CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: HangPC2

Wushu - Kungfu - Kuntau

  [Copy link]
Post time 24-10-2011 08:33 PM | Show all posts
wushu dan kungfu sama kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2011 02:12 AM | Show all posts
wushu dan kungfu sama kan?
Kotaro255 Post at 24-10-2011 20:33



    ya, 2 nama tapi beladiri yang sama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2012 11:28 AM | Show all posts
Wusyu pasang hajat besar




SEPANG - Skuad remaja wusyu negara membayangkan harapan cerah untuk menguasai peringkat lebih besar apabila pulang dengan dua pingat emas, enam perak dan lima gangsa daripada Kejohanan Wusyu Remaja Dunia Ke-4 di Macau, semalam.

Clement Thian Fung Seng dan Loh Ying Ting khususnya menjadi penyumbang dua emas itu masing-masing menerusi nanquan lelaki kumpulan B dan changquan perempuan kumpulan B sepanjang kejohanan dari 17 September hingga semalam.

Malah Clement, penuntut tingkatan 1 sebuah sekolah di Kuching, Sarawak, menyumbangkan sebutir pingat perak kumpulan B nandao sekali gus menjanjikan masa depan wusyu negara bakal lebih menyinar pada Sukan SEA, Asia mahupun Kejohanan Dunia akan datang.

Skuad wusyu negara yang dibimbing jurulatih China, Mao Yaqi dan tenaga tempatan, Lim Yao Fei, turut beroleh empat lagi perak menerusi Elvis Bong Qian Zheng (jianshu), Khaw Jun Lim (gunshu), See Min (nangun dan nandao) serta Pang Tung Yee (taijijian).

Lima gangsa pada kejohanan anjuran Persekutuan Wusyu Antarabangsa (IWF) itu pula dimenangi Elvis (changquan), Pang Tung Yee (taijiquan), Chan Lu Yi (taijiquan 24 dan taijijian 32) dan Tammy Tan Hui Ling (qiangshu).

" Saya terkejut bercampur gembira dengan kemenangan ini terutama apabila mengatasi pencapaian sebutir perak dalam kejohanan sama di Singapura, dua tahun lalu dan tanpa pingat di Bali pada 2008.

" Saya rasa lebih puas memenanginya kerana berlatih selama tiga bulan di bawah bimbingan Yao Fei sebelum ke Macau bagi kejohanan kali ini," kata Ying Ting yang juga anak jati Melaka ini setibanya bersama skuad remaja negara di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di sini, semalam.

Ying Ting juga bertekad untuk terus menyarung jersi negara ke peringkat senior khususnya dalam mengejar cita-cita untuk menjadi setanding Ng Say Yoke yang pernah menduduki ranking ketiga terbaik dunia.



- Utusan Malaysia -










Last edited by HangPC2 on 26-9-2012 11:30 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2017 12:37 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2017 12:38 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.066617 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list