CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 3-12-2015 04:31 PM | Show all posts
uori replied at 3-12-2015 02:17 PM
cantik rumah tu
lot hujung sekali
taktau la sekarang ada orang ke tak

Nak ajak cik hubby pusing tgk rumah tu. xjauh dr rumah pun. tapi pusing siang2 la malam nak lalu pun xmampu huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 04:47 PM | Show all posts
Rawdha replied at 3-12-2015 04:31 PM
Nak ajak cik hubby pusing tgk rumah tu. xjauh dr rumah pun. tapi pusing siang2 la malam nak lalu p ...

aku "lalu" tengok guna google view street je  
semua kes pembunuhan siap bagi no rumah dan nama jalan kan,
apa lagi
bergoogle view street ler jawabbnya

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
reeny posted on 3-12-2015 12:55 AM
dah tepek nnt tag reen... excited sgt nk baca....

jenayah kt malaysia skrg nie pun dh setaraf m ...
Telat = talambek tu apa maksudnya? mohon diberikan pencerahan.... reen tk faham la


maaf sis .. sy quote di bod yg salah..

talambek = terlambat ..

sekian  


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 08:38 AM | Show all posts
Kerêta_Angin replied at 3-12-2015 08:16 PM
maaf sis .. sy quote di bod yg salah..

talambek = terlambat ..

terima kasih atas pencerahan...

talambek mcm bahasa minang aje bunyi sebutannya..

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 08:41 AM | Show all posts
Kerêta_Angin replied at 3-12-2015 08:16 PM
maaf sis .. sy quote di bod yg salah..

talambek = terlambat ..

mcm mana Kereta_Angin boleh sesat masuk bod nie pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:25 AM | Show all posts
Syd replied at 29-11-2015 01:36 PM
Syahril A. Kadir added 3 new photos.
5 hrs · Edited ·

sedihnye....gtu je pengabisan okt..just mintak maaf je.....sakit ati plak..buli org smpi mati kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2015 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
reeny posted on 4-12-2015 12:38 AM
terima kasih atas pencerahan...

talambek mcm bahasa minang aje bunyi sebutannya..

ntah betul entah tdk .. sy bergurau dgn hantu berjalan aje aritu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
reeny posted on 4-12-2015 12:41 AM
mcm mana Kereta_Angin boleh sesat masuk bod nie pulak...

sy kekadang sering gak tersesat kat sini .. malangnya bod ni agak sendu-mendu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2015 03:53 PM | Show all posts
nicuya replied at 4-12-2015 11:25 AM
sedihnye....gtu je pengabisan okt..just mintak maaf je.....sakit ati plak..buli org smpi mati kot
...

24 APRIL 2013Kes-kes ragging terkenal Malaysia (1988 & 1989)

"Peloncolan" ialah suatu perkataan asing pada hari ini. Pada 1980-an, "peloncolan" sering digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan Inggeris,ragging. Di Malaysia, ragging bukanlah suatu perkataan asing walaupun kepada seseorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Boleh dikatakan semua pelajar (atau bekas pelajar) tahu tentang apa itu ragging. Terjemahan ragging yang sedang popular pada hari ini ialah "buli", tapi mungkin masih ada lagi sesetengah orang yang lebih selesa menterjemahkannya sebagai "mendera".

1989

Kes ragging yang paling terkenal di Malaysia - walaupun mungkin telah lama dilupakan - berlaku pada Julai 1989. Akhbar New Straits Times (NST / 13.7.1989) menyifatkan kes ragging tersebut sebagai "barbaric" (sangat kejam) dan "sadistic" (penyeksaan untuk mendapat keseronokan). Kes itu melibatkan 6 orang pelajar lelaki tahun akhir atau "senior" dari Universiti Pertanian Malaysia(UPM di Selangor) yang mendera 6 orang pelajar lelaki junior atau "freshie" dari universiti yang sama. Kejadian berlaku di rumah sewa para pelajar senior itu yang terletak di Sri Serdang, 2km dari kampus UPM.

Penderaan yang dilakukan dalam kes ragging terkenal di UPM itu ialah:
  • Menampar freshies.
  • Memaksa freshies menari dalam keadaan bogel.
  • Mengikat zakar setiap freshie dengan tali yang disambungkan kepada kipas siling. Apabila kipas dihidupkan, setiap freshie terpaksa berlari mengikut pusingan kipas akibat zakar mereka yang sedang terikat.

Setelah mendapat aduan mengenai penderaan yang gila tersebut, lembaga disiplin UPM telah bersidang pada 12 Julai 1989 selama 5 jam dan mereka akhirnya mendapati bahawa 5 orang pelajar senior yang dituduh mendera itu telah terbukti bersalah. Daripada 5 orang pelajar senior tersebut, 3 orang telah dibuang daripada universiti, manakala 2 orang lagi telah digantungpengajian selama 2 semester, semuanya berkuat kuasa serta merta. Seorang lagi pelajar senior yang dikatakan terlibat dalam kes itu telah dibebaskandaripada tuduhan dan dia diberi teguran setelah didapati sekadar menjadi pemerhati.




1988
Lebih setahun sebelum kes ragging di UPM itu, masyarakat terlebih dahulu digemparkan dengan kes ragging yang melibatkan kematian seorang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Cheras, Kuala Lumpur. Kes ragging di SMT Cheras itu berlaku pada 24 Mac 1988 (Khamis), melibatkan seorang pelajar lelaki "senior" tingkatan 5 bersama beberapa orang bekas pelajar lelaki atau "super senior" yang hadir ke sekolah itu untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Pelajar tingkatan 5 tersebut yang bernama Hishamuddinmeninggal dunia akibat kerosakan organ dalaman badannya setelah dia dikatakan dibelasah oleh beberapa orang bekas pelajar di dalam tandassekolah tersebut pada pukul 11.30 pagi.

Setelah dibelasah, Hishamuddin meminta kebenaran daripada guru kelasnya untuk pulang ke asrama atas alasan tidak sihat tanpa memberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Pada pukul 7.30 malam hari yang sama, beberapa orang pelajar melaporkan kepada warden asrama bahawa Hishamuddin sedang dalam kesakitan. Atas arahan ketua warden, Hishamuddin dibawa ke hospital oleh warden asrama. Hanya beberapa ketika selepas dimasukkan ke dalam wad kecemasan, pada pukul 8.50 malam doktor mengesahkan bahawa Hishamuddin telah meninggal dunia. Pada mulanya, laporan kematian Hishamuddin yang dikeluarkan oleh pihak polis pada 25 Mac 1988 menyatakan bahawa dia mati akibat sakit di dalam perut. Hanya apabila bapa Hishamuddin membuat laporan kepada polis mengenai punca sebenar kematian anaknya, barulah kejadian itu bertukar menjadi kes jenayah.



Setelah disiasat, 2 orang bekas pelajar SMT Cheras telah didakwa menyebabkan kematian Hishamuddin. Perbicaraan kes itu berlarutan dimahkamah juvana sehingga awal 1990. Beberapa perkara telah terbongkar di sepanjang perbicaraan itu. Antaranya, mahkamah diberitahu mengenai wujudnya 'upacara' tradisi pemberian nama gelaran oleh para pelajar senior kepada para pelajar junior yang terpilih. Pelajar-pelajar yang diberi nama gelaran itu terpaksa menjalani 'ujian', antaranya melibatkan penderaan fizikal. Hishamuddin dikatakan telah terlibat dalam 'upacara' pemberian nama gelaran pada hari kejadian sehingga menyebabkannya terpaksa menjalani 'ujian' yang menyakitkan.

Ex-school head not aware of initiation rites by boys

Seorang pelajar yang menjadi saksi memberitahu mahkamah apa yang dilihatnya ketika berada di dalam tandas sekolah pada waktu kejadian. Saksi itu yang baru keluar daripada salah sebuah jamban mendapati Hishamuddin sedang dikelilingi oleh sekumpulan pelajar di dalam tandas itu. Saksi itu juga mengakui melihat salah seorang daripada bekas pelajar yang didakwa itu telah memukul Hishamuddin. Saksi itu kemudiannya melihat seorang lagi pelajar lain melakukan "starlight" pada dahi Hishamuddin. Sebagai salah seorang pelajar yang telah menerima nama gelaran, saksi itu diarahkan untuk bersalaman dengan Hishamuddin sebelum dia keluar daripada tandas itu tanpa dapat mengetahui kesudahan kepada 'ujian' itu.

Witness: I saw pupil being punched in toilet

Pada Julai 1989, atas arahan pihak pendakwa, pertuduhan dalam kes itu telahdipinda daripada 'menyebabkan kematian' kepada pertuduhan yang lebih ringan iaitu 'menyebabkan kecederaan parah'. Salah seorang bekas pelajar yang didakwa itu telah dibebaskan daripada pertuduhan apabila dia mengaku bersalah dan membuat permohonan maaf secara umum di dalam mahkamah kepada keluarga Hishamuddin. Pada Januari 1990 seorang lagi bekas pelajar yang didakwa akhirnya turut dibebaskan daripada pertuduhan (alasan pembebasan: "the prosecution had failed to prove a prima facie case against the 19-year old", "the prosecution had failed to prove the ingredients of the charge"). Kekurangan saksi yang meyakinkan ialah antara penyebab bekas pelajar yang didakwa itu tidak dapat dibuktikan bersalah.

Antara laporan NST berkaitan kes ragging SMT Cheras:
  • Two juveniles plead not guilty to killing student (13.7.1988)
  • Death of pupil: Hearing fixed (7.12.1988)
  • Ex-school head not aware of initiation rites by boys (26.4.1989)
  • Delay cost student his life, says warden (27.4.1989)
  • Witness: I saw pupil being punched in toilet (7.6.1989)
  • Warden tells of clash in school (9.6.1989)
  • Charge against boys reduced (6.7.1989)
  • Boy freed after saying sorry to victim's family (7.7.1989)
  • Student freed of hurt charge (17.1.1990)
Nota tambahan:
Perkataan "peloncolan" seperti yang sering digunakan pada 1980-an untuk menterjemahkan "ragging" sebenarnya tidak wujud dalam Kamus Dewan. Perkataan yang sepatutnya ialah "memelonco" (yang berasal daripada perkataan Jawa, "pelonco") yang membawa maksud "menguji dan menduga dengan keras (berkenaan maha-siswa baharu yang hendak masuk menjadi anggota perkumpulan mahasiswa), mendera"

credit : Arkib Negara X





Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2015 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa tahu pasal kes bunuh isteri raja dihilir perak, bila dibaca artikel2 semuanya tak tulis motif pembunuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2015 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungguh musykil, pesalah sudah menjalani hukuman tetapi motifnya tiada atau masih samar2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertahun2 benang ni. Ambik masa jugak i nak baca. Habis juga arini.

Btw, i pun nak tahu motif pembunuhan isteri kedua raja dihilir tu. Apa motif nya? @bluecheese
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2016 04:11 PM | Show all posts
bluecheese replied at 13-12-2015 04:46 PM
Siapa tahu pasal kes bunuh isteri raja dihilir perak, bila dibaca artikel2 semuanya tak tulis motif  ...

motip tu kita2 je la rakyat marhaen ala2 sendiri2 tawu

tapi sepanjang kes neh bicara, even kat paper pung

tak tulis motip.


PEMBUNUHAN HASLEZA ISHAK

KES pada 2002 ini menggemparkan negara dan menarik minat ramai kerana ia turut dikaitkan dengan kerabat diraja.

Hakim Datuk Mohd Noor Abdullah ketika merumuskan kes itu berkata, satu perkara yang menyerlah, tindakan keempat-empat tertuduh membuang Hasleza (Ishak) dari jambatan setinggi bangunan lima tingkat nyata perbuatan kejam, tidak kira sama ada ketika itu mangsa masih hidup atau sudah mati.

Beliau berkata, rumusan itu satu daripada alasannya untuk menjatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun bermula dari tarikh ditangkap terhadap empat tertuduh dalam perbicaraan kes bunuh Hasleza yang juga isteri kedua Raja Dihilir Perak.

Perbicaraan itu diadakan di Mahkamah Tinggi Taiping pada 25 April 2003 yang keseluruhannya berlangsung 41 hari sejak 21 Januari tahun itu.

Empat tertuduh ialah tukang kayu, Sabarudin Non, 34; nelayan, J Manimaran, 25; bomoh, Rahim Ismail, 47, dan pekerja istana Raja Dihilir Perak, Tengku Aristonsjah Tengku Mohd Ansary, 40.

Sabarudin dan Manimaran pada asalnya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu membunuh Hasleza dengan niat pada 6 Oktober 2002 di Kilometer 63 Jalan Sumpitan, dalam daerah Larut Matang dan Selama, Perak, antara jam 6 petang dan 11 malam.

Rahim dan Tengku Aristonsjah pula dituduh bersubahat dengan Sabarudin dan Manimaran. Keempat-empat mereka menghadapi hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya, Mohd Noor meminda pertuduhan ke atas Sabarudin dan Manimaran kepada Seksyen 304 KK iaitu menyebabkan homisid atau membunuh tanpa niat ke atas Hasleza.

Pertuduhan ke atas Rahim dan Tengku Aristonsjah juga dipinda kepada bersubahat dengan Sabarudin dan Manimaran mengikut seksyen sama.

Sebelum ini, seorang lagi tertuduh, Mat Saad Mat Isa, 50, dituduh bersama Sabarudin dan Manimaran, namun mengaku bersalah pada 28 Januari lalu sejurus menerima tuduhan membunuh tanpa niat yang ditawarkan kepadanya. Dia dikenakan hukuman 14 tahun penjara.

Mat Saad yang juga tertuduh pertama kemudian menjadi saksi pendakwa ke-34 dan memberi keterangan untuk menyokong kes pendakwaan. Dalam keterangannya, dia mengaku menetak leher Hasleza di jambatan Jalan Sumpitan.

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks for the article n betul tu Syd, motip ala-ala sendiri tau. Tapi tak best duk pikir je apa sebenarnya yg berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:28 PM | Show all posts
helikopter terhempas tahun lepas tu .... wanita misteri tu dah tau ke sape ?
senyap aje kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 05:08 PM | Show all posts
Sape tau cite sebenar canny ong? Siapa penaja dia? VIP mana tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2016 05:20 PM | Show all posts
Syd posted on 27-6-2007 03:57 PM
Farmhouse murders: Son-in-law charged

Tuesday, June 16, 1998

Siapa tahu apa motif pembunuhan ni?

menantu (khasiran) pemandu lori yg bunuh 4 sekeluarga tu.
N what happend to his wife?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:20 AM | Show all posts
vasepecah replied at 7-1-2016 04:28 PM
helikopter terhempas tahun lepas tu .... wanita misteri tu dah tau ke sape ?
senyap aje kan

Ehh, kan dah tau dah, kawan pilot mat saleh tu, orang asia tengah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 04:10 PM | Show all posts
lama x jenguk sini
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 08:57 AM | Show all posts
timahterung replied at 16-5-2016 12:20 AM
Ehh, kan dah tau dah, kawan pilot mat saleh tu, orang asia tengah..

cer tepek detail nye ...... hasil gooogle xbnyk info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.081234 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list