CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: makhluk

KALA MALAM BULAN MENGAMBANG - diskusi KMBM di UM -Page 7

[Copy link]
Post time 10-5-2007 01:38 PM | Show all posts

Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM)

KMBM realisasikan impian arwah Hani Mohsin
10-05-2007 01:22:24 PM
oleh WAHIDA ASRANI
Ada sejarah tersendiri di sebalik pembikinan filem hitam putih (noir film) Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM), arahan Mamat Khalid ini.
      

Selain untuk menampilkan kelainan dan menjadi tribute untuk bintang legenda di zaman Studio Jalan Ampas satu ketika dulu, filem yang berlatarkan tahun 1950an ini juga sebenarnya adalah filem yang amat diharapkan oleh Allahyarham Hani Mohsin untuk membuat comeback di dalam industri perfileman tanahair.
      

Namun, hajatnya tidak kesampaian apabila dia kembali ke rahmatullah pada 25 Julai tahun lepas setelah keseluruhan jalan cerita ini berjaya disiapkan oleh Mamat, termasuklah tajuk KMBM yang sebenarnya tercetus hasil idea Hani sendiri.
      

"Kami memang sudah lama berbincang tentang filem ini bersama. Dia memang sangat gembira dengan idea format filem ini dan watak yang didukung oleh Rosyam itu sebenarnya adalah untuk Hani.
      


Barisan pelakon Kala Malam Bulan Mengambang (Foto The Star oleh Azhar Mahfof)
      
"Semuanya sudah di peringkat akhir perbincangan dan bila saya cadangkan pada Tayangan Unggul, Gayatri (penerbit) beritahu supaya tunggu Hani dan bincang bersama-sama dia. Jika tidak salah saya, arwah berada di Terengganu ketika itu.
      

"Kami memang terkejut bila arwah meninggal dan ketika itu kami terpaksa fikirkan siapa yang layak bawa watak tersebut. Dalam fikiran saya ketika itu hanya Rosyam dan selepas dia bersetuju, kita pun teruskan projek ini," ujar Mamat yang ditemui pada majlis pelancaran KMBM di Heritage Station Hotel, Kuala Lumpur, semalam.
      

KMBM adalah sebuah filem hitam putih pertama selepas Jantina, filem hitam putih terakhir yang dihasilkan pada tahun 1974 arahan Naz Achnas, keluaran Studio Merdeka lakonan Ed Osmera, Noran Nordin dan Norizan.
      

KMBM merungkai misteri kehilangan pemuda di pekan Senduduk Rimbun pada setiap kali bulan mengambang.
      

Kisah bermula apabila tayar kereta Saleh (Rosyam), seorang wartawan ditusuk sesuatu yang menyerupai rangka tangan yang sedang memegang ukiran lama berbentuk keris. Tayar kereta yang pancit menyebabkan Saleh terpaksa menghantar keretanya ke sebuah bengkel dan bermalam di pekan tersebut.
Sepanjang berada di pekan itu, Saleh menyedari banyak perkara misteri berlaku di situ dan menyebabkan dia bertekad untuk merungkai setiap kejadian misteri yang berlaku di pekan Senduduk Rimbun itu.
      

Selain Rosyam turut membintangi filem yang menelan belanja kira-kira RM1.4 juta ini ialah Umie Aida, Avaa Vanja, Corinne Adrienne, Farid Kamil, Kuswadinata dan Bront Palarae.
      


Bercerita tentang pembikinan KMBM yang merupakan filem ketiga Mamat bersama Tayangan Unggul, pengarah tersohor berkata, pada mulanya agak sukar untuk dirinya meyakinkan pihak penerbitan untuk menghasilkan filem berbentuk hitam putih ini.
      

"Ada sebab mengapa saya ingin buat konsep filem seperti ini. Saya ingin back to basic. Saya sudah cuba pelbagai genre filem lain dan tidak salah saya cuba format seperti ini pula supaya saya dapat belajar dan boleh perbandingkan dengan filem-filem saya seterusnya nanti.
      
"Saya juga pilih konsep seperti ini kerana cabarannya; bagaimana untuk hasilkan skrip yang baik dan pemilihan pelakon supaya dapat tarik audiens. Lagipun, penonton sekarang bukan penonton di zaman dulu, penerimaan mereka berbeza," kata Mamat.
      
      
Menurutnya, buat masa ini KMBM sedang di dalam proses suntingan selepas proses penggambarannya tamat baru-baru ini. Mengakui filem ini agak mencabar dari segi pengarahan dan aspek teknikal, kata Mamat, dia tetap berpuas hati dengan hasilnya setakat ini.
      

"Filem noir perlu dilakukan dengan lebih terperinci dan ketika penggambaran memang kita terus gunakan roll filem hitam putih. Alhamdulillah, kita berjaya gunakan hanya 96 roll filem dan kalau perlu gunakan lebih, memang kita akan hadapai kesukaran kerana stok filem ini kita beli dari Amerika
      

"Kita banyak jalankan penggambaran di dalam studio di Damansara, serta beberapa lokasi luar lain seperti di Kuala Lumpur dan Tronoh, Perak.
      

"Memang saya akui, melihat kepada set yang kita bina di dalam studio itu seperti keretapi dan gua, memang terasa mood seperti berada di zaman dulu. Saya harap penonton kelak dapat rasa macam mana orang dulu-dulu menonton filem hitam putih, cuma kali ini dengan citarasa sekarang," jelas Mamat.
Filem KMBM ini dijangka akan mula berada di pawagam-pawagam tempatan pada November depan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2007 03:42 PM | Show all posts
thread i dah ada rupenye, nnt aku mergekan thread Syd tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 01:50 AM | Show all posts
gaia, emosi semacam nampak...he he...? no wory, mat khalid dah meletopkan zombi, tak kan ler nak fail kan kmbm pulak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 01:19 PM | Show all posts

KMBM - FILM NOIR???

WHAT IS FILM NOIR??
ANSWER >> WIKIPEDIA


Sinopsis .. REF: SINEMAMALAYSIA

Demi cinta Saleh sanggup buat apa sahaja,, walaupun mengurung cintanya itu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 04:00 PM | Show all posts
heheh..aku mesti tonton citer nie..so far...aku jarang miss mamat khalid,...boleh dterima oeh akal dan naluri ker
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 11:44 AM | Show all posts
aku tak bole layan langsong filem mamat ni...nak gelak pun tak tahu nak gelak kat mana...lawak ader tapi mcm tak jadik...habis la kmbm ni kalau buat hitam putih saper nak tengok...? zaman ada teknologi warna nak wat hitam puteh pulak...hai hai..  aku kalau tengok tv gambar itam putih, keliling umah aku ubah area cari warna...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2007 11:19 PM | Show all posts

Reply #27 hantukomkom's post

sah2 KMBM nih film noir!  tribute to 50s katanyaaa!!!:pompom:

REF: thestaronline


Mamat Khalid: "When you work on a black and white movie, you have toput more effort into the script, the casting and the setting." 朠icture by AZHAR MAHFOF


Back to basics

By AZHARIAH KAMIN

Kala Malam Bulan Mengambang will bring back memories for those who enjoy films in black and white.

His creative mind has been working on the idea of directing a noir film for several years. Having worked closely with the late Hani Mohsin in writing the scriptand storyline, director Mamat Khalid can finally breathe a sigh ofrelief now that Kala Malam Bulan Mengambang (loosely translated as When There抯 a Full Moon) is ready for screening in November.
It has been Mamat抯 dream to come up with a noir film after directing movies such as Rock, Man Laksa and Zombi Kampung Pisang.
揑t is sad that Hani Mohsin couldn抰 play the role. We worked togetheron the movie for years and he wanted to use it as a platform to make acomeback in the movie industry.  
揥e (Mamat and Tayangan Unggul Sdn Bhd) were waiting for him to be freeto talk about the role when we heard the news of his passing,
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 08:56 AM | Show all posts
dlm citer Zombi Kampung Pisang tak pasal2 tiba2 je tajuk filem Kala Malam BUlan Mengambang ni disebut....nak promote la tu....hehehehe.......tp filem2 bg mamat memang aku tak miss....filem2 dier memang org cakap cam cincai...tp cincai tu la buat filem2 dier lain dr yg lain.....favret aku filem Rock......dan bapak aku berkali2 tgk Man Laksa tak jemu2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2007 09:10 AM | Show all posts
sejak tgk man laksa.. mampos aku tak hingin tgk citer mamat kalid ni lg..:@
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 09:11 AM | Show all posts
sejak tgk man laksa.. mampos aku tak hingin tgk citer mamat kalid ni lg..:@
aku pelik camner eh ada yg suka tgk man laksa..?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 09:19 AM | Show all posts

Reply #32 WeirdLady's post

tu la pasal...citer tu ntah apa2....tp mungkin to kill time tu boleh la tgk filem tu......org tua2 suka sbb nostalgia lagu2 lama.........aku pun suka.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 12:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 02:54 PM | Show all posts
[youtube]pTr--bxZLH4[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by WeirdLady at 21-11-2007 09:11 AM
aku pelik camner eh ada yg suka tgk man laksa..?

Kalau betul nak cari jawapan kpd soalan itu mungkin boleh cuba 2 link bawah ini :-

http://www.tontonfilem.blog-city.com/manlaksa.htm
http://www.tontonfilem.blog-city.com/manilaksai.htm
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 06:12 PM | Show all posts
tengok trailer dia...mcm tak best jer filem nie...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by Rivendella at 21-11-2007 06:12 PM
tengok trailer dia...mcm tak best jer filem nie...


uikh! tgk trailer pon dah bleh agak erk! dasat!!!

[berbaik sangka]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2007 05:36 PM | Show all posts
kalo mamat khalid wa plg ske filem `rock'..full of mesej..filem2 dia yg lain wa ske gak tgk tp plg best rock la..setiap filem dia mesti ada tribute kat someone or something..rock tribute utk zaman rock kapak..zombi kg pisang lak tribute kat wings..man laksa plak tribute zaman pop yeh2..mungkin cr penceritaan filem dia npk sempoi je tp ada benda yg spesel yg wat wa ske..mungkin muzik atau dialog pelakon tu kot

kat barat yg wa tau filem noir ni filem `sincity'...robert rodriguez jd pengarah...ada jessica alba wooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 11:32 PM | Show all posts
huhu..nampak interesting jek..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 04:42 PM | Show all posts
trailer dia nampak cambest...tapi harapnya jgn indah kabar dr rupa lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 01:08 PM | Show all posts

neo-noir?

ref >> http://en.wikipedia.org/wiki/Neo-noir

Neo-noir (a portmanteau of the Greek "neo", new; and the French "noir", black) is a type of motion picture that prominently utilizes elements of film noir, but with updated themes, content, style or visual elements that were absent in films noir of the 1940s and '50s.

The term Film Noir (French for "black film" ) was coined by critic Nino Frank in 1946, but was little used by film makers, critics or fans until several decades later. The classic era of film noir is usually dated to the early 1940s to the late 1950s. Typically American crime dramas or psychological thrillers, films noir had a number of common themes and plot devices, and many distinctive visual elements. Characters were often conflicted antiheros, trapped in a difficult situation and making choices out of desperation or nihilistic moral systems. Visual elements included low-key lighting, striking use of light and shadow, and unusual camera placement.

Although there have been few new major films in the classic film noir genre since the early 1960s, it has nonetheless had significant impact on other genres. These films usually incorporate both thematic and visual elements reminiscent of films noir As many classic films noir were independent features (given the lack of attention that major Hollywood studios paid to many noir projects) it is fitting that many neo-noir films are also independent.

By the 1970s, newer motion pictures were sometimes earning comparisons to earlier films noir. Unlike classic noirs, neo-noir films are aware of modern circumstances and technology -- details that were typically absent or unimportant to the plot of classic film noir. Modern themes employed in these films include identity crises, memory issues and subjectivity, and technological problems and their social ramifications. Similarly, the term can be applied to other works of fiction that incorporate these elements.

*ajami: bront palarae kata KMBM neo-noir film.. yg pakcik penah dgr ialah watak 'neo' dlm the matrix ajer! .. kena study dulu sblm tgk kat pawagam neh!

lagik ref lanjut >> http://www.crimeculture.com/Contents/NeoNoir.html

[ Last edited by  ajami at 11-12-2007 01:10 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.078985 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list