CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5393|Reply: 21

Untuk Apa.....

[Copy link]
Post time 19-2-2007 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Org selalu tanya seni itu utk apa?  

Peranan seni dilihat dalam dua kategori ..... bentuk fizikal dan non fizikal.

Pd asalnya seni, digunakan lebih kepada berbentuk non fizikal iaitu kepercayaan keagamaan. Peranannya sangat penting dalam kehidupan manusia.

Sejak dahulu ia menjadi bahan perantaraan di antara manusia dan juga ketuhanan.

Kini peranan seni lebih kepada kebendaan ..... untuk komersial. Bentuk penghasilan seni turut mengalami perubahan mengikut peredaran masa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2007 06:46 PM | Show all posts
Seni itu unik, satu ekspresi. Bak kata Herbert Read 揂rts Is Expression
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2007 06:49 PM | Show all posts

Peranan seni dlm kepercayaan/ keagamaan

Oleh Asri n Syukri

Manusia gua telah mula membuat lukisan pada dinding-dinding gua di tempat mereka tinggal.

Lukisan2 ini dilukis dengan tujuan untuk persembahan kepada kuasa ghaib dalam upacara keagamaan mereka.

Konteks seni ini kita kategorikan sebagai seni magis atau anamisma. Di mana  mereka yakin akan adanya kuasa ghaib tersebut yang mengatur dalam kehidupan harian mereka.

Antara contoh  yang dapat dilihat ialah di Gua Kain Hitam Niah Sarawak, terdapat lukisan yang berimej  figura di atas sampan yang sedang menjalankan istiadat pengkebumian.

Contoh lain yang boleh didapati lukisan ini ialah di Gua Sireh Sarawak, terdapat lukisan figura yang mewakili pemimpin mereka (shamman) yang sedang menjalankan upacara keagamaan.

Pada mereka lukisan2 ini dijadikan perantaraan di antara mereka dengan kuasa ghaib tersebut.

nanti sambung... penat lak

[ Last edited by  fleurzsa at 24-2-2007 07:26 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2007 07:25 AM | Show all posts
Begitu juga di dinding-dinding gua yang diduduki oleh manusia zaman purba di Eropah seperti gua-gua di Sepanyol dan Perancis Selatan. Aktiviti agama dan seni terjalin begitu erat di sepanjang sejarah hidup manusia. Malah dikatakan seni yang dilahirkan oleh agama (Arifine Jusoh: 1987).

Kelemahan yang dirasakan oleh mereka dalam menghadapi alam yang perkasa dan ghaib menyebabkan manusia berharap kepada dewa-dewa. Lantaran dewa-dewa yang ghaib itu, dinyatakan dalam bentuk lukisan dan seni arca (seni patung). Di sini dapatlah kita katakan bahawa kesenian merupakan sebahagian dari kehidupan manusia yang tidak dapat dipisahkan. Peranan seni dalam amalan kepercayaan dan keagamaan amat penting pada masyarakat pra sejarah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2007 07:27 AM | Show all posts
Fungsi seni untuk keagamaan dan kepercayaan dapat dilihat juga pada kesenian India. Seni arca merupakan antara seni yang  tertua di India dan berkait rapat dengan patung-patung keagamaan. Kebanyakan  patung-patung ini diperbuat daripada batu marmar yang dikatakan lebih tahan lama daripada tanah liat.

Disebabkan seni arca India bermula dengan seni patung, terdapat banyak patung-patung yang berasaskan bentuk manusia yang berkaitan dengan dewa-dewa mereka telah disimpan di kuil-kuil untuk tujuan keagamaan.

Para pengukir ataupun seniman India pada masa itu lebih cenderung kepada seni ukir arca walaupun terdapat juga lukisan berimej figura yang terdapat pada dinding-dinding kuil. Pengabdian seniman pada masa ini lebih kepada kepercayaan dalam hal keagamaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2007 07:31 AM | Show all posts
Fungsi seni  yang berbentuk non fizikal ini dapat juga dilihat pada masyarakat China iaitu pada zaman Dinasti Han (206 SM hingga 220M) di mana ianya banyak dipengaruhi oleh falsafah Confucius dan falsafah Tao. Terdapat banyak lukisan-lukisan menganai dewa-dewa dan makhluk yang dilukis berdasarkan kepercayaan dalam agama mereka.  

Seni arca Buddha yang berbentuk patung juga banyak terdapat di tokong-tokong China apabila Buddism masuk ke China. Apa yang dapat kita perkatakan, kebanyakan seni yang berbentuk arca (patung) lebih cenderung digunakan untuk kepercayaan dalam keagamaan mereka. Ini adalah kerana seni ini lebih bersifat maujud atau tiga dimensi dan mudah untuk mereka melakukan upacara pemujaan.

Masyarakat dahulu lebih mudah menaruh kepercayaan kepada benda yang berbentuk tiga dimensi daripada berbentuk dua dimensi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-2-2007 07:33 AM | Show all posts
Dalam agama Islam, melalui seni ia dapat menegaskan kepercayaan terhadap kekuasaan Allah yang tidak terbatas dalam bentuk yang boleh dilihat. Konsep ini dapat disampaikan melalui penciptaan corak 慉rabes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2007 07:35 AM | Show all posts

Peranan Utk Golongan Bangsawan

Fungsi seni dalam bentuk fizikal (kebendaan) pada masa dahulu, adalah berperanan untuk kegunaan golongan-golongan atasan ataupun bangsawan. Di negara kita contohnya pada masa dahulu barangan seni atau hasilan seni kebanyakannya digunakan oleh golongan bangsawan sahaja.

Contohnya seni ukir yang digunakan dalam seni bina, mula digunakan di istana di zaman Kesultanan Melaka. Mengikut tradisi, keindadan hiasan dalaman dan reka bentuk biasanya tertumpu pada ukiran kayu yang merupakan seni kraf paling tua di Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2007 07:36 AM | Show all posts
Sebagai mana yang kita ketahui, Raja-raja Melayu dan pembesarnya tinggal dirumah-rumah kayu yang indah dihiasi ukiran. Setiap istana akan dihias dan dibina dengan kayu dan hiasan yang terbaik.

Hingga tercatatnya dalam dalam Sejarah Melayu yang menceritakan tentang 揑stana Hawa Nafsu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2007 07:36 AM | Show all posts
Pada masa dahulu, konsep seni diciptakan untuk kepentingan bersama. Karya-karya yang dicipta hasil daripada kemahiran mereka adalah sebagai tanda  kesetiaan mereka terhadap pemerintah (raja). Mereka menganggap kemahiran yang mereka miliki itu bukannya untuk kepentingan diri mereka sendiri, tetapi untuk berbakti kepada pemerintah dan masyarakat pada masa itu.

Perkara ini jelas kita dapat lihat daripada hasil seni tinggalan pada zaman pra-sejarah sekalipun iaitu di gua-gua tidak pernah menunjukkan identiti pengkarya atau pembuatnya. Contoh peninggalan dari masa dahulu seperti banggunan atau artefak di Mesir kuno, Byzantium, Romawi, India dan juga di negara kita sendiri.

Memang nyata tidak ada maklumat tentang pengkaryanya. Dengan demikian kita dapat katakan seni pada zaman dahulu tidak bersifat invidualistik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2007 07:37 AM | Show all posts
Begitu jugalah dengan hasilan seni seperti tenunan 憇ongket teluk berantai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2007 07:38 AM | Show all posts
Antara contoh seni lain, fungsinya lebih digunakan untuk golongan raja ialah seni tekad. Asal usul seni ini sendiri telah dimonopoli oleh golongan istana. Raja permaisuri Perak sendiri pada akhir abad ke-19 merupakan  憄ereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2007 07:27 AM | Show all posts

Peranan utk kepuasan diri

Seterusnya seni dahulu juga dihasilkan dengan tujuan untuk menyatakan kepuasan diri ataupun mengekspresikan diri seseorang seniman. Hasil karya yang dihasilkan itu merupakan satu cerminan daripada pengamatan dan perasaan yang tidak hanya dinikmati oleh dirinya, kerana seniman hidup di antara masyarakat (Agus Purwantoro ;2005).

Di sini masyarakat akan dapat sama-sama memahami apa yang dirasakan atau apa yang hendak disampaikan oleh seniman melalui karyanya. Kerana karya seni boleh bertindak sebagai alat untuk berinteraksi dengan masyarakat.

Seseorang pelukis (seniman) akan mendapat kepuasan dalam dirinya apabila apa yang digambarkan atau difikirkan dalam fikirannya dapat diluahkan melalui karyanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2007 07:27 AM | Show all posts
Kebiasaannya melalui palitan warna atau sebarang media yang digunakan, seseorang seniman akan dapat mengadaptasikan tentang perasaan cinta, suka, marah, sedih dan sebagainya terhadap sesuatu perkara.

Menurut Agus Purwantoro (2005) seniman mencurahkan perasaannya bertitik tolak dari apa yang telah membuat getaran pada jiwa, di mana seni lahir kerana perasaan terharu yang dijelmakan dalam bentuk lukisan.

Seperti mana yang ketahui hasil seni adalah penjelmaan tentang perasaan yang diekspresi oleh seniman dengan tujuan untuk dinikmati bersama  masyarakat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2007 07:29 AM | Show all posts

Sebagai fungsi merakam peristiwa

Begitu jugalah hasilan seni yang diekspresi oleh masyarakat purba pada dinding-dinding gua, ianya juga berfungsi sebagai media komunikasi visual tentang aktiviti kehidupan harian  mereka. Pelukis tersebut akan menceritakan tentang peristiwa dan pengalaman yang berlaku semasa memburu pada masyarakatnya berdasarkan lukisan yang dibuat pada dinding gua tersebut.

Mereka menggunakan seni untuk merakam serta melahirkan hasrat, idea, gambaran perasaan dan pengalaman hidup yang mereka lalui. Melalui cara ini, secara tidak langsungnya masyarakat mereka akan mendapat gambaran yang sejelasnya. Jestru itu peranan lukisan yang dilakarkan itu adalah sangat bermakna dan menjadi alat komunikasi yang penting pada masa dulu.

Komunikasi visual atau bahasa visual ini akan menjadi paparan dari satu generasi ke generasi secara berterusan. Hasilan seni ini menjadi bahasa visual serta dapat difahami oleh semua masyarakat di dunia. Seperti mana yang kita ketahui, bahasa visual merupakan bahasa yang tertua dan mudah difahami dari zaman pra sejarah hingga kini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2007 07:31 AM | Show all posts

Sebagai tujuan ekonomi

Dunia hari ini adalah dunia yang serba-serbinya memerlukan wang ringgit untuk hidup.  Ada yang mengatakan 慳da wang semua jadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2007 07:32 AM | Show all posts

Sebagai hiburan

Suparlan dalam Tjetjep Rohendi (2000) menyatakan bahawa tidak ada satu kaum pun dalam dunia ini menyisihkan kesenian dari kehidupan mereka.  Walau sesibuk manapun mereka bekerja setiap hari, mereka ini tetap akan memperuntukkan sedikit masa untuk berseni iaitu berhibur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2007 07:32 AM | Show all posts
Sebagai salah satu cabang seni, muzik, filem dan seni suara mempunyai keistimewaan tersendiri dengan kemunculannya sebgai satu industi.  Masyarakat yang rutin hariannya sibuk biasanya menjadikan seni-seni tersebut sebagai alat hiburan mereka.  

Ada yang bekerja sambil mendengar alunan muzik, lagu dan tidak kurang juga terdapatnya TV dalam ruang pejabat.  Malahan konsep bekerja sambil mengikuti hiburan turut dipraktikkan dalam sektor awam mahupun swasta.  Bahkan kita lihat di serata gerai makan, restoran turut menyajikannya kepada pelanggan mereka.  

Realitinya  kedai makan dan restoran yang tidak turut serta akan kekurangan pelanggan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2007 07:34 AM | Show all posts

Sebagai egen propaganda

Seni perfileman merupakan pilihan utama tujuan ini.  Melalui filem, sesuatu fakta sejarah boleh  diubah.  Kebenaran boleh diterbalikkan.  Yang salah boleh menjadi benar.

bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 08:37 AM | Show all posts
topik ni lebih kurang mcm my topik yg dlu...kepentingan hiburan dlm hidup...
tp kali ni lebih meluas sbb dlm konteks arts yg meliputi semua cabang seni.
tp rasanya jawapan2 yg diberi lebih kurang sama mcm kat topik tu gak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.480411 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list