CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sinar_inspirasi

MASIH BEKERJA TAPI MINAT BISNES ( takut2 )

[Copy link]
 Author| Post time 9-1-2010 02:56 AM | Show all posts
NI ADA SATU MAKLUMAT YG SANGAT BAIK KEPADA USAHAWAN BARU... YG SELALU MENGELUH SUSAH NAK DAPATKAN LOAN BANK KE APA ...

aku dpt dari rakan FB

Mungkin ini menjadi salah satu tanda tanya kepada mereka yang bekerja sendiri. Maklumlah, berkeja sendiri nie.. manalah ada slip gaji untuk dijadikan bukti pendapatan?

Saya pun pernah menghadapi delima ini, nak beli kereta, nak beli rumah… takkan nak beli cash kot? Rugi rasanya, baik gunakan duit tu untuk benda lain yang lebih bermanfaat seperti mengembangkan perniagan ke? buat pelaburan-pelaburan yang sah dan menguntungkan ke? Itu lebih baik rasanya..

Jadi, bagaimana yer?

Bila baca kat website bank. Mereka kata, mereka perlukan slip penyata gaji! Kalau bagi individu yang bekerja sendiri, perlu kemukakan penyata akaun bank selama 3 @ 6 bulan sebagai bukti pendapatan!

Nasib baiklah saya ada membuat pendaftaran syarikat & juga membuka akaun khas untuk syarikat. (So, bagi anda yang menjalankan SOHO tetapi belum daftar syarikat & belum buka akaun syarikat tu, better anda lakukan segara, nanti kalau nak beli rumah ke kereta ke, senang lah sikit.. )

Satu persoalan yang timbul di fikiran saya, apakah yang pihak bank “pandang” pada penyata akaun bank tersebut? ? Apakah yang menjadi ukuran? Adakah dari jumlah wang yang terkumpul? Adakah dari baki semasa? Adakah dari jumlah wang masuk? Adakah dari bilangan transaksi?  atau dari status perkahwinan pemiliknya? … Oh!

Jadi, untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan serta  memuaskan hati…. maka, saya telah pergi ke bank dan berjumpa terus dengan pegawai di bahagian pinjaman mereka… hasil dari perjumpaan tersebut, barulah saya mendapat gambaran yang sebenar. Sementara gambaran tersebut masih jelas~~ maka  saya ingin kongsikan info tersebut  kepada semua pembaca blog ini..

Jadi.. bersedia…..

Jika anda ingin tahu, adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman, sama ada untuk membeli rumah atau kereta, dan berapakah jumlah wang yang layak anda pinjam? Penyata akaun bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting..

Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda….

Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan.. abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar.
Contohnya.

Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk
Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk
Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk

Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000
(kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah yer!)

Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20% . Contoh..
RM30,000 X  20%  = RM6,000

Jadi, itulah gaji bulanan anda!
Ya.. itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri..  RM6,000 sebulan

Dari Rm6,000 itu pula,  bank akan mengangap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidup anda.  Tak kiralah hutang rumah ke? hutang kereta ke? ataupun hutang kredit kad?

Jadi, 60% dari  RM6,000 , ialah = RM3600.

Ini bermaksud, jika anda tidak mempunyai sebarang hutang lagi, maka anda layak untuk membuat pinjaman, dimana, bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut ialah RM3600. (Iaitu pinjaman sekitar RM700,000 bagi pinjaman rumah)

Tetapi, jika anda sudah sedia ada hutang rumah, kereta, kad kredit, personal loan seperti  contoh di bawah..

Bayaran bulanan bagi hutang..
1. Kereta = RM1,000
2. Rumah = RM1,000
3. Kad Kredit = RM600
4. Personal Laon = RM500
———————————–
Total  : RM3,100
———————————-

Maka, untuk membuat hutang baru, pihak bank perlu pastikan, bayaran bulanan bagi pinjaman yang anda ingin mohon itu, mestilah  tidak melebihi RM500 ( RM3,600 (60% dari pendapatan) – RM3,100(jumlah bayaran bulanan hutang sedia ada) ).

Kalau pinjaman rumah, boleh beli rumah yang berharga sekitar RM100,000.

Itulah serba sedikit info berkenaan “kelayakan pinjaman bank bagi individu yang bekerja sendiri”… kalau anda ada info tambahan lain, atau jika ingin membetulkan info saya ini (manalah tahu kalau salah ke), harap sudi-sudikanlah untuk berkongsi di ruangan komen blog ini, terutama sekali bagi mereka yang bekerja di bank..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2010 08:17 AM | Show all posts
861# sinar_inspirasi


bagus info tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2010 12:00 PM | Show all posts
jgn takut lagi.. teruskan berjuang.. dah ramai org kita berjaya dan hampir berjaya skrng....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 04:06 PM | Show all posts
Thanks sinar..huhuhuh..inilah yg aku dok cari selama ni..gane lah nak buat hutang...keh keh keh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2010 04:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by sinar_inspirasi at 13-1-2010 01:24

semoga bisnes anda berjalan lancar..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 02:11 PM | Show all posts
858# Iwillgetulater


hmm area situ ramai org, bank byk, kawasan dekat perumahan, ade giant lg, depan mrr2 plak.. itu yg mahal kot..
mmg nk amik ground floor, tp lg mahal kene.. last2 amik 1st floor jek.. tp first floor dia fully glass.. so nampak nye kene ade presentation best la.. pastuh sign board besar2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2010 12:09 AM | Show all posts
866# jaja25

Semoga berjaya....kalau tingkat 1 tu kena promo habis-habisan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 08:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by jaja25 at 13-1-2010 08:36

867# Iwillgetulater

yer betul.. kene promo habis-habisan la.. sbb branding pun talak.. muehehehe...
hmmm kene anta flyers kat setiap umah la nampak gayanya...

harap2 dpt le kedai sebelah kopitiam paparich..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 03:17 PM | Show all posts
dlm hati mmg teringin nk buat biz sndiri..mcm nk buat biz online..tp cume tak tahu nk mula dari mane..ade sape2 bole tunjuk ajar..keje makan gaji x cukup..kne gak ade sampingan..

ade ke org sudi bagi idea dan pandangan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2010 03:36 PM | Show all posts
rasanya pandangan n tunjuk ajar dah byk dlm ni....

mungkin nak personal touch kot...

kena berani... itu je
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 04:02 PM | Show all posts
Oooo sy kne bace balik dari 1st page la ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 04:38 PM | Show all posts
aku rasa kalau nak resign terus kena fikir apa bentuk business yang dapat kasi untung modal cepat..kalau tidak jangan..

aku sudah mengalami pengalaman pertama konon nak business nusery la, kolam ik ...
zuas Post at 7-1-2010 11:13


Aku pun ada jugak ternak kambing ni..kambing boer....adik aku yg jaga..kongsilah...
aku rasa aku nak jual aje kambing-kambing tu...tapi dah rugilah pulak..sbb harga dah jatuh sekarang ni...
So nak tak nak...terpaksalh menaggung makan kambing-kambing tu semua...alhamdullilah..sejak bela kambing tu tak de sekor pun yg kojol....sekarang dah 40 ekor...kambingnya gemuk dan bersih......
Sekarang ni bertahan ajelah

Aku bagi nasihat....tak payahlah bela kambing......dahlah penat....tak berbaloi betul......makanannya pun agak mahal....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 11:20 PM | Show all posts
872# ladyrock

Negara kita banyak gantung kat kambing import.. maybe kerajaan tak bagi sokongan tuk bela kambing dan lembu.. tu yg makanan jd mahal.. kos tinggi.

Bela kambing mcm Nabi Muhammad masa muda-muda.. sayang la susah nak tiru sebab kos tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 08:24 AM | Show all posts
872# ladyrock

Negara kita banyak gantung kat kambing import.. maybe kerajaan tak bagi sokongan tuk bela kambing dan lembu.. tu yg makanan jd mahal.. kos tinggi.

Bela kambing mcm Nabi Muhammad ma ...
sumayyah29 Post at 17-3-2010 23:20


Masa time Pk dollah dulu..dialah yg galakkan ternak kambing boer ni ..so..kita org cubalah...kalau ko masih ingat waktu tu dia nak jadikan perak tempat ternak kambing yg besar..alih-alih bila NAJIB NAIK ...LAIN PULAK Cciternya...
Dahlah..aku dah serik dgn gimik-gimik ..bela kambinglah...cacinglah..lintahlah.....
Aku pun tak paham kenapalah kerjaan sampai hati buat gini...kena kat aku tak palah..aku masih kerja..kena kat org kampung yg duit nya betul-betul utk buat modal kambing..tak ke naya.......kesian tau.......

Aku pun dalam dilema..nak buat apa dgn kambing tu semua...nak jual tak balik modal...nak simpan...modal keluar lagi...
Yg aku heran ..aku ada pergi kedai frozen..dia kata kambing import harga dah naik dpd 11 sekilo kepada 16 sekilo....kenapa pulak harga kambing tempatan jatuh..sedangkan lagi fresh.......jadi aku decide aku nak simp[an aje kambing-kambing tu....ini mesti mainan org tengah.....aku harap kerajan buatlah sesuatu.......

Setahu aku ada pengimport kambing terbesar..modal tinggi...jadi dialah yg manupulate harga....

Ada tak kawan-kawan di sini yg mengalami nasib yg sama dgn saya....

Itulah sebab aku takut nak berhenti kerja.....tapi saya ada nursery..yg tu berjayalah pulak....
Sekarang aku nak bukak kedai makan di kaw Futsal..korang rasa ok tak.......first 3 month aku akan kerja lagi..klau ok aku berhenti aje....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 08:40 AM | Show all posts
kerajaan memang bagi sokongan terhadap penternak cuma masih tak cukup lagi......semalan aku tengo tv1 pasal kuala pilah...ada orang tu ternak lembu keluasan dalam 100 ekar...mesti ramai orang kata besar tu....

FYI, ayahanda saya pernah dihantar oleh gomen ke spain, argentina dan australia dalam pencarian daging Halal.....memetik kata2nya.....dia kata untuk ladang standard sahaja , mereka menggembala kambing/lembu mereka dengan memakai helikopter....
jadi bagi mereka 100 ekar ni ciputet sahaja....

jadi kenapa bekalan daging masih kurang walaupun kerajaan banyak tolong
1. startup kos tinggi
2. nak cari kawasan luas dan rata di Malaysia ni susah (my friend dapat 100 ekar dari kerajaan tapi 50% daripadanya tanah bukit tinggi....mau patah kaki lembu)
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 09:03 AM | Show all posts
kerajaan memang bagi sokongan terhadap penternak cuma masih tak cukup lagi......semalan aku tengo tv1 pasal kuala pilah...ada orang tu ternak lembu keluasan dalam 100 ekar...mesti ramai orang kata bes ...
izzuddin Post at 18-3-2010 08:40


Bantuan kerjaan yg paling penting bagi aku bukan duit.....duit insyaalah boleh di cari..lagipun org melayu ni kalau di beri duit..usaha ada kurang sikit lepas tu duit tu dibuat entah apa-apa....


Bantuan yg paling berharga adalah dari segi pasaran..inilah yg aku rasa Kerajaan ada byk kelemahan..aku tak tahu kenapa...nak tuduh karang ..fitnah pulak....
Ko fikirkanlah sendiri..sekarang kita dah ada kambing..buat duit sendiri....jual tak laku..sedangkan kerajaan yg suruh ternak kambing...so di manakha keihlasan kerajaan tu......saja suka-suki...tunjuk bagus ke?

Aku tak mintak duit...tapi tolonglah buat kerja dgn bagus dan amanah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 09:12 AM | Show all posts
mungkin kau jumpa salah orang kot........kita memang shortage daging....so aku rasa kau jumpa dgn orgkementerian...nanti aku checkkan no phone classmate aku...aku kena tanya kawan2 sebab aku takde no dia.....dia ketua unit pemasaran kmenterian
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 09:26 AM | Show all posts
mungkin kau jumpa salah orang kot........kita memang shortage daging....so aku rasa kau jumpa dgn orgkementerian...nanti aku checkkan no phone classmate aku...aku kena tanya kawan2 sebab aku takde no  ...
izzuddin Post at 18-3-2010 09:12


Kalau ko boleh tolong ..ini kira bagus.....
Ko bayangkanlah.....dalam 40 ekor kambing boer..cantik-cantik pulak tu..dia nak 12,000 ribu....patut ke....
Aku rasa rata-rata ..begitu haraganya...aku dan bela dua tahun...mana balik modal....duit makan aje dah berapa? Kandng penat lelah itu aku x kira...makan aje dah rugi......

On top of that..bukan aku aje mengalami nasib sama..tetapi kawan aku pun sama jugak..
Dia lagi kesian...kerajaan bagi about 80 ekor kambing..utk dia usahakan..teapi dia tak check..kambing semua jenis tak sihat..rupanya....kerajaan dapat dari mana aku tak tahu..so tanpa fikir panjang dia ni agree utk ternak..kambing tak membiak..duit makan dah berapa..buat kandang dah berapa....sekarang dah nak dekat 3 tahun menanggung kambing yg tak memberi hasil....tak kan nak tembak kambing tu semua....nasib baik kawan tu adaa sumber lain .kelapa sawit...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 09:35 AM | Show all posts
ish murah sangat..kalau camtu aku nak beli dua ekorlah...hehehe....nak aqiqah anak.....nanti aku tolong carikan....ko boleh pm no phone kau? aku tolong frowardkan kepada sesiapa yang berminat beli....lagi satu berapa umur kambing ni semua? berapa kau bajet nak dapat untuk semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 09:44 AM | Show all posts
ish murah sangat..kalau camtu aku nak beli dua ekorlah...hehehe....nak aqiqah anak.....nanti aku tolong carikan....ko boleh pm no phone kau? aku tolong frowardkan kepada sesiapa yang berminat beli.... ...
izzuddin Post at 18-3-2010 09:35


Ko byk contact ke?
Kalau boleh aku nak jual semua...senang....aku x tahu nasib kambing tu jadik apa lepas tu...
Sebab kalau org beli sekor-sekor ni..mesti nak aqiqah....aku ni penyedih sikit..tak sampai hati ..kambing tu semunya comey-comey..siap ada nama lagi.....Boer kan comel macam hush puppy ....he..he..he..
Kalu ko tengok kambing aku...mmg best in Malaysia.......gumuk-gumuk...makan cukup....adik aku pantang kambing tu mengembek..dia ingat kambing tu lapar.....mana tak ...duit makan byk.....

Nanti aku tanya boss(husband) aku dulu.. kalau dia agree aku PM ko..ko berurusan dgn dia ajelah......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.061417 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list