CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 16-6-2016 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 6-12-2015 03:53 PM
24 APRIL 2013Kes-kes ragging terkenal Malaysia (1988 & 1989)

"eloncolan" ialah suatu perkataan ...

Dah umo 46 dah super senior ni..
Agk2 continue jd samseng ke jd manusia berguna..

Teringat kt perbincangan dlm tred nurin kt ci
Psl pembunuh james bulgar tu..smpi besar pun mmg x berguna kpd masyarakat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2016 01:22 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 16-6-2016 01:20 PM
Dah umo 46 dah super senior ni..
Agk2 continue jd samseng ke jd manusia berguna..

ai baru nak update tered ni.
tiba2 ada notification. hehehe


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2016 01:22 PM | Show all posts
Edited by Syd at 16-6-2016 01:24 PM


Malaysian Crime Watch2 hrs ·

9 TAHUN SUDAH BERLALU NAMUN KES KEMATIAN MODEL JELITA K. SUJATHA MASIH KEKAL MISTERI

MyWatch ingin membawa anda menelusuri sebuah kes jenayah berprofil tinggi yang berlaku 9 tahun lalu yang mana sehingga kini kematian mangsa masih belum terbela. Pada tanggal 25 Jun 2007 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang doktor mengesahkan bahawa aktres dan model jelita Tamil Malaysia, K. Sujatha maut selepas 4 hari ditahan di wad kerana didakwa meminum racun rumpai paraquat.

Kes ini begitu misteri kerana bagaimana seorang yang begitu ceria kehidupannya tiba-tiba membunuh diri. Malah keluarga dan rakan-rakan taulan tidak pernah diceritakan apa-apa masalah oleh Sujatha sebelum kematiannnya. Kes menjadi lebih menarik bilamana terselit nama VVIP di sebalik kehidupan penuh gaya dan mewah model jelita ini.

Sujatha yang berusia 28 tahun pada 2007 merupakan setiausaha peribadi kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings, S. Vell Paari Samy. Jika anda tidak mengenali nama ini, pasti anda mengenali bapanya iaitu Dato’ Sri S. Samy Vellu. Ketika itu Samy Vellu merupakan Presiden MIC dan Menteri Kerja Raya yang cukup popular di era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.

Menjadi setiausaha peribadi kepada Vell Paari satu kerjaya yang cukup indah buat Sujatha. Manakan tidak, walaupun pada usia yang masih muda namun Sujatha sudah merasai kehidupan yang sungguh mewah. Beliau tinggal di sebuah kondominium yang dibeli secara tunai oleh Vell Pari kepadanya berjumlah RM220,000, memandu kereta mewah jenis Mazda RX8, dan mampu bercuti ke mana sahaja di dunia yang mahu beliau pergi.

Kebiasaanya bagi individu yang membunuh diri, sebelum kematian individu tersebut pasti akan mengalami kemurungan akibat masalah perhubungan dengan keluarga atau kekasih, masalah kewangan, atau apa sahaja. Tetapi di dalam kes kematian Sujatha, hari-hari terakhir kehidupannya beliau masih ke tempat kerja dan bergaul dengan rakan-rakan seperti biasa. Malah keluarganya buntu memikirkan apa punca sebenar mendorongnya membunuh diri.

Selain kehidupan mewah Sujatha yang ditaja sepenuhnya oleh Vell Paari, kepercayaan bahawa mereka mempunyai hubungan intim diperkuatkan lagi dengan penemuan gambar Vell Paari di sebelah katil Sujatha di kediamannya. Namun begitu di mahkamah, Vell Paari menolak dakwaan mempunyai hubungan intim dengan Sujatha tetapi mengakui bahawa beliau membelikan kondominium dan menjadi penjamin pinjaman kereta Mazda RX8 yang digunakan Sujatha serta menjadi penjamin pinjaman bank berjumlah RM200,000 yang dibuat Sujatha.

Apa yang melucukan, Vell Paari menyatakan bahawa bantuan kewangan yang telah diberikan olehnya kepada Sujatha adalah atas dasar keprihatinannya sebagai majikan dan bukannya didorong oleh sebab romantik. Adakah ada majikan lain sebaik Vell Paari yang membelikan rumah dan kereta buat pekerjanya? MyWatch yakin, hanya Vell Paari sahaja majikan yang paling prihatin di dunia.

Lebih menghairankan lagi, mengapa Sujatha yang ditemui nyawa-nyawa ikan di kediamannya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk menerima rawatan sedangkan hospital terdekat iaitu Hospital Kuala Lumpur di Jalan Pahang terletak kurang 4km dari kediaman Sujatha. Kes bertambah menarik bilamana mahkamah diberitahu bahawa doktor yang mula-mula merawat Sujatha ialah Dr. S. P. Saktiveloo yang mana merupakan sepupu kepada Vell Paari.

Vell Paari memberikan alasan dangkal bahawa Sujatha dibawa meredah sejauh lebih kurang 40km dari Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang supaya Sujatha dapat diberi rawatan segera dan Dr. Saktiveloo dapat mengawasi keadaan Sujatha kerana merupakan kenalan Vell Paari. Alasan yang diberi sangat melucukan kerana setiap hospital meskipun hospital kerajaan pasti akan memberikan rawatan segera kepada pesakit kecemasan seperti kes meminum racun.

Tidak cukup dengan memberi alasan dangkal di mahkamah, Vell Paari juga telah berbohong dalam kenyataan media sehari selepas kematian Sujatha yang mana Vell Paari mendakwa Sujatha mati akibat penyakit ketumbuhan rahim yang dialaminya. Beberapa hari selepas itu, selepas teruk diasak, akhirnya Vell Paari mendakwa beliau terpaksa mendakwa Sujatha mati akibat ketumbuham rahim kerana keluarga tidak mahu orang ramai mengetahui bahawa Sujatha membunuh diri kerana akan mencemarkan nama baik Sujatha.

Kini selepas 9 tahun berlalu, kes kematian Sujatha masih kekal misteri dan keadilan masih belum diperolehi. MyWatch mendoakan semoga Sujatha damai di alam sana dan berharap suatu hari nanti keadilan untuk Sujatha dapat ditegakkan.


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 16-6-2016 01:22 PM
ai baru nak update tered ni.
tiba2 ada notification. hehehe

Sbb tred nurin tu bleh relate ngn tred ni..saje dtg singgah sini tgk klu ade citer baru..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 03:26 PM | Show all posts
Syd replied at 16-6-2016 01:22 PM
Malaysian Crime Watch2 hrs ·

9 TAHUN SUDAH BERLALU NAMUN KES KEMATIAN MODEL JELITA K. SUJATHA ...

syd, kenapa kes nie tk boleh sangkut. walaupun kita tk tau apa motif sebenar sujatha minum racun ataupun dipaksa minum racun. tp nmpk jelas ada kaitan dgn vell pari.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2016 03:33 PM | Show all posts
reeny replied at 16-6-2016 03:26 PM
syd, kenapa kes nie tk boleh sangkut. walaupun kita tk tau apa motif sebenar sujatha minum racun a ...

moga-moga kalau kes neh viral, ada laaa nanti feedback dari pihak2 berkenaan.

kalau kita rakyat biasa, harus kita cakap kabel kuat punya pasal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2016 03:40 PM | Show all posts
Syd replied at 16-6-2016 03:33 PM
moga-moga kalau kes neh viral, ada laaa nanti feedback dari pihak2 berkenaan.

kalau kita rakyat ...

mmg payah bila undang-undang boleh dibeli dgn kuasa dan ringgit... keadilan tidak berpihak kpd mangsa yg teraniaya.
doakan semoga siasatan utk kes nie dibuka semula dan diadili dgn sebaiknya. semoga pesalah menerima hukuman sepatutnya.

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 03:47 PM | Show all posts
Syd replied at 16-6-2016 01:22 PM
Malaysian Crime Watch2 hrs ·

9 TAHUN SUDAH BERLALU NAMUN KES KEMATIAN MODEL JELITA K. SUJATHA ...

ade pic model ni x syd
mohon tepek

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2016 04:10 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 16-6-2016 03:47 PM
ade pic model ni x syd
mohon tepek








India putih




Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 07:55 AM | Show all posts
Edited by fifie_olin at 17-6-2016 07:57 AM

xde la hot sgt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2016 08:11 AM | Show all posts

ai pung rasa mcm berkerak sikit.

ai rasa pempuan neh, pempuan simpanan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 09:18 AM | Show all posts
Macam Amma bawang je..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 11:14 AM | Show all posts

jelita sangat..

jangan korang harap la nak tengok pari ni masuk jel
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 12:08 PM | Show all posts
Syd replied at 17-6-2016 08:11 AM
ai pung rasa mcm berkerak sikit.

ai rasa pempuan neh, pempuan simpanan.

agaknya pregnant pastu paksa kawen. anney buntu pikiran trus paksa minum racun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 11:13 AM | Show all posts
syd, apa motip rkyat mesia yg kena bunuh di HCM bru2 ni eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2016 08:18 AM | Show all posts
lil_sparky replied at 26-6-2016 11:13 AM
syd, apa motip rkyat mesia yg kena bunuh di HCM bru2 ni eh

belum ada update apa2.
tak dengar apa pung.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2016 04:21 PM | Show all posts

siapa MJMA tu?

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 04:06 PM | Show all posts

megat ehemmm b megat ehemmm

dah aruah pun beliyau
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 08:29 AM | Show all posts
bbalik replied at 7-12-2016 04:06 PM
megat ehemmm b megat ehemmm

dah aruah pun beliyau

owh tau tau
thanks ya

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 02:11 PM | Show all posts
Edited by raby87 at 8-12-2016 02:51 PM
mziskandar replied at 5-8-2008 06:41 PM
syd.. my request..

citer r0mpakan p0mpuan yg kena tembak kat giant batu caves. kalau boleh nak ta ...

-deleted-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.315911 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list