CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 7-12-2013 06:53 PM | Show all posts
Syd posted on 17-9-2013 12:36 PM
kerabat yang mana satu ek?

ala,yg ank bunuh makpak tu..xslp ak dorg ade keturunan raja sampai sultan phg murka..xslp ak ank sedare sultan kot..sbb addict dadah..
kes ni dlm thn 2004 kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2013 07:20 PM | Show all posts
ape jd ea kes executive tv9 yg kena unuh ngan laki die tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 08:06 PM | Show all posts
paling ajaib kes pembunuhan altantuya.
"pembunuhan tanpa pembuhun"

saspek menang mahkamah rayuan so
maknanya tadak perancang dan pembunuh

simati mungkin terjumpa bom c4 ditepi jalan
kemudian meletupkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku khatam lagi tread ni.... paling tak puas hati pasal kes bunuh isteri dgn kurung dlm almari.suami terlepas sbb saksi utama maid rùmàh tù seòràng pati dah dihantar blk indon.... polis yg bertugas buat kerja sambil lewa.... .sila gantung tugas sheols.... geram aku...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 05:32 PM | Show all posts
Shahrinawati Abu Bakar Eksekutif AirAsia X Mati Dibunuh


shahrinawati Abu Bakar Eksekutif AirAsia X Mati Dibunuh. Kejadian berpunca apabila mangsa dirompak dan diserang oleh suspek bersejatakan parang selepas meletakkan kenderaannya di luar rumah. Insiden berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka pada pukul 2.45 pagi. Menurut saksi kejadian, dua suspek lelaki merompak mangsa namun saksi cuba menolong mangsa dengan mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa. Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam. Mangsa maut akibat cedera parah ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur





Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 05:35 PM | Show all posts
Hasrat membantu mangsa ragut bertukar tragedi

AMPANG JAYA - Seorang kakitangan wanita di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang, maut selepas diragut di hadapan pos pengawal keselamatan sebuah kondominium di Taman Cempaka Ampang, di sini, semalam.

Sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 pagi, mangsa, Shahrinawati Abu Bakar, 30, baru pulang dari kerja dan sedang berjalan kaki masuk ke kondominium terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, bagaimanapun mangsa tiba-tiba dihampiri dua lelaki bermotosikal yang cuba meragutnya.

Beliau berkata, berlaku pergelutan antara mereka, sebelum datang dua lelaki berusia 21 dan 23 tahun menaiki kereta jenis Proton Wira cuba memberi bantuan.

"Mereka sebenarnya sudah terlajak ke hadapan, namun kerana niat mahu membantu, pemandu kereta bertindak mengundur laju untuk melanggar dua suspek yang cuba meragut mangsa.

"Seorang daripada suspek terjatuh, namun sempat bangun dan melarikan diri bersama rakannya dengan menaiki motosikal jenis Yamaha LC warna hitam," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.

Amiruddin berkata, kedua-dua lelaki yang cuba menyelamatkan mangsa kemudiannya turun untuk melihat wanita itu, namun menyedari mereka secara tidak sengaja turut melanggar mangsa terbabit.

"Mereka terus membawa mangsa ke sebuah hospital swasta berdekatan untuk rawatan lanjut, namun mangsa disahkan meninggal dunia," katanya.

Katanya, polis sudah meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pos pengawal keselamatan dan memperoleh beberapa petunjuk yang dipercayai boleh membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah mengenalpasti dua lelaki berusia 20-an yang cuba meragut mangsa, namun rakaman CCTV gagal mengesan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan kerana imej kurang jelas.

Beliau berkata, polis sudah merakamkan lima percakapan termasuk dua lelaki yang membantu mangsa berasal dari Sarawak itu. Difahamkan mangsa sudah bertunang dan dijangka melangsungkan perkahwinan pada Disember nanti.

Amiruddin berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan laporan mendapati kecederaan mangsa konsisten dengan impak akibat kemalangan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 kanun Keseksaan kerana rompakan menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1941.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2014 05:43 PM | Show all posts
Nur Amyliana Shuhada dilemaskan


Shahrizat Abdul Jalil menenangkan ibu Nur Amyliana Shuhada, Acha Kusain (kanan) sambil berkata sesuatu kepada bapa kanak-kanak itu, Mohd. Noor Mustapha sewaktu menziarahi keluarga Nur Amyliana Shuhada di Bukit Tinggi, Klang, semalam. - Utusan/Mohd Shaharani Saibi

SHAH ALAM 10 Mei - Bedah siasat ke atas Nur Amyliana Shuhada Mohd. Noor mendapati, kanak-kanak berusia 11 tahun itu mati akibat lemas (asphyxia death).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusop berkata, peralatan seperti tuala atau bantal mungkin digunakan oleh suspek untuk melemaskan mangsa.

Menurutnya, doktor turut mengesahkan tiada kesan kecederaan ditemui pada anggota badan tetapi berdasarkan kesan pendarahan di kemaluannya, mangsa telah dirogol sebelum dibunuh.

Dalam pada itu, polis yakin penangkapan dua suspek lelaki semalam mampu membantu siasatan kes rogol dan pembunuhan kejam itu.

Katanya, setakat ini, hanya dua suspek berusia 19 dan 24 tahun dari Sabah itu sahaja yang ditahan.

&#147olis masih menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) yang diletakkan di hadapan rumah kedai didiami mangsa.

“Bagaimanapun, rakaman itu tidak jelas dan setakat ini juga tiada tangkapan baru dibuat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mayat Nur Amyliana Shuhada yang dibunuh selepas dirogol dijumpai di tempat letak kereta Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi di sini kira-kira 200 meter dari rumahnya, kelmarin.

Sementara itu, kakak kedua mangsa, Nur Hidayah Tun Erni, 16, berkata, jenazah adiknya selamat dikebumikan pada pukul 11 malam tadi selepas selesai proses bedah siasat.

“Sejurus proses bedah siasat selesai, kami membawa jenazah adik ke rumah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang dekat sini malam tadi," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melawat keluarga mangsa hari ini, memohon polis mempercepat siasatan supaya penjenayah terlibat dapat dihukum.

Menurut beliau, hanya manusia berhati binatang yang sanggup melakukan perbuatan kejam seperti itu untuk memuaskan nafsu.

“Kita minta polis menyiasat perkara ini dengan rapi dan jika benar kedua-dua suspek yang ditahan melakukan perbuatan ini, mereka perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal.

&#147enjenayah itu tidak boleh dibiarkan terlepas kerana ia boleh menyebabkan jenayah meningkat dan mengancam masyarakat terutama wanita dan kanak-kanak.

“Ibu mangsa juga akan minta saya usahakan supaya siasatan kes anak ketiganya ini disegerakan kerana bimbang jika penjenayah dibiarkan mereka mungkin akan melakukan perkara sama terhadap kanak-kanak lain," katanya.

Dalam pada itu, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) menasihati ibu bapa agar lebih berhati-hati kerana beliau dimaklumkan kawasan tersebut agak gelap pada waktu petang dan malam.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... askan#ixzz2qYLwt7Sv
© Utusan Melayu (M) Bhd



Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 05:45 PM | Show all posts
Mak jangan pergi dulu, biar Cinang pergi dulu'



KLANG – “Mak jangan pergi dulu, biar Cinang pergi dulu.”

Demikian kata-kata terakhir Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, atau nama manjanya Cinang,  kepada ibunya, Acha Kusain, 31.

Menurut Acha, anak ketiga daripada tujuh beradik itu mengungkapkan kata-kata tersebut dua hari lalu.

“Saya tidak menyangka ia membawa maksud Cinang akan pergi buat selama-lamanya.  Ya... Cinang pergi dulu sebelum saya,” katanya sambil mengalirkan air mata ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, semalam.

Cinang ditemui mati dipercayai dirogol sebelum dibunuh di sebuah padang di Jalan Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, kelmarin.

Mayat kanak-kanak itu ditemui seorang wanita yang melalui kawasan padang berkenaan, kira-kira jam 10.30 malam. Mangsa ditemui terbaring berhampiran tempat parkir bas kilang di sini.

Sebelum itu, mangsa keluar rumahnya di Lorong Batu Nilam 1E, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Cinang tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu rumah terkunci dan kakak keduanya yang berada di dalam rumah tidak mempunyai kunci pendua.

Kanak-kanak itu terpaksa berada di luar rumah sementara menunggu kakak sulungnya pulang dari kerja di Kuala Lumpur.

Pada awalnya keluarga berkenaan menyangkakan Cinang keluar bermain namun semuanya meleset selepas gagal dikesan.

Gerakan mencari dilakukan serta merta oleh ahli keluarga dan jiran namun mereka dikejutkan dengan penemuan mayat mangsa.

Menurut Acha, Cinang  anak yang baik, peramah dan sentiasa mendengar kata.

Katanya, dia bersama suami, Mohd Noor Mustafa, 31, sentiasa menitik beratkan soal keselamatan anak-anak. Ini berikutan keluarga tersebut baru dua bulan tinggal di situ selepas berpindah dari Kuantan, Pahang.

“Jika Cinang pergi ke kedai, pasti ada peneman. Pagar rumah pula sentiasa berkunci.

“Ini kerana saya takut kejadian culik berlaku terhadap anak-anak saya. Bagaimanapun, ia tetap berlaku,” katanya.

Sekali lagi ibu kepada kanak-kanak malang itu gagal menahan perasaan sedih. Air mata terus mengalir.

Rakan dan anak sulung pasangan itu mententeramkan Acha yang sentiasa duduk di lantai bilik mayat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan berhubung penemuan mayat mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan pada anggota badan. Bagaimanapun terdapat kesan pendarahan pada kemaluan mangsa,” katanya, semalam.

Mohamad berkata, siasatan polis mempercayai mangsa dibunuh ditempat lain sebelum ditinggalkan di lokasi berkenaan.

“Kita juga menemui penyodok tanah di kawasan berhampiran. Jarak rumah dengan lokasi mayatnya ditemui hanya 200 meter,” katanya.

Beliau berkata, polis menahan dua lelaki berusia 19 dan 24 tahun kira-kira jam 6 pagi, di kawawan berhampiran, semalam, untuk membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk bantu siasatan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2014 05:46 PM | Show all posts
Rogol dan bunuh: Suspek tinggal berhampiran



SHAH ALAM – Dua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak malang, Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor atau Cinang, 11, tinggal berhampiran rumah mangsa di rumah kedai di Lorong Batu Nilam 1D, Bukit Tinggi, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, bagaimanapun polis belum dapat memastikan sama ada Nur Amyliana dibawa pulang ke rumah suspek sebelum mayatnya ditemui.

“Kita masih siasat kejadian sebenar. Siasatan awal hanya mendapati mangsa mungkin dibunuh di tempat lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan beberapa individu antaranya keluarga mangsa, jiran dan peniaga di kawasan berhampiran.

Katanya, suspek berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan reman sehingga Rabu depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati jarak mayat Cinang dengan rumahnya hanya sejauh 200 meter.

Kawasan itu juga dijadikan tempat parkir bas kilang dan lori.

Lokasi itu juga dilihat sibuk dengan kehadiran orang awam dan penjaja di sepanjang jalan tempat mayat Cinang ditemui.

Kelmarin, mayat Cinang ditemui dalam keadaan terbaring dan polis turut menemui penyodok tanah di kawasan berhampiran.

Sebelum itu, mangsa keluar rumahnya, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Dia tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu rumah terkunci dan kakak keduanya yang berada di dalam rumah tidak mempunyai kunci pendua.

Kanak-kanak itu terpaksa berada di luar rumah sementara menunggu kakak sulungnya pulang dari bekerja di Kuala Lumpur.

Pada awalnya keluarga berkenaan menyangka Cinang keluar bermain namun semuanya meleset selepas dia gagal dikesan.

Gerakan mencari dilakukan serta-merta oleh ahli keluarga dan jiran, namun mereka dikejutkan dengan penemuan mayat mangsa.

Siasatan polis mempercayai Cinang dirogol sebelum dibunuh berdasarkan kesan pendarahan pada kemaluannya.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 05:53 PM | Show all posts
Kes budak didera sampai mati: Berdepan hukuman gantung


Ipoh: Seorang suri rumah yang mendera anak perempuannya berusia lima tahun sehingga mangsa meninggal dunia kelmarin, didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh.

Choong Mee Chin, 30, didakwa di depan Majistret Nor Haslinda A Raof, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Ho Yan Hui di ruang tamu rumah mereka di No 19, Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, kira-kira jam 9 pagi 12 Ogos lalu.


Tiada rekod pengakuan

Mee Chin yang berpakaian lokap berwarna hijau dan berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan, mengaku faham pertuduhan dikenakan. Bagaimanapun mahkamah tidak merekodkan pengakuan sebelum menetapkan kes disebut semula 25 Oktober ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Wanita berkenaan sudah didakwa Selasa lalu, namun ketika itu hanya dikenakan tuduhan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana memukul kepala dan seluruh badan mangsa menggunakan sebatang rotan serta Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan cedera parah ke atas mangsa. Dia mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.

Pertuduhan terbaru semalam dibuat susulan kematian mangsa jam 2.40 petang kelmarin dalam keadaan koma selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), 14 Ogos lalu.
Otak menanah

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan serius di kepala iaitu otak bernanah dan jangkitan kuman dalam darah.

Bedah siasat mayat mangsa dilakukan di HRPB pada jam 9 pagi dan berakhir 12.40 tengah hari semalam sebelum mayat dituntut bapanya, Ho Kok Peng, 39, yang tiba jam 12.50 tengah hari.

Kok Peng yang kelihatan murung dan tertekan, enggan menemui wakil media yang menunggu di perkarangan bilik mayat HRPB seawal jam 8.30 pagi.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 05:54 PM | Show all posts
Ibu berfikiran waras ketika dera anak



IPOH – Seorang suri rumah, Ching Mee Chin, 30, yang dituduh menganiayai dan mendera anak perempuannya, Ho Yan Hui, 5, pada 12 Ogos lalu hingga mengakibatkan kematian, disahkan layak untuk dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof mengemukakan laporan dikeluarkan Hospital Bahagia Hulu Kinta mengenai perkara tersebut apabila kes itu disebut di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hasil laporan menunjukkan, tertuduh menghidapi gejala kemurungan, namun pada masa kejadian, dia waras.

“Keadaan mental Mee Chin stabil dan layak dihadapkan ke mahkamah bagi membela diri dan dibicarakan,” katanya ketika membacakan laporan itu di hadapan Majistret Suhaima Mohd Nor.

Pada masa sama, mahkamah turut menolak permintaan peguam bela, Chong Kok Yew, yang mewakili Mee Chin, supaya tertuduh terus diletakkan di bawah pemerhatian pakar psikiatri Hospital Bahagia kerana didakwa masih tertekan.

Suhaima kemudiannya menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan semula kes mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 325 Kanun keseksaan sama tarikh dengan sebutan semula pertuduhan bagi Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap Mee Chin.

Mee Chin didakwa memukul kepala dan seluruh badan anaknya menggunakan rotan di ruang tamu rumahnya di Taman Wang Menglembu, kira-kira jam 9 pagi, 12 Ogos lalu.

Dia turut didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Ketika dihadapkan ke mahkamah, 20 Ogos lalu, kanak-kanak terbabit masih tidak sedarkan diri dan dirawat di unit rawatan rapi pediatrik (PICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Bagaimanapun, Mee Chin sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh mangsa pada tarikh, masa dan tempat yang sama selepas Yan Hui meninggal dunia di HRPB, pada kira-kira jam 2.40 petang, 25 Ogos lalu.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 05:56 PM | Show all posts
Mother, siblings, pay last respects to abused girl

IPOH: Choong Mee Chin, the mother of suspected abuse victim Ho Yan Hui arrived at the Perak Ku Kong Chow Association Sanatorium to pay her last respects, accompanied by police and state health Department officers at noon today.


Earlier, at 11.15am, the deceased's siblings arrived but were oblivious to the goings-on at the sanatorium.
The siblings, an elder brother, 7, and a younger sister, 2, were accompanied by state Welfare Department officers.
Meanwhile, some of Yan Hui's favourite items were seen placed on the prayer table, being offered to her. Among them were several Ultraman miniature dolls and a McDonald's meal


The 30-year old mother has since been charged with murdering the child.















Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 05:59 PM | Show all posts
Terima kasih selamatkan kami - Kapten Saiful Farid

KUALA LUMPUR 12 Jan. - "Jika anggota bomba lambat menemui kami bertiga, tidak tahulah apa akan terjadi. Terima kasih kerana tidak berputus asa mencari kami biarpun hari sudah gelap.''

Itu yang dinyatakan salah seorang juruterbang yang terselamat selepas pesawat Cessna 172 yang dinaiki terhempas ketika cuba mengelak daripada merempuh burung helang berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam, dekat sini kelmarin.

Juruterbang itu, Kapten Saiful Farid Amri Amrizal, 21, berkata, jika bukan keputusan pihak bomba untuk meneruskan gerakan mencari dia dan dua lagi rakannya, mungkin keadaan lebih buruk akan terjadi.

"Kami tiada sebarang alat perhubungan. Jika pihak bomba lambat menemui kami, tidak tahulah apa yang bakal terjadi.

"Kemunculan pihak bomba amat melegakan kami bertiga dan saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana bertindak pantas mencari kami," katanya yang ditemui ketika menerima rawatan di Hospital Selayang, di sini hari ini.

Ujar Saiful Farid, pihak bomba bukan sahaja berjaya mencari dan membawa mereka keluar, malah turut membawa pasukan perubatan bagi memberi rawatan awal di dalam hutan.

Dalam pada itu, juruterbang yang baru tiga tahun berkecimpung dalam dunia penerbangan itu menegaskan, kejadian itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya itu.

"Saya kena teruskan kerana ini cita-cita saya dari kecil justeru tidak akan berhenti kerana kejadian ini," katanya.

Dalam kejadian tersebut, Saiful Farid bersama Kapten Syed Haidhar Syed Zulkifli, 24, dan Shaiful Zafiq Razali, 23, dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor terperangkap hampir 10 jam di dalam hutan berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam selepas pesawat yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terhempas.

Kejadian itu menyebabkan Saiful Farid cedera di bahagian muka manakala dua lagi rakannya mengalami kecederaan di bahagian pinggang ke bawah, namun kesemua mereka dilaporkan stabil.

Sementara itu, Komandan Pasukan Penyelamat, Operasi dan Taktikal Khas (STORM) Bomba, Ismail Abdul Ghani memberitahu, ketiga-tiga juruterbang itu sangat bernasib baik kerana pesawat yang hilang kawalan itu terhempas di atas serumpun pohon buluh.

"Ramai yang tidak tahu, buluh merupakan penyerap tekanan yang baik sekali," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim memberitahu, pasukannya memiliki kepakaran menyelamat bertaraf dunia dan mampu menangani setiap operasi dalam apa jua keadaan.

"Menyelamat menjadi rutin normal bagi setiap anggota pasukan bomba kerana kami mempunyai kepakaran tinggi serta sentiasa mengadakan latihan di dalam hutan.

"Kejayaan menyelamatkan tiga juruterbang ini menunjukkan setiap anggota yang terlibat begitu berdedikasi dan terlatih. Ini membuktikan usaha yang dilakukan pihak bomba selama ini berjaya," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 06:03 PM | Show all posts
bas jatuh gaung kat genting
gempar gak mesia

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 06:07 PM | Show all posts
yang ni kes kat lipis


Pengantin baru dibunuh

KUALA LIPIS: Seorang suri rumah yang baru enam bulan berumah tangga ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan beberapa kesan tikaman di tubuhnya di Bukit Betong, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 5.40 petang, Nornadia Abu Bakar, 21, ditemui terbaring dan berlumuran darah di dapur rumahnya oleh suaminya, Ahmad Khairu Ab Raman, 27.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata siasatan mendapati, ketika kejadian mangsa tinggal bersendirian di rumahnya manakala Ahmad Khairu keluar menoreh getah.

Beliau berkata, sebaik pulang ke rumah, lelaki terbabit dikatakan memanggil isterinya namun tiada sahutan sebelum meninjau dalam rumah dan menemui mayat mangsa terbaring di dapur.

Katanya, terkejut melihat mayat mangsa yang berlumuran darah, lelaki terbabit menghubungi Balai Polis Padang Tengku, di sini, untuk memaklumkan kejadian berkenaan, kira-kira jam 6 petang.

“Sepasukan anggota polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Siasatan turut mendapati, leher mangsa bukan saja dikelar malah tubuhnya ditikam beberapa kali oleh penyerangnya dipercayai lebih daripada seorang dengan menggunakan senjata tajam,” katanya.

Abdul Razak berkata, polis menolak kemungkinan kes itu bermotifkan rompakan kerana barang kemas mangsa tidak hilang dan polis sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Berdasarkan soal siasat dan keterangan suami mangsa, polis berjaya menahan empat lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan,” katanya.

Abdul Razak berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

“Jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarganya selepas proses bedah siasat di Hospital Kuala Lipis (HKL), pagi semalam,” katanya.

Berita Harian
14 Jan 2012

Jiran: Saya tergamam isteri muda mati dibunuh




KUALA LIPIS - Jiran seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga enam bulan lalu, ditemui maut dibunuh di rumahnya di Kampung Sungai Gemang dekat sini, petang semalam, berkata dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa apabila melihat mayat mangsa, Nornadia Abu Bakar dalam keadaan tertiarap tanpa seurat benang.

Menurut Roslan Tahir, 43, lebih memilukan apabila melihat keadaan di dalam rumah mangsa, yang berusia 21 tahun, dipenuhi dengan percikkan darah yang memenuhi ruang tamu hingga ke dapur.

Menceritakan detik awal kejadian itu, Roslan berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada penduduk kampung mengenai kejadian berkenaan.

“Setelah mendapat tahu kejadian berkenaan saya bergegas ke rumah mangsa dan melihat suami mangsa (Ahmad Khairu Ab Raman, 27) duduk meraung di seberang jalan sambil meratapi kematian isterinya.

“Saya kemudiannya bertindak menelefon polis dan beberapa orang kampung untuk melihat situasi di dalam rumah mangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Roslan berkata, ketika memasuki pintu depan rumah mangsa, dia dan beberapa penduduk kampung melihat darah melimpah di sekitar ruang tamu.

“Kami lihat darah dari ruang tamu sehingga ke dapur dan apabila menjenguk ke ruang berkenaan kami lihat mayat mangsa berada di dalam keadaan tertiarap tanpa seurat benang dan sebelah kaki mangsa terlipat.

“Saya tidak sanggup untuk melihat lebih lama mayat mangsa dan bertindak keluar rumah untuk menenteramkan suami mangsa,” katanya.

Roslan berkata, kejadian tragis berkenaan pertama kali berlaku di kampung berkenaan dan memberi kesan trauma kepadanya apabila melihat keadaan mayat mangsa.

Sementara itu, ibu Ahmad Khairu, Hamidah Hassan, 48, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya tentang kejadian yang menimpa menantunya.

“Dahulu kami tinggal di rumah ini tetapi setelah Ahmad Khairu berumah tangga dengan Nornadia, saya bersama suami bersepakat untuk berpindah ke Kelantan, manakala rumah ini dijaga olehnya (Ahmad Khairu).

“Ketika mendapat panggilan telefon berkenaan, saya jangka Ahmad Khairu berada dalam keadaan separuh sedar dan hanya mengatakan bahawa isterinya telah tiada,” katanya.

Hamidah berkata, dia sempat bertanya sama ada Nornadia terlibat dalam kemalangan atau tidak tetapi persoalan tersebut tidak dijawab oleh Ahmad Khairu dan hanya mendengar raungan dari telefon.

“Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku pada menantu saya tambahan pula mereka baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga.

“Walaupun sedih dengan kejadian berkenaan, namun kami sekeluarga pasrah dengan takdir dan menganggap peristiwa itu sebagai ujian dari ALLAH,” katanya.


Wanita baik

Bagi sepupu kepada Nornadia, Noraini Hayati, 25, berkata, walaupun mereka jarang berjumpa namun arwah disifatkan sebagai seorang yang baik dan pendiam.

“Allahyarham merupakan anak bongsu dari enam beradik. Dia juga manja dengan keluarga dan bersifat ramah dengan orang yang rapat dengannya.

“Saya berharap agar pembunuh kejadian ini dapat ditangkap dengan segera dan nasib Allahyarham dapat dibela,” katanya.


Mangsa dikelar, ditikam

Dalam pada itu, polis mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan parah di leher dan perut.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Razak Hassan berkata, mangsa maut akibat dikelar di leher dan di tikam bertubi-tubi di perut menggunakan senjata tajam.

“Polis bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan telefon daripada orang ramai kira-kira jam 5.50 petang.

“Mangsa ditemui tanpa pakaian dan berlumuran darah di bahagian dapur rumahnya. Selain itu, terdapat kecederaan parah yang dialami oleh mangsa di bahagian perut dan leher yang menyebabkan kematian,” katanya.

Abdul Razak berkata, tiada kesan rogol ditemui pada badan mangsa dan pihak hospital mengesahkan mangsa tidak mengandung.

“Sehingga kini kami masih menjalankan siasatan bagi mencari senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa dan motif pembunuhan daripada pelbagai aspek.

“Selain itu, empat suspek turut ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Abdul Razak berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan orang ramai yang tahu mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Kita juga berharap jiran tetangga peka dengan keadaan sekitar dan bersedia membantu sekiranya terdengar jeritan atau bunyi pelik datang dari kawasan kejiranan.

“Selain itu, rondaan daripada anggota Rela dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu diperhebat agar kejadian jenayah dapat dibendung di kawasan masing-masing,” katanya.

Sinar Harian
14 Jan 2012


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 06:10 PM | Show all posts
yang tu yang kes kat lipis tu kata nya saspek utama suami sendiri...
nanti sat korek mcm ada pnh baca...
tp x ngat kat mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2014 06:19 PM | Show all posts
rasa nya dulu time skola ada kes pasal pelajar abu bakar skool kat temerloh di bunuh
pelajar pompuan
di bunuh pasal cinta nya di tolak

pas tu time join brass band
time g kat abu bakar skool takut je sbb kata nya skolah tu berantu
n time tu la ada yang cite sal kes pembunuhan ni...
x dapat cari la
pnh baca dlm mastika kot...

kalau ada yang tau cite la.....

ke sekolah lain kat temerloh tu..
ingat ingat lupa time remaja dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 06:25 PM | Show all posts
Tetamu bawa maut
Kuantan: “Nak singgah ke?” Itu kata-kata terakhir disebut Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Rafli Abdul Malek, 49, sebelum mati ditembak di depan rumahnya di Indera Mahkota, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, mangsa maut ditembak dari jarak dekat dengan kesan dua tembakan mengena bahagian dada kanan oleh seorang daripada tiga lelaki.

Isterinya Rosmahwani Abdul Wahab, 41, berkata, sebelum kejadian itu, Allahyarham sedang memasang langsir di dalam rumah.

Menurutnya, anak ketiga mereka, Mohd Amin, 15, kemudian memberitahu mengenai kehadiran tiga lelaki menaiki kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih.




“Mohd Amin kemudian memanggil bapanya selepas seorang daripada lelaki itu yang memakai jubah hitam dan berkopiah putih memberi salam.




“Selepas itu saya masuk ke bilik, tapi sempat melihat suami berbual dengan lelaki berkenaan dan terdengar dia bertanya ‘nak singgah ke’.

“Sejurus kemudian saya terdengar bunyi beberapa das tembakan sebelum mendengar Mohd Amin menjerit.

“Sebaik keluar, saya menggigil melihat suami terbaring di halaman rumah dengan kesan tembakan di dada dan darah memenuhi lantai,” kata Rosmahwani yang ditemui di rumahnya, di sini.

Menurutnya, dia sempat melihat kereta Proton Wira itu dipandu laju meninggalkan kawasan rumah.

Ketika kejadian, hanya mereka tiga beranak berada di rumah, manakala anak sulung, Mohd Asyraf, 22, melanjutkan pelajaran di Mesir.

Anak kedua Mohd Abrar, 20, bersekolah asrama Maahad Tahfiz Pahang dan anak bongsu Mohd Akashah, 12, mengikuti rombongan sekolah ke Kuala Lumpur.

Rosmahwani berkata, arwah tidak pernah mengadu menerima sebarang ugutan bunuh atau apa pun masalah berkaitan kerja sepanjang bertugas di JAIP, malah tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara.

Sepanjang pengetahuannya, arwah tidak pernah mempunyai musuh dan tidak menyangka kejadian berkenaan boleh berlaku terhadap orang yang disayanginya.

Katanya, dia perasan kereta dinaiki penyerang itu sering berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan sejak beberapa hari lalu, namun tidak pernah menyangka kejadian buruk akan berlaku.

Selain itu, beliau berkata, sikap arwah juga agak berlainan beberapa hari kebelakangan ini apabila kelihatan lebih mesra dengan anak.

“Ketika menghantar anak sulung pulang ke Mesir Rabu lalu, arwah kelihatan beberapa kali mencium dan seolah-olah enggan berpisah. Sikap sama juga ditunjukkan bersama anak yang lain.

“Walaupun berasa pelik, namun saya diamkan saja mungkin menyangka arwah mahu bermanja dengan anak. Rupa-rupanya itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.

Kejadian yang menimpa Ahmad Rafli turut mendapat simpati Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berangkat melawat kediaman keluarga mangsa petang semalam.




Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
miawpink posted on 16-1-2014 09:56 AM
Mother, siblings, pay last respects to abused girl

IPOH: Choong Mee Chin, the mother of suspected ...

Sedihnya tgk gmbr ni. Menyesal pn x guna dah. Kesian anak2 yg lain tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 09:05 AM | Show all posts
Suspek bunuh bayi ditahan

Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim bersama ibunya, Rafidah Mohd. Ishak sebelum meninggal dunia 16 Oktober lalu dipercayai akibat didera suspek.


BATU PAHAT 24 Okt. - Suspek kes bunuh bayi berusia lapan bulan yang juga merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa, ditahan reman sehingga Selasa ini selepas direman berhubung kes samun sebelum ini.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, lelaki berusia 34 tahun itu sebelum ini direman bagi membantu siasatan kes samun mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan tempoh reman itu berakhir semalam.


&#147olis menahan semula suspek dan hari ini dia direman berhubung kes bunuh bayi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Media baru-baru ini melaporkan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan, Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim meninggal dunia pada 16 Oktober lalu dipercayai akibat didera oleh suspek.


Sewaktu bedah siasat dijalankan, terdapat tiga kesan retak pada tempurung kepala bayi itu selain patah tangan dan kaki.


Din berkata, pendarahan di kepala akibat hentakan kuat menjadi punca kematian bayi itu dan suspek yang tidak mempunyai pekerjaan ialah kekasih kepada ibu mangsa yang berusia 29 tahun.


Menurut beliau, suspek bersama dua lelaki lain yang berusia 37 dan 39 tahun ditahan di sebuah rumah di Tongkang Pechah di sini pada 12 Oktober lalu berhubung kes samun.


Katanya, polis menemui senjata berbentuk pistol dengan peluru bebola besi, peralatan pecah rumah serta barang-barang curi dan dadah jenis syabu.


Suspek juga dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Muar.


Menurutnya, penangkapan itu kemudiannya membongkar kes penderaan bayi tersebut yang dipercayai dilakukan suspek.






Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... tahan#ixzz2qc6B80pY
© Utusan Melayu (M) Bhd


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.116803 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list