CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: niceaniesz

Pengalaman Umrah dan Haji

[Copy link]
Post time 9-3-2007 02:44 PM | Show all posts

Reply #152 mamuslim's post

Assalamualaikum mamuslim...

You're right about ustaz ghani. He is my father's friend (same village), KELANTANESE and i experienced doing my umrah with him too (last year) 2gether with my parents. But sometimes i feel pity for him. Why?? Coz he hire mutawif to work for him. But he still doing the job that he should't do. Like counting the no of jemaah on the bus everytime we ride on the bus. I've heard he said once that he only do this as ibadah. If he do it on the wrong way he knw what will he get in the future. But i don't like batuta staff who follow us during that time who don't guide us pretty well. But ustaz In other words 'dia memang seorang yang berhati bersih'. Even if u short of money there, he will lent u some but u have to promise to pay it back when return home. He's sincere in doing whatever he does.... I admire his coolness and patience. Hanya orang yang betul2 sabar yang boleh membawa jemaah mengerjakan haji/umrah kerana kadang2 manusia tak pernah puas dengan apa yang disediakan.. bersyukurlah kita kepadaNYA di atas segala-galanya. Hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI. AMin.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2007 04:11 PM | Show all posts

Reply #159 oshinmoshin's post

ustaz ghani memang bailk mcm tu, beri org pinjam duit kalau tak cukup. Dia tahu kalau kita buat ibadat takkan tak bayar....
dia sgt suka belanja kita makan tpt best2...
Insyaallah kalau ada rezeki nak gi lagi akhir tahun ni dgn anak2 pulak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 10:01 AM | Show all posts
Hendaklah bersegera tunai haji


Prof. DR. Abdullah @ Alwi Hassan.
--------------------------------------------------------------------------------

Menunaikan haji adalah rukun Islam kelima. Allah berfirman: Allah mewajibkan haji ke Baitullah bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke sana. (Ali-Imran: 97).

Pada masa ini, kos menunaikan haji muassasah di Malaysia ialah RM8,973 di Semenanjung. Kos yang agak tinggi ini menyebabkan ada di kalangan kita tidak mampu mengerjakannya atas sebab tidak berkemampuan.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto HALIM KHALID menemu bual Profesor Undang-undang Islam, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Prof. Dr. Abdullah @ Alwi Hassan bagi mengupas persoalan ini.

UTUSAN: Ramai yang berhasrat mengerjakan haji tetapi terpaksa menangguhkannya disebabkan kekurangan wang. Apakah syor yang boleh mengatasi hal ini?

ABDULLAH: Di Malaysia, secara amnya kita tidak boleh memberi alasan tidak ada wang untuk menunaikan ibadat haji. Cumanya, yang mungkin menjadi kelemahan majoriti kita ialah dalam mengurus kewangan.

Pada asasnya, pengurusan kewangan boleh dibahagi kepada empat iaitu perbelanjaan peribadi, keluarga, membayar hutang dan perbelanjaan untuk ibadat.

Haji adalah termasuk dalam ibadat yang wajib kita lakukan sekali seumur hidup. Untuk itu, ia perlu dirancang sebaik-baiknya sejak usia muda lagi.

Ibadat ini pula memerlukan kepada keupayaan atau kemampuan fizikal, kewangan dan keilmuan.

Bagi umat Islam di Malaysia, kita bersyukur kerana sudah ada institusi yang menguruskan bab haji ini dengan amat baik iaitu Lembaga Tabung Haji (LTH).

Bagi mereka yang bekerja, apa yang perlu dilakukan ialah mencarum sama ada melalui potongan gaji secara bulanan atau tahunan kepada LTH.

Mereka yang bekerja sendiri termasuk petani dan peniaga, mereka boleh menabung secara persendirian ataupun menyimpan melalui koperasi.

Pokoknya, tunaikan haji pada usia muda di mana badan kita masih sihat dan kuat. Kita perlu berazam sedemikian dan jangan tunggu dah tua. Ini juga bertepatan dengan sabda Rasulullah daripada Ibn Abas, 搒esiapa yang berupaya mesti bersegera menunaikan haji
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2007 12:40 AM | Show all posts
Pengalaman semasa menunaikan haji.

Semasa hendak tawaf, saya ada pasang niat sekurang-kurangnya dapat menghampiri kaabah cukuplah, tidak mengapalah kalau tak dapat menghampiri hajar aswad (kerana teringat kata2 nasihat Ulama', pada masa kini, adalah mustahil untuk mencium hajar aswad ketika haji tanpa melakukan mudarat kepada orang lain)

Memang orang berpusu-pusu beratur nak menghampiri dan mencium hajar aswad.

Ketika lautan manusia begitu ramai semasa tawaf, seolah-olah saya tidak dapat masuk untuk bertawaf, tetapi Allah permudahkan saya masuk.

Ketika memulakan tawaf, begitu ketatnya manusia terlalu ramai dan cukup berhimpit, kemudian seolah-olah macam saya mudah bertawaf dan macam tak perasan terus dapat menghampiri kaabah (sehingga dapat sentuh kaabah). Rasa terdetik kat hati dan bersyukur...

Mudah-mudahan Allah beri peluang kepada saya untuk ke sana lagi.

1425 H dalam kenangan

[ Last edited by  mnm77 at 2-6-2007 01:01 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2007 12:56 AM | Show all posts
Betul tu. Dengan izinNya semua yang mustahil akan berlaku dalam sekelip mata. I do have some experienced like that. Dilorongkan untuk mencium Hajar Aswad semasa tawaf sunat dengan parents. At first masa nak semayang sunat kat Hijir Ismail saya terkejut melihat ramai manusia di situ n mintak tangguh ngan abah till orang kurang sikit kat situ. Tp he told me yang manusia takkan pernah berkurangan di rumah ALLAH. Mintak padaNya agar dipermudahkan segala urusan. Alhamdulilah... Longing to go there again. That's the sweetest memory with my father. I missed him.. 9 jun ni cukup setahun saya menunaikan umrah. Tapi rasa macam baru je balik. Pemgalaman di sana sentiasa segar dalam ingatan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 01:32 AM | Show all posts

seronok dengar cerita mamuslim

Dalam mesej mamuslim dia tak habis-habis puji Ustaz Ghani. Siapakah Ustaz Ghani Ya ?
Ustaz Ghani ni sahabat saya dan saya anggap sebagai abang saya kerana dia 13 tahun lebih tua dari saya . saya mula mengenalinya sejak tahun1974 lagi. Pada tahun tersebut beliau datang ke pondok Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan untuk belajar disitu. Saya sudah pun belajar dipondok tersebut sejak December 1972. Sebelum belajar disini Ustaz Ghani belajar di pondok Almarhum Tuan Guru Hj Abdul Ghani Kubang Bemban, Pasir Mas Kelantan.

Setelah itu pada tahun 1975 beliau pergi ke Makkah dengan harapan nak belajar di Tanah Suci tetapi beliau balik semula ke Malaysia kerana tidak memperolihi visa belajar. Oleh itu beliau kembali semula belajar di pondok Sungai Durian sehingga tahun 1978. Pada tahun 1977 saya berhenti dari pondok dan belajar di Maahad Nuhammadi, Kota Bharu.

Pada tahun 1978 sekali lagi Ustaz Ghani pergi ke Makkah . Setelah ditemuduga beliau diterima belajar di Maahadil Haram, iaitu sebuah sekolah menengah yang terletak didalam Al Masjidil Haram.Lulusan sekolah ini berpeluang menyambung pelajaran di Universiti Ummul Qura atau Universiti Islam Madinah. Pada Desember 1979 saya diterima belajar di Universiti Islam Madinah. Setiap kali ada kelapangan , cuti senester dan musim haji saya akan ke Makkah . Oleh kerana saya tiada keluarga di Makkah saya menginap di rumah Ustaz Ghani di Jiyad Masafi. Rumah Ustaz Ghani dulunya ialah rumah persatuan pelajar-pelajar Malaysia, iamya terletak bersebelahan dengan rumah Al Marhum Sheikh Daud Al Kelantani, iaitu mertua AlMarhum Tuang Guru pondok Sungai Durian.

Selepas beberapa tahun menetap di Makkah , di samping belajar di Maahadil Haram Ustaz Ghani diterima menjadi Muazzin Masjid Jiyad Masafi.  Setelah 2 tahun belajar di Makkah Ustaz Ghani berkahwin ketika berumur 35 tahun.Walau pun beliau telah berkahwin dia tetap melayani saya seperti biasa setiap kali saya pergi ke Makkah. Setelah habis belajar , oleh kerana umurnya telah pun 40 tahun beliau tidak diterima lagi belajar di Universiti Ummul Qura dan Universiti Islam Madinah. Oleh itu beliau pulang ke Malaysia. Saya tak ingat siapakah yang pulang dulu, saya atau dia???. Saya pulang pada tahun 1985.

Sepanjang pergaulan dengannya  saya dapati beliau sangat penyabar orangnya . Saya tidak pernah melihat beliau marah. Kalau beliau nak marah beliau hanya diam sahaja, mungkin menahan diri. Beliau juga seorang yang wara` dan kuat beribadah sehingga saya rasa amat baik sekali kalau dia berkahwin dengan kakak saya.Namun begitu semuanya telah ditaqdirkan ALLAH.   

Sejak pulang ke Malaysia tahun 1985 saya tak pernah lagi menemui beliau. Bukan saya tak mahu menemui beliau, setiap kali saya pergi ke Kelantan saya memang nak pergi ke rumahnya di Temangan ( beliau berasal dari Temangan ) tetapi ada sahaja hal yang lain yang menyebabkan saya tak dapat berjumpa dengannya.

Setelah saya baca mesej mamuslim saya cuba nak pastikan samada Ustaz Ghani yang disebut oleh mamuslim itu kawan saya atau orang lain. Saya tanya rakan saya dari Kelantan apa Ustaz Ghani buat sekaramg. Beliau menyatakan sekarang dia mengajar dan musim haji bekerja dengan Batuta Travel. Kini sahlah Ustaz Gahni yang disebut itu adalah rakan dan lebih dari itu abang saya. Insha` ALLAH saya akan mengunjungnya hariraya nanti. Rasa rindu nak jumpa teman-teman lama seperjuangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2007 03:56 PM | Show all posts

Reply #126 naasiha's post

Ustaz Ghani bukan sahaja bekerja di Batuta, he owns Batuta Travel.牋His Batuta is amongst the first Pengelola Haji yg berdaftar dgn TH since 23 years ago.牋InsyaAllah I will perform my Hajj this year with Batuta, tapi still on StandBy.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 09:07 PM | Show all posts

pengalaman haji dan umrah.....

sempena musim haji ni.....nak tanya la korang sume yang penah wat haji atau umrah........apa pengalaman yg baik atau buruk yang korang penah alami masa tengah wat ibadah tuh....

sbb org kata apa yg kita terdetik dlm hati atau terkeluar dr mulut kita akan jd kenyataan kan? aku caye.....sbb aku dh penah kena....antara yg buruk....dan aku dh serik.....

1) dlm flight on the way g madinah wat umrah, aku dh kena dah......masa bersiap dr umah,mak aku tanya asal la aku bwk brooch banyak.....aku kata kalo ilang,ada yg lain wat spare  ....mak aku kata suka ati la.....mama bawak skit je.....aku teruskan la bawak......dlm flight tu,,,,masa smpai mana ntah.....tetiba aku pasan,aku nye brooch yg aku tgh pakai dgn tudung ms tu ilang......lerr.....baru aku tringat apa yg aku dh cakap........pergh...kena terus ......aku pon beristighfar la....

2) dlm flight tu...kami berkenalan la dgn satu family tu..style gaya dorang cam sosial gak le......dan dia pon ckp anak dia x pakai tudung.....nak g umrah je pakai....pastu masa nak smayang kat masjid nabawi tu,aku jupe lagi dorang.......anak2 dorang pakai cam org arab pakai la.....jubah itam ngan tudung yg mcm org arab pakai tu la....yg belit2 x yah pakai pin tuh........bese org mesia pakai telekung smayang ngan jubah kan?...so aku kutuk gak le dlm ati, nak solat pon nak kena melawa ke??? ...........

alih2 petang tu,mak aku ckp jom kita kuar g ziarah makam nabi muhammad........aku igt kena pakai jubah ngan tudung biasa....aku pon pakai la camtu........mak aku x tegur sgt......rupa2nya kat dlm masjid nabawi......plaktu smayang sunat skali kat situ.........huhu...abes solat aku mitak ampun la........mitak2 xde la apa2 terdetik nak kutuk org........terkena kat aku weh... .....kat makan nabi tu aku solat dgn pakai jubah ngan tudung turki je....sib baik g umrah tu aku pakai sarung lengan...... ....terkena kat aku

3) kat KL lagi aku duk carik lip gloss,sbb bese la kalo g tempat cuaca x sama ngan kita......lagipon lipgloss aku dh abes......so nak kena beli baru......body kita akan try to compensate dgn cuaca....so mesti la kita alami kulit kering ke apa......tp kat KLIA, aku lupa nak beli kat watson.......korang tau x.....dlm grup umrah tu.....aku sorang je lip yg ter "chapped".......kat madinah lagi, bibir aku je yg pecah2 dgn hebatnya....kalo makan nasi lauk pedas,mesti sakit skit la....nak x nak mmg aku g la bodyshop kat madinah dekat ngan masjid nabawi tu.........tercapai la niat aku nk beli lip gloss.....sian aku.....huhu...skali lagi aku beristighfar........ (apa la aku neh).....

4) dekat mekah plak.........kami berkenalan lak dgn maid indon yg keje ngan arab.......baik seh indon nih......x mcm maid indon mesia.....maid sana cerdik2.....pandai ckp arab.....kalo nk jadik maid arab,kena lulus xm yg diluluskan oleh pihak berkuasa arab......x mcm mesia nih,pakai muat je....yang bangang2,jahat sume tibai je........

so,akak indon ni slalu cite la bos dia baik.......bos pompuan la.....sgt2 kaya!slalu kasi sedekah.....one of her son keje engineer.....aku bgth la aku grad engineering.....camne agaknya nak apply keje sini (bes wo.....leh wat haji n umrah slalu....)......dia kata pompuan kat sini x keje sgt...duk umah....pakai purdah plaktu.....cancel aku....aku nak keje.....rugi je blaja tinggi2.....pastu,mak aku usik,kawen je la org sini,,,,,xyah keje....dh kaya dah.....leh wat ibadah slalu.......huhu.....aku ckp kat mak aku xkan nye aku nak.......xmo!!!!

skali ada mat arab ngorat aku.........dah la aku pndai skit2 cakap arab.......dia bos kat kedai jual brg cam accesory......pergh....cuak aku....dh la aku sorang masa tu (pengajaran wat sume : kat sini xleh jln sorang2....penah org kata pak arab culik pompuan,kawen....so u faham la....xleh keje,kena pakai purdah,duk umah branak je la kejenye....)....dia kenyit2 mata kat aku......siot!!!aku balik la cepat2,sbb dia tanya duk mana,asal mana.....isk2...gara2 aku reti ckp arab skit2 la ni.....aku cite kat makcik yg satu grup aku......dia siap kata....awk dh la putih....gebu plaktu....mana org arab x suka........siyes aku x kuar dh pastu......huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2007 09:20 PM | Show all posts

Reply #1 iza_yuss's post

yang atas tu pengalaman buruk sbb aku terniat atau terkeluar perkataan dr mulut aku......

yang ni plak.....kisah yg gembira.......

1) aku mslh period.....x datang period selama 4 bulan tau.....tahun lepas 6 kali je period....seblom ni normal.....so aku doa la kat depan kaabah.....ada kan tempat2 yg mustajab doa......so,aku doa la.....moga2 period aku kembali normal.....xdan2,datang period aku masa tgh wat umrah.........huhu...mula2 sedey sbb aku xdan nak kejar wat umrah 7 kali tuh......so,aku nangih la......sbb rugi la weh x dan wat 7 kali......tapi bila aku tersedar bahawasanya aku punya doa dimakbulkan skali lagi aku beristighfar,ngucap panjang aku.............aku redha.....

2) pas kena period kat mekah tu....aku stil doa lagi....moga2 period aku kejap je la utk that time.....sbb aku nak la at least last day aku leh solat kat masjidilharam dan wat tawaf sunat dgn tawaf wida'........skali lagi doa aku dimakbulkan.........

3) doa yg lain..........aku berdoa smoga dpt keje....kalo xleh keje,at least aku leh smbung master.....so skang mmg aku duk smbung master la nih......alhamdulillah......termakbul lagi doa aku.......

4) paling aku gumbira......period aku sejak bulan 5 aritu iaitu sejak aku balik umrah....dah normal balik......seperti sediakala.....tiap2 bulan plaktu datang dgn duration yg normal gak........doa aku dimakbulkan la....alhamdulillah.......


~pengajarannya : apa yg kita niat kat madinah atau mekah (tanah haram).....memang sgt2 la mustajab.......alhamdulillah

~aku nak g lagi bila2.........nak wat haji plak.......sbb tu aku doa moga2 aku dpt keje.....nak kumpul duit g haji plak time2 muda nih.....aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 10:25 PM | Show all posts
masa wat umrah..

-pengalaman sembahyang kat masjid nabawi..tak jumpa jalan balik ke hotel..cari cari asyik jumpa orang yang sama..tanya kat pak arab dorang pun tak tahu mana kedudukan hotel yang kita orang stay..ada sorang lelaki yang tolong..sekejap dia tunjuk arah terus kita orang jumpa balik hotel..nak upah gak orang tu tapi dia jawab jihad fisabilillah..hmm

-masa lepas saei tak larat dukung adik pastu tinggal adik kat sebelah tong air zam zam..masa tu skit lagi nak abis saei tengok adik masa lagi duk kat tepi lorong..tapi bila abis tahalllul mak suh pi amik adik sekali adik takde ..hanya tuhan saja tahu perasaan masa tuh..tapi yang peliknya bila giliran mak plak pi cari adik jumpa plak.. padahal time tu dah bukak mata luas luas still tak jumpa

-time tawaf widak..baru lima pusingan kaabah adik tak larat nak jalan..sebab time tu panas nak dukung tak larat .so bawak ke tepi bagi dia duduk kat penjuru masjid..berdebar bukan main kira time tu ..masa sambung tawaf lagi sekali adik masih ada kat situ dia duk minum dan duk diam kat tong air zam zam..tapi nak penghabisan tawaf adik hilang dari pandangan ..terus dapatkan ustaz cakap ada tinggal ada kat penjuru masjid sebab dia tak larat nak jalan..alhamdulillah dia ada di tempat yang sama..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 10:04 AM | Show all posts
Pengalaman negative sbb ati tak bersih

1. Kite tension keje sblm pegi umrah. Maybe kite penah terdetik ckp nak break. Maybe kite penah terlps ckp nak bercuti dr keje. Ngam2 first day nak pegi kite period. Menangis tak berlagu  Mmg bercuti betol la.Pastu ustazah suh doa byk2 so that abis period cepat n die suh makan kurma nabi byk2. Alhamdulillah bole umrah sume. Selesai gak. Mak kite kate nak gi haji or umrah jgn terdetik langsung konon nk take a break from keje ke apa ke. Jgn terdetik langsung perkataan bercuti.

2. Kat masjidilharam, 2 3 ari sblm kite balik kl, mekah dah start penuh ngan org.Ada kes time tuh ramai visa tak lps.Bile dah lepas sklai derap sume sampai kat mekah. Hari2 sblm tuh, senang sgt nak tawaf sbb mmg lenganggggg . So masa tawaf2 tuh, kite rendah, org keliling tinggi.Pak arab besar. Pastu org laki plak pakai ihram yg sah2 la sebelah ketiak terbuka kan. Dah la panas.Berpeluh2. So terdetik dlm ati, eeee peningnye kepala ngan segala bau ni. Time tu baru tawaf 1 ke 2. Pas abis tawaf kite cite ngan mak kite. Mak kite kate "ishhhh kamuuuuu niii..mak tawaf elok jer..wangi jer..berangin plak tuh". Kite plak tak nak kalah dok gak ckp betol masam sume, panas. Elok sehari pastu kite sakit kepala n demam panas . Takut gile ingat dah nak off dah kat sana . Pastu mak kite suh pk apa bende yg kite silap ckp sampai demam panas. Buat semayang taubat. Alhamdulillah ok masa nak balik. Kalo tak sure kene tahan kat airport sbb ingat kene sars.

3. Akak kite merungut. Madinah panas. So taik hidung cam keras. Hidung tak selesa. Elok sampai mekah. Meleleh2 air hingus die tak berenti. Dok pegang tisu je sudahnya.

4. Akak kite terdetik nape bibir org tu gelap. Sbb panas sgt gamaknye die pk. Dlm 2 3 ari pastu bibir die merekah tak ingat n gelap trus sbb kering sume.

Yg best. Ni mmg experience yg kite rasa kebetulan paling best
1.        Kat madinah. Lauk2 kat hotel sedap. Tp indon style. Tekak org kampong, so tak bape masuk la . Blom lagik depa hidang ayam. So adik kecik kite, time tu darjah bape ntah ckp la teringin nak ayam. Die ni mmg suke makan ayam. Masa tu kitorang tgh borak2 dlm bilik. Elok turun lunch masa kat mekah, org tu hidang ayam. Naik bilik die kecoh dpt ayam. Kitorang ckp ala kebetulan jer. Die kate tak la. Pastu next day die ngengada ckp nak makan apa plak tah. Kite lupe. Kebetulan hidangan ari tu lauk yg die nak tuh. So die kecoh lagi. Kitorang kate la kebetulan je tuh. Sbb bdk2 ni bkn bole dilayan. Tak mo nanti jadik cam i dream of genie lak. Main petik nanti bende tu timbul. Tp die tak paham. Esoknye die buat lagik wish sambil baring atas katil "errmm..ari ni firah nak makan ayam lagik". Kite ckp kite nak udang. Kite saje ckp gini sbb nanti sure salah satu takde. Lagik pulak org tu baru masak ayam the day before takkan buat lauk tu lagik kan? Errrr tetibe lunch ari tuh ada lauk udang pedas n ayam apa tah  Kite sengih je la.

Tp yg penting jgn takut utk ke sana. Experience2 ni sume buat iktibar and jadik reminder kat diri sendiri. Ni sket je experience. Byk lagik bende terkena kat btg idung sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 11:43 AM | Show all posts

Reply #3 lows^man^lyrics's post

bes kan loman wat umrah.......bila lak nak wat haji plak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 11:45 AM | Show all posts

Reply #4 cik_kaer's post

tu la kan kaer......xleh terdetik lgsung yg buruk2...mesti jd punya.....

terdetik yg baik,,,,dpt la yg baik kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 12:15 PM | Show all posts

Reply #6 iza_yuss's post

aah betol2..tu yg org ckp..bkn mulut je kene jaga..bende yg berdetik dlm ati pun kene jaga
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 12:23 PM | Show all posts

Reply #5 iza_yuss's post

parents kite dah selesai haji sblm umrah.mak kite kate..kite and adik bradik kite dah wajib buat haji n kirenye skrng kite berutang haji...umrah dah buat tp haji blom buat walhal syarat2 tu kire dah ada...so pas balik umrah dulu ayah kite registered kan aji utk sume org ...taun ni dah kene panggil..tp atas sbb tak leh elak mak kite let go dulu..die kate taun depan kalo kene panggil insyaallah kene pegi

kite cam ada terbaca dlm buku haji..tak ingat cemana keadaannya..tp kalo kite katekan la tak panjang umor n blom buat aji..waris wajib buat upah aji utk kite..tak ingat exact explanation..tp yg kite paham sbb kite dah buat umrah..pastu ada kemampuan nak buat haji tp tak buat lagik..

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 12:43 PM | Show all posts
musim haji tahun lepas aku pergi dengan suami dan semasa di madinah,
kita berkawan dengan sepasang suami isteri. nak dijadikan cerita, mereka
baru balik dari masjid selepas solat zohor. maka terjumpa seorang perempuan
uda minta sedekah. Suami dia suruh c isteri berikan 5 riyal kepada perempuan
tu sebab suami dia x ada duit kecil. c isteri berkata dalam hati," muda dan cantik
lagi minta sedekah. ha...aku bagi ajalah 1 riyal" maka c isteri pun bagilah 1 riyal...
bila tiba masa makan tengahari, lauknya ayam. c suami dapat peha ayam gemuk
nya (penuh isi) danc isteri dapat apa?? cuba teka!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2007 12:51 PM | Show all posts
sambung..
c isteri dapat tulang ayam aja.  maka dia pun mintalah lauk dari c suami
dan mereka pun makan. bila dah selesai makan baru dia teringat peristiwa
tadi dan dia ceritakan kepada suami dia sambill  minta maaf sebab dia x
amanah dan patuh kepada suami dia. maka dia pun solat taubat minta ampun.
orang tua kata kat madinah, semuanya "kena bayar cash". maknanya kita akan
kena hati-hati.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 03:41 PM | Show all posts
Aku g Haji thn '05-'06 dgn ibu ku n tinggalkan anakku berusia 4 bln dgn isteriku.Alhamduliilah yg tggl tiada masaalah & aku disana dipermudahkan urusan hajiku....Syukran2
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 04:11 PM | Show all posts
Semasa di mekah selalunya orang sebok beli minyak atar.  Macam2 jenama minyak atar yang kita dengar.

Nak jadi cerita kawan sebilik saya ni seboklah juga nak beli minyak atar.  Tiba di kedai orang jual minyak atar, kawan saya ni dengan konfidennya memberitahu Pak Arab kedai tu dia nak beli minya atar "malaikat maut".  Terperanjat Pak Arab tu, tapi pak arab tu cakap minyak atar "malaikat maut" tak ada tapi "malaikat subuh" ada.  Kawan saya ni tak jadi beli sebab nak konfemkan dulu dengan kita orang nama sebenar minyak atar tersebut.  Sebenarnya nama minyak atar tu "malaikat subuh".
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 04:18 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 16-11-2007 04:11 PM
Semasa di mekah selalunya orang sebok beli minyak atar.  Macam2 jenama minyak atar yang kita dengar.

Nak jadi cerita kawan sebilik saya ni seboklah juga nak beli minyak atar.  Tiba di kedai or ...


hehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.099139 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list