CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 18-6-2015 09:26 PM | Show all posts
mona fandey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2015 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Awal tahun ni ada mayat perempuan indon ditemui dalam tangki sebuah banglo tgh renovate di bukit damansara. Tak ingat kat jalan mana. Tapi keluar satu hari tu je berita tu lepas tu senyap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2015 08:38 AM | Show all posts
brookemcqueen replied at 21-6-2015 09:58 AM
Awal tahun ni ada mayat perempuan indon ditemui dalam tangki sebuah banglo tgh renovate di bukit dam ...

12:17PM - 14 Nov 2014
Mayat wanita tanpa kepala dalam tangki kumbahan

Mayat seorang wanita dipercayai warga asing ditemui tanpa kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki di dalam tangki kumbahan di sebuah rumah banglo di Jalan Seri Murni 11, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur..

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mayat mangsa, dipercayai warga Indonesia, ditinggalkan di dalam tangki tersebut kira-kira dua hingga tiga minggu.

"Kita menerima laporan daripada orang awam yang tinggal berdekatan kerana terdapat bau yang busuk dari rumah berkenaan.

“Hasil siasatan awal polis mendapati, wanita itu dipercayai dibunuh." katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata ekoran penemuan itu, seramai lapan lelaki warga Bagladesh ditahan berhubung kes tersebut dan polis masih menyiasat motif kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata sebuah jentera dan enam anggota bomba dari Balai Bomba Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Pada pukul 9.37 malam, penyelia operasi melaporkan telah menyedut air menggunakan pam angkut dan mendapati terdapat mayat seorang wanita tanpa kepala, tangan dan kaki.

"Hanya tinggal badan dan diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan media.

- Bernama




Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 22-6-2015 08:38 AM
12:17PM - 14 Nov 2014
Mayat wanita tanpa kepala dalam tangki kumbahan


Jalan setiamurni kot tu. Adeh.. tak bekepala tak bekakitgn ke...seram! Wonder which house. Esok nak jenguk2 jalan tu tengok rumah mana tgh renovate.
so tutup macam tu je kes nya? Siapa perempjan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 02:39 PM | Show all posts
.. horraayyyy.. khatam sudah... akhirnyer.. letih merempit thread nih...

ramai manusia mental diluar sana.. berhati2 lah...  lebih2 lg.. penjenayah yg terlepas dr hukuman.. atau penjenayah yg dikehendaki tp x jumpa2..ataupun penjenayah yg tidak diketahui.. menakutkan.. klu kita tahu.. kita berjln bersebelahan ngan seorg penjenayah.. atau tinggal berdekatan dgn rumah penjenayah.. paling malang klu berkawan dgn seorg penjenayah.. huuuhuuu... penjenayah.. bukan bekas penjenayah...  minta dijauhkan keluarga ku dr segala kejahatan & keburukan... Aamiin...

mmg thread ni lbh menakutkan drpd thread mps citer2 hantu tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 03:17 PM | Show all posts
Shahreen74 replied at 23-6-2015 02:39 PM
.. horraayyyy.. khatam sudah... akhirnyer.. letih merempit thread nih...

ramai ...

nak tengok manusia2 pangai mcm setan, kat thread neh laaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2015 04:09 PM | Show all posts
Syd replied at 23-6-2015 03:17 PM
nak tengok manusia2 pangai mcm setan, kat thread neh laaa

penat tau merempit.. seminggu lbh jugak nak abiskan... dpt baca di opis jer.. curi2 baca.. .. kt rumah dah busy ngan keje2 umah lak... x sempat nak baca..

best.. mmg best... kipidap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 04:20 PM | Show all posts
Shahreen74 replied at 23-6-2015 04:09 PM
penat tau merempit.. seminggu lbh jugak nak abiskan... dpt baca di opis jer.. curi2 baca.. ..  ...

kalau ada apa2 kes yang rasa lom ada lagi kat sini, kasitau laa

ada masa, boleh laa carik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 10:37 AM | Show all posts
kerepek1994 replied at 16-6-2015 08:08 PM
kes bunuh sabit dengan mona fandey sy rasa yang paling menggemparkan malaysia
mak2 kasi warning den ...

akak pernah jumpa bbrp kali dgn mona fandy secara live
jumpa kat court ms dia dibawa msk ke mahkamah
senyum manjang dan sgt stylo gaklah cara dia dressing
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 03:39 PM | Show all posts
Syd replied at 3-6-2015 12:55 AM
Remaja mengaku bersalah sebabkan kematian Noor Syafikah
JAMLIAH ABDULLAH
27 Mac 2015 12:50 AM

Kes ni takde hupdate ke TT? selayaknya hukuman mati saje kalau dah perangai psiko cenggini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 04:14 PM | Show all posts
Alaaaa... jgn la mendap thread nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2015 07:59 AM | Show all posts
RABU, 16 SEPTEMBER 2015 @ 9:24 PM

10 kes sembunyi mayat dalam tong dram disimen sejak 1998

PENEMUAN mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, mendiang Anthony Kevin Morais dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya pagi ini. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Penemuan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, mendiang Anthony Kevin Morais dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya pagi ini, sememangnya amat mengejutkan. Namun modus operandi menyembunyikan mayat dengan menyumbat dalam tong dram dan kemudian disimen, bukan baharu kerana sudah berlaku beberapa kali di negara ini.

Rekod di Bernama Library and Infolink Service (BLIS) menunjukkan sejak 1998 sehingga penemuan terbaharu hari ini, sebanyak 10 kes bunuh menggunakan modus operandi sama telah berlaku.

Berikut adalah rekod kes bunuh yang lain membabitkan mayat mangsa disembunyikan dalam tong dram bersimen sejak 1998:

* 11 Februari 2015 - satu rangka manusia dipercayai mayat lelaki ditemukan dalam tong dram biru yang telah disimen di tepi kolam di Kampung Timah, Bukit Beruntung, Selangor dan dipercayai telah dibunuh sejak 10 minggu sebelum itu.

* 21 Mac 2009 - polis menemui mayat lelaki yang dipercayai mangsa bunuh dalam tong dram berkonkrit di tepi jalan di Kampung Parit Punggur Darat, Muar, Johor.

* 29 Julai 2006 - mayat tanpa identiti dan jantina yang tidak dapat dikenal pasti dipercayai mangsa bunuh, ditemui dalam tong dram yang berisi simen di sebuah tapak pembinaan di Taman Putra Perdana, Sepang, Selangor.

* 16 November 2005 - seorang lelaki yang dipercayai warga Pakistan dijumpai mati dibunuh dengan mayatnya disumbat ke dalam tong berisi air, disimen dan ditanam di halaman rumah sewanya di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.

* 25 Mac 2005 - mayat lelaki warga Indonesia ditemui di dalam tong dram yang disimen pada bahagian atas dan bawah di kawasan belukar berhampiran Taman Nilai Perdana, Seremban, Negeri Sembilan.

* 9 Januari 2004 - satu mayat yang sudah reput ditemui ditimbus dengan simen dalam tong besi di tepi Sungai Bonus di tapak projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mukim Air Panas, Setapak.

* 11 April 2000 - mayat lelaki berusia lingkungan 40 tahun ditemui bersalut simen dalam tong dram di tempat pembuangan sampah di Kampung Hicom, Seksyen 28, Shah Alam.

* 29 Jun 2012 - satu rangka manusia yang dipercayai dibunuh setahun lalu, ditemui di dalam tong dram bersimen oleh seorang pengendali jengkaut yang sedang membersihkan kawasan hutan di Kampung Baru Balakong, Kajang

* 9 April 1998 - mayat warga Bangladesh dijumpai dalam tong dram yang disimen permukaannya di tebing sungai di Batu 9 Selayang, Kuala Lumpur.

Mayat Morais, ditemui kira-kira pukul 6 pagi ini di taman perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah berhampiran Sungai Kelang, 13 hari selepas beliau dilaporkan hilang pada Jumaat, 4 September.

Polis telah menyifatkan kes pembunuhan Morais bermotifkan dendam dan berkait rapat dengan satu kes bicara yang dikendalikan Morais di Mahkamah Shah Alam, yang melibatkan kes rasuah seorang doktor berusia 52 tahun yang berkhidmat di sebuah hospital tentera di Wangsa Maju. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2015 09:38 AM | Show all posts
Edited by Syd at 18-9-2015 09:58 AM
Syd replied at 17-9-2015 07:59 AM
RABU, 16 SEPTEMBER 2015 @ 9:24 PM

10 kes sembunyi mayat dalam tong dram disimen sejak 1998






Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 12:30 PM | Show all posts
yg nmpk tangan jerrr...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:39 AM | Show all posts

syd ..mayat x hancur ke kalo kena semen ni...
mn satu mayat dia ek...
dh x nmpk dh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 04:51 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 18-9-2015 11:39 AM
syd ..mayat x hancur ke kalo kena semen ni...
mn satu mayat dia ek...
dh x nmpk dh

belum mereput sepenuhnya laa kot.

tengok betul2, tengok mayat tu mcm duduk dan lutut ke dada


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 05:06 PM | Show all posts
Syd replied at 18-9-2015 04:51 PM
belum mereput sepenuhnya laa kot.

tengok betul2, tengok mayat tu mcm duduk dan lutut ke dada

sape tgk medical detactive channel 732 astro crime investigation, kes berpuluh tahun pon still berjalan hope syd and sume forumer leh langgan channel metro 732 ala rm8 jek sebulan. mmg best sbb channel tu banyak pasal kes bunuh-bunuh ni

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2015 05:03 PM | Show all posts
malaysia la ni dah tak macam dulu lagi...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2015 12:18 PM | Show all posts
Mokcun replied at 19-9-2015 05:03 PM
malaysia la ni dah tak macam dulu lagi...

kes2 bunuh makin advance gituhhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 02:18 PM | Show all posts
Syd replied at 18-9-2015 04:51 PM
belum mereput sepenuhnya laa kot.

tengok betul2, tengok mayat tu mcm duduk dan lutut ke dada

jenuh la kumpulan forensic nk bersihkan mayat nie.. bukan senang punya kerja nk buang simen yg dah keras pada mayat..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.465561 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list