CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: niceaniesz

Pengalaman Umrah dan Haji

[Copy link]
Post time 30-10-2003 09:02 PM | Show all posts
Nice,
Pokcik ke mekah di musim haji..using air asia..Stay kat Selangor Wardah dan Hijjaz hotel  (next to Hilton)..

banyak yang pokcik tengak kisah menarik dan tak menarik..pokcik stay kat sana more than 70 hari..Tengok jemaah yang bergaduh kerana berebutkan buah limau dan dengki kerana dapat buah epal je..macam2..

Tapi pokcik tak boleh lupakan dalam hidop banyak sangat, itu yang pokcik nak pergi lagi ni..musim haji..antaranya ketika melontar, pokcik kena melontar dengan jemmah dr negara arab..teruk sangat dia orang berebut2, sampai keluar berita ada yang meninggal 3-4 orang kerana terpijak..

Yang best tu,..tengah pokcik berebut2 tu, pokcik nak ke depan adus..terkena batu kat kepala pokcik..fus..sakit gak..and after melontar completed, pokcik tak leh keluar, terlalu ramai manusia (malaysian belum ada lagi), tengah rebut2 tu, kelakar pon ada,,tengok jemmah terbogel (lelaki) , kain ihram tercabut..

Tengah usaha 2 nak keluar tu, last2 dapat jugak..dah keluar je..terus pokcik termuntah..kenapa? tak tahan bau busuk jemaah dr Iran, afghanistan.,arab..peluh dia orang bussuuuuuukkkkk  sanngat..nasib naik ada pak arab tu datang urut2 belakang pokcik..

Bilek berkat?..Kalau u all pergi malalui tabung haji, menggunakan package, lelaki dan perempuan kena tinggal asing2..so ada satu bilek untukkk..hee..he...bilek ni kena booking dan kelakar tengok jemmah yang dah habis guna and tersipu2 malu..lepas tu next....masuk sepasang lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


journey This user has been deleted
Post time 30-10-2003 09:57 PM | Show all posts
1) hajar aswad tu kan.
Agaknya dah berpuluh/beratus/beribu juta manusia cium tak henti2 dah beribu tahun dah.
24 jam siang malam. Dan tentu lain orang lain cara ciuman.

Tapi belum cakap kita cium, baru dekatkan hidung kat batu tu, kita boleh terhidu bau paling harum kita pernah hidu, walaupun waktu tu tengah berebut2. Tu moment in time yang tak bleh lupa sampai bila2.

2) kat sana memang banyak cubaan, cam masa berebut2, bertolak2, dan adatlah kalau dah berjuta manusia himpun sama2 mesti macam2 perkara ada. Mulut kita cuba control sebaik mungkin walau apa cobaan. Sabar kena banyak.

Semoga kita semua semua dipanjang umur, dimurahkan rezeki, supaya dapat menunaikan haji/umrah yang diterima Tuhan walau kita ni manusia yang tak lari dari selalu buat kesalahan kecil dan besar.
Reply

Use magic Report

niceaniesz This user has been deleted
 Author| Post time 31-10-2003 11:18 AM | Show all posts
ooo itu ker...hehhehhehehe..tergelak plak....senyum n gelak nih...mmm well aniesnya penglaman hanya umrah sahaja lar...nsya allah ada rezeki nak p aji plak...da daftar dah...tapi lmbt lagik...say 8 more yers to go...hehehhehhe...u all ada tak pegi beli buku sejarah mekah, bes buku tu...ditulis dalam bahasa indonesia ala malaysia...author dia indon...a very good book...tak ingat baper harga...rasa less than 20 riyal....

Betul pun, memacam pengalaman dpt dikutip di sana.....diri sendiri mahupun dari org lain...ada yg disana kita jadi lain, kita di sni lain, ada yg disana d true self (true color appears)...

Macamana plak dgn spiritual n physical changes.....tpi one thing la kan...yg thru my observation....mungkin lain org lain pendapat.....

Untuk istiqamah dalam perubahan physical n spiritual tu ialah, disini tu, ialah suasana....bg aniesla kan, tak hairanla kalu ada yg kata...ala baik sekejap ajer....
mende tu terjadi adalah kerna, suasana di sini tidak sperti di sana...dan disni, kita melihat berbagai maksiat.....betul kan....jadi itu jugala antara faktor yg mnybbkan ati itu hitam sumler....

Tapi bukanla satu perkara yg mudah untuk istiqamah kalu tidak kuat...masya allah...ku pohon pd mu ya allah....

Pls comments...n share...
Reply

Use magic Report

niceaniesz This user has been deleted
 Author| Post time 31-10-2003 11:21 AM | Show all posts
Buat pakcik kalu pegi lagik...mmm pekena roti canai n teh tarik lagi la yer....kat sana i mmg tak mis pekena roti canai n teh tarik di sana...ada kedai kat sana tuh...

KFC pun I try....apa lagik...hehehehheeh....saja...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2003 10:31 PM | Show all posts

ais kerim kat mecca

kALAU U gerai ais kerim, cuba beli satu..1 rial..je..best..lembut sangat..rasanya..tak de kat mesia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2004 02:53 AM | Show all posts

[MERGED] -- Info mengenai Umrah dan Haji

Assalamulaikum...

I cuma nak tanya, this takde kena mengena dgn sesaper... but nak tahu aje sbb ade kawan i tanya... Apakah hukumnya if seseorang tu tiap2 tahun pi buat Umrah, kira lebih dari sekali lah tapi tak sekali pun pi menunaikan haji... setahu i, haji tu wajib bg yang berkemampuan dah tu boleh pi umrah selalu ... then i confused sbb i pernah dgr wajib org islam pi tunaikan haji dulu then baru pi buat umrah sbb pengertian umrah tu melawat kan... if i tak silap la.. so, tolong explain kan...

thanks

[ Last edited by DARSITA on 24-2-2005 at 11:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2004 05:13 PM | Show all posts
Hmm... areyantie, kita nak cakap tentang waktu terjadinya wajib bagi orang tu kerjakan haji (sebab dah terlebih dari mampu kerjakan umrah berkali-kali) ke macam mana?

Memang secara lughah nya umrah tu diambil dari perkataan i'timar, yg bermakna melawat. Tetapi dalam mengerjakan umrah kita masih perlu melakukan ritual-ritual tertentu, cuma tak perlu nak tunggu bulan zulhijjah seperti haji. Masih perlu ihram di miqat, perlu bertawaf di kaabah, perlu bersa'i dan masih perlu bertahalul. Cuma beberapa ritual yg dilakukan semasa haji seperti wuquf tidak di lakukan semasa umrah. Jadi ianya bagaikan haji kecil.

Dalam surah al-Imran ayat 97, ada dinyatakan bahawa walillahi 'ala an-nas-i hijju ala al-baitiman-is-tato'a ilaihi sabiila. Maknanya haji itu adalah satu tugas yg kita perlu laksanakan pada Allah pada sesiapa sahaja yg berkemampuan mengerjakannya. Di sini dinyatakan haji itu wajib ke atas umat Islam. Dalam surah al-Baqarah ayat 196, ada disuruh Sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.

Selesai mengerjakan umrah tidak melepaskan kita dari tanggungjawab untuk mengerjakan haji. Kita masih perlu tunaikan haji jika berkemampuan.

Haji itu hukumnya wajib, dapat kita lihat dari kedua-dua ayat di atas. Hukum umrah pula ulama' berbeza pendapat. Pendapat segelintir ulama mazhab Maliki dan Hanafi menyatakan umrah itu hanya sunat muakad, berdasarkan satu hadith yg diriwayatkan oleh Tarmidzi dan Imam Ahmad bin Hanbal. Dalam hadith tu ada mengatakan somebody bertanya pada Rasulullah samada umrah itu wajib, Rasullah kata tak, tapi adalah lebih baik jika dikerjakan.
**Hadith ini walaubagaimanapun dikatakan dhaif oleh Ibn Hajar al-Asqalani.

Tetapi ada pendapat ulama' dalam mazhab Syafi'e dan Hanbali yg menyatakan umrah itu adalah wajib berdasarkan ayat 196 Surah al-Baqarah tu.

Dalam hal haji ni, ulama' berbeza pendapat tentang samada dia perlu laksanakan segera haji tu sebaik mampu, atau dia boleh bertangguh. Contoh dalam soalan areyanti tu, kalau dia dah boleh pergi tiap-tiap tahun tu maknanya mungkin dah lebih dari mampu kan ? (tapi perlu juga kita ingat, mungkin dia tak mampu dari segi masa, maklumlah, waktu haji itu terhad). Ulama' mazhab Maliki, Hanafi dan pendapat terkuat mazhab Hanbali mengatakan tak boleh bertangguh, sebaik kita punya kemampuan, perlu kerjakan haji, kerana menurut mereka ayat suruhan haji itu bersifat segera.

Ada juga hadith riwayat imam Ahmad bin Hanbal dari Ibn Abbas yg mengatakan Rasulullah menyuruh kita segera menunaikan haji kerana kita tak tahu apa akan berlaku kemudian hari. Ada juga satu hadith dari Imam Ahmad dan Tarmidzi yg mengatakan Rasulullah mengatakan kita mesti segera kerjakan haji jika tidak ada kesulitan. Hadith ini walaubagaimanapun ada rantaian dari seorang perawi yg dhaif.

Imam Syafie mengatakan bahawa kita boleh bertangguh mengerjakan haji sebab Rasulullah sendiri pun menangguhkan haji hingga tahun ke 10 hijrah. Menurut imam Syafi'e, ayat mewajibkan haji (al-Baqarah 196) tu diturunkan tahun 6 hijrah, tapi Rasulullah pergi kerjakan haji tahun 10 hijrah. Tapi pendapat ini tidak dipersetujui oleh jumhur ulama' yg mengatakan ayat suruhan haji diturunkan hanya pada tahun 9 hijrah.

Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2004 05:44 PM | Show all posts

salam,

Haji diwajibkan atas org yg kuasa, satu kali seumur hidupnya.

Firman Allah swt,

Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
(Ali Imran: 97)


Haji wajib dikerjakan dgn segera; ertinya org yg tlh mencukupi syarat2 yg ditetapkan tetapi masih melalaikannya juga.  Tidak dikerjakannya dlm tahun itu, maka ia berdosa dgn melalaikannya itu.

Sabda nabi saw,

"Hendaklah kamu bersegera mengerjakan haji, maka sesungguhnya seseorg tidak akan menyedari, sesuatu halangan yg akan merintanginya"
(riwayat Ahmad)

Hukum umrah, fardhu 'ain, atas tiap2 lelaki atau perempuan, sekali seumur hidup, seperti haji.

Firman Allah swt,

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).


(Al Baqarah: 196)

wallahua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2005 05:01 PM | Show all posts
II - share pengalaman mengerjakan umrah

saya nak mengerjakan umrah, insyaallah, tak lama lagi, so, nak mintak lah pd sesiapa yg dah ke sana untuk kongsi pengalaman + tips. saya tengok ramai yg ke sana mcm pi makan angin je, mcm tak ada apa2 je.....lagipun saya kesana nanti sorang, walaupun ada ustaz yg bawak, tapi macam bimbang campur tak sabar.....harap ada lah yg nak share experience......

[ Last edited by DARSITA on 24-2-2005 at 11:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2005 12:44 PM | Show all posts
salam...nak kongsi pengalaman...besides giving some advices...

u kata ada yang pergi macam makan angin....memang...sebenarnya...kita nak ke sana...niat kita dari sini tu kena betul...kalau niat kita nak pergi shopping, makan angin tengok tempat orang...itulah yang yang akan kita dapat....tapi kalau niat kita untuk beribadat...untuk mengadu pada Dia...insyaAllah....Allah akan mudahkan ke arah itu...

so nasihat saya...persiapkan diri....penuhkan diri dengan ilmu...rukun mengerjakan umrah...apa larangan2 ihram....ada orang yang pergi mengerjakan ibadat tu hanya main ikut2 orang....bagi saya rugi sungguh orang2 macam tu....

lagi satu...kat sana....biasanya kita tak terlepas dari ujian Allah.....mungkin ujian dengan rakan sebilik ker...atau yang sama2 rombongan dengan kita....so kat sana kena banyak sabar...

sebelum pergi tu...banyakkanlah doa..mintak Allah mudahkan perjalanan ibadah kat sana pergi dan balik....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2005 01:25 PM | Show all posts
Saya pernah mengerjakan umrah lbhkurang 8 tahun yg lepas. Waktu tu tukaran matawang cuma lbhkurang sama nilai antara ringgit dan rial. Sempat beli blazer Italy (second-hand) yg berharga 15 rial di pasar kurma kat Madinah. Pakej keseluruhan termasuk 5 hari di Mesir dan 7 hari di Jordan cuma RM5,000.00 dgn menaiki pesawat Royal Jordanian. Ini pun semua mak yang support..hehehee tapi saya memberikan sepenuh masa berbakti. Seronok juga masa menolak kereta sorong sambil berlari antara Safa dan Marwa. Masa tawaf pula memimpin dia mengelilingi kaabah dan alhamdulillah semua ibadah dapat disempurnakan dengan sepenuhnya. Nampak dia pun seronok.
Antara kepuasan semasa saya buat Umrah ini ialah dengan membuat banyak aktiviti bersendirian. Kalau tengah malam sengaja keluar ke Kaabah dan solat sorang-sorang.....terasa begitu tenang sekali. Saya juga sempat mendaki seorang diri di Jabal Nur tempat nabi sering berkhalwat dan balik ke Mekah menumpang coaster dipenuhi jemaah dari Bosnia. Boleh dikatakan setiap petang selepas asar saya mengelilingi kota Mekah berjalan sorang-sorang dan minum syai sambil memerhatikan gelagat manusia.
Rasanya pengalaman mengerjakan umrah ini bukan hanya puas dapat beribadah di depan Kaabah tapi juga kepuasan dari sudut yang lain.   
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2005 01:41 PM | Show all posts
ish bestnya ko grave..aku cadang2 lepas kawin nak buat umrah AMIN!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2005 02:05 PM | Show all posts
Seronok juga lepas kawin buat umrah boleh mengeratkan kasih sayang :love:.....tapi awas dong! Dugaannya hebat Pak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2005 02:12 PM | Show all posts
sungguh bung?!!waduh waduh sedang giat menghimpun ongkos!!
Reply

Use magic Report

abs2302 This user has been deleted
Post time 2-2-2005 03:16 PM | Show all posts
ASM,

Saya pernah mengerjakan umrah pada bulan September 2003. Masa tu musim panas di sana, cuaca di Madinah mencapai 40 C siang hari dan di Mekah dalam 38 C. InsyaAllah tahun ni nak pergi lagi membawa keluarga. Di sini saya ingin kongsi pengalaman sedikit:-

1. Kalau pergi musim panas, saya nasihatkan bawa spek hitam untuk lindungi mata dari panas matahari yang terik. Jangan bawa baju banyak, bawa sehelai dua sahaja, sampai di Madinah beli aje jubah, kat sana harga jubah murah, dalam 20 rial pun dah dapat.
2. Kalau nak beli kurma, beli kat madinah sebab lebih murah. Beli kat Mekah harga dah mahal.
3. Jangan tertipu dengan orang yang meminta duit, kat sana ramai sangat orang yang meminta pertolongan, macam-macam orang ada.
4. Kalau nak senang tawaf pergi antara waktu zohor dan asar, masa tu orang kurang sikit. Kalau nasib baik dan ada rezeki dapat cium hajarul aswad.
5. Jangan terkejut dengan adat resam orang arab. Kat sana, masyaAllah, tandas dia punya le kotor, kita nak buang air pun tak terkeluar. Lagi satu, tandas ada kat luar masjid, nak pi buang air kena jalan kaki, jauh juga, ada sampai 10 minit.
6. Rata-rata peniaga kat sana, tahu bahasa berniaga dalam BM, terutama dari Asia. Kita bule tawar menawar dalam bahasa kita.
7. Dari segi ibadat pula, saya cadangkan mula dari sekarang buat persiapan. Penghayatan kita akan lebih kalau kita buat persiapan awal nak lawat Baitullah ni. Seperti kata yang lain, elok pi ibadat sorang-sorang supaya kita dapat menghayati dengan lebih.
8. Bersedia untuk sesat dalam atau luar masjid, kerana Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, teramatlah besarnya. Ingat nombor pintu yang kita masuk supaya senang nak keluar.
9. Dalam Masjidil Haram ada percampuran antara lelaki dan perempuan. Jaga-jaga kalau tak nak batal air sembanyang sebab nak ambil wuduk kena luar masjid.
10. Setiap Khamis malam Jumaat lepas solat Magrib ada kuliah/tazkirah di beberapa tempat di dalam Masjidil Haram. Ada tazkirah dalam BM tapi saya tak pasti kat mana lokasinya. Kalau dapat elok kita pergi dengar.

Setakat ini saja yang dapat saya kongsi. Mungkin yang lain dapat membantu. Lagi satu, kalau kita dah pergi umrah lawat baitullah ni, hati kita akan sentiasa rindu untuk pergi lagi.

Semuga Allah memperkenankan niat kita untuk pergi beribadat di rumahNYA.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2005 01:57 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Alhamdulillah...ada rezeki ke Mekah, pergilah.

Pernah pegi umrah tahun 1999 - masa tu masih bujang, pergi dengan parents & adik. Persiapan - tak banyak buat, beli buku je, ulangkaji rukun-rukun, etc. Nasib baik mak ada, semua ikut mak je.

anyway, antara yg simple tapi berkesan,
- masa solat, mata pandang depan, tengok Kaabah (kalu kat mesia, sunat kite tengok sejadah, tapi kat Mekah, sunat tengok Kaabah)
- banyakkan solat sunat, solat qada
- puasa kalau larat
- baca quran (cuba khatam kalau boleh)
- baca buku-buku agama

basically, ibadat di Mekah pahalanya 100k ganda, ibadat di Madinah 10k ganda.

semua ni saya tak tau sebelum pegi, dah sampai sana baru tau. So, banyaklah yg tak buat - rugi betul rasanya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2005 03:03 PM | Show all posts
III - kemusykilan umrah
assalamualaikum,

iinsyaAllah,bulan mei ni,kalau takde aral melintang,saya dan keluarga akan menunaikan umrah....gembira rasanya...ingatkan saya takkan berpeluang mengerjakannya dalam tempoh terdekat ni...tapi,takut pula bila memikirkan yang mungkin saya akan kena haid dalam tempoh seminggu menunaikan umrah itu....apa yang boleh saya lakukan?bolehkah saya mengambil ubat untuk melewatkan haid?apa hukumnya?maaflah kalau orang lain dah pernah bukak thread ni......

[ Last edited by DARSITA on 24-2-2005 at 11:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2005 06:39 PM | Show all posts
Originally posted by kads at 24-2-2005 03:03 PM:
assalamualaikum,

iinsyaAllah,bulan mei ni,kalau takde aral melintang,saya dan keluarga akan menunaikan umrah....gembira rasanya...ingatkan saya takkan berpeluang mengerjakannya dalam tempoh terd ...


pasal ambil pil tu...tak salah....ramai orang buat camtu....lagipun...rugi rasanya kalau seminggu ke sana tak dapat beribadat...

saya pernah pergi....masa tu saya nak ambil pil untuk lewatkan period...tapi doktor tak bagi sebab saya ada penyakit....takut konflik plak nanti...so what I did...sampai je sana...tgk ka'abah saya terus doa mintak lewatkan....alhamdulillah...hari nak baliktu..lepas tawaf wida' saya period...syukur sangat...

well...to tell you...dalam islam, ambil pil tu tak salah...tapi mesti dengan tujuan baik la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2005 03:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2005 11:01 AM | Show all posts
pertama kali terpandang Kaabah, tetiba je aku nangis geng! perasaan terharu yg sukar sgt nak cerita...masa melintas masuk BabusSalam...sampai sekarang terbayang2... masa kat hajarul aswad...baunya.... masa pegang qiswah...masa saie...mata merenung pancur emas...solat sunat kat makam Ibrahim A.S...sentuh Multazam..telaga zam-zam yg sejuk + nyaman...MASYAALLAH ! ALLAHUAKBAR !

yg paling tak boleh aku lupa...

1)  bahu kanan aku dicuit beberapa kali sampai rasa pedih tapi aku tak layan cos kalau aku berpaling pastinya bahu kiri aku dah lari dr Kaabah n tawaf aku terbatal... malamnya aku beritahu Ustaz Daud Che Ngah...beliau menjawab... tu dugaan utk aku n aku terdiam...

2) sesat selepas sempurakan tawaf sunat...2 jam berpusing cari pintu n aku sedar aku ada pesan sesuatu pd muhrim ku kalau kami terpisah semasa pusingan tawaf...'kalau terpisah, kita jumpa kat pintu 49' masa tu aku pesan ngan penuh konfiden... tup tup Allah S.W.T nak uji kami lalu tidak ditujukanNYA pintu keluar bagi kami...kami menangis..kami lakukan solat taubat..kami berdoa...

3) jumpa ngan kaum Badwi kat ladang unta...1st time minum air susu unta
( rasa payau n cam masin2 skit )...ramas pasir...bergambar ngan unta
( heheheh... masa tengah posing, unta kat belakang, gigit tudung aku... )

4) masa kat Masjid Qiblatain, selipar hilang...

5) dpt roti saiznya 3 kali roti canai sebelum berbuka puasa kat Masjid Nabawi...roti tu depa simpan dlm bonet blakang kereta...

6) makan samosa daging unta

walaupun hampir 12 hari di Tanah Suci... aku tak sempat nak belikan cenderamata utk famili...hanya kurma sedikit n air zam-zam yg dibawa pulang kerana niat aku hanya satu...nak beribadat di tempat yg paling suci n enrtah bila lagi aku akan ke Tanah Suci lagi kerana kedatangan aku masa itu di atas tajaan...

walllahulam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.080854 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list