CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
ian_hamzah This user has been deleted
Post time 15-5-2007 07:52 PM | Show all posts
how about highland towers punya incident....a friend of mine was one of the victim...alfatihah for allahyarham RC n his wife.....     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2007 10:05 AM | Show all posts

Reply #28 ian_hamzah's post

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2007 10:17 AM | Show all posts

Reply #27 villossa_blue's post

taruk skit sedutan; yang lelain tuh mcm....*tut* skit kalau nak paste semua
baca kat link yang diberi ye...

[quote]7hb Mei 1991.

Pada hari Selasa berkenaan sebuah syarikat membuat bunga api/mercun/ yang terletak dikawasan perumahan Sungai Buloh telah meletup. Para pembaca tentu masih ingat ledakkan yang dahsyat tersebut telah mengorbankan lebih 20 orang kebanyakkannya penduduk berhampiran serta mencedera dan mencacatkan berpuluh yang lain.

Bagi sebuah negara yang dikejutkan dengan trajedi industri paling dahsyat, akhbar-akhbar tempatan segera membuat lapuran bahawa kilang berkenaan tidak pernah mendapat permit untuk mengilang/mengeluarkan barangan yang amat merbahaya. Malahan mereka mendapat tahu bahawa syarikat yang sama telah beberapa kali gagal pemeriksaan keselamatan.

Akhbar The Malay Mail dua hari kemudian menambah bahwa 慶ampurtangan politik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2007 10:30 AM | Show all posts
26.12.1996

106 korban ribut Greg -- Lebih 100 lagi hilang dalam tragedi di Sabah

KOTA KINABALU 26 Dis. - Sekurang-kurangnya 88 orang terbunuh sementara lebih 100 yang lain dilaporkan hilang dalam kejadian serangan ribut kencang Greg yang melanda kawasan Pantai Barat Sabah malam tadi.

Ini merupakan kejadian ribut paling buruk pernah berlaku dan mengakibatkan jumlah kematian mangsa ribut yang terbesar di negara ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Maizan Shaari ketika dihubungi berkata, sehingga pukul 7 malam ini, pihaknya telah menerima laporan mengenai penemuan 88 mayat - 78 di Keningau, empat di Tuaran, empat di Kota Kinabalu dan dua orang di Papar.

Katanya, jumlah berkenaan dikhuatiri meningkat berikutan lebih 100 orang yang dilaporkan hilang sejak awal pagi tadi masih belum dijumpai.

"Sehingga kini, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti,'' katanya.

Menurut beliau, perhubungan jalan darat dan telekomunikasi yang kurang memuaskan di antara Kota Kinabalu dan Keningau turut menyukarkan penyaluran maklumat dengan lebih pantas.

Bagaimanapun, bantuan helikopter dari Pangkalan Tentera Udara di Labuan telah dihantar ke Keningau untuk tugas memindah dan menyelamatkan mangsa.

Turut terlibat dengan kerja-kerja menyelamat ialah Jawatankuasa Bencana Alam Daerah, anggota tentera, Pasukan Polis Hutan Batalion 16 dan anggota polis tugas am.

Difahamkan bahawa kebanyakan mereka yang terkorban dipercayai kerana dihempap atap dan bumbung rumah sementara yang lain disebabkan lemas selepas dihanyutkan air.

Mangsa-mangsa yang masih gagal ditemui kebanyakannya dilaporkan hilang semasa keluar menangkap ikan di laut.

Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee yang meninjau dari udara keadaan sekitar ibu negeri menyifatkan ribut kencang yang melanda kawasan Pantai Barat Sabah itu adalah antara yang terburuk pernah melanda negeri ini.

"Saya juga melihat bot-bot dan kapal-kapal kecil tenggelam di beberapa tempat di sini serta banyak rumah musnah sama sekali ataupun bumbung telah hilang akibat ribut ini,'' katanya.

Yong berkata, Jawatankuasa Bencana Alam Negeri telah digerakkan serta merta dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Datu Khalil Datu Jamalul telah mengarahkan semua jawatankuasa serupa di peringkat daerah di pantai barat negeri untuk digerakkan.

Beliau menasihatkan penduduk agar sentiasa mendengar pengumuman dari radio atau televisyen sebagai langkah bersedia menghadapi serangan ribut itu yang hanya dijangka berakhir sekurang-kurangnya 24 jam lagi dari hari ini.

Bencana buruk itu juga menyebabkan bekalan elektrik, komunikasi dan perhubungan darat di kebanyakan kawasan di Pantai Barat Sabah terputus kerana mengalami kerosakan teruk.

Tinjauan Utusan mendapati sekurang-kurangnya enam buah kapal terdampar di kawasan pantai manakala 12 buah bot menangkap ikan terbalik dalam kejadian ribut kencang itu.

Sementara bumbung serta atap beratus-ratus buah rumah, pokok-pokok dan papan-papan iklan di sekitar bandar Kota Kinabalu turut musnah diterbangkan angin ribut.

Turut mengalami kerosakan ialah bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Yayasan Sabah serta tiang-tiang lampu limpah di Stadium Likas.

Di Keningau, Pegawai Daerahnya, Louis Rampas berkata, kira-kira 500 rumah di sembilan kampung sepanjang sungai-sungai Pampang, Bayayo, Liawan dan Sinagang telah hanyut, mengakibatkan kira-kira 3,000 orang hilang tempat tinggal.

Keningau yang juga terputus hubungan dengan Nabawan, kini terputus hubungan pula dengan Kota Kinabalu kerana dua jambatan yang merintangi Sungai Liawan dan Sungai Pegalan dihanyutkan banjir.

Laporan terbaru yang diterima juga menyatakan jalan raya Kota Kinabalu - Tambunan terputus apabila jalan di Gunung Emas berdekatan dengan sebuah pusat peranginan tanah tinggi runtuh petang ini.

Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, Tan Chen Kok ketika dihubungi berkata, ribut yang melanda kawasan Pantai Barat Sabah kini dilaporkan semakin reda dan sedang menuju ke arah Pantai Timur negeri ini.

Menurut beliau, ribut kencang yang berlaku semalam melanda kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Tuaran, Papar, Beaufort dan beberapa kawasan di utara daerah Kudat.

Ribut itu adalah berikutan angin tropika Greg yang bertiup selaju lebih 50km sejam dari arah Laut China Selatan ke pantai barat Sabah dan utara Sarawak.

Menurut kenyataan itu lagi keadaan laut juga bergelora dengan ombak setinggi 3 hingga 5 meter.

Bagaimanapun angin kencang itu reda sejak pagi ini dan hampir kesemua kawasan di pantai barat Sabah hanya dilaporkan mendung dan tidak hujan sehingga tengah hari ini.

Sementara itu Bernama melaporkan seorang pegawai pengambilan rekrut dari Mindef Kuala Lumpur yang kebetulan berada di Keningau sejak semalam memberitahu, tidak kurang 50 buah rumah dekat pekan itu hanyut manakala kira-kira 60 kenderaan juga dilihat dihanyutkan banjir.

Kapt. Mohd. Yazid Abdullah berkata beliau sendiri mengeluarkan tiga mayat perempuan dewasa yang tersepit di celah-celah pokok, dipercayai dihanyut banjir, di tepi Sungai Pampang kira-kira 1 km dari pekan Keningau pada awal pagi.

"Pagi tadi saya sendiri melihat seorang mangsa yang berpaut pada balak sedang dihanyut banjir meminta tolong tetapi saya tak dapat berbuat apa-apa,'' katanya.

Bandar Kota Kinabalu yang terletak di tepi Laut China Selatan juga menyaksikan banyak papan tanda iklan ranap dan sampah sarap seperti potongan beluti dan papan berhamburan di sana sini dipercayai dibawa terbang oleh ribut yang mengamuk malam tadi.

Beberapa jalan utama di bandar ini mengalami kesesakan teruk akibat serangan ribut itu.

Di Kuala Lumpur, Ketua Unit Pengurusan Krisis Bencana, Bahagian Keselamatan Negara, SAC Mohamad Noor Hammad berkata Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) sedang bersedia bagi kemungkinan dihantar ke Sabah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Dua puluh empat anggota Smart kini bersedia untuk dihantar ke sana. Bagaimanapun sehingga kini kami masih memastikan perkembangan di negeri itu sama ada memerlukan khidmat Smart atau tidak,'' katanya.


notakaki: 230 kematian, 4925 rumah rosak

[ Last edited by  Syd at 17-5-2007 10:32 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2007 10:38 AM | Show all posts
Jejak: Tregedi hitam terminal feri
Oleh Nasron Sira Rahim


Pelangar Pangkalan Sultan Abdul Halim runtuh 18 tahun lalu ragut 32 nyawa, cederakan 1,700 mangsa

SUDAH lebih 18 tahun berlalu sejak pelantar terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth, Pulau Pinang, runtuh.

Suasana tenang dengan tiupan lembut bayu laut sesekali mengutuskan kedamaian di kawasan sekitar terminal itu ketika ini; kebanyakan pengunjung terutama generasi muda mungkin leka memerhatikan panorama indah sekitar kawasan berkenaan sementara menantikan feri merapati jeti.

Mereka mungkin tidak menyedari apa-apa, tidak mengetahui yang sekitar 18 tahun lalu, terminal feri itu menjadi saksi tragedi hitam yang mengorbankan 32 nyawa serta mencederakan kira-kira 1,700 mangsa lain.

Pelantar jeti yang dibina pada 1956 itu runtuh dipercayai akibat terlalu berat untuk menampung beban kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang sejak pagi hari kejadian.

Dari Stesen Bas Butterworth sehingga ke kawasan jeti yang terletak bersebelahan, ribuan orang sudah bersesak untuk menaiki feri; mereka ingin menyeberang untuk melihat perarakan, yang antaranya mempamerkan patung besar Buddha yang dikatakan hanya diarak setiap 60 tahun sekali.

Hari itu adalah hari keraian di Pulau Pinang, dua perayaan masing-masing diraikan penganut Kristian dan Buddha disambut pada waktu sama.

Di bahagian pulau, sambutan perayaan Kwan Yin (Dewa Pemurah) pada malam 31 Julai yang diadakan sekali setiap 60 tahun mengundang puluhan ribu penganut Buddha tempatan dan luar negara seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Manakala di Bukit Mertajam, Seberang Prai; pula penganut Kristian merayakan sambutan Pesta St Anne.


Keadaan itu menyebabkan jambatan Pulau Pinang ditutup kepada kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan ketika perarakan berlangsung menjadikan satu-satunya pintu masuk ke Georgetown ialah feri.

Bagi mereka yang ingin ke pulau, kehadiran pengunjung yang dianggarkan lebih 10,000 orang memaksa pihak bertanggungjawab menutup pintu masuk ke kawasan terminal dan ia dikawal pasukan keselamatan lantaran sudah terlalu sesak.

Kawasan untuk pejalan kaki di tingkat satu terminal turut ditutup tetapi suasana orang yang terlalu ramai menyebabkan polis yang berkawal ketika itu tidak dapat menyekat kemasukan mereka dalam suasana bersesak-sesak.

Keadaan mulai menjadi kelam kabut apabila feri dari Pulau Pinang mula merapati jeti dengan orang ramai yang berada di terminal berkenaan terus meluru ke hadapan. Tidak lama selepas itu, kawasan berkenaan bergegar dan pelantar jeti mulai runtuh seterusnya bermulalah permulaan bagi babak tragedi hitam itu.

Peristiwa itu dengan cepat mendapat liputan media massa dalam dan luar negara malah ia menjadi detik bersejarah dalam rentetan tragedi demi tragedi yang tercatat berlaku negara ini.

Kini, mungkin generasi muda termasuk yang dilahirkan di Pulau Pinang sudah tidak mengingati lagi kejadian itu. Masakan tidak, 18 tahun terlalu cepat meniti waktu; seorang bayi ketika itu juga sudah berubah menjadi dewasa.


Bagaimanapun, bagi mereka yang terbabit dalam kejadian berkenaan, setiap kali melalui kawasan itu; perasaan gerun, sedih dan pilu mungkin masih menyelubungi mereka seolah-olah ia akan terus kekal sebagai kenangan pahit dalam ingatan masing-masing, sepanjang hayat mereka.

Tergamam lihat jeti runtuh hempap beribu manusia

TIBA-TIBA saja penduduk berdekatan terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth, Pulau Pinang tergamam!

Satu bunyi kuat yang memenuhi ruang udara kawasan itu sekitar jam 4.40 petang pada 31 Julai 1988, serta merta menyebabkan pandangan mereka teralih ke arah terminal berkenaan dan sebaik menoleh, mereka tergamam melihat kejadian yang sama sekali tidak disangka.

Pelantar menunggu feri di jeti itu roboh! Beribu-ribu orang yang bersesak di atas pelantar setinggi lima meter itu tergelongsor jatuh manakala tiang dan kayu binaan berat menghempap jasad masing-masing!


Sedetik kemudian, bergema suara jeritan ribuan mangsa yang kesakitan termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua. Suasana mula bertukar kelam-kabut, masing-masing hilang punca dan cemas.

Ramai mangsa terperangkap dihempap kayu pelantar. Jasad terbaring di mana-mana dan darah terpercik ke merata arah. Berpuluh mangsa terjatuh, maut di situ juga.

Bunyi riuh rendah dan hingar dan kalut apabila orang ramai kelam-kabut ingin keluar segera dari kawasan berkenaan kerana menyangka pelantar itu akan terus runtuh dan tenggelam di dalam air.

Pelbagai pemandangan ngeri dan menyayat hati kelihatan di tapak runtuhan itu. Seorang pekerja jeti yang sebelum itu sibuk melarang orang ramai memasuki kawasan berkenaan kerana sudah terlalu sesak, kelihatan tertiarap dihempap tiang terminal sebesar pemeluk.

Dada pekerja itu sudah menjadi leper dan tidak boleh digerakkan sama sekali, cuma kepalanya saja tertoleh ke kiri ke kanan dan meminta tolong dengan suara yang amat sayu.

Dari satu sudut lain, kelihatan kejadian ngeri apabila ada mangsa yang terputus kaki malah tulang keringnya jelas kelihatan.

Seorang pelancong yang sebelum itu sibuk dengan kamera videonya merakam pemandangan kesesakan pengunjung yang ingin memasuki Pulau Pinang bagi menyertai keraian di sana, dilihat berlumuran darah di kepalanya, mungkin akibat terhantuk ketika gegaran berlaku.


Ada juga mayat dalam keadaan amat mengerikan, tulang mereka patah-riuk seakan-akan boleh dipusing semua sendinya dengan mudah. Darah di merata tempat.

Seorang lelaki berjaya bergayut pada papan di tingkat satu, tetapi seorang lagi bergayut di kaki lelaki tadi. Akhirnya, tanpa dapat menampung beban berat, kedua-dua lelaki itu jatuh ke tingkat bawah iaitu di kawasan kenderaan dan cedera parah.

Kelihatan juga seorang mangsa yang berlumuran darah berlari terhoyong-hayang meminta tolong.

Keadaan muka kebanyakan orang yang berada dalam kawasan kejadian itu juga agak hitam kerana terkena habuk dan sawang yang jatuh dari atas bumbung.

Apabila lebih ramai orang mulai pulih daripada keadaan panik, mereka yang berada di tingkat atas mulai berteriak memberi semangat dan kata-kata perangsang kepada mereka yang berada di tingkat bawah, khususnya mereka yang tidak dapat bergerak kerana tersepit di celah runtuhan kayu dan kenderaan.

Beberapa pihak yang terselamat dan pihak yang berada berhampiran mula bergegas ke tempat runtuhan bagi menghulurkan pertolongan.

Seorang lelaki yang tidak luka mendukung seorang wanita tua yang cedera manakala belakangnya pula mendukung seorang kanak-kanak lelaki. Dengan dua mangsa itu, dia terus meluru keluar ke tempat selamat bersama ribuan mangsa lain.

Pasukan penyelamat tiba di kawasan tragedi beberapa ketika kemudian. Pihak yang terselamat dan pihak berkuasa segera menerpa dan mengangkat mangsa yang terkorban. Ada yang mengangkat mayat terperangkap dalam kejadian itu sambil menitis air mata mengenangkan korban yang begitu banyak.

Stesen bas Butterworth penuh dengan mangsa yang berjaya diselamatkan. Mereka menenangkan diri di situ, selepas berjaya keluar dari lokasi tragedi. Tidak seperti kawasan lokasi yang terletak berhampiran, suasana di stesen bas itu hening.

Ramai memilih untuk tidak mengeluarkan suara sebaliknya terus termenung seolah-olah masih tergamam dengan kejadian tidak disangka itu. Dalam keheningan, satu kejadian hitam dicatat dalam sejarah tragedi negara ini, pada hari itu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 11:20 AM | Show all posts
Nak tanya Syd..ada info utk tragedi terminal feri kat penang runtuh tak?,nak tahu kisah lanjut cause masa tu sy masih remaja lagi dan tak berminat nak ambik hal..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2007 11:24 AM | Show all posts
Nak tanya Syd..ada info utk tragedi terminal feri kat penang runtuh tak?,nak tahu kisah lanjut cause masa tu sy masih remaja lagi dan tak berminat nak ambik hal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2007 12:22 PM | Show all posts
maksudnya?
selain dari #32?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2007 12:49 PM | Show all posts

Reply #35 Syd's post

sori..sy igt petanyaan sy sampai sama ngan thread yang diminta...server problem kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 12:53 PM | Show all posts
syd...ada info pasal nahas helikopter TUDM terhempas di lundu sarawak pada 1990 yg mengorbankan beberapa pegawai tinggi atm dan nahas 2 helikopter TUDM langgar gunung lumakau di dekat sipitang, sabah pada tahun 1996/7. tima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2007 02:15 PM | Show all posts

Ni yang kat sipitang;



Dua Nuri terhempas -- 11 anggota TUDM terkorban dalam tragedi paling buruk
Grafik nahas Nuri di kawasan pergunungan daerah Sipitang.

KUALA LUMPUR 19 Mac - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mencatatkan tragedi nahas pesawat paling buruk dalam sejarahnya apabila dua helikopter Nuri terhempas di kawasan pergunungan daerah Sipitang selatan Sabah, semalam - meragut empat nyawa dan dikhuatiri mengorbankan tujuh lagi.

Inilah kejadian pertama di negara ini yang melibatkan dua pesawat terhempas serentak. Nahas itu berlaku dalam kabus tebal.

Bagaimanapun sehingga lewat malam ini, punca kejadian masih belum diketahui dan pihak TUDM enggan mengulas terhadap sebarang andaian termasuk kemungkinan kedua-dua pesawat itu berlanggar atau bergesel di udara.

Helikopter yang pertama membawa empat anak kapal manakala helikopter kedua membawa tujuh anak kapal.

Kedua-dua pesawat itu yang berpangkalan di TUDM Labuan terhempas di Bukit Batangga, di Mandulong berdekatan Sipitang sejurus selepas menyelesaikan misi menghantar bekalan untuk pasukan keselamatan di kawasan pedalaman.

Pesawat pertama iaitu A 332 berlepas dari Long Pasia manakala pesawat kedua A 334R berlepas dari Maligan.

Mereka yang terkorban dalam pesawat A 332 ialah Leftenan Emile Effendy Sehu Ismail, Kapten Zulkifli Othman, Sarjan Udara Hamdan Jais dan Kopral Udara Wassidin @ Hamirin Inken @ Yingon.

Leftenan Emile adalah juruterbang pesawat itu dan beliau dibantu oleh Kapten Zulkifli.

Dalam pesawat A 334R pula, mereka yang dikhuatiri terkorban ialah Juruterbangnya, Kapten Khairil Anuar Mohd Shamsudin, pembantunya, Leftenan Zamani Mohamad, Sarjan Udara Abang Wahi Abang Saili, Flight Sarjan Mohd Amir Klin Abdullah, Laskar (U) Kanan, Mohd Tajudin Chemey.

Seorang jurucakap TUDM ketika ditanya para pemberita memberitahu, ``adalah terlalu awal untuk memperkatakan tentang punca kejadian.''

Bagaimanapun Utusan difahamkan, punca kejadian itu menimbulkan `tanda tanya besar' di kalangan pegawai-pegawai kanan TUDM termasuk Panglimanya, Datuk Ahmad Saruji Che Rose.

Tiada sidang akhbar oleh Panglima TUDM sebagaimana amalan biasa apabila berlaku sesuatu nahas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abang Abu Bakar selaku Pemangku Menteri Pertahanan telah memaklumkan nahas tersebut kepada kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, petang ini.

Sehingga petang ini, empat mayat sudah dijumpai. Bagaimanapun pasukan pencari dan menyelamat bersama lima pesawat mendapati ``tiada tanda-tanda ada mangsa terselamat.''

Gerakan mencari akan disambung pagi esok.

Menteri Pertahanan Datuk Syed Hamid Albar tidak dapat dihubungi. Beliau kini berada di Amerika Syarikat untuk menyaksikan penerimaan jet pejuang F/A 18 Hornet untuk TUDM.

Sementara itu, laporan dari Sabah menyatakan operasi mencari dan menyelamat amat sukar kerana kawasan kejadian berbukit-bukau, dilitupi hutan tebal dan jauh terpencil.

Operasi tersebut diketuai oleh Panglima Divisyen 4 Udara, Brigedier Jeneral, Goh Seng Toh.

Menurut Kementerian Pertahanan dan polis, pesawat pertama dikesan oleh pasukan pengawal sempadan pada pukul 5 pagi sementara pesawat kedua dijumpai pada pukul 3.45 petang. Kedua-duanya dijumpai di kawasan kira-kira 16 kilometer ke utara kawasan Maligan dekat Gunung Lumaku.

Jarak pesawat pertama dijumpai 1,500 meter daripada pesawat kedua.

Kedua-dua pesawat itu tidak kembali ke pangkalan di Labuan pada waktu yang ditetapkan dan telah berlepas dari Long Pasia pada pukul 4.16 petang dan dijangka tiba di TUDM Labuan pada pukul 4.55 petang.

Satu operasi mencari pesawat berkenaan telah dilancarkan pada pukul 6.59 petang semalam dan disambung pagi ini.

Menurut Ketua Staf Operasi Markas TUDM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Malek Shahar Harun, Brig.Jen. Goh telah mengarahkan operasi mencari apabila pesawat berkenaan tidak tiba pada waktu yang ditetapkan.

Sebuah pesawat C 130 yang membuat penerbangan mencari malam tadi telah mengesan isyarat kecemasan di kawasan Malingan.

TUDM telah mengerahkan lima buah pesawat - tiga Nuri, sebuah C-130 dan sebuah Beechcraft - untuk operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Siasatan Jenayah Sabah SAC II Datuk Mazlan Tyan berkata pasukan mencari dan menyelamat darat, terdiri daripada 30 anggota polis dan pengawal sempadan terpaksa meredah hutan tebal dan mendaki gunung sebelum menuruni cerun kira-kira 156 meter untuk sampai ke tempat kejadian.

Sementara itu Hospital Labuan kini membuat persediaan awal untuk menerima mangsa-mangsa nahas yang mungkin dibawa ke hospital itu.

Katanya mangsa nahas itu dijangka dihantar ke hospital itu seawal-awalnya pagi esok.

Hospital Labuan adalah yang terdekat dari Long Pasia dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi bagi menangani kes-kes kecemasan.

Nahas Nuri ini berlaku dua minggu selepas tragedi helikopter terhempas yang mengorbankan tokoh korporat Tan Sri Yahaya Ahmad di Kuala Lipis dan nahas pesawat ringan Cessna di Langkawi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2007 02:21 PM | Show all posts

Reply #37 huskers's post

last para jerk yang saya baru jupe;


5 maut nahas Caribou -- Pesawat TUDM terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Kuching

KUCHING 24 Mei - Lima anak kapal pesawat Caribou DHC-4A Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban petang ini selepas pesawat itu terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini.

Menurut saksi-saksi, satu letupan kedengaran ketika pesawat pengangkut buatan Kanada yang telah berusia tiga dekad itu jatuh kira-kira pukul 1.15 petang di kawasan berpaya di hujung landasan sebelah timur lapangan terbang itu.

Pesawat berkenaan musnah terbakar dalam kejadian tersebut. Yang tinggal hanya sebahagian ekornya.

Punca nahas pesawat yang dalam misi latihan biasa itu masih belum diketahui tetapi Kementerian Pertahanan mengarahkan perkhidmatan semua pesawat pengangkut Caribou diberhentikan serta-merta petang ini.

Pesawat dua enjin buatan syarikat DeHavilland dari Kanada itu merupakan pesawat tahan lasak yang berkhidmat dengan No.1 Skuadron TUDM yang berpangkalan di Kuching, Sarawak.

Mereka yang terkorban ialah kapten pesawat, Kapten Asri Abdullah, 27, dari Teluk Intan, Perak; pembantu juruterbang Kapten Salleh Abdul Malek, 37, dari Rembau, Negeri Sembilan; pembantu juruterbang kedua, Kapten Mohd. Johari Pomin, 34, dari Tanjung Karang, Selangor; Sarjan Udara Mili Mat, 35, dari Kuching, Sarawak dan Sarjan Udara Adnan Arifin, 31, dari Kota Bharu, Kelantan.

Kesemua mangsa dipercayai mati di tempat kejadian.

Allahyarham Kapten Salleh masih bujang manakala empat anak kapal lain telah mendirikan rumah tangga.

Seorang saksi, Baching Adis, 39, yang tinggal tidak jauh dari lapangan terbang berkata, dia sedang memasak makanan tengah hari apabila terdengar satu letupan kuat.

''Saya jenguk ke luar rumah dan nampak kepulan asap hitam naik ke udara. Saya ingat letupan dan asap itu adalah satu kebakaran yang berlaku di salah sebuah rumah di situ,'' katanya.

Seorang kakitangan bengkel Jabatan Kerja Raya (JKR), Racit anak Ason, 27, pula berkata, dia terkejut apabila mendengar satu dentuman kuat tidak jauh dari tempat dia bekerja.

''Dentuman cukup kuat sehingga merosakkan pintu pejabat JKR tempat saya bekerja,'' ujarnya.

Sekumpulan anggota bomba Malaysia Airport Berhad (MAB) dan anggota-anggota dari Balai Bomba Jalan Padungan di sini dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 1.17 petang, dua minit selepas nahas berlaku.

Pesawat Caribou itu dikatakan hendak berlepas apabila meletup dan terbakar sebaik sahaja terhempas.

Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat dan diserahkan kepada waris masing-masing lewat petang ini.

''Empat daripada mayat mangsa nahas pesawat tersebut akan diterbangkan ke Semenanjung esok untuk dikebumikan di tempat kelahiran masing-masing,'' menurut satu kenyataan TUDM.

Sehingga kejadian hari ini, 26 orang telah terkorban dalam nahas-nahas yang melibatkan pesawat jenis itu.

Panglima TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Saruji Che Ros memberitahu pemberita, satu lembaga penyiasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kemalangan tersebut.

''Serentak dengan kemalangan ini, perkhidmatan Caribou akan dihentikan buat sementara waktu sehingga lembaga penyiasatan selesai menjalankan siasatan,'' katanya ketika ditemui di pangkalan TUDM Kuching di sini, lewat petang ini.

Siasatan diketuai oleh Leftenan Kolonel Zakaria Tahir dari No. 20 Skuadron TUDM, Subang. Beliau akan dibantu oleh Mejar Mohammad Zahari Yahya, seorang pegawai kejuruteraan dan seorang doktor, Mejar Dr. Zulkifli Yusuf.

Menurut Ahmad Saruji, pada masa ini terdapat tujuh buah pesawat Caribou beroperasi di TUDM Kuching.

Beliau yang tiba dari Kuala Lumpur terus dibawa melawat tempat kejadian diiringi oleh pegawai-pegawai kanan TUDM Kuching.

Caribou ialah pesawat pengangkutan pelbagai guna yang tertua dalam armada TUDM. Ia mula digunakan pada 1966 dengan kumpulan pertama empat buah pesawat disumbangkan oleh kerajaan Kanada.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Ramli Abdul Rahim dalam satu kenyataan petang ini di Kuala Lumpur berkata:

''Pesawat yang terlibat dalam nahas telah berlepas pada pukul 1.15 tengah hari dan tidak dapat dikawal pada paras ketinggian secara biasa dan seterusnya pesawat tersebut terhempas di hujung landasan.''

Nahas terakhir melibatkan pesawat yang serupa berlaku pada 31 Julai 1995 apabila salah satu Caribou terhempas di perairan negara iaitu kira-kira 400 meter dari pantai Labuan dan mengorbankan tiga pegawai tentera manakala tiga yang lain cedera.

Sementara itu, Lapangan Terbang Kuching ditutup selama setengah jam dari pukul 1.30 tengah hari hingga pukul 2 petang berikutan nahas tersebut.

Penutupan itu menyebabkan dua penerbangan iaitu MH716 dari Pontianak ke Kuching dan MH2269 dari Sibu ke Kuching diarah mendarat di Lapangan Terbang Sibu.

Menurut seorang jurucakap, penerbangan MH716 yang dijadual tiba di Kuching pada 1.30 tengah hari terlewat hampir satu jam dan tiba pada pukul 2.27 petang.

Kemalangan hari ini merupakan tragedi keempat melibatkan pesawat TUDM di Sarawak sejak 1969.

Insiden pertama melibatkan empat anak kapal terbunuh apabila pesawat Nuri terhempas di Kuching pada 25 April 1969.

Pada 25 April 1981 pula, dua terbunuh termasuk juruterbang manakala 13 penumpang cedera apabila pesawat Nuri jatuh di Kuching.

Dalam kejadian lain, sebanyak 16 anggota termasuk tiga pegawai tertinggi TUDM terkorban apabila pesawat Nuri terlibat dalam nahas di Sungai Lundu, Lundu pada 18 Disember 1989.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 04:07 PM | Show all posts
erm...red nak sngat info pasal 'kapal terbang meletup di udara' tahun bile  red tak baper ingat tapi memang dah lama ...ini adalah satu2 kejadian yg paling targis dlam sistem penerbangan ma'sia ..yg mane red tahu kapal terbang ini kena rampas n then dia meletup di udara ...semua anak kapal dan penumpang mati serta merta. cebisan daging bertaburan di atas tanah jatuh ader yg tersngakut atas pokok.tak der rupa mayat dah semua dah hancur....
ni yg ibu red cite kawan sek dia salah sorang pramugari dlam kapal terbang tu...kat umah red ader lagi ibu simpan gambo mase diaorg sekelas amik gambo beramai2...memang kawan dia tu lawa..tak sangka  mati tragis camtu ...saper erk ader info pasal tu erk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2007 04:35 PM | Show all posts

Reply #40 redchilie's post

first time dengar cerita nih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 07:03 PM | Show all posts
MAS yang satu lagi..tanjung ape dah yang crash tuh..kat klang tuh saper tau
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 12:18 PM | Show all posts
Assalamualaikum..

Satu lagi peristiwa bersejarah yang terjadik lebih kurang 20 tahun yang lalu..masih ingatkah semua akan peristiwa di memali baling..masa tu saya bersekolah rendah...tapi kalo sesapa ada info pasal peristiwa di memali bolehlah kita berkongsi bersama...antara nama yg saya ingat adalah Ustaz Ibrahim Libya yang syahid..semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..amin...:lebai:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2007 01:28 PM | Show all posts
Peristiwa Memali 1985
Dari Wikipedia bahasa Melayu


Peristiwa Memali terjadi pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang mati dan berpuluh-puluh cedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemuan yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis , Ustaz Ibrahim Mahmud / Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi mereka sebagai ' Operasi Angkara/ Operasi Hapus.

Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di negara China.
Jadual isi kandungan
[Sunting] Lokasi

Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar . Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali. Kini Parlimen Baling boleh berbangga dengan ahli Parlimen yang berugama dan jelita Datuk Dr Ma#ah Ibrahim.

Kampung Memali terletak di mukim Siong, Baling , Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah - Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam / Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah penoreh getah dan bersawah padi.

[Sunting] Tayangan Video

Tayangan video dipaparkan menerusi RTM 1.Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata parang, lastik dan molotov cocktail menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan.

Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya.Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.

[Sunting] Tujuan Operasi Angkara

Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.

Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.

Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.

Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian belajar lagi di di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Kerap berceramah agama Islam di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.

Pada 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. 5,081 undi diperolehi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.

[Sunting] Polis bertindak

Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah diracun terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.

Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69 dari Ulu Kinta menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman. Taklimat yang diberi adalah berkaitan dengan operasi menggempur pengganas komunis. Ramai dikalangan anggota polis yang tidak menyangka Ibrahim Libya yang akan menjadi sasaran mereka, bukannya komunis sepertimana yang disampaikan oleh pihak pegawai atasan.

Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.

Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.

Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiada mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

[Sunting] Persediaan di Madrasah

Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasa tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani. Nampaknya Ibrahim Libya telah memasang pengintip yang sentiasa sanggup berkorban nyawa demi Ibrahim Libya.

Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.

Seluruh pengikut Ibrahim Libya didakwa percaya tubuh mereka 'kebal' setelah minum air telaga di kawasan madrasah. Mereka turut solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.

Seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan ,seorang pegawai rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri. Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.

Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Antara yang terbunuh ialah Ibrahim Libya. Mereka kemudiannya di kebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana didakwa tergolong sebagai para syuhada. Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2007 01:32 PM | Show all posts
Ibrahim Libya;




link: http://syuhada-melayu.blogspot.com/

tqvm.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2007 03:33 PM | Show all posts
Lelaki culik kanak-kanak dipenjara 15 tahun
Oleh ROSMAWATI MION

ALOR STAR 23 Mei
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2007 09:11 AM | Show all posts

Reply #34 maderline's post

Fail Jenayah: Pengacara Kelab Kanak-kanak Angkasapuri, Intan Yusniza mati dibunuh
Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)


MENTARI pagi sudah lama muncul dan menyinari kawasan perumahan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada Isnin, 24 Jun 1991.

Beberapa penduduk yang melalui berhampiran kedai runcit yang diusahakan Hanizah Ismail, 56, berasa hairan tatkala melihat premis itu masih belum dibuka walaupun jam sudah menunjukkan kira-kira 8 pagi.

Aneh, seolah-olah kedai runcit yang pegun itu tidak akan dibuka terus pada hari itu; tidak seperti hari-hari sebelumnya, Hanizah pasti sudah lama memulakan perniagaannya menjelang waktu berkenaan.

Jiran wanita terbabit mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lalu bergegas ke rumah Hanizah yang terletak berhampiran. Pintu rumah pengusaha kedai runcit itu diketuk dan nama wanita itu dipanggil berulang kali namun tiada sebarang jawapan diterima.

Bersama dua lagi jiran lain, mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah Hanizah melalui tingkap cermin hadapan yang tidak berkunci.

Pandangan mereka segera menangkap sesusuk tubuh yang terbaring di ruang tamu bagaikan sedang tidur. Debaran mula mengasak dada tatkala mereka mula menyedari yang jasad itu adalah Hanizah malah tubuh wanita itu dihurungi semut.

Curiga mula membenih di benak minda masing-masing lalu sekali lagi mereka melaung memanggil nama wanita itu. Bagaimanapun, jasad Hanizah tetap tidak bergerak seolah-olah tidak lagi mendengar laungan lantang mereka.

Cemas melihat keadaan itu, jiran wanita terbabit segera meminta pertolongan seorang penduduk lelaki yang berada berhampiran. Lelaki itu menjenguk ke dalam dan mendapati jasad Hanizah sudah kaku dan diharungi semut. Akan tetapi, lebih mencemaskan apabila pandangannya segera menangkap keadaan tubuh wanita itu yang dalam berlumuran darah.

Tidak lama selepas itu, pintu rumah terbabit berjaya dibuka dan sepasukan polis mula masuk memenuhi ruang rumah terbabit bagi menjalankan siasatan.

Di samping jasad Hanizah, turut ditemui adalah mayat anak angkatnya berusia 12 tahun, Intan Yusniza Mohd Yusof. Kedua-dua beranak itu mati dibunuh di dalam rumah berkenaan dengan kepala kedua-dua mangsa berlumuran darah akibat cedera parah dihentak objek tertentu. Polis juga mendapati barang kemas dan wang tunai milik mangsa, hilang.

Mereka kemudian diberitahu yang Allahyarham Hanizah tinggal di situ bersama Intan Yusniza hampir empat tahun lalu iaitu selepas suami wanita terbabit yang juga bekas anggota polis berpangkat sarjan, meninggal dunia pada 1986.

Mayat Hanizah dan Intan Yusniza kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Damansara, kira-kira jam 10 malam, hari sama.

Demikianlah bermulanya kes pembunuhan yang menarik perhatian ramai pihak sekitar 1991 - Intan Yusniza, murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Salak Selatan yang juga pengacara tetap rancangan Kelab Kanak-kanak Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM), mati dibunuh bersama ibu angkatnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.214270 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list