudian, buat seketika, segala-galanya sunyi.

Kelam. Seorang daripada pengunjung di dalam kedai kopi itu tidak dapatmelihat apa-apa, keadaan sekeliling menjadi gelita. Dia cubamenggerakkan tangan dan kakinya tetapi gagal berbuat demikian. Posisikedudukannya terhad.

Apa yang sudah berlaku? Dia tertanya-tanya sendirian dalam keadaan yangtidak dapat dipastikan itu. Sekelilingnya gelap, ruang pergerakannyaterhad, pendengarannya tuli dan nafasnya semakin sesak.

Tiba-tiba fikirannya terbayang sesuatu yang ngeri. Dia kembali cemas.Lelaki itu menelan liur yang perit tatkala mengenangkan yang keadaannyabagaikan di dalam kubur! Dia tertanam hidup-hidup!

Di luar, keadaan mula riuh rendah. Raungan dan tangisan terutama dikalangan penduduk wanita berterusan di mana-mana. Suasana cemas dankelam kabut.

Hari itu - 11 Mei 1961, beribu tan tanah runtuh di atas sederet kedaiyang berada di kaki bukit tanpa disangka. Enam daripada lapan kedaitertimbus sepenuhnya bersama pelanggan yang masih tidak dikenal pastijumlahnya. Pastinya, semua pelanggan terbabit tertimbus hidup-hidup!

Bagi mereka yang terselamat iaitu tidak berada di dalam enam premisitu, raungan dan jeritan bak histeria kedengaran berterusan sebaikmelihat kejadian itu. Lebih-lebih lagi tatkala mengenangkan ada antarasaudara, suami, isteri, anak atau ahli keluarga yang sudah tertimbusdalam timbunan tanah itu.

Dan raungan dan jeritan kuat itu bertebaran luas sekeliling bandarberkenaan. Ia menarik perhatian beberapa pihak berdekatan sehinggasekelip mata saja kawasan bandar kecil Ringlet dipenuhi ramai orang.

Lebih 700 orang datang daripada segala pelusuk alam dan mulamengerumuni timbusan tanah itu. Antara mereka adalah sekumpulan tenteraBritish yang sedang beristirahat berhampiran selain jurutera Jermanyang mengendalikan projek berhampiran.

Mereka mula mengorek dengan harapan masih ada mangsa yang dapatdiselamatkan. Selain penduduk setempat, ratusan pekerja projek empanganhidroelektrik berhampiran bergegas menghulurkan bantuan.

Kerja pengorekan dimulai dengan kudrat manusia sehingga peluhberjuraian daripada dahi hingga ke kaki. Pasukan penyelamat daripadapihak berkuasa tiba dengan pantas dan menyertai usaha sukarela pendudukitu.

Seterusnya dua jentera bulldozer dikejarkan untuk mengorek tanah bagimencari mangsa yang masih tertimbus. Kerja itu bukan mudah lantarantimbunan tanah ribuan tan itu meliputi kawasan luas.

Dianggarkan masih ada kira-kira lebih 20 pelanggan di dalam tiga kedaikopi, dua kedai runcit dan satu kedai daun teh berkenaan ketika tragediberlaku. Sebuah teksi yang membawa penumpang juga dilaporkan tertimbus.Kini semuanya masih ditelan tanah.

Dua jam kemudian, seorang daripada penyelamat sukarela itu melihatsesusuk tubuh di sebalik timbunan tanah itu. Dia terus menggali lebihbersemangat. Beberapa rakan turut menggali di tempat sama.

Selepas dua jam, kerja menggali mereka mengeluarkan enam kanak-kanakCina dan empat India yang sudah tidak lagi bernyawa. Seorang wanitaCina yang juga seorang daripada pemilik kedai berkenaan berjaya dibawakeluar hidup-hidup tetapi dua anaknya maut dalam tragedi itu.

Kira-kira 30 pengunjung lain berjaya diselamatkan walaupun mengalamikecederaan. Sebahagian mangsa yang kritikal terus dikejarkan keHospital Ipoh dan Hospital Tapah yang berdekatan.

Masa melewati kira-kira empat jam daripada permulaan tragedi apabilasatu keajaiban berlaku - seorang kanak-kanak berusia tujuh tahundijumpai selamat walaupun sudah lebih tiga jam tertimbus hidup-hidup.

Kanak-kanak itu terselamat kerana ketika runtuhan, dia sempat berbaringdan berlindung berhampiran tembok yang menghalang tanah berat itudaripada menimbusinya.

Jam berganti dan hari bersilih, tanah terus diangkut dan kerjapengorekan diteruskan tanpa henti. Menjelang petang hari kedua,sebanyak 13 mayat tercatat dalam senarai mangsa maut tragedi Ringlet.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak dan Menteri Kabinet turutmelawat dan memantau operasi gerakan mencari berikutan tragedi Ringletadalah tragedi yang dicatat sebagai sejarah hitam negara. Tidak pernahtanah runtuh berlaku dengan sebegitu teruk dan mengorbankan mangsa yangramai sebelum ini.

Menjelang petang, tanah yang menutupi enam premis di pekan kecil ituberjaya dibersihkan. Enam premis itu kini tiada lagi, tiada dinding,tiada atap; yang tinggal hanyalah tapak simennya saja.

Ketika semua premis itu runtuh, serpihannya turut menghempap beberapa rumah berhampiran dan menyebabkan kerosakan.
Seterusnya pada hari ketiga, dua lagi mayat ditulis dalam senaraimangsa maut selepas dijumpai dalam timbunan tanah itu menjadikan jumlahmangsa seramai 15 orang.

Hari itu juga, akhbar melaporkan penafian Lembaga Letrik Pusat yangkejadian tanah runtuh itu berpunca daripada projek empanganhidroelektrik bernilai jutaan ringgit yang dijalankan berhampiran pekanitu.

Hari keempat, satu lagi berita sedih disebarkan apabila seorangkanak-kanak perempuan yang pada mulanya ditemui selamat, meninggaldunia di hospital pada pagi 14 Mei. Itulah mangsa terakhir yang menjadikorban tragedi Ringlet 1961, 35 orang cedera dan 16 mangsa menemui mautditanam hidup-hidup!

[ Last edited by  Syd at 14-4-2008 12:09 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2007 09:39 AM | Show all posts
JEJAK: Ringlet jadi popular selepas tragedi tanah runtuh


SEBELUM tragedi tanah runtuh itu, tiada pihak yang mengenali atau mempedulikan pekan kecil Ringlet di Cameron Highland.

Bagaimanapun, selepas meragut 16 nyawa, pekan itu menjadi terkenal dan dikunjungi ramai pihak yang ingin melihat kesan tragedi walaupun kejadian itu sudah dua bulan berakhir.

Keadaan itu menyebabkan Ringlet menjadi tumpuan melebihi pekan Tanah Rata yang lebih kerap menjadi persinggahan sebelum pengunjung meneruskan perjalanan di tanah tinggi Cameron Highland.

Ringlet hanyalah pekan kecil yang mengandungi kira-kira 20 bangunan termasuk rumah. Ketika itu, sesiapa yang ingin ke kawasan tanah tinggi pelancongan itu, mereka perlu melalui Ringlet terlebih dulu.

Bagaimanapun, kawasan jalan rayanya agak berbahaya dengan gaung curam yang dipenuhi hutan tebal menunggu di bawah jalan berkenaan.

Selepas tragedi itu, rumah penduduk yang rosak digantikan dengan 10 kediaman baru yang dibina ehsan daripada kerajaan, masing-masing satu rumah untuk satu keluarga yang mengalami kejadian berkenaan.

Rumah seluas kira-kira lima meter lebar dan 10 meter panjang itu dibina serta merta iaitu pada hari ketiga kejadian dan 17 lori tentera digunakan untuk mengangkut pelbagai peralatan dan kelengkapan pembinaan.

Sepuluh rumah aluminium itu siap dibina dan diduduki 10 keluarga mangsa tiga hari kemudian.

Menerusi tragedi Ringlet juga, dapat dilihat tradisi keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap mangsa yang kurang bernasib baik.

Derma bagi meringankan beban mangsa diterima tidak putus-putus sehingga mencecah lebih RM10,000, satu jumlah besar ketika zaman awal kemerdekaan.

Kerajaan sendiri memberi wang pendahuluan RM50 bagi setiap mangsa untuk membeli keperluan selain antara RM100 dan RM200 untuk mengebumikan mayat mangsa.

Selain sumbangan kewangan, bantuan berbentuk pakaian, perubatan dan makanan turut disertakan ketika operasi menyelamat dijalankan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 09:58 AM | Show all posts
Tak penah tau ada tanah runtuh yg dasyat sebelum kat genting higland tu.. maklum lah masa tu belum lahir lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 10:15 AM | Show all posts

Reply #27 damiqula's post

ff: Suka lah avatar u....menarik
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 01:43 PM | Show all posts
whitedahlia
kes tu tak selesai lagi
masih lagi dibicarakan

damiqula
kes tu da lama kan? sampai sekarang tak dpt tangkap
budak tu chinese... mang sedih sangat
antara yg paling ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 11:40 PM | Show all posts

Reply #29 ayang79's post

hehe gambo mata ku
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 11:47 PM | Show all posts

Reply #30 yusrin's post

chinese ek?aritu kuar paper kronologi psl kes ni

tapi sampai skang tak setel.bnyk kes yg tak setel sebenarnye.

means penjahat tu still idop senang lenang sampai skang:@
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by ayang79 at 12-2-2007 09:58 AM
Tak penah tau ada tanah runtuh yg dasyat sebelum kat genting higland tu.. maklum lah masa tu belum lahir lagi



hhhmmmm... bukan di GENTING highland ... tapi di CAMERON highland....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2007 12:03 PM | Show all posts
you can always count on SYD to post an interesting thread ... tahniah Syd ... memang patut jadi forum legend ... rajin buat homework yea? ... terima kasih for sharing with us.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2007 02:31 PM | Show all posts

Reply #5 merahbaiduri's post

err err err

ikut pepatah bod gosip

sharing is caring

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2007 04:48 PM | Show all posts

Reply #8 matjawasp's post

yang salbiah tuh
citer nya mcm nih ker?;

inspektor nih dah btunang
tunang kat kampung
tapi at the same time
masih bergeli2 dgn si salbiah si gadis kilang nih
selalu salbiah datang ke tpt tinggal si polis nih
kuarters
then, si salbiah nih ngandung
si polis dah gelabah
then dia p bunuh salbiah tuh
pakai dawai ke tali mcm tuh
tapi dia kata salbiah bunuh diri
polis tuh bunuh salbiah tuh kat kuarters tuh lah kan?
kat bilik air ke mana dia gantung orang tuh
lepas dia bunuh
tapi hasil bedah siasat lain dari apa yang didakwa oleh polis tuh kan?
lagipun banyak menda musykil
bila dikatakan si salbiah yang bunuh diri
ingat2 lupa..tapi penah baca
antaranya...panjang tali / tebal nipis tali
dan tinggi nye tpt nak gantung diri tuh

heheh

itu lah serba sedikit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

maderline This user has been deleted
Post time 13-2-2007 04:50 PM | Show all posts
sapa ingat ke pembunuhan pengacara kanak2 nama dia yusnizah yusof (kalau xsalah)
dlm taun 90an.  rumah dia kena rompak. nenek dia pun kena bunuh sama.  rumah dia kat jln kuchai lama...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.440827 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list