CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 17-1-2014 03:16 PM | Show all posts
biggirlduncry posted on 17-1-2014 03:15 PM
pendapat aku... kita tak perlu judge/komen pasal hukuman tu.
mmg nampak tak setimpal tapi
kita  ...

ye la kan
setiap kejadian, ada la sebab nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2014 10:41 PM | Show all posts
wah tenkiu miawpink..very informative psl ade kes yg aku pun terlepas pandang especially cases yang kt mesir tu..

sedih sgt psl family yg kene bunuh tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 10:39 AM | Show all posts
Syd posted on 8-2-2007 04:42 PM
yang kes salbiah tuh, yang kat tganu tu eh?

yang dia keje kilang, then dia kawan satu lelaki nih
...

kisah arwah Salbiah ni kat penang la...dia kerja kat kilang di penang, boipren dia inspector Sadri..
Sadri dah pun kena gantung masa Sultan Azlan Shah (my hansome sultan of perak) jadi hakim...

ada benang pasai salbiah ni dik, cuba gali tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 07:52 AM | Show all posts
miawpink posted on 17-1-2014 01:05 PM
kan...
otak ngah serabut ngan masalah....
tak dapat pikir ngan waras terus bunuh

tu la ...bkn ke kalo membunuh...hukuman pon mati gak....
ke negara mesir lain undang2nya...
x adil btl...

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:19 AM | Show all posts
cilok kat jiran sebelah....citer yg masih panas lg...

DUNGUN - Mayat seorang kanak-kanak perempuan dipercayai mati dibunuh ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint Fasa Dua Seberang  Paka di sini petang tadi.

Mangsa yang dianggarkan berusia 2 tahun ditemui di dalam bilik air oleh seorang pengawal keselamatan kira-kira pukul 3.30 petang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan  berkata, pengawal keselamatan terbabit yang curiga melihat pintu utama rumah berkenaan terbuka membuat  pemeriksaan sebelum terhidu bau busuk.

Menurut Manoharan, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang ditemui dengan kesan darah dipercayai mati dibunuh.

(edited by admin6)

UPDATE :

Susulan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa 2, Dungun, Terengganu, semalam.

Mangsa dikenali Nursyafiqah Adawiyyah, selesai menjalani bedah siasat yang bermula pukul 10 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan ibu saudara mangsa, Mukrimah Mamat 26 tahun yang dihubungi sebentar tadi.

Menurut Mukrimah, ahli keluarga kini berada di bilik mayat hospital berkenaan bagi menuntut jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka, petang ini.

Jelas Mukrimah, anak saudaranya itu dipercayai dirogol dan diliwat sebelum dibunuh kejam.

Katanya lagi, ibu mangsa, Rabiatul Adawiyyah Mamat, 28 tahun kini berada di Balai Polis Dungun untuk kawad cam bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3:20 petang semalam, mayat kanak-kanak itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di lokasi kejadian sebelum terhidu bau busuk dari arah sebuah rumah.

Pengawal keselamatan itu yang kemudiannya memasuki rumah berkenaan, terkejut apabila melihat mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan separuh bogel terbaring di dalam tandas.

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:22 AM | Show all posts
Kes bdk 2 thun kene rogol n bunuh
Patah habis tulang pinggul budok tu dikerjakan..
3 org buat kije tu
Budak dadah..mok budak tu pon mkn dadah jgk..mok dia jual anok dia..n berlakon report polis konon x tahu ape..n anok dia kena culik..kejam..
Jumpe kat rumoh kasong taman permint
3 org buat kije ni..dpn belakang di rodok..
Mok sedara budok ni je yg meraung..mok budok relaks je..mcm x ade rase ape2..
Ni suspek
Org tebing tembah
Mggu lps jupe dgn pokyaa kt kdai aduka.. Ye bwk arwh tu
Mok sedare ye ada gok

*copy paste dr wasap grup atkin
Slmt pagi Tn, laporan perkembangan berkaitan No repot Paka/142/14 Sek 302 KK.

Setakat ini 03 saspek telah ditangkap iaitu
1) Ahmad Faizal Bin Abd Wahid (Faizal Bongkok) (B1)
2) Rabaitul Adawiyyah Binti Mamat (Beah) (ibu simati) (B2)
3) Zamari Bin Ahmad (Zamri Gomeng) (B3)

Saspek penama Sofian Hadie Bin Mohd Nor (Pian) (B4) akan ditangkap pada 0800 hrs.

Kesemua OKT akan direman pada jam 0900 hrs.

Setelah reman Beah akan dibawa ke Hospital Kuala Terengganu utk Pengecaman sebelum post mortem.

Setakat ini, laporan polis yang dibuat oleh ibu simati pada 18/01/14 jam 1201 hrs adalah tidak benar.

Hasil soal siasat awal:

Zamri Gomeng telah menyewa Kereta myvi putih No TBJ 6264 pada 16/01/14 jam 1500 hrs, atas permintaan Pian. Setelah menyewa Zamri serahkan kepada Pian.

Pada 17/01/13 jam 1100 hrs Pian telah membawa simati keluar dr rumah, atas kebenaran Beah. Sehingga 1500 hrs, Pian tidak pulang rumah. Beah telah berusaha utk mencari. Waktu petang Beah minta bantuan Faizal Bongkok utk cari Pian tetapi tidak jumpa.

Pada jam 1030 hrs, Beah nampak Pian ditepi jalan. Pian beritahu simati ada. Beah, Faizal (naik motosikal) pulang ke rumah diekori Pian.

Sampai di rumah Pian parking Kereta jauh sikit dan berjalan kaki pulang ke rumah. Pian panggil Faizal keluar dr rumah dan beritahu simati dah hilang. Faizal beritahu Beah. Selepas itu ketiga mereka pergi mencari Simati tetapi tidak jumpa dan ada jumpa bomoh. Lepas balik tidur.

18/01/14 jam 0800 hrs, Pian dan Faizal keluar cari dadah. Sampai sebelum tengahari, Beah cari mereka dan jumpa dekat jambatan. Selepas itu buat repot di balai polis Paka. Pian suruh buat repot palsu. Selepas itu pergi Dungun, Kerteh dan balik Paka.

Pada 21/01/14 waktu pagi, Pian tinggalkan Beah dlm rumah dan mengunci rumah. Jam 2000 hrs, Beah terima panggilan telefon dr kakak menyatakan anaknya telah mati. Beah terjun dr tingkap dan pergi ke rumah adik. Setelah itu, polis telah sampai.

Pada 21/01/14 jam 1000 hrs, penyewa Kereta (Bob) mendapati Kereta myvi parking dlm keadaan tidak berkunci dan seat belt dipotong. Bob terus jumpa Zamri dan Zamri bawa Bob dan kawannya pergi ke rumah nenek Pian. Bob jumpa Pian. Pian telah dipukul dan dibawa ke Kuala Paka dan diserahkan kepada polis.

Kereta Myvi telah dirampas. (mohon bantuan unit forensik utk pemeriksaan)

Pian masih belum stabil. Byk maklumat yg boleh diperolehi drpd Pian. (Terdapat juga keraguan samada Arif terlibat atau tidak)

Tindakan lanjut akan diambil dgn kadar segera. Tq Tn.

Gambar: Pembunuh kanak kanak 2 tahun yang di rogol telah pon di tangkap dan di bawa ke hospital untuk ukur anu dia sebagai bahan bukti.. Hopefully dapat balasan yang setimpal ke tali gantung.. Maaf bukan untuk mengaibkan "Mamat" ni.. Tapi aku sangat geram, Kalau ye pun sebab dadah & hutang jangan la pertaruhkan nyawa manusia! Terima kasih Ya Allah !!

Jumpa jugak akhirnya.. Alhamdulilah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2014 09:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 09:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 09:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 09:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 09:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 06:48 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 24-1-2014 08:22 AM
Kes bdk 2 thun kene rogol n bunuh
Patah habis tulang pinggul budok tu dikerjakan..
3 org buat kije ...

Jahatnya mak dia...memang berhati syaitan betul....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 12:37 PM | Show all posts
sial btul jantan tak guna pembunuh tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 11:09 AM | Show all posts
boleh tambah pasal ayah kelar anak kat bangi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2014 04:08 PM | Show all posts
Budak Perempuan Tujuh Tahun Mati Dikelar Bapa Kandung

BANGI: Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang Khamis.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anaklelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka,yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

Anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.

"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalambilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.

Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.
Beliau berkata, polis menjumpai mayat budak perempuan, yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.

Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.

"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.
Abd Rahim berkata, polis turut merampas sebilah parang daripada suspek itu.

Suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 04:31 PM | Show all posts
dzaraa posted on 15-3-2010 10:28 AM
1984-1985

Sebuah kapal korek pernah terbalik di Puchong sekitar tahun ni. Kejadian malang ni berl ...

lombong tempat kapal korek tenggelam ni dah xde..dlu di tambak dan d buat kawasan perumahann yg di panggil rumah panjang..time tu ada sikit aje lombong ni yang tgl..selepas tu habis di tutup dan di buat kedai dan apartment..saya ddk di kawasan rumah panjang ni..sekrang rumah pjg ni pon dah xde..abg kawan saya kerja d kapal korek tu..pada hri kejadian dia tukar shift dgn kawan dia..mayat kawan dia x jumpe..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2014 10:44 AM | Show all posts
Kalau tak nak anak tu bagi jelah kat aku. Aku nak, tak payah la nk membunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 12:55 AM | Show all posts
miawpink posted on 16-1-2014 06:10 PM
yang tu yang kes kat lipis tu kata nya saspek utama suami sendiri...
nanti sat korek mcm ada pnh ba ...

kat board misteri paranormal...

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 11:45 PM | Show all posts
haritu aku tengah layan benang ni
sekali tak ingat sampai page berapa dah

syd.. ko ada tak kes tahun 1993 ke 94
ada sorang ibu ni kat KL cekik anak dia sampai meninggal sebab gila meroyan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 12:58 AM | Show all posts
batuk posted on 26-8-2014 11:45 PM
haritu aku tengah layan benang ni
sekali tak ingat sampai page berapa dah

makcik melayu kah?

yang hot dulu2 kes pempuan melayu dok dera anak sampai mati..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.160736 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list