CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 21-9-2015 02:18 PM | Show all posts
Syd replied at 18-9-2015 04:51 PM
belum mereput sepenuhnya laa kot.

tengok betul2, tengok mayat tu mcm duduk dan lutut ke dada

jenuh la kumpulan forensic nk bersihkan mayat nie.. bukan senang punya kerja nk buang simen yg dah keras pada mayat..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2015 06:30 PM | Show all posts
Syd replied at 3-6-2015 08:55 AM
Remaja mengaku bersalah sebabkan kematian Noor Syafikah
JAMLIAH ABDULLAH
27 Mac 2015 12:50 AM

die ngaku bunuh sorg je?
lg 2 org????
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 03:59 PM | Show all posts
bila baca thread ni owh rupanya byk kes pembunuhanyg takdpt diselesaikan..

yg iols ingat dan tahu, kes mona fendy, norita samsudin, dan antantuya.. yg zaman2 dulu sikit tu iols x brpe tahu.. myb dh lama tertinggal dek zaman or iols budak2 mse tu jd x ambik port sgt.. huhu

thanks kpd tt dan forumer2 lain yg bg maklumat. info cam gini
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 07:01 PM | Show all posts
Dua beradik warga 
emas dibunuh kejam
Mulut diikat dan lidah terjelir ditemukan di ruang tamu, dapur

BERUAS 21 Sept. - “Tidak patut emak saudara saya diperlakukan sampai begini, mereka sudah tua. Jika betul emak saudara saya dibunuh, mereka yang terlibat harus menerima hukuman yang sewajarnya”. Itu kata anak saudara kepada dua adik-beradik perempuan warga emas yang ditemukan mati dalam dalam keadaan sudah berulat dan separuh bogel di kediaman mereka di Kampung Pulau Meranti di sini hari ini.


Mayat Salmiah, 76, dan adiknya, Salasiah Yaakob, 71, yang bekerja sebagai penoreh getah ditemukan oleh anak saudara mereka, Mazlan Yunus, 52, pada pukul 9.30 pagi.
Mayat Salmiah ditemukan terbaring di bahagian dapur dalam keadaan mulut diikat dengan kain terlondeh manakala adiknya, Salasiah dalam keadaan lidah terjelir di atas kerusi di ruang tamu.

Menurut Mazlan, kedua-dua emak saudaranya yang bujang, pernah memberitahu tiga minggu lalu beberapa lelaki warga Indonesia datang dan bertanyakan bilangan ahli keluarga yang tinggal di rumah tersebut. Katanya, kehadiran kumpulan lelaki berkenaan menyebabkan emak saudaranya tidak selesa sehingga memarahi kumpulan lelaki berkenaan.
“Saya bimbang mereka mungkin menyimpan dendam dan bertindak mencederakan emak saudara saya. Sebelum ini, emak saudara saya sihat.
“Malah jiran memberitahu salah seorang daripada emak saudara saya iaitu Salmiah berbasikal ke pekan Beruas membeli ikan. Jika benar emak saudara saya dibunuh, mereka yang bertanggungjawab perlu me-nerima hukuman yang setimpal,” katanya ketika ditemui di sini.

Mazlan berkata, dia menemukan mayat emak saudaranya ketika mengunjungi kediaman tersebut yang terletak agak terpencil di dalam kawasan ladang kelapa sawit.
Menurut Mazlan, dia memang-gil ibu saudaranya namun tidak dijawab lalu meninjau ke bahagian belakang rumah dan terkejut apabila mendapati pintu belakang rumah terbuka.

“Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, saya amat terkejut apabila mendapati Mak Ngah (Salmiah) terbaring di lantai dalam keadaan kain terlondeh.
“Saya cuba mencari seorang lagi emak saudara saya dan alangkah terkejut apabila menemuinya dalam keadaan tidak bernyawa di bahagian ruang tamu rumah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd. Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, berdasarkan keadaan fizikal mayat, kedua-dua warga emas itu telah meninggal dunia empat atau lima hari lalu.

Menurut beliau, siasatan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang kesan pergelutan di dalam rumah.
“Polis belum mengklasifikasikan kes ini dan masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya.
Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner, Goh Kok Liang berkata, buat masa ini kes tersebut diklasifikasikan mati mengejut.
“Namun kertas siasatan akan dibuka jika bedah siasat mendapati wujud unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini.

update :

Ipoh : Bedah siasat mendapati mayat seorang daripada dua beradik yang ditemui mati di dalam sebuah rumah di Kampung Pulau Meranti di Beruas pagi semalam, berpunca kecederaan kepala akibat objek tumpul.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mayat Salamiah Yacob, 76, turut mempunyai beberapa kesan lebam pada kaki, lengan dan hidung.
Menurutnya, bagaimanapun punca kematian adiknya, Salasiah, 71, tidak dapat ditentukan disebabkan mayatnya yang reput.




Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 11:03 AM | Show all posts
aku dah agak trid ni bakal naik balik

nak ikutkan dari dulu byk kes bunuh sensasi kat msia ni...tgl lagi dulu2 takde social media

else lagi byk juicy2 info yg kita dpt tau.

kipidap chuols! best baca trid ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 05:59 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 22-9-2015 07:01 PM
Dua beradik warga 
emas dibunuh kejam
Mulut diikat dan lidah terjelir ditemukan di ruang tamu ...

kain terlondeh? adakah warga emas tu dirogol? adoiii la org tua tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-9-2015 08:37 AM | Show all posts
reenaz replied at 23-9-2015 05:59 PM
kain terlondeh? adakah warga emas tu dirogol? adoiii la org tua tu

mungkin tengah bergelut2 tuh, kain batik tu terlondeh laa kot.

kejam sangat pegi bunuh orang tua2.

dayus pegi merompak warga emas.


kalau ada report yang kata, dua orang arwah ni dirogol, tak tahu nak cakap apa lagi dah

mmg hazab sehazabnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 03:49 PM | Show all posts
BEKAS PENUNTUT KOLEJ KE TALI GANTUNG
Shah Alam - Suasana galeri awam Mahkamah Tinggi Shah Alam bertukar suram apabila bekas penuntut kolej yang menghadapi tuduhan membunuh pensyarahnya tiga tahun lalu dihukum mati.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abdul Halim Aman selepas mendapati pembelaan tertuduh tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
"Mahkamah mendapati keterangan pembelaan tertuduh bersifat kabur, sangsi, dan penafian semata- mata,” katanya.
Sumber: Sinar Harian


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2015 05:54 PM | Show all posts
Edited by Syd at 31-10-2015 05:58 PM
whiteDhahlia replied at 9-2-2007 02:22 PM
hope syd dpt cari balik article pasal karthigesu, interested nak tau...







Kartigesu Sivapakiam - Her lover, her brother-in-law, her murderer.








He walks out as a free man


http://memyselfandshowmetha.blogspot.my/2012/09/long-exciting-weekend.html

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 05:59 PM | Show all posts
Last updated on 13 Jun 2014 08:09 PM   
35-year old murder mystery: The killing of a beauty queen - Part 1


Case investigator Datuk Ramli Yusuff
   
by Rashitha Abdul Hamid

KUALA LUMPUR: It had all the ingredients of a sensational murder case: a former beauty queen, a love triangle and a fatal stabbing in a parked car. All these came to a head on the night of April 6, 1979, in a secluded underpass off the Federal Highway.

This is the Jean Perera Sinnappa murder, one that probably stands out among all others for its news value, and which would probably have been investigated quite differently by today’s forensics technology. But even today, those who followed the case still wonder whether the accused, S. Karthigesu, who was convicted but was later freed, actually did it.

Interestingly, all Malaysians connected directly to the case have passed on, except for Karthigesu and the investigating officer Datuk Ramli Yusuff. “They are all dead; the judge, members of the jury, the prosecuting officer. Only Karthigesu and I are alive,” Ramli, now 65, tells The Heat in a recent interview.

Ramli rose to the rank of Bukit Aman Commercial Crimes Investigation Department director before he retired. He himself was subjected to a court hearing when he was charged with failure to declare ownership of company shares and interest in two properties. He was however acquitted by the High Court in November 2011.

At the peak of her career, the vivacious and curvaceous Jean won beauty contests in Negri Sembilan and Selangor and was a Miss Malaysia first runner-up. She became a celebrity of sorts and later married chemist Sinnappa Sivapakiam, with whom she had three children. After leaving the beauty pageant scene, Jean became a teacher at Sekolah Sultan Abdul Samad in Petaling Jaya, and according to those who knew her, was a dedicated one.

Her husband tragically died in a road accident near Jalan 222, Petaling Jaya, on New Year’s eve in 1978.

Jean, who was also in the car, was flung out of the vehicle but survived with minor injuries. The night before the accident, her husband had told her to make herself “the most beautiful girl” for a romantic night out.

As fate would have it, four months later, the beautiful 31-year-old widow met her end. She was found stabbed to death in her car, a white Fiat 125, while her brother-in-law S. Karthigesu was found lying on the ground near it, seemingly semi-conscious. Jean, who was clad in a colourful saree, was stabbed 10 times in the chest.

After 35 years, a sensational trial that was covered to its fullest in all newspapers, and after countless theories on the murder, the case remains unsolved, and police never found a single piece of evidence that could positively identify the killer. Even the murder weapon was never discovered despite an intensive search of the crime scene.

The investigators of the most sensational murder case of its time took almost four months to close the investigation papers. Karthigesu, who was arrested on April 26, was charged with Jean’s murder on May 9.

Jean’s murder was documented by the Crime & Investigation Network in collaboration with the National Film Development Board (Finas) in 2012 and the documentary, Jean Perera The Beauty Queen Murder was aired on Astro channel 732 on Dec 20, 2012.

The producers tried to interview Jean’s brother, Brian Perera, and her daughter, who is a lawyer, but understandably both of them declined and expressed they wish to stay away from any publicity pertaining to the tragedy.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 06:07 PM | Show all posts
Last updated on 16 Jun 2014 07:55 PM   
35-year-old unsolved murder: The killing of a beauty queen - Part 2


Left: The court visits the crime scene where the murder took place. Right: Former beauty queen Jean Perera Sinnappa

by Rashitha Abdul Hamid

KUALA LUMPUR: The Jean Perera Sinnappa murder was the first case to be tried in a Malaysian court on circumstantial evidence and extra judicial confession. The prosecutors had it made when a witness revealed an incriminating outburst by the accused, and that led to his conviction. But in a bizarre twist, the witness later admitted he lied and was jailed. The Heat spoke to the case’s investigating officer Datuk Ramli Yusuff.

For Ramli, who was then a Senior Investigation Officer, it was “just another routine murder case” if not for the fact that she was a beauty queen.

“I was on 24-hour duty on the day the murder happened. I was at Taman Tun Dr Ismail investigating another case when I received a call from the Petaling Jaya police headquarters informing me about the incident,” Ramli says.

He was told that two staff members of Malaysia Airlines had lodged a report claiming they found a woman dead in a car at a secluded underpass off the Federal Highway, some 5km from the Sultan Abdul Aziz Shah Airport (now known as Skypark Terminal).

“When I arrived at the scene, I was surprised to find a man lying face down but still breathing. He kept murmuring something which I could not understand. I decided to send him to University Hospital (now Universiti Malaya Medical Centre) for treatment.”

The man was later identified as Jean’s brother-in-law and lover, Karthigesu Sivapakiam, a psychology lecturer at the Special Teachers Training Institute in Cheras. It was reported they were planning to tie the knot but during the trial, a priest with the Our Lady of Lourdes Church in Klang, Rev Edward Soosai, said neither Jean nor Kathigesu applied to the church to register their marriage.

After the loss of her husband, Jean and her three children, son Damendra and daughters Rohini and Malini lived with her mother-in-law and Karthigesu. The two were believed to have fallen in love with each other and decided to marry.

According to Ramli, Jean’s murder was one of a kind as it was the first in Malaysian judicial history where a suspect was convicted on circumstantial evidence and extra judicial confession.

Karthigesu, 37, who was the sole suspect in the murder, was sentenced to death by the High Court after a 38 day trial. However, he was sensationally freed when a prosecution witness, Bandhulanda Jayathilake, who was a friend of the family, came forward four days later and admitted he had lied to the court about Karthigesu having said to him that “the bitch did not deserve to live”.

Jayathilake was jailed 10 years for perjury, and died two years into incarceration. As for Karthigesu, he walked out of jail a free man on May 20, 1981 after spending two years, one month and four days in prison.

Ramli explained why the police had zoomed in on Karthigesu. The lecturer, when questioned by the police, claimed he had stopped the car along the road side to ease himself while returning home after having dinner with Jean at Abad Century Hotel in Petaling Jaya.

“He said he was hit from behind while easing himself and he fell to the ground and could not remember what had transpired,” Ramli says.

He says he came suspicious because there were no obvious signs of injuries on Karthigesu and there was no sign or smell of urine at the location where he was said to have eased himself.

Because of those doubts, Ramli detained Karthigesu to assist in the investigation to find out the truth. A few days after the arrest, Ramli said Karthigesu led him and his team to his house in Klang where they carried out a full search for evidence.

Here, Ramli found the first of his circumstantial evidence – a bag full of love letters to Jean, and some written by her but were not posted to the person intended.

“There were almost 20 letters in the bag, mostly written by Dr Narada Warnasurya to Jean. She had met him at a function in YMCA in Brickfields during his visits to Malaysia in September 1978,” Ramli says.

He adds that if Jean had an affair with Narada then, and the intense letters suggested so, it meant she had been unfaithful to her husband who was still alive then.

Karthigesu’s love towards Jean may have turned into hatred when he found one of the letters in Jean’s bag but did not question her on the matter. It was heard in court that he held a grudge and was waiting for the right time to take revenge.

In one of the letters, Narada discussed plans to marry Jean, including converting to Islam so he could have more than one wife. This also probably triggered Karthigesu’s anger and jealousy. Narada, however, refused to come to Malaysia to assist police investigation and the trial.

As the investigation officer of the most high profile case of that time, Ramli said he remembered the content of every one of those letters. “They were very intimate, and it is not proper to publicise them for public consumption.”

Could a love triangle between Jean, Kartigesu and Narada have led to the tragedy? That, at least, was the crux of the prosecution’s case. It was, however, bogged down by lack of supporting evidence to link it to the murder.

Ramli said: “Although police managed to track down his location with the help of Sri Lankan government and police, Narada refused to come down to attend the court hearing which took 38 days.”

Narada himself had a press statement issued later to say that nothing he had to say would have helped in the case anyway. To him, his evidence would have brought more pain to the family.

On whether they could have pursued the matter with Jayathilake on whether he knew more than he admitted, Ramli said he did not, as the man had been sentenced to jail for perjury. Did Jayathilake actually suffer from a conscience attack, or did he speak the truth the first time?

Nobody will ever know now.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 07:08 PM | Show all posts
relaxjek replied at 30-4-2008 02:39 PM
syd .. ade tak cerita ttg rompakan or gangster2 yg bole di anggap kelas A di Malaysia ni?.. maaf sal ...


Syahril A. Kadir added 2 new photos.October 28 at 5:49am · Edited ·


GENG DEVA PERNAH GEGARKAN KLIA DENGAN MELEPASKAN LEBIH 40 DAS TEMBAKAN, ROMPAK RM3.5 JUTA!

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni aku nak berkongsi sebuah kisah yang mungkin ramai tak tahu tentang KLIA, airport yang cantik dan lengkap dengan sistem keselamatan yang cekap itu. KLIA sebenarnya pernah mencatatkan sejarah hitam apabila sekumpulan empat penjenayah dari Geng Deva telah melakukan satu rompakan nekad di situ dan melepaskan lebih 40 das tembakan secara membabi-buta hingga mencederakan beberapa orang yang berada di tempat kejadian.

Peristiwa pada 13 April 2008 itu bukan saja mengejutkan kami para wartawan jenayah, tetapi juga menggemparkan negara kerana ia melibatkan KLIA , tempat tumpuan ramai warga tempatan dan pelancong asing serta disifatkan antara yang terbaik dan paling selamat di dunia

Segalanya bermula tepat pukul 7.50 malam apabila empat lelaki termasuk dua pengawal keselamatan sebuah syarikat pengurup wang telah turun dari sebuah kenderaan pacuan empat roda menuju ke pintu nombor 8 di KLIA.

Sejurus pemandu yang membawa membawa keempat-empat lelaki tersebut beredar, tiba-tiba mereka ditembak bertalu-talu oleh empat lelaki Geng Deva ini. Dalam kejadian tembak menembak selama lebih kurang 3 minit itu, selain keempat-empat kakitangan pengurup wang tersebut, seorang warganegara Nepal dan seorang anggota polis turut cedera akibat terkena peluru sesat.

Keempat-empat suspek kemudian merampas beg yang dibawa yang dipercayai mengandungi Dolar Singapura berjumlah S$1.5 juta (RM3.5 juta) sebelum melarikan diri dengan dua buah kenderaan lain.

Bagaimanapun keseronokan mereka tidak bertahan lama. Sepuluh hari kemudian, keempat-empat suspek berusia 23 hingga 30 tahun itu ditahan dalam empat serbuan di Skudai, Perling dan Taman Iskandar di Johor serta Puncak Alam di Selangor.

Polis juga merampas wang tunai termasuk mata wang asing bernilai RM779,622, dua kereta jenis BMW 3 Series dan Honda Jazz, rangka kereta BMW 5 Series dan Nissan Murano daripada suspek-suspek terlibat. Selain itu polis turut merampas lima pucuk pistol separuh automatik, 289 butir peluru, sebutir bom asap, lima gari, dua buah komputer riba dan empat nombor pendaftaran kenderaan.

Tidak lama kemudian, ketua kumpulan penjenayah itu pula ditembak mati oleh polis di Pengkalan Weld berhampiran Flet Lebuh Noordin, Pulau Pinang.

Dengan itu berakhirlah riwayat Geng Deva ini . Namun yang pasti tindakan daring mereka merompak RM3.5 juta dan melepaskan lebih 40 das tembakan di KLIA lebih tujuh tahun lepas akan kekal dalam ingatan aku sampai bila-bila...



Ketua Geng Deva, Thomas Victor atau turut jugak dikenali sbg Selladurai atau VT.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 07:12 PM | Show all posts
Edited by Syd at 31-10-2015 07:14 PM

Syahril A. Kadir added 2 new photos.
October 21 at 10:10am · Edited ·
KISAH FENDI DAN GENG MAMAK

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini aku nak bercerita mengenai pengalaman kami wartawan jenayah dalam membuat liputan kumpulan penjenayah Melayu paling 'taiko' iaitu Geng Mamak. Aku rasa ramai yang tahu pasal kisah penjenayah adik beradik dari Kuala Kangsar yang sangat terkenal ni. Pada yang tidak tahu, Geng Mamak ni adalah pakar rompakan gudang dan kontena yang terlibat lebih daripada 200 kes jenayah membabitkan nilai lebih RM50 juta!

Kemuncak 'kegemilangan' kumpulan penyamun adik beradik ini ialah bila mereka terbabit dalam rompakan jongkong emas bernilai RM9.6 juta di Terminal B, Lapangan Terbang Subang pada 31 Ogos 1994. Kisah mereka ini bukan saja mendapat perhatian dalam negara tetapi juga di luar negara hingga pernah sebuah saluran dokumentari tv antarabangsa menghasilkan dokumentari khas mengenai Geng Mamak ini.

Mereka juga tak pernah serik. Ada yang dah mati ditembak, ada yang dah dipenjara tetapi mereka meneruskan legasi jenayah mereka menerusi suku sakat mereka pula. Lagi satu mereka ni sangat licik, mereka akan bertindak ganas bila berhadapan dengan polis...kalau tak jalan juga - mereka akan merasuah anggota polis yang menangkap mereka. Sebab itu ada kes anggota geng ini berjaya memboloskan diri walaupun pernah kena tangkap.

Yang aku nak cerita ini mengenai ahli Geng Mamak 'generasi baru'. Ada yang mempunyai talian darah dengan anggota geng yang asal. Malah mereka lebih kejam kerana tidak ragu-ragu untuk menembak anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya. Yang paling digeruni adalah Khairul Affendie Mohd. Noor@ Fendi. Fendi ni kalau korang tengok muka dia memang macam 'innocent', bahkan dia sampai dapat mengahwini seorang gadis yang juga anak seorang pegawai kerajaan berpangkat Datuk dari Kedah.

Namun record menunjukkan Fendi terlibat sekurang-kurangnya 165 siri rompakan dan dah berjaya mengaut hasil rompakan hampir RM10 juta! Justeru pd tahun 2002, Pengarah CID Bkt Aman masa tu, Datuk Salleh Mat Som (allahyarham) telah melancarkan gerakan besar-besaran memburu si Fendi ni. Aku dan rakan-rakan wartawan jenayah Utusan Malaysia diberi amaran oleh bos kami agar jangan sama-sekali 'terlepas' berita penangkapan Fendi sekiranya ada.

Akhirnya buru punya buru, pasukan operasi khas yang diketuai ACP Rahim Hanafi (sekarang dah Ketua Polis P. Pinang) berjaya menangkap Fendi di Kondo Puncak Damansara, Kayu Ara, Damansara. Aku ada masa sidang akhbar penangkapannya yang dibuat oleh Salleh di Bukit Aman.

Kat badan dia polis rampas parang, tiga tangkal azimat, 11 nombor plet kereta palsu dan macam-macam lagilah. Polis juga rampas kereta Volvo yang dia pakai kerana disyaki dicuri. Nak tahu macam mana dia boleh ditangkap? Pagi tu dia melawat bini dia yang tgh sarat mengandung tanpa menyedari polis dah standby kat situ. Okeh habislah cerita tu.

Beberapa tahun lepas bila bebas dari penjara, Fendi kembali 'beraksi'! Dia kembali merompak dan pernah satu ketika merempuh kereta polis yang cuba menahannya di P. Pinang. Tak cukup dengan itu, dia juga siap acu pistol sebelum melarikan diri. Last aku dengar dia akhirnya menyerah diri juga pad pihak PDRM.

Aku tak tahu dan dah tak dengar nama dia sekarang...dah kena penjara atau dah keluar Wallahualam...yang pasti nama Khairul Affendi ni aku takkan lupa sampai bila-bila..









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 07:16 PM | Show all posts
Edited by Syd at 31-10-2015 07:17 PM

tertidur lepas menyamun…takde ‘class’ punya penyangak!
July 22, 2011 by syahrilkadir

tindakan seorang pencuri mabuk menjamu selera dengan mi segera dan minum kopi di rumah yang dicerobohnya di Kota Bharu semalam membawa padah apabila dia ditangkap polis selepas tertidur di sebuah bilik di rumah itu kerana kekenyangan

kekadang aku terfikir, apalah bangang punya penyamun mcm ni…mungkin dia ingat nak jadi penyamun ni senang kot, cukup dengan screw driver dah kira lulus

perlu diingat, dalam apa juga pekerjaan, kita kena ada ilmu, lebih bagus kalau ditambah dengan pengalaman

gabungan ilmu dan pengalaman inilah yang akan membawa kita ke arah kejayaan dalam satu-satu pekerjaan

sijil menggunung tinggi satu hal, tapi ia perlu diikuti dengan pengalaman dan pengalaman inilah yang sebenarnya lebih mahal dari segala-galanya

dalam karier aku sebagai wartawan, terus-terang aku katakan, Utusan Malaysialah merupakan universiti aku…aku belajar susah dan senang dalam dunia kewartawanan melalui syarikat akhbar itulah

Alhamdulillah, berkat ilmu dan pengalaman yang aku peroleh dari sana, aku tidak begitu menghadapi banyak masalah untuk bekerja di tempat lain

berbalik pada cerita penyangak tadi, aku bukan nak sanjunglah, tetapi so far bagi aku penyangak yang paling handal di Malaysia tetap ‘trofinya’ dimiliki oleh Geng Mamak

geng adik beradik ini berjaya menggunakan kaedah penyamaran mereka sebagai anggota trafik, anggota JPJ dan anggota kastam dengan begitu hebat sekali

dengan perancangan rapi mereka itu, geng ini berjaya mencuri jongkong emas, mikrocip dan pelbagai barangan elektronik yang nilainya mencecah billion ringgit!

Geng Mamak yang ditubuhkan di Kuala Kangsar, Perak oleh Mohd Noor, Rozland, Mohd Yusof, Sharif dan Zainudin pada tahun 1980-an telah terlibat dalam 200 kes rompakan

mereka menyasarkan individu yang mengeluarkan wang dari bank, gudang peralatan komputer, telefon bimbit dan barangan elektrik, lori yang membawa barangan berharga dan kereta mewah

kewujudan kumpulan itu pertama kali terbongkar setelah tiga anggotanya ditangkap kerana terbabit dalam rompakan jongkong emas bernilai RM9.6 juta di Terminal B, Lapangan Terbang Subang pada 31 Ogos 1994

polis berjaya melumpuhkan Geng Mamak dengan tangkapan perancang utama anggota kumpulan, Khairul Affendie Mohd Noor, dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Kampung Sungai Kayu Ara di sini pada 18 Nov 2002

sejak tangkapan itu, 38 anggota Geng Mamak telah ditahan, malah ada yang telah ditembak mati


beberapa anggota Geng Mamak yang ditembak mati di Shah Alam tak lama dulu
aku masa jadi wartawan jenayah di Utusan Malaysia dulu sering pening kepala dengan geng ini kerana kerap melakukan kegiatan jenayah mereka dengan cara yang begitu sistematik dan licik

mereka juga terkenal kerana sering berjaya melarikan diri waktu dalam tahanan polis, contohnya anggota kanannya, Chot



masa kat trafic light pun dia berjaya bolos, pergh!

disebabkan mereka juga, Bukit Aman terpaksa menubuhkan pasukan khas selama bertahun-tahun untuk menjejaki mereka

walaupun ramai anggota ini dah ditangkap, dibuang daerah dan sebagainya, tapi bagi aku mereka tetap ‘legend’ dalam dunia mereka, kalau Hollywood tahu aku ingat dah lama kisah geng ini filemkan…serius!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 09:03 PM | Show all posts
pernah tengok dokumentari pasal geng mamak ni kat tv..tak ingat dah channel mana..
geng mamak ni menyeludup jongkong emas dari kontena di pelabuhan yang dikawal ketat oleh pihak polis..
tapi berjaya mereka keluarkan jongkong emas tu..


mereka menyamar sebagai polis..cara dia orang memang profesional...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 12:43 PM | Show all posts
Syd replied at 31-10-2015 07:12 PM
Syahril A. Kadir added 2 new photos.
October 21 at 10:10am · Edited ·
KISAH FENDI DAN GENG MAMA ...

inesen nya muka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2015 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 1-11-2015 12:43 PM
inesen nya muka..

air rembez occay. BTW, dia da meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 1-11-2015 09:10 PM
air rembez occay. BTW, dia da meninggal

Smlm rempit dari 1st smpai last page.. Kepale agak penin, kalo bace kisah bunuh2 nih.

Yeke. Innanilah. :/
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ouh. Kaka syd. Buley update pasai pelajar sekolah agame lelaki, yg ditemui tergantung dlm bilik air x?

Kes last year.. Sbb kes tu, diam gitu je.

Kalo jumpe, jgn tempek gambo. Nnt lagi sakit kepale. Huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 08:04 AM | Show all posts
bellaa replied at 2-11-2015 05:59 AM
Ouh. Kaka syd. Buley update pasai pelajar sekolah agame lelaki, yg ditemui tergantung dlm bilik air  ...

alaaa...

takde gambar tak best arrr...

hehehe

ingat kes tuhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.663123 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list