CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 27225|Reply: 49

Gangguan Seksual / panduan pencegahan

[Copy link]
Post time 18-2-2007 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 8-9-2009 11:23

'Bos raba kami'
16-02-2007 07:08:23 PM
Oleh TAN KOK KEAN
KUALA LUMPUR: Dua orang pekerja syarikat dagang dekat Setapak di sini membuat laporan polis minggu lepas dengan mendakwa majikan mereka mengganggu secara seksual mereka berdua di tempat kerja.

Wanita berkenaan mendakwa majikan mereka, dalam lingkungan 40-an, meraba alat sulit mereka dan juga pernah cuba memaksa mereka mengadakan hubungan seks dalam satu kejadian berasingan.

Setelah membuat laporan polis, kedua-duanya mendapatkan pula bantuan daripada Jabatan Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA.

"Semuanya bermula pada Ogos 2006. Saya rasa sesuatu yang tidak kena apabila empat wanita rakan sekerja saya berhenti kerja seorang demi seorang tanpa sebab," kata puan Z, 25, dalam sidang akhbar di Wisma MCA hari ini.

"Kemudian pada suatu hari majikan saya mengganggu saya secara seksual semasa hanya kami berdua sahaja di pejabat. Dia meraba buah dada saya dan cuba mencium saya. Ada ketikanya dia memaksa dirinya ke atas saya tetapi saya meronta-ronta dan menolaknya.
"Pada suatu ketika, dia juga mengeluarkan alat sulitnya dan menunjukkannya kepada saya. Saya amat terkejut kerana dia kelihatan seperti seorang lelaki yang warak.

"Selepas kejadian itu, saya sering diganggu oleh majikan saya apabila tinggal kami berdua sahaja di pejabat itu. Saya menanggung derita akibat keadaan ini selama enam bulan sebelum mendapat keyakinan untuk memberitahu suami, meninggalkan syarikat itu dan membuat laporan polis," katanya, dengan menambah dia memerlukan pekerjaan itu untuk membantu keluarganya.

Seorang lagi mangsa saudari N, 17, hanya bekerja selama dua bulan sebelum berhenti daripada syarikat tersebut.

"Satu hari, majikan saya datang ke rumah sewa saya dan meminta saya keluar bersamanya. Saya enggan tetapi dia memaksa dan berdalih dia hanya mahu membantu saya mencari rumah sewa yang lebih baik

"Saya mengikut dia ke sebuah rumah di Selayang. Rumah tersebut kosong dan kemudian dia mula memaksa dirinya ke atas saya.

"Saya menolaknya dan mula menangis. Dia berhenti apabila melihat saya menangis dan membenarkan saya pulang," katanya.
"Saya memberitahu teman lelaki saya tentang perkara ini dan dia menyuruh saya berhenti kerja serta-merta. Dia sangat marah, dia nyaris bersemuka dengan majikan tapi saya menghalangnya," tambahnya.

Ketua jabatan itu Datuk Michael Chong menasihatkan mangsa-mangsa gangguan seks supaya tidak mengambil mudah perkara itu dan mereka haruslah memberitahu saudara-mara dan mendapatkan nasihat.

"Jangan takut untuk memberitahu ahli keluarga kerana merekalah orang yang boleh menasihati anda apa yang perlu dilakukan semasa ditimpa masalah seumpama ini. Jangan hadapinya seorang diri.

"Puan Z keliru dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, sebab itu dia menanggung segala gangguan seks itu setengah tahun sebelum dapat keberanian untuk melaporkan hal ini setelah dinasihati ahli keluarga," tambahnya.

"Polis pada masa ini sedang menyiasat kes ini dan biarkan polis menjalankan tugas mereka," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2007 05:21 PM | Show all posts
boleh buat aduan skrg ni..so kalau ada sex abuse je report pada pihak yang berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2007 07:34 PM | Show all posts
ish..ish..ish....ganguan sexual ada dimana-mana...hatta sesama jantina...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2007 10:58 PM | Show all posts
huih...boss...dasyattt
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 10:00 AM | Show all posts

Reply #3 Akak_Siti's post

baru aku nak bangkit kan issue ni...

aku pernah kene raba ngan pak guard kat klang..kalau aku report polis..polis amik tindakan tak?tapi tu 5 tahun lepas la...tempat aku kene rabe tu pun dah tak de sebab terbakar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 10:07 AM | Show all posts

Reply #5 sayang_mulut's post



kah kah kah

pakgad tuh buta warna ker?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2007 10:14 AM | Show all posts

Reply #6 Syd's post

hahahha..siot je pak gad tu kan ...ntah2 dah mati kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 10:19 AM | Show all posts
hahahaahah

aku harap dia pun kena raba jugak nanti

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2007 10:50 PM | Show all posts
WANITA PERLU BUKA MATA

"ismi norhasriza" wardahmujahidah@yahoo.com


Saya masih tertarik untuk berbicara mengenai isu gangguan seksual di Malaysia, kerana bagi saya isu ini tidak mudah untuk diselesaikan memandangkan kita dapat melihat fenomena ini di mana-mana sahaja di negara yang majoriti masyarakatnya menganut agama Islam ini. Kadangkala saya terkeliru apakah sebenarnya wanita yang terganggu secara seksual ataupun sebenarnya lelaki yang terganggu secara seksual sehingga menyebabkan mereka menzahirkan gangguan tersebut dengan pelbagai cara termasuklah jenayah yang melibatkan seksual.


          Sebagai wanita, saya mengakui adalah menjadi fitrah wanita untuk rasa selamat apabila ada pihak yang melindungi, lebih-lebih lagi orang atau ahli keluarga terdekat. Ekoran daripada rasa ingin dilindungi itulah menyebabkan apabila masalah gangguan seksual timbul, mereka cuba mencari perlindungan sehinggalah tergubalnya Kod Amalan Gangguan Seksual yang mentakrifkan beberapa perbuatan yang dianggap sebagai bentuk gangguan seksual. Namun suka untuk saya mengemukakan di sini adalah sejauh mana wanita berusaha untuk melindungi diri sendiri dengan menjauhkan diri daripada diganggu oleh bentuk-bentuk gangguan tersebut.


          Untuk lebih memudahkan keadaan saya jelaskan di sini adalah saya masih kurang bersetuju dengan hanya meletakkan kecenderungan kepada lelaki sebagai pengganggu sedangkan banyak tidak tanduk dan cara berpakaian wanita sebenarnya boleh menyebabkan gangguan seksual terjadi pada kaum lelaki. Namun, sebagai seorang lelaki gangguan tersebut adalah bukanlah menjadi satu masalah bagi mereka, bahkan ia menjadi satu perkara yang perlu dinikmati. Saya berikan satu contoh mudah ketidakadilan undang-undang yang berlaku adalah etika pemakaian di sesetengah IPT yang hanya menitikberatkan kekemasan penampilan mahasiswanya sahaja, sedangkan mahasiswinya dibiarkan galak memperagakan fesyen-fesyen atas lutut, fesyen kuda belang, fesyen bawah pusat dan bermacam-macam fesyen ala barat yang kurang sopan apabila berada di sekitar kampus. Suatu ketika dahulu, pernah sebuah kumpulan rock di Malaysia mempersoalkan mengapa ada pihak tertentu mempertikaikan hak mereka untuk tampil dalam salah sebuah stesen televisyen Malaysia kerana dikatakan kurang sopan, sedangkan artis wanita sewenang-wenangnya dibenarkan tampil ke udara dalam kedaan berkemban. Adakah itu nilai timur yang cuba kita tonjolkan?


Berdasarkan contoh-contoh tersebut, saya membuat penilaian yang sebenarnya selain daripada wanita diganggu secara seksual, lelaki juga mempunyai masalah yang sama. Bahkan masalah tersebut lebih kronik kerana ianya sangat jelas dan sangat kerap berlaku, di depan mata, di televisyen, di dalam kelas bahkan di mana-mana sahaja. Natijahnya, wanita juga yang menjadi mangsa apabila lelaki yang kurang bertanggungjawab, yang terganggu secara seksual ini cuba melepaskannya pada anak-anak kecil, dan wanita lain yang tidak berdosa.


Dalam hal ini, saya tidak mahu menyoal mengapa lelaki tidak bersuara untuk membebaskan diri mereka daripada masalah gangguan seksual kerana seperti yang saya nyatakan tadi ini merupakan kesempatan baik buat mereka, tetapi apa yang ingin saya suarakan adalah, mengapa tidak ada pihak khususnya yang berperanan menjaga kepentingan kaum wanita (khususnya di Malaysia) bertegas dalam soal berpakaian dengan sopan walau di mana mereka berada. Setakat mengadakan seminar dan demonstrasi keselamatan wanita, event-event seperti itu, selalunya menjadi event tahunan di kalangan masyarakat, saya kira tidak perlu digiatkan di peringkat kebangsaan.


Norhasriza Mustafa

UNITE扴 WOMEN COORDINATOR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 10:52 PM | Show all posts

artikel lama

Sexual Harassment

Speech presented by Zarizana Abdul Aziz
during the handover ceremony of the memorandum
on Proposed Sexual Harassment Bill by Joint Action Group (JAG) Against Violence against Women the the Ministry of Human Resource

March 2001, Kuala Lumpur

Yang berhormat, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr Abdul Latiff,

Pada 30hb Jun 2000, Menteri Sumber Manusia, Dato' Dr Fong telah diundang ke satu majlis seperti hari ini oleh Joint Action Group Against Violence Against Women. YB Menteri telah pada hari itu, diberi petisyen yang ditandatangani oleh 12,800 individu dan 64 organisasi menyeru penggubalan undang-undang gangguan seksual.

Walaupun seruan ini berbangkit dari insiden aduan gangguan seksual di sebuah hotel di Pulau Pinang, seruan in bukanlah seruan baru. Semenjak 1980'an lagi, kesatuan pekerja dan persatuan wanita telah menyeru supaya digubalkan satu rang undang-undang untuk menangani gejala gangguan seksual.

Kempen gangguan seksual MTUC pada tahun 1988 telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri, YB Dato Dr Siti Zaharah selaku Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Wanita) . Pada masa itu, beliau telah juga menyatakan bahawa Jabatan beliau akan memantau keadaan untuk menentukan samada undang-undang perlu digubal. Dato Dr Siti Zaharah juga meminta cadangan-cadangan undang-undang dan hukuman dikemukakan kepada kerajaan.

Malah pelancaran Kod Amalan untuk Mengelak dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja oleh Menteri Sumber Manusia, Dato Lim Ah Lek pada tahun 1988 adalah hasil dari kerjasama antara kerajaan, majikan, kesatuan pekerja dan persatuan wanita. Malangnya dua tahun telah berlalu semenjak pelancaran kod amalan. Berbagai seminar dan bengkel telah diadakan untuk mendorong majikan menerimapakai kod amalan ini.

YB Timbalan Menteri sendiri pun telah merasmikan bengkel-bengkel ini dan menyaran kod amalan tersebut diterimapakai dan dilaksanakan oleh majikan. Namun menurut statistik yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri sepuluh hari sudah, hanya 4,500 majikan telah menerimapakai kod amalan tersebut iaitu hanya 1,125% dari 400,000 majikan yang didaftar dengan Perkeso. 1.125% dalam tempoh dua tahun.

Sementara itu, aduan-aduan gangguan seksual semakin meningkat.

Timbalan Menteri, sudah tiba masanya kita menerima hakikat bahawa kelambatan atau keengkaran majikan menerimapakai dan melaksanakan kod amalan menjejaskan keselamatan dan hak pekerja, terutamanya hak pekerja wanita dalam usaha menbangunkan negara.

Izinkan saya meneruskan ucapan saya ini dalam Bahasa Inggeris.

Sexual harassment is a grave issue to all of us. It is an issue which the Ministry has shown great concern in preventing and eradicating. We are touched by the efforts so far put in by the Ministry in raising awareness on this issue and its reception in accepting complaints.

In June 2000, JAG invited the Minister for Human Resources, the Honourable Dato' Fong to utilise our experience that comes from assisting victims of violence and handling such issues. We offered to make available our resources, our research findings and our expertise.

Legislating on sexual harassment is never more pressing than at the present time. We ask you, Deputy Minister to consider legislation.

By legislation we mean not merely inserting a few provisions relating to sexual harassment in existing laws but passing and implementing a comprehensive set of laws that will serve to isolate the issue of sexual harassment and directly assaulting this social ill that has denied countless women their right to a safe work place.

We hope you welcome our initiative. We would like to present today to you, Deputy Minister, the culmination of our work and efforts these past nine months in terms of how we would like to see the formulation of this law.

Why a separate sexual harassment law?
Every law, Deputy Minister, must address two fundamental points. Firstly, the prevention of the violation. Secondly, meaningful access to legal redress in the event of a violation.

The importance of in-house mechanisms cannot be over-emphasised. Employers must have proper policies to raise awareness. Prevention promises to be a more economical and effective strategy than post-harassment legal redress. Once harassment occurs, the integrity of the workplace is compromised.
To this end the Bill provides for the formulation of sexual harassment policies by employers.

Secondly, grievance procedures must be accessible to victims. It must encourage victims to step forward, protect them and bring out the facts. Sexual harassment involves three parties. First, the victim / complainant, second the harasser and third, the management who tries to resolve the complaint.
To this end the Bill provides for a sexual harassment committee comprising management and employees of equal gender representation which function it is to accept, investigate and resolve complaints, where possible.

Deputy Minister, Today we are witnessing an expansion of working relationships which do not fall neatly into the traditional category of employer / employee such as contract and sub-contract work and voluntary work. More and more, women are participating in these sectors.
To this end, the Bill broadens the concept of work and the notion of the workplace.

The fact also is, Deputy Minister, that laws are merely pieces of document which can be freely flouted unless there is effective implementation. The laws against sexual harassment require a dedicated official to implement the law.
To this end, the Bill provides for a Director whose duties it is to promote recognition of acceptable attitudes, acts and practices, prepare guidelines and receive sexual harassment complaints.

Currently victims of sexual harassment, when frustrated at seeking redress internally have two choices. Firstly is to report the incident or incidences to the police, thus criminalising the offence. Often unfortunately, this does not solve the victim's problem, that is to make the harassment stop immediately. Secondly the victim can sue the harasser in court.
This is an expensive and slow process and therefore may not be practical. To this end, the Bill provides for the establishment of a Tribunal comprising persons of legal and relevant expertise who shall conduct the inquiry quickly and with as little formality as possible.

Deputy Minister, in trying to eradicate a problem as old and as pervasive as sexual harassment, Malaysia has to look for the best practice model to not only protect our citizens who work and contribute towards nation-building but also to discharge our obligations under international instruments like the United Nations Convention against the Elimination of All Forms of Discrimination against Women to which Malaysia is a signatory.

We submit to you, Deputy Minister, that legislating now is the best practice model.

The promise of a future in a sexual harassment-free environment is a hope and a right of every Malaysian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 10:53 PM | Show all posts
A Memorandum On
PROPOSED SEXUAL HARASSMENT BILL

Presented to :
Deputy Minister of Human Resources
Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Latiff Ahmad

30 March 2001, Kuala Lumpur

Submitted by:
Joint Action Group Against Violence Against Women (J.A.G)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 10:58 PM | Show all posts
[img]http://firstedition.com.my/images/gangguan%2520sex[1].gif[/img]

Undang-Undang Gangguan Seksual Di Malaysia

Author:  Ahmad Shamsul Abd Aziz

Binding: Softcover, 208 Pages (2005)

Publisher: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
ISBN: 9833376533
Price: RM21.00



Sinopsis

Buku ini ditulis bagi memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan kesalahan gangguan seksual. Beberapa kes gangguan seksual dibincangkan dan penyelesaiannya daripada perspektif undang-undang diberikan. Turut dipaparkan langkah-langkah mencegah gangguan seksual dan tindakan yang perlu dilakukan oleh mangsa.

Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, membincangkan berkenaan masalah gangguan seksual yang cukup hangat diperkatakan. Gangguan seksual bukan suatu masalah yang baru wujud di negara kita, cuma sejak akhir-akhir ini ia lebih mendapat perhatian. Umum mengetahui bahawa tiada sebarang peruntukan undang-undang khusus mengenainya bahkan takrifan gangguan seksual itu sendiri tidak didefinisikan oleh mana-mana akta di negara kita. Namun begitu, terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang boleh dikaitkan dengan masalah ini. Gangguan seksual ini boleh diletakkan di bawah kesalahan jenayah dan juga kesalahan sivil.

Buku ini ditulis dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kesalahan gangguan seksual dengan merujuk permasalahan dan penyelesainnya dari perspektif undang-undang. Ini termasuklah persoalan mengenai hak mangsa serta hukuman yang sewajarnya dikenakan kepada pelaku gangguan seksual.

Gangguan seksual adalah mukadimah atau pembuka tirai kepada kesalahan seksual lain yang lebih berat seperti jenayah rogol. Satu definisi gangguan seksual yang jelas dan bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia dari pelbagai sudut seperti perundangan, ekonomi, psikologi dan sosial amat diperlukan.

Isi Kandungan
Prakata

Pengenalan Gangguan Seksual
-Sejarah Gangguan Seksual
-Peruntukan undang-undang berhubung gangguan seksual di luar negara
-Gangguan Seksual Menurut Perspektif Islam

Konsep Gangguan Seksual
-Konsep Utama
-Takrif Gangguan Seksual
-Pendefinisian yang Universal

Punca Berlakunya Gangguan Seksual
-Teori Berkenaan Mengapa Seseorang Melakukan Jenayah Gangguan Seksual
-Golongan Sasaran Gangguan Seksual
-Kesan-kesan Gangguan Seksual

Gangguan Seksual di Tempat Awam
-Elemen Penting dalam Perbuatan Jenayah
-Gangguan Seksual sebagai Satu Bentuk Kesalahan Jenayah
-Peruntukan undang-undang lain di Malaysia berkenaan dengan kesalahan kelucahan tetapi tidak dianggap kesalahan gangguan seksual
-Tindakan mangsa gangguan seksual ditempat awam

Gangguan Seksual di Tempat Kerja
-Apakah Gangguan Seksual di Tempat Kerja?
-Undang-undang Berhubung Gangguan Seksual di Tempat Kerja
-Kod Amalan bagi Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja
-Kes-kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja
-Kes-kes yang Dilaporkan oleh Media Massa
-Tindakan yang Harus Diambil oleh Mangsa Gangguan Seksual di Tempat Kerja

Gangguan Seksual di Lapangan Akademik
-Punca Gangguan Seksual di Lapangan Akademik
-Peruntukan undang-undang dan peraturan berhubung gangguan seksual di lapangan akademik
-Langkah-langkah yang Harus Diambil oleh Mangsa Gangguan Seksual di Lapangan Akademik

Gangguan Seksual Menerusi Internet
-Apakah Gangguan Seksual Menerusi Internet?
-Undang-undang Berhubung Gangguan Seksual Menerusi Internet
-Pembuktian gangguan seksual menerusi internet
-Perbuatan Lucah Menerusi Internet Tetapi Tidak Dianggap Kesalahan Gangguan Seksual
-Langkah-langkah Mencegah Gangguan Seksual Menerusi Internet

Mencegah Gangguan Seksual
-Saranan Mengatasi Kesalahan Gangguan Seksual
-Draf Cadangan Akta Gangguan Seksual

Kesimpulan
Lampiran
Bibliografi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 03:57 PM | Show all posts
skrg ni ada Sexual Harrassment Officer... directly under Ministry HR

tapi mcm tak poplaarr jer...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 05:45 PM | Show all posts

Reply #13 ReuK's post

hahaha... letak dlm cv cantik nama post tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 12:01 AM | Show all posts
Originally posted by ReuK at 28-2-2007 03:57 PM
skrg ni ada Sexual Harrassment Officer... directly under Ministry HR

tapi mcm tak poplaarr jer...


  betul ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 11:52 AM | Show all posts
aku penah hampir kena raba dalam komuter... eeeeeeeee, nak muntah bila ingat.. aku menjerit terus, hahaha, terus peraba keluar dr komuter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2007 05:13 PM | Show all posts
Originally posted by ReuK at 28-2-2007 03:57 PM
skrg ni ada Sexual Harrassment Officer... directly under Ministry HR

tapi mcm tak poplaarr jer...


betui ke ujud ni..??
pesal opis aku tak de pong....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2007 09:43 AM | Show all posts
Bosses face fine for ignoring sex harassment complaints

By DEVID RAJAH

devid@thestar.com.my

PUTRAJAYA: Employers will face a RM10,000 fine if they fail to act or investigate complaints of sexual harassment at the workplace.

The fine is part of a provision to compel employers to use the current Code of Practice to prevent and eradicate sexual harassment at workplaces.

揟his will ensure that all employers treat sexual harassment cases seriously and investigate all complaints of such nature,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2007 09:28 AM | Show all posts
Majikan tolak pindaan akta tentang gangguan seks
17-05-2007 08:50:22 PM  

KUALA LUMPUR:  Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) hari ini menolak cadangan kerajaan untuk meminda Akta Pekerjaan 1955 yang bertujuan mendenda majikan tidak kurang daripada RM10,000 di atas kegagalan mereka menyiasat laporan mengenai gangguan seks di tempat kerja.

Presiden MEF, Datuk Azman Shah Harun berkata undang-undang sedia ada seperti Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seks di Tempat Kerja sudah memadai bagi menangani isu tersebut.

Kod berkenaan diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia dan dilaksanakan secara sukarela oleh majikan.

"Ia merupakan garis panduan yang praktikal untuk majikan mewujudkan mekanisme dalaman bagi menangani masalah gangguan seks di tempat kerja. Ia juga bertindak sebagai garis panduan kepada majikan, kesatuan sekerja dan pihak-pihak lain berhubung melindungi maruah di tempat kerja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Fong Chan Onn berkata cadangan peruntukan baru itu bertujuan membanteras gangguan seks di tempat kerja dan supaya majikan bertindak tegas menanganinya.

Azman Shah berkata penderaan seks juga termaktub di bawah Seksyen 14 Akta Pekerjaan 1955 sementara di bawah Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994, terdapat peruntukan yang menetapkan tugas majikan untuk menyediakan suasana pekerjaan yang selamat dan tanpa berisiko.

"Sementara gangguan seks telah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, MEF tidak bersetuju ia dijadikan sebagai sebahagian cadangan pindaan kepada Akta Pekerjaan," katanya. BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Dar_25/F/Janda This user has been deleted
Post time 18-5-2007 04:59 PM | Show all posts
Originally posted by Akak_Siti at 18-2-2007 07:34 PM
ish..ish..ish....ganguan sexual ada dimana-mana..
.hatta sesama jantina...



huuhh ....   sesama jantina  










Edited

[ Last edited by  rurouni_khairul at 18-5-2007 05:52 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 1.025085 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list